Friday, January 24, 2020

Drama Seadanya Aku Slot Akasia

Drama Seadanya Aku Slot Akasia | Assalamualaikum... Hai, hari ini Cik Ash nak berkongsi satu lagi drama yang boleh jadikan list untuk kakidrama hahaha, dah agak lama tak tengok gandingan dua pelakon ni berkerjasama untuk drama ni, rindu pulak lakonan dua orang pelakon ni dalam drama Love you, Mr Arrogant dulu hihihi. Kali ni mereka di gandingkan bersama dalam drama terbaru di tahun 2020.Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Pertama Pada 20 Januari 2020.



Pelakon Drama Seadanya Aku 

Drama ini di menyatukan gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi. Turut membantu dalam drama ni Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid dan Anne Abdullah. 

Terbitan Pengarah Dan Produksi
Drama Seadanya Aku ni diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Mula ditayangkan pada 15 Januari 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam pukul 7 malam.

Gambar Pelakon Drama Seadanya Aku



Sinopsis Drama Seadanya Aku
Siapa sangka apa yang dirancang telah hancur di saat hari perkahwinan Aufiya, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. 

Namun di saat genting di hari perkahwinannya muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. 

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. 

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam perkerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Bila baca sinopsis drama Seadanya Aku tak sabar nak tengok endingnya macam mana, siapa punca buat Aufiya jadi macam tu, siapa yang hantar mesej kepada Taufik, ada baca komen katanya kawan baik sendiri yang merancangkan semua itu, Nak tahu apa yang terjadi kena tengok drama ni sampai akhir la hahaha..



Tonton Drama Seadanya Aku

Episode 1 -







Ok la korang la Cik Ash undur diri dulu, Selamat membaca pengkongsian mengenai Drama Seadanya Aku ni. Jumpa lagi di entri yang lain.

Tuesday, January 21, 2020

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Pertama Pada 20 Januari 2020

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Pertama Pada 20 Januari 2020 | Untuk Bantuan Sara Hidup fasa ke pertama akan dibuat pembayaran pada hari Isnin. So kepada korang yang dapat pada tahun 2020 tahniah.. 

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

Untuk makluman pemohon BSH yang layak menerima bayaran Faa Pertama adalah pemohon berstatus LULUS BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Tarikh dan kaedah pembayarann Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020. Kaedah pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara Pengkreditan terus ke akauan penerima ataupun melalui tunai di kaunter BSN ( termasuk kategori pedalaman Sabah, Sarawak mulai 1 Februari 2020.

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

Untuk makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklum semula nanti. 

Manakala untuk makluman, tarikh akhir tuntutan SKK BSH 2019 bagi pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Disember 2019 adalah pada 31 Januari 2020. Boleh membuat tuntutan di Cawangan BSN yang berhampiran.

Tempoh Pemohonan Dan Kemaskini

Bagi tempoh pemohonan dan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Untuk makluman pemohon tidak perlu membuat permohonan Baharu/ Kemas kini BSH  sekiranya : 

  •  Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat dan 

  •  Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut :- 
        - Elaun Pekerja Cacat
        - Bantuan Penjagaan OKU 
        - Bantuan OKU tidak berupaya berkerja
        - Bantuan Orang Tua

Untuk makluman pemohon hanya perlu membuat Permohanan Baharu / Kemaskini BSH 2020 sekiranya :- 

  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohana BSH termasuk kategori  baharu atau 
  • Pemohanan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020. 
  • Pemohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.
 Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mailkan kepada bsh@treasury.gov.my.

Kredit :BSH 2020

Saturday, January 18, 2020

Drama Titian Takdir Slot Lestary TV3

Drama Titian Takdir Slot Lestary TV3 | Assalamualaikum...Hai, Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Dapat Gift Top Komen Blog Sis Jm. Hari ini Cik Ash nak tulis entri dekat blog mengenai drama yang bersiaran di Slot Lestary TV3. Siapa dekat sini layan drama ni. Cik Ash tengok geram rasa tengok drama ni nenek, mak saudara dan pak saudara seksa anak-anak yatim. Memang sedih cerita ni kisah 4 beradik yang berpisah. 


Drama Titian Takdir Slot Lestary TV3


Pelakon Drama Titian Takdir

Drama ini di bintangi oleh Sweet Qismina, Nadia Brian,Fimie Don dan Syazuwan Hassan. Terdapat juga pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama ni.


Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama Titian Takdir ni diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Drama ini berepisode sebanyak 13 episode yang mana bermula ditayagkan pada 9 Januari 2020 setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam.

Gambar Pelakon Drama Titian Takdir



Sinopsis Drma Titian Takdir

Drama ni mengisahkan mengenai empat adik-beradik merempuh kehidupan tanpa ibu bapa. Setelah kematian ibu mereka, empat beradik itu ditempatkan di rumah anak yatim. Along, Ayoi, Nazmi, dan Aisyah tidak dihiraukan neneknya (Wan Jah). Mereka dilayan buruk oleh Wan Jah menyebabkan Salmah melaporkan hal tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di rumah anak yatim itu, Datuk Jufry dan Datin Rina mengambil Aisyah sebagai anak angkat. Ayoi tidak dapat menerima berita itu, lalu bertindak untuk melarikan diri. Ayoi meninggalkan sepucuk surat dan mengatakan dia ingin mencari adiknya Aisyah.

Selepas 15 tahun kemudian mereka sudah mempunyai kehidupan sendiri dan Latifah bekerja sambilan di sebuah klinik dan Dr. Kamil menyukainya. Aisyah pula menjadi seorang pelakon yang terkenal dan sudah melupakan adik beradiknya yang dia tersalah anggap mereka membencinya. Nazmi cuba menyatukan kembali adik beradik yang terpisah.

Ok la korang, itu jer pengkongsian Cik Ash mengenai Drama Titian Takdir Slot Lestary TV3. Sebelum nak tengok drama ni sediakan tisu ya hihihi cerita memang sedih sangat. 

Friday, January 17, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipedotcom | Assalamualaikum...Hai, santai Hari jumaat ni, Cik Ash saja-saja buka blog nak join giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger. Sambil-sambil tunggu nak kejutkan suami bangun pergi jumaat satlagi kita update la blog hihihi. 



Giveaway ni dianjurkan bersempena dengan hari lahir beliau yang jatuh pada 1 Januari 2020 baru-baru ni. Eh rupanya kita kongsi hari lahir bulan yang sama, Cik Ash hunjung bulan ni. Hihihi..

Syarat-syarat untuk join giveaway pun mudah tak ada susah mana so kalau korang teringin nak join giveaway ni klik banner di atas untuk join dan tengok syarat-syaratnya. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2020 jam 11.59mlm.

Dalam syarat itu perlu nyatakan hadiah mana kita nak, Cik Ash pilih Hadiah 4, harap ada rezeki nanti hihihi. Jom korang join giveaway ini. Ok la korang Cik Ash undur diri dulu ya. Jumpa lagi nanti. 

Thursday, January 16, 2020

Dapat Gift Top Komen Blog Sis JM

Dapat Gift Top Komen Blog Sis JM | Assalamualaikum... Hai, lewat bersiaran entri dekat blog hari ini. Hari ini kongsikan dengan berita gembira dengan korang semua. Cik Ash ada dapat gift top komen blog Sis JM. Tak lupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Hasil Shopping Kedai Eco Shop


Dapat Gift Top Komen Blog Sis JM


Alhamdulilah rezeki di awal tahun baru tak sangka tersenarai dalam list 10 nama top komen blog sis JM pada tahun lepas. Hihihi.. Sekarang masa untuk komen blog dah terhad sikit, bila ada free baru terjah tu menghilang lama baru muncul dekat blog sis jm.. Tak sangka kali dapat gift daripada sis JM. Terima kasih Sis JM gift yang dibagi tu.. 



Gift yang sis JM bagi dalam bentuk wang tunai di transfer melalui masuk terus dalam account Cik Ash. Hasil dari komen blog Sis JM Cik Ash hanya tinggalkan komen 12 komen. Dapat RM12 alhamdulilah bersyukur sangat ada duit dalam account hihihi. 

Kepada korang belum mengenali blog Sis JM jom la kita terjah sebab blog sis JM menarik banyak berkongsi tentang travel di banyak tempat-tempat yang menarik, kadang bila baca pengkongsian Sis JM dah terasa macam diri ini ke sana dah hahaha, Blog Sis JM boleh di jadikan sebagai rujukan untuk yang sangat suka travel selain blog Sis JM ada lagi satu blog kembar Sis JM iaitu Scdha Sein Photo

Ok la korang semua itu jer nak kongsi nak bagitahu dapat gift top komen blog Sis JM jer pun, nanti jumpa lagi kalau ada entri yang baru ada Cik Ash akan kongsi dekat blog ni. 

Wednesday, January 15, 2020

Eco Shop Haul | Hasil Shopping Kedai ECO SHOP

Eco Shop Haul | Hasil Shopping Kedai ECO SHOP | Assalamualaikum... Hai, eh 3 hari tak tulis entri dekat blog ni, Malam ni kita update ada yang baca ke tu.Terima kasih kepada korang yang sudi tinggalkan komen dekat entri Tudung Sukan Tahan Instant Hijab Yang Sesuai Untuk Bersukan Dan Aktiviti Luar. Nak buat macam mana kesibukan sikit dengan urusan bawa mak mentua dan Cik Ash demam ke Klinik Karangan. Keesokan pulak urusan suami jumpa pakar di hospital kulim. Memang sibuk jadualnya. 


Hasil Shopping Kedai Eco RM2.10

Sekarang musim panas mudah sangat kena demam, doktor nasihat banyakkan minum air masak, hihihi, dah terlebih minum air masak dekat rumah ni, alhamdulilah demam Cik Ash tak ada melarat hanya dua hari dah ok hihihi. Maybe sebab cuaca panas kut.

Sebenarnya entri hari ini nak kongsi korang hasil shopping di kedai eco rm2.10 tu kedai berhantu kebanyakan orang panggil hahaha, suami Cik Ash dia paling risau kalau Cik Ash masuk sini. Dia takut Cik Ash naik hantu semua benda nak beli, semasa sebelum masuk kedai ni suami dah bagi target jangan belanja lebih pada RM20 hahaha, Saja-saja jer suami ni nak uji isteri dia la. Gigih la kita pilih barang yang nak jer tu masih ada lagi belum beli hahaha, tak pe tunggu nanti la nak ajak pergi pulak dekat kedai eco hihihi. 

Barang yang Cik Ash beli dekat eco ni adalah pencuci lantai, pencuci kekotoran dekat dapur, pewangi semburan, senduk kuah, pinggan kecil untuk sos,pencungkil gigi, pelapik tempat hiris. Jom korang usha gambar-gambar dekat bawah ni hihihi.

tempat hiris bawang 
senduk dan piring sos



kitchen cleaner

pewangi rumah

pencungkil gigi 


Ok la korang itu jer hasil shopping Cik Ash di kedai eco RM2.10 tu, kedai berhantu ni kalau masuk situ malam tak sedar hahaha, kalau ikut banyak lagi list barang nak ambik tapi sebab suami dah bagi warning jangan masuk lama-lama hahaha, Macam tahu la kita masuk kedai memang jadi gila semua nak ambik hihihi.. Korang selalu pergi kedai eco mesti macam Cik Ash juga kan. hahaha.. apa yang selalu korang shopping dekat sana.

Saturday, January 11, 2020

Tudung Sukan TAHAN Instant Sports Hijab Yang Sesuai Untuk Bersukan Dan Aktiviti Luar

Tudung Sukan TAHAN Instant Sports Hijab Yang Sesuai Untuk Bersukan Dan Aktiviti Luar | Assalamualaikum... Hai korang semua, hari ini Cik Ash ingin berkongsi dengan korang yang sedang mencari tudung yang sesuai untuk yang bersukan ataupun aktiviti luar.


Tudung Sukan TAHAN Instant Sports Hijab Yang Sesuai Untuk Bersukan Dan Aktiviti Luar
Kebanyakan wanita bertudung sekarang selalu menghadapi masalah ketika bersukan dan melakukan akitiviti outdoor ni, fikir nak pakai tudung satu masalah kan, tapi kini korang dah tak perlu nak risau sebab adanya rekaan tudung terbaharu oleh PTT Outdoor ini didatangkan dengan jenis instant hijab untuk memberikan keselesaan memakainya. Adanya tudung instant hijab bukan lagi menjadi penghalang utama untuk bergiat aktif.


Kadang Cik Ash memikirkan ada ke tudung instant hijab yang sesuai untuk bersukan ataupun aktiviti luar yang ada ciri-ciri yang menutup aurat bila melakukan aktiviti yang lasak dan memberikan keselesaan kepada pemakai. Tambahan sebelum ni Cik Ash selalu memakai tudung bawal membuat kerja rutin harian Cik Ash bila waktu pagi dan petang selalu berada dekat luar perumahan untuk mengeluarkan peluh dengan membuat aktiviti menyapu sampah, daun-daun kering. Tapi sekarang dah tak perlu nak ambik masa yang lama untuk memakai tudung sebab bila adanya tudung TAHAN Instant Sport Hijab tudung sukan yang direka khas untuk wanita muslimah yang ingin kekal aktif namun masih boleh mengekalkan kesopanan dan keselesaan. 

Keistimewaan TAHAN Instant Hijab 

TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor adalah satu hijab yang sangat ringan untuk melakukan aktiviti bersukan dan luar. Tambahan pulak direka cipta bentuk moden menggunakan fabrik berkualiti tinggi untuk kesesuaian aktiviti bersukan. TAHAN Instant Sport Hijab adalah produk terbaik PTT Oudoor dalam menyediakan penyelesaian reka bentuk yang mematuhi syariah yang melambangkan wanita kontemporari ke arah gaya hidup yang sihat. 






Disamping itu, TAHAN Instant Hijab ini sangat fleksibel yang baik untuk kepala,bahu dan pergerakan badan ketika melakukkan aktiviti. Lagi satu korang tak perlu nak risau jika memakai TAHAN Instant Sprot Hijab ini ianya memberikan korang keselesaan dan reka bentuknya mengelakkan rambut korang terdedah semasa aktiviti. Tambahan pulak ianya sangat sesuai dipakai untuk semua jenis keadaan cuaca serta sesuai untuk semua peringkat umur wanita. Lagi pulak reka bentuk hijab ini adalah potongan yang sangat sporty yang memudahkan untuk digunakan dan bersedia untuk aktiviti. Yang lebih penting Cik Ash suka dengan hijab ni korang dah tak perlu risau nak ambil masa lama untuk pakai pin mengadap cermin lama untuk bersiap. 



Hah!!! Macam mana berminat untuk memiliki satu koleksi TAHAN Instatnt Hijab PTT Outdoor ni korang boleh pergi usha-usha laman web tengok yang mana pilihan korang ada 3 jenis warna yang Cik Ash tengok lagipulak sekarang ada promosi untuk satu tudung berharga RM58 sahaja. Tapi sebelum  tu Cik Ash nak bagitahu  di PTT Outdoor turut menyediakan barangan sukan yang lain kalau korang teringin nak tengok koleksi yang lain korang boleh melayari maklumat lanjut untuk sebarang pembelian di bawah ini :- 


Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2019

Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2019 | Assalamualaikum... Eh sempat lagi update entri masa ni hahaha nak kongsi keputusan penuh MLM 2019 ni. Hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Pertama Kali Cuba Buat Acar Masak Kelantan. Setelah 12 minggu bertanding akhirnya terjawab sudah pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2019 pada malam ni.




Maharaja Lawak Mega 2019 Final telah berlangsung di  Royal Teater , Shah Alam serta turut disiarkan secara langsung di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (134).Antara perserta yang bertanding pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 bersaing untuk bergelar Juara pada malam ni ialah Bocey, Zero, Rare, Puteh dan Jborn. 

Keputusan undian peserta malam ni diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian penonton. Tema Maharaja Lawak Mega adalah diadaptasi daripada drama antarabangsa 'Stranger Things.

Untuk persembahan mereka malam ni bertemakan Muzikal & Bebas, bagi Cik Ash tengok siaran langsung rasa tadi terhibur dengan lawak daripada kumpulan Puteh dan Zero. Memang kedua-dua persembahan kumpulan itu mendapat 5HA daripada juri-juri. Tambahan pulak semasa Tema Muzikal tu Puteh punya persembahan last tu buat orang dalam dewan mengalirkan air mata dan termasuk dekat rumah hihihi...Siap undi dua kumpulan ni tadi. Hihihi... 

Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2019

Juara - Puteh membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta trofi. 

Naib Jura - Zero membawa pulang wang tunai RM250,000 berserta trofi

Tempat Ke 3 - Bocey membawa pulang wang tunai RM150,000 berseta dengan trofi.

Tempat ke 4 - Jborn membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta dengan trofi. 

Tempat ke 5 - Rare membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta dengan trofi.

Sebenarnya keputusan pemenang pada malam ini tekaan Cik Ash semuanya betul dan tepat. Memang dari awal Cik Ash dah jangka Puteh akan jadi Juara . Dah tertulis rezeki Puteh malam ni tahniah buat Juara. Tak lupa juga nak ucap tahniah kepada semua pemenang lain. Bukan senang nak jadi pelawak selama 12 minggu nak bagi orang ketawa. Cik Ash kalau ikut bukan peminat tegar Maharaja Lawak Mega pun disebabkan join Mak Mentua dan suami tu yang terlayan. hihihi.

Ok la korang sempat lagi update masa ni nak update keputusan penuh pemenang Maharaja Lawak Mega 2019.  Jumpa lagi di entri yang lain.

Wednesday, January 8, 2020

Pertama Kali Cuba Buat Acar Masak Kelantan

Pertama Kali Cuba Buat Acar Masak Kelantan | Assalamualaikum...Hai korang semua, masa ni baru ada idea nak menulis dekat blog ni hahaha... Nak buat macam mana siang hari sibuk dengan rutin harian surirumah tangga dan pantau mak mentua yang uzur. Nanti entri yang lain Cik Ash akan story kisah mak mentua ya. hihihi.. 

Pertama Kali Cuba Buat Acar Masak Kelantan

Sebenarnya buat masakan Acar Masak Kelantan buat pada tahun lepas lagi hahaha.. Tahun ni baru nak kongsi dekat blog nampak sangat lama tak menulis entri resepi dekat blog ni. Nak menulis entri resepi kena ada mood juga kan. Macam mana timbul datang nak buat Acar Masak ni sebab fikirkan mak mentua yang tidak lalu nak makan sebenarnya. Lepas tu pernah teringat dia ada sebut kalau ada acar masak ni sedap makan sebab masam-masam cuka gitu. 

Kebetulan pulak tengok dalam peti ais ada bahan-bahan dan ada santan tu yang teruskan buat tanpa bagitahu mak mentua Cik Ash masak acar ni, hihihi.. Buat kejutan dekat dia konon-konon la. Masa mak mentua buka saji bersorak bila tengok acar masak ni. Suami pun siap puji kata sedap dah macam makan kelantan punya kalau kalau pisang gala @ pisang benggala sedap ni. Jom korang tengok resepi cara Cik Ash masak dekat bawah ni. 

acar masak kelantan


Resepi Acar Masak Kelantan

Bahan-bahan

1 biji Timun
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
sedikit halia *
1 sudu besar cili kisar
2-3 sudu cuka makan
2 biji cili merah
segenggam taugeh
1 sk garam
1 sk pati sedap
gula secukup rasa

*ditumbuk dulu ya.

Cara Membuatnya : 

1. Timun dipotong memanjang, kemudian rendamkan seketika dengan air garam untuk mendapatkan acar yang ranggup. 

2. Panaskan minyak tumiskan bawang, halia yang telah ditumbuk itu. 

3. Masukkan cili kisar dan tumis cili hingga masak.

4. Selepas itu masukkan santan dan masak seketika kemudian masukkan cuka makan.

5. Apabila kuah dah mula mendidih masukkan timun yang telah disejatkan.

6. Perasakan dengan garam, pati sedap dan gula.

7. Apabila acar sudah masak padamkan api, kemudian last sekali masukkan taugeh.

8. Siap boleh dimakan dengan nasi putih sedap..

Alhamdulilah bila buat acar masak kelantan ni mak mentua Cik Ash berselera makan nasi pun bertambah dia kata sedap makan masam-masam cuka katanya. Sekarang pening nak masak menu apa nak bagi dia berselera tanya nak lagi acar masak ni tak nak dah. Sekarang makan nasi dengan acar timun mentah pulak lauk-pauh tak nak duk makan hirup kuah acar tu jer. 

Ok la korang jumpa lagi ya, tengok jam dah lewat ni masa untuk beradu dulu hahaha... jumpa lagi kalau rajin nanti menyusul la entri baru. hihihi.. Kalau korang nak koleksi resepi lain boleh jer usha koleksi resepi #dapurcikash.

Monday, January 6, 2020

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin |Assalamualaikum... Selamat malam, rasa malam ni teringin nak join giveaway dekat blog. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri 




Syarat-syarat untuk korang boleh klik banner di atas tu untuk join giveaway ini. Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang menarik sangat rugi kalau tak ambik peluang join giveaway ini mana la tahu ada rezeki dapat salah satu hadiah tu kan.. Aamiin...



Ok la korang Cik Ash undur diri dulu ya, nak berehatkan badan hari ini sibuk dengan rutin surirumah.. hihihi... 

Gembira Dapat Makan Prosperity Burger Daging

Gembira Dapat Makan Prosperity Burger Daging | Assalamualaikum...Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri https://www.cikash.com/2020/01/selamat-tahun-baru-2020.html. Punya lama sangat tak makan Prosperity Burger ni, tahun baru 2020 baru dapat makan hahaha, selalu duk tengok iklan terliur la juga nak makan, pada malam bawa mak mentua jalan-jalan sambil singgah beli barang dapur dekat TF Value tu suami sempat la singgah drive tru mcdonals hihihi.

Gembira Dapat Makan Prosperity Burger Daging
Suami Cik Ash order Prosperity Burger Daging sahaja jer pun, sebab nak ambik rasa makan bagi dengan suami lagipun dulu pernah beli tak tahan kepedasan black paper keesokannya masuk tandas hahaha.. Memang pedas sos black paper yang salut daging tu, siap sediakan satu gelas air sebab tak tahan pedas. Bagi orang yang tahan pedas mesti kata alah biasa jah makan kan. Ada yang Cik Ash baca review orang ada yang kata sos black paper ni tak sepedas macam dulu-dulu. 

Bagi Cik Ash kepedasan Prosperity Burger sama jer, sebab Cik Ash ni jenis tak tahan makan pedas hahaha, segala jenis benda pedas memang tak boleh makan perut jenis tak sesuai hihihi. 

So korang yang belum cuba lagi Prosperity Burger silakan ke Mcdonald's terdekat korang untuk nikmatinya. Apa yang Cik Ash tahu Prosperity Burger hanya setahun sekali jer keluar iklan bila nak tiba perayaan tahun baru china nanti.

Ok la korang Cik Ash undur diri ya, ada kerja nak buat sikit dekat rumah ni, kerja yang tahun lepas punya tak habis lagi nak buat hahaha, aduhaiii... nak clearkan barang-barang lama yang dah tak nak pakai sebenarnya, hihihi.. Jumpa lagi ya. 

Friday, January 3, 2020

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020 | Assalamualaikum... Hai korang, hari ini baru berpeluang nak coretkan entri dekat blog ni, nak buat macam mana kesibukan di awal tahun baru ni. Hihihi.. Orang lain sibuk dengan kesibukan anak-anak sekolah, Cik Ash sibuk dengan urusan macam-macam la yang hendak di selesaikan. Ni baru tarik nafas lega sikit.



Bermula pada 1.1.2020 , kami suami isteri sibuk dengan urusan shopping barang keperluan dapur untuk digunakan sebulan. Bulan ni macam terlebih bajet barang-barang ada yang harga tidak ada promosi. Cik Ash selalu shopping barang dapur dekat tesco jer pun.. hihihi.. 

Pada keesokan hari kami suami isteri sibuk dengan urusan di bank maybank berkenaan dengan loan suami. Sebelah petang hingga ke malam pulak kami suami isteri bawa jalan-jalan mak mentua dia teringin nak tengok udara luar. 

Pada hari ini sebelah pagi kami pergi membeli lauk pauk untuk 1 minggu makan, tahun baru ni semua harga lauk pauk naik. Ayam naik, ikan-ikan dan lain pun harga mahal pada tahun lepas. Tadi masa dekat pasar borong kat taman kenari Cik Ash beli Ayam 2 ekor RM23.00, Ikan Pelaiing 1 kilo lebih RM20, Ikan Selayang RM17 (1 kilo lebih), sotong setengah RM14.. banyak beli bekalan lauk untuk seminggu lebih ni. 

Lebih kurang pukul 9.30 sampai rumah dan operasi nak buang perut ikan, ayam dan sotong. Hari ini Cik Ash paling happy sangat suami ringankan tangan untuk menolong buangkan perut ikan dan sotong. Manakala kulit ayam Cik Ash yang uruskannya. Kerja operasi buang segala kekotoran nya cepat siap bila ada yang tolong hihihi.

Ok la korang Cik Ash undur diri dulu la, masa ni baru nak post entri , masa ni baru ada peluang nak tengok laptop dan blog. Memang sekarang Cik Ash dah kurang nak guna laptop busy dengan urusan harian di rumah hihihi.. Kalau ada peluang taip siap-siap entri nak post bila hihihi..