Tuesday, March 24, 2020

Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles Untuk Hadiah Wang Tunai RM20,000

Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles Untuk Hadiah Wang Tunai RM20K!!! | Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad. Kerepek Pringles ni memang selalu ada stock dirumah Cik Ash ni kerana suami paling suka makan kerepek pringles ni. Terima kasih kepada korang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lagu OST Drama Seindah 7 Warna Pelangi.


Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles Untuk Hadiah Wang Tunai RM20,000

Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut. 




Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles  menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapkan ke dalam mulut!


Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!





Cara Untuk Menyertai Peraduan "Meneka Perisa Misteri"!


πŸ‘‰BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!) 


πŸ‘‰ Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan. 

πŸ‘‰ Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!


Untuk menambah keseronakan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya. Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda " menyelesaikan perisa dengan betul!


Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!  Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepak Pringles, sila layari 

Website | Facebook | Instagram 

Friday, March 13, 2020

Lagu OST Drama Seindah 7 Warna Pelangi

Lagu OST Drama Seindah 7 Warna Pelangi | Assalamualaikum... Hai selamat hari Jumaat buat rakan reader blog Cik Ash ni. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Scan & Shop App Memudahkan Pembelanjaan Di Tesco

Lagu OST Drama Seindah 7 Warna Pelangi 

Untuk pengkongsian hari ini Cik Ash nak kongsikan tentang lagu OST Drama Seindah 7 Wajah Pelangi yang bersiaran di slot Akasia TV3. Siapa ada layan drama ni mesti geram tengok drama ni hahaha... berbalik pada tajuk kita tentang Lagu OST Drama Seindah 7 Warna Pelangi yang dilakonkan oleh Aeiril Zafrel , Nabila Razali dan ramai lagi. Antara lagu yang terdapat dalam drama dua takdir cinta ialah seperti di bawah ni.

Lagu Tema

Tajuk Lagu : Sinar Cinta
Penyanyi : Hafiz Suip
Pengarah Muzik : Dato' Eddie Hamid
Terbitan : Omar K & John Jeeyasingham
Video : https://www.youtube.com/watch?v=oLEBqWFVZEc

Manakala antara lagu-lagu lain yang terdapat dalam drama Seindah 7 Warna Pelangi ialah seperti berikut :-

Tajuk Lagu : Tentang Suria
Penyanyi : Blackpaper
Lirik : Faiz Haled
Komposer : Blackpaper


Tajuk Lagu : Asmara

Penyanyi : Amir Masdi
Lagu : Ayden Ali/Ikhwan Fatanna/ John Jeeyasingham

Tajuk Lagu : Ratuku

Penyanyi : Khai Bahar
Komposer : Kanda, Azrul Azlan & Anwar Husaini
Lirik : Azrul Azlan

Tajuk Lagu : Seperti Ini 
Penyanyi : Fieya Julia
Lagu : Sirkhan, Sang Hitam & Rinkarnaen 
Lirik : Sirkhan, Sang Hitam & Abu Qut

Tajuk Lagu : Terbang Denganmu
Penyanyi : PanicRoom
Lagu : PanicRoom
Lirik : PanicRoom

Tajuk Lagu : Jeritan Hati 
Penyanyi : Elly Mazlein
Terbitan :KRU Studios Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Tersiksa
Penyanyi : Putera Band
Komposer : Haqiem Rusli
Lirik : Haqiem Rusli / Shafie Ghazali

Tajuk Lagu : Tanpa Mu 
Penyanyi : Dinie & Khai 
Lirik : Faizul Azmi 
Komposer : Faizul Azmi

Tajuk Lagu : Mahar Teragung 
Penyanyi : Wanns Ahmad
Lirik : Wanns Ahmad
(Belum di release lagi) 

Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa dalam Drama Seindah 7 Warna Pelangi ni. Kesemuanya lagu dalam drama ada yang tidak pernah dengar dan ada belum keluar single antara lagu Wanns Ahmad dan Nabila Razali. So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

#ostdramaseindah7warnapelangi
#dramaseindah7warnapelangi
#cikash
#cikashdotcom

Thursday, March 12, 2020

Scan & Shop App Memudahkan Pembelanjaan Di Tesco

Scan & Shop App Memudahkan Pembelanjaan Di Tesco | Assalamualaikum...Hai, Selamat Pagi, Hari ini baru ada peluang nak update entri dekat blog... Minggu ni Cik Ash sibuk sikit dengan jaga suami cedera jatuh motor dan puasa ganti.. Ni update sebab tak sedar nak bangun sahur tadi hahaha, tak pe la nanti suami dah sihat kita ganti la lagi satu hari lagi hihihi. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Rezeki Menang Giveaway Wang Tunai.

Scan & Shop App Memudahkan Pembelanjaan Di Tesco

Update kali ini nak berkongsi dengan korang semua mengenai app yang baru dilancarkan di Tesco pada 27 Februari 2020.  Sekarang kan dah canggih seiring dengan tahun 2020 Tesco telah melancarkan satu app Scan & Shop untuk memudahkan urusan pembelian dan semak harga kepada para pelanggan. 

App Scan & Shop telah dilancarkan di seluruh Tesco Malaysia. Untuk makluman korang sebelum mengggunakan app ni korang perlu la dowload dulu app ni di Google Play Store dan App Store Apple. Jom ikuti langkah-langkah untuk dowload di bawah ni :- 

Langkah 1 - Dowload

dowload

Dowload Tesco Scan & Shop app di google play  dan app store apple.

Langkah 2  -Clubcard


Jika korang seorang ahli Tesco sila imbas Clubcard. Anda juga boleh membeli tanpa menggunakan Clubcard. 

Langkah 3 -Launch

launch

Selepas itu korang kena imbas kod OR di Tesco yang korang pergi macam Cik Ash shopping di Tesco Kulim. Kod OR selalunya berada di hadapan pinty masuk Tesco.

Langkah 4 -Scan

scan


Pilih barang yang korang nak beli lepas itu imbas kod bar pada item dan masukkan ke dalam troli dan bakul anda, tambahan jika korang hendak cancel ( batal) item yang korang dan masukkan ke dalam troli korang boleh la klik pada butang padam di app dan scan (imbas) semula item yang korang hendak cancel (batal) tadi, selepas itu scan item di dalam app akan terpadam. 

Langkah 5 - Payment

Cashier

cashier
Apabila selesai memilih item korang kena memilih "Finish Shopping dari app dan membuat pembayaran di kaunter dengan menunjuk kod bar. 


Self Checkout
self checkout
Selepas itu korang imbas kod bar pada telefon korang pada skrin di cashier untuk membuat pembayaran.

Bagi Cik Ash mengenai App Scan & Shop sangat memudahkan pelanggan dapat melihat dan menentukan jumlah nilai barangan yang kita pilih di dalam troli sebelum kita membuat pembelian, Apabila korang selesai memilih barangan yang dikehendaki, korang boleh pergi terus ke kaunter dan sediakan kod bar yang dihasilkan di app Scan & Shop dan korang hanya perlu bayar tanpa perlu mengeluarkan barang di troli ataul bakul. Dalam fikiran Cik Ash la mungkin Tesco nak mengurangkan penggunaan plastik di Tesco sebab itu dicipta App Scan & Shop ni. Kebetulan masa Cik Ash pergi Tesco tak ingat bawa plastik dan beg. Kalau nak lebih mudah korang angkut barang masuk dalam kereta lebih baik korang sediakan beg ataupun plastik ya itu cadangan Cik Ash la... hihihi. Sebagai contoh selepas Cik Ash menggunakan App Scan & Shop tengok la gambar di bawah ni ya. 

App Scan & Shop

Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu untuk pengkongsian mengenai Scan & Shop app Tesco yang dapat mengurangkan kesesakan membeli-belah di Tesco. Dan ianya sangat mudah dan turut menjimatkan masa korang. Jangan lupa tahu korang muat turun secara percuma di Google Play Store dan App Store Apple. 

Saturday, March 7, 2020

Rezeki Menang Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Rezeki Menang Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends | Assalamualaikum... Hai korang semua, Alhamdulilah bersyukur pada Allah dimurahkan rezeki menang giveaway yang Cik Ash join pada bulan Februari baru-baru ni.




Join giveaway saja-saja suka sambil-sambil nak aktif kembali berblog juga, tetapi masih belum bermula lagi nak blogwalking perserta yang join blogwalking malas lagi aduhai.. hahhaha...


Hadiah yang dimenangi Oleh Cik Ash adalah wang tunai RM50. Duit telah masuk dalam account dengan selamat duit itu kita simpan dulu nanti terdesak baru guna hihihihi... Terima kasih kepada Mamapipie dan penganjur giveaway . Nampak gambar dekat atas tu no bertuah Cik Ash adalah No 54.

Ok la korang Cik Ash nak out dulu, Hari ini suami cuti, maybe sibuk sikit nak pergi cari lauk pauk, tambahan pulak hari ini ada jemputan kenduri kahwin jimat tengahari tak payah masak hihihi.. Jumpa lagi nanti ya. 

Friday, March 6, 2020

Eh Dah Masuk Bulan March 2020

Eh Dah Masuk Bulan March 2020 | Assalamualaikum... Hai, uishhh sedar tak sedar sekejap jer  rasa dah masuk bulan baru iaitu bulan March 2020 dan.  Bulan ketiga di tahun 2020. Semoga apa yang dirancang tahun akan dipermudahkan nanti. Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Teringin Nak Makan Kacang Panggang Dengan Telur

Eh Dah Masuk Bulan March 2020 

Untuk bulan Januari dan Februari aritu entri dekat blog tak banyak update, biasa la nak ambil mood kembali menulis agak payah hihihi, kadang ada jer entri nak tulis tapi sekerap jalan. Tambah Cik Ash agak sibuk sikit kerap bawa mak mentua medical checkup di hospital dengan masalah kesihatan beliau dan sibuk dengan urusan dekat rumah hahaha, Cik Ash banyakkan buat kerja aktiviti di rumah dan layan drama melayu, drama korea dan lain-lain.

Sepanjang bulan Januari aritu entri dekat blog 12 entri dan untuk bulan Februari pulak sebanyak 8 entri. Nampak bulan Februari tu sedikit kan, sebenarnya mak mentua Cik Ash dimasukkan hospital  pulak  pada 1 Februari akibat asma dan jangkitan kuman di paru-paru. dalam 5 hari di tahan dalam wad selepas itu Dr benarkan balik rumah. Selepas itu pada 26 Februari mak mentua diserang asma kembali kami suami isteri bawa mak mentua dekat jabatan kecemasan untuk sedut  gas menunggu dekat sana dari pukul 5.30 petang hingga pukul 4 pagi dekat sana. Dekat sana Cik Ash mengantuk sangat kepala dah ting tong tak cukup tidur menunggu. Sambil-sambil baca kisah Cik Ash ni apa kata korang n baca entri yang Cik Ash kongsi pasal makanan dekat bawah ni :- 

πŸ‘‰Teringin Nak Makan Kacang Panggang Dengan Telur


Cik Ash sempat juga shopping barang dekat Eco shop dan MR.diy nak tahu barang apa yang Cik Ash beli korang boleh baca dekat entri di bawah ni :-




Ok la korang semua, entri pertama di bulan March taip semalam pagi baru nak  publish hahaha, biasa sibuk dengan urusan rumahtangga hihihi... Maafkan Cik Ash ya agak lewat berkongsi cerita dekat blog hari ini. Jumpa lagi nanti.