Wednesday, February 26, 2020

Sosej Pulut Keluaran Produk Muslim Aisyah

Sosej Pulut Keluaran Produk Muslim Aisyah | Assalamualaikum... Agak lama tak taip entri dekat blog ni,last taip pada 16hbln hihihi, maaf la kepada korang yang menunggu ketibaan entri baru dekat blog ni ya. Sekarang Cik Ash agak kurang gunakan laptop sebab tu blog tak ada update. Banyak duk buat kerja rumah yang masih tertangguh buat slow-slow lambat la sikit dan tambahan pulak sekarang banyak layan drama korea dekat iflix dan youtube dekat hpyytv hihihihi. Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Hasil Shopping Barang Dekat Mr Diy.


Sosej Pulut Keluaran Produk Muslim  Aisyah
Sosej adalah makanan yang sangat digemari oleh semua orang kerana ianya sangat lazat, makanan ini juga mudah sangat disajikan. Dipasaran terdapat banyak jenama sosej dipasaran tetapi korang perlu berhati-hati nak memilih sosej yang dimakan kerana sosej yang mungkin mengandungi DNA babi di dalamnya. Sudah tentu korang tidak mahu termakan benda-benda yang subhah dan haram kan. 

So pada hari ini Cik Ash ingin berkongsi dengan korang semua mengenai satu produk muslim Sosej Pulut Aisyah yang berasal daripada Kelantan ni yang diperbuat daripada daging ayam segar sahaja tanpa lemak dan tiada orgon dalaman digunakan. Sosej Aisyah dibuat oleh orang Islam mengikut syariat permakanan orang Islam.

Sosej Aisyah ini dikilangkan oleh orang muslim (ibu tunggal dan anak yatim), ianya dimiliki oleh orang Islam. Menggunakan daging ayam segar tanpa lemak dan orgon dalaman. Tidak mengandungi MSG, juga tidak mengandungi perisa tambahan. Tambahan pulak penggunaan ayam yang dipantau oleh Jabatan Veterinar Kelantan dan dijamin selamat.

Cik Ash dah cuba makan sosej pulut ni, memang sedap sangat, lagi pulak pertama kali pulak tengok sosej pulut ni, tambahan pulak tidak mengandungi kandugan garam yang agak tinggi macam sosej yang pernah Cik Ash cuba sebelum ni. 

Sosej Aisyah ni sangat lembut dan enak dimakan kerana dibuat daripada isi ayam yang segar. Antara keluaran pilihan sosej ayam terdapat 3 jenis perisa iaitu.

  • Sosej ayam Aisyah - 1kg dan 0.5kg
  • Sosej pulut ayam Aisyah - 1kg dan 0.5kg
  • Sosej ayam cheese Aisyah
Untuk mengetahui lanjut mengenai produk Muslim Aisyah ni korang boleh melayari maklumat seperti di bawah ini :- 

 Facebook  dan whatsapp no di talian di dalam gambar di atas itu. 



Ok la korang Cik Ash hanya berkongsi pengalaman makan  Sosej Pulut keluaran produk Muslim Aisyah, bagi Cik Ash la bila dah cuba makan produk muslim ni boleh dikata boleh rasa terjamin dan selamat dan setanding produk jenama mulism yang lain.

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com