Gembira Dapat Makan Prosperity Burger Daging | Assalamualaikum...Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri https://www.cikash.com/2020/01/selamat-tahun-baru-2020.html. Punya lama sangat tak makan Prosperity Burger ni, tahun baru 2020 baru dapat makan hahaha, selalu duk tengok iklan terliur la juga nak makan, pada malam bawa mak mentua jalan-jalan sambil singgah beli barang dapur dekat TF Value tu suami sempat la singgah drive tru mcdonals hihihi.
Suami Cik Ash order Prosperity Burger Daging sahaja jer pun, sebab nak ambik rasa makan bagi dengan suami lagipun dulu pernah beli tak tahan kepedasan black paper keesokannya masuk tandas hahaha.. Memang pedas sos black paper yang salut daging tu, siap sediakan satu gelas air sebab tak tahan pedas. Bagi orang yang tahan pedas mesti kata alah biasa jah makan kan. Ada yang Cik Ash baca review orang ada yang kata sos black paper ni tak sepedas macam dulu-dulu.
Bagi Cik Ash kepedasan Prosperity Burger sama jer, sebab Cik Ash ni jenis tak tahan makan pedas hahaha, segala jenis benda pedas memang tak boleh makan perut jenis tak sesuai hihihi.
So korang yang belum cuba lagi Prosperity Burger silakan ke Mcdonald's terdekat korang untuk nikmatinya. Apa yang Cik Ash tahu Prosperity Burger hanya setahun sekali jer keluar iklan bila nak tiba perayaan tahun baru china nanti.
Ok la korang Cik Ash undur diri ya, ada kerja nak buat sikit dekat rumah ni, kerja yang tahun lepas punya tak habis lagi nak buat hahaha, aduhaiii... nak clearkan barang-barang lama yang dah tak nak pakai sebenarnya, hihihi.. Jumpa lagi ya.
This post have 2 komentar
Xmakan sbb xboleh makan blackpepper. Hahah
ReplyHihihi..
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon