Friday, January 24, 2020

author photo
Drama Seadanya Aku Slot Akasia | Assalamualaikum... Hai, hari ini Cik Ash nak berkongsi satu lagi drama yang boleh jadikan list untuk kakidrama hahaha, dah agak lama tak tengok gandingan dua pelakon ni berkerjasama untuk drama ni, rindu pulak lakonan dua orang pelakon ni dalam drama Love you, Mr Arrogant dulu hihihi. Kali ni mereka di gandingkan bersama dalam drama terbaru di tahun 2020.Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Pertama Pada 20 Januari 2020.



Pelakon Drama Seadanya Aku 

Drama ini di menyatukan gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi. Turut membantu dalam drama ni Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid dan Anne Abdullah. 

Terbitan Pengarah Dan Produksi
Drama Seadanya Aku ni diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Mula ditayangkan pada 15 Januari 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam pukul 7 malam.

Gambar Pelakon Drama Seadanya Aku



Sinopsis Drama Seadanya Aku
Siapa sangka apa yang dirancang telah hancur di saat hari perkahwinan Aufiya, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. 

Namun di saat genting di hari perkahwinannya muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. 

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. 

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam perkerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Bila baca sinopsis drama Seadanya Aku tak sabar nak tengok endingnya macam mana, siapa punca buat Aufiya jadi macam tu, siapa yang hantar mesej kepada Taufik, ada baca komen katanya kawan baik sendiri yang merancangkan semua itu, Nak tahu apa yang terjadi kena tengok drama ni sampai akhir la hahaha..



Tonton Drama Seadanya Aku

Episode 1 -







Ok la korang la Cik Ash undur diri dulu, Selamat membaca pengkongsian mengenai Drama Seadanya Aku ni. Jumpa lagi di entri yang lain.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post