Tuesday, January 21, 2020

author photo
Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Pertama Pada 20 Januari 2020 | Untuk Bantuan Sara Hidup fasa ke pertama akan dibuat pembayaran pada hari Isnin. So kepada korang yang dapat pada tahun 2020 tahniah.. 

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

Untuk makluman pemohon BSH yang layak menerima bayaran Faa Pertama adalah pemohon berstatus LULUS BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Tarikh dan kaedah pembayarann Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020. Kaedah pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara Pengkreditan terus ke akauan penerima ataupun melalui tunai di kaunter BSN ( termasuk kategori pedalaman Sabah, Sarawak mulai 1 Februari 2020.

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

Untuk makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklum semula nanti. 

Manakala untuk makluman, tarikh akhir tuntutan SKK BSH 2019 bagi pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Disember 2019 adalah pada 31 Januari 2020. Boleh membuat tuntutan di Cawangan BSN yang berhampiran.

Tempoh Pemohonan Dan Kemaskini

Bagi tempoh pemohonan dan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Untuk makluman pemohon tidak perlu membuat permohonan Baharu/ Kemas kini BSH  sekiranya : 

  •  Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat dan 

  •  Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut :- 
        - Elaun Pekerja Cacat
        - Bantuan Penjagaan OKU 
        - Bantuan OKU tidak berupaya berkerja
        - Bantuan Orang Tua

Untuk makluman pemohon hanya perlu membuat Permohanan Baharu / Kemaskini BSH 2020 sekiranya :- 

  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohana BSH termasuk kategori  baharu atau 
  • Pemohanan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020. 
  • Pemohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.
 Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mailkan kepada bsh@treasury.gov.my.

Kredit :BSH 2020

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post