Sunday, December 29, 2019

Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis | Seperti biasa bab drama dekat blog Cik Ash sentiasa ada kalau ada drama terbaru yang menjadi list yang Cik Ash layan bila ada waktu lapang hihihi. Cerita terbaru yang sedang bersiaran di slot Vaganza Astro Ria tu. 



Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis ni merupakan sebuah drama adaptasi novel karya Aulia Iman. Drama ini mengantikan Drama Rindu Yang Terlarang. Drama ini memulakan siarannya pada 23 Disember 2019. Drama ni mempunyai 24 episode, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. 

Sinopsis Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Drama ini mengisahkan tentang Kris Al-Hadi telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Salsabila, gadis yang sedang menunggu di hari perbicataan atas tuduhan pecah amanah.

Tunang kepada Khairyl (abang Kris) iaitu Yasmin menjadi penghalang terhadap hubungan tersebut apabila bertindak cuba menggoda Kris. 

Kerana angkara salah faham, Kris dipaksa untuk menikahi Yasmin, namun Kris membantah dan meminta agar bapanya membuat perancangan lain. 

Setibanya di hari perkahwinan, Kris dan Salsabila berasa tertipu apabila nama Salsabila pula disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl.

Pelakon Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis


Watak utama yang terajui Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis adalah Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Elly Mazlein dan Yusuf Bahrin. Turut dibantu oleh pelakon yang lain iaitu Reza Hasbi, Mimi Ernida, Zarynn Min, Catriona Ross, Azri Iskandar, Norlia Ghani, Aman Graseka, Harun Hashim,Yusri Saleh dan ramai lagi.


Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama ini diarahkan oleh pengarah Hashim Rejab dan juga diterbitkan di bawah syarikat produksi penerbitan Mache Allstar United yang pernah popular dengan drama terbitan yang sebelum ini iaitu Cinta Lemon Madu, Lelaki Macam Dia, Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mawar Murni dan Encik Suami Mat Salih Celup. 

Ok la korang semua itu jer pengkongsian Cik Ash hari ini untuk kongsikan sinopsis drama  Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis yang menemui korang pada 23 Disember 2019.

Thursday, December 26, 2019

Ost LaguDrama TQ Captain

Lagu OST Drama TQ Captain | Assalamualaikum...Hai, Seperti biasa blog tak sah kalau tak ada entri OST drama hahaha, mesti akan ada Cik Ash kongsikan dekat blog ni. Eh hampir terlupa kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Ayam Brand Saba Mackerel Flakes

Lagu OST Drama TQ Captain

Untuk sambungan kali ni ianya berkait dengan drama tersebut.Tentang Lagu Ost bagi drama TQ Captain, bagi korang yang terlepas entri Cik Ash Drama TQ Captain korang boleh klik DISINI untuk mengetahui lebih lanjut lagi, berbalik pada tajuk kita tentang Lagu Ost Drama TQ Captain yang dilakonkan oleh Hisyam Hamid dan Mawar Rashid. Antara lagu yang terdapat dalam Drama TQ Captain ialah seperti di bawah ini. 

Lagu Ost Pertama 

Tajuk Lagu :Fenomena 
Penyanyi : Tomok 
Lirik : Tomok 
Komposer : Tomok 

Lagu Ost Kedua 

Tajuk Lagu : Marry Me
Penyanyi : Mark Adam
Lirik : Mark Adam
Komposer : Mark Adam

Lagu Ost Ketiga 

Tajuk Lagu : Amnesia
Penyanyi : Mark Adam
Lirik : Mark Adam
Komposer : Mark Adam

Apa yang Cik Ash tengok la Drama TQ Captain hanya mengetengahkan 3 lagu tema sahaja dan satu lagu yang dinyanyikan oleh Tomok merupakan lagu baru dan lagu tersebut lagu tema yang di buat khas untuk drama ni dan secara langsung menjadi lagu tema utama untuk drama ni manakala dua lagu lagi merupakan lagu lama. 

Ok la korang rasanya cukuplah setakat ini dulu celoteh-celoteh Cik Ash mengenai lagu Lagu Ost Drama TQ Captain dan jangan lupa follow update akan datang dari Cik Ash ya. Jumpa lagi.

Saturday, December 21, 2019

Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackerel Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk Dimakan Yang Menyihatkan,Mudah & Enak

Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackerel Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk Dimakan Yang Menyihatkan,Mudah & Enak | Assalamualaikum.. Hai korang ada berita baik buat korang peminat Ayam Brand. Ayam Brand™, satu jenama sardin yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam senarai hidangan sedia untuk dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak.



Saba merupakan ayat dalam bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik. Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran-restoran Jepun. 

Anda kini berpeluang untuk menikmati keenakan rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan Ayam Brand Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cili,Minyak Zaitun Dara dan Mayones. Ayam Brand telah memastikan ketiga-tiga pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel. 

Saba mackerel dikenali ramai kerana memiliki rasa yang enak tetapi tahukah anda bahawa ia merupakan sejenis ikan yang kaya dengan khasiat? Ia mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA. 

Berdasarkan sebuah artikel dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, amalan pemakanan yang kaya dengan omega-3 mempunyai hubungan dengan proses penuaan yang sihat, seperti di Jepun yang mempunyai jangka hayat terpanjang di seluruh dunia.

Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nutrien ini daripada sumber-sumber semulajadi seperti makanan laut. Saba mackerel mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang serupa. Hakikatnya, satu tin Chili Saba Mackerel Flakes Ayam Brand mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan lapan biji kapsul softgel minyak ikan,sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda. 

Manfaat Omega-3

Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak dan perkembangan bayi. Mendapatakan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan manfaat kepada anak anda, termasuk kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik, kurangkan masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran. 



Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan-golongan yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat sekolah rendah- menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan.

Mata kita seriring terdedah daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektornik dan digital. Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah kebutaan. Mendapatkan kandungan Omega-3 DHA, juga komponen struktur utama bahagian retina dalam mata, yang mencukupi mungkin penting dalam memastikan kesihatan mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama.

Kajian juga mendapati Omega-3 boleh memberi kebaikan kepada penyusutan kognitif berkaitan usia seperti penyakit Alzheimer. Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada makanan laut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kemahiran pemikiran, seterusnya mencadangkan bahawa Omega-3 berupaya mengurangkan risiko penyakit Alzherimer .

Menariknya, pelbagai penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 yang didapati secara semulajadi dalam sumber makanan memberikan lebih banyak manfaat berbanding mengambilkanya sebagai suplemen minyak ikan. Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes Ayam Brand ke dalam pemakanan anda sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3, pada setiap peringkat kehidupan anda. 

Sungguhpun saba mackerel segar tidak dapat diperoleh secara meluas di pasar-pasar dan pasar raya tempatan, namun ia boleh dijumpai di restoran-restoran Jepun tetapi pada harga yang premium. Namun, Saba Mackerel Flakes Ayam Brand membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk dimakan dalam pilihan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones.

Kini anda mengetahui bahawa adalah mudah untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand Saba Mackerel Flakes. Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan lauk bersama hidnagan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand Saba Mackerel Flakes juga hebat dalam sajian wrap,inti sandwich, digaul bersama pasta mahupun ditabur di atas piza.

Ayam Brand Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam Mayonnaise (160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin. Rangkaian lengkap produk-produk  Ayam Brand yang menyihatkan dan memudahkan boleh didapati di pasar raya diseluruh Malaysia.

                                     Website | Facebook | Instagram

Friday, December 20, 2019

Memori Kad Hadphone Penuh Dengan Gambar

Memori Kad Handphone Penuh Dengan Gambar | Assalamualaikum...Pernah korang terjadi perkara tertiba telefon kita guna ada keluar tanda amaran mengatakan memori kad penuh. Memikirkan makan masa nak buang satu persatu gambar itu.


Memori Kad Hadphone Penuh Dengan Gambar
Sebenarnya Cik Ash ada satu cara nak bagitahu korang yang Cik Ash selalu guna untuk back up gambar dalam handphone ni. Semua gambar yang kita snap dalam handphone akan disimpan secara 'cloud' dalam satu apps yang bernama Google Photo. 

Kalau korang yang jenis rajin selalu chek memori storage balance dalam handphone, itu bermakna anda seorang yang pandai jaga handphone. Tapi ada sesetengah orang ni tahu pakai jer tapi malas nak chek memori, bila waktu snap gambar memori penuh dan kelajuan handphone jadi lembab sebab memori penuh. Jom ikuti cara di bawah ni cara nak memulakan apps Google Photo. 

Langkah-langkah Memulakan Google Photo Apps

👉 Buka Play Store dan install Google Photo apps ini dalam handphone. Sebelum itu install tu korang perlu chek handphone dulu sebab ada yang jenis baru android ni ada yang siap-siap pre-install masa purchase. Kalau tak ada itu tandanya korang perlu la dowload sendiri. Lepas dah siap dowload tu korang klik open.

👉Buka Google Photo dan pastikan korang sign in ke gmail account yang sama dengan handphone korang gunakan sekarang. Email yang sama akan memudahkan proses menyegerakkan segala detail yang Google inginkan.

👉Ini adalah antara muka Google photo, kebiasaannya apps ni akan dapat mengesan terus semua gambar dan video yang kita snap menggunakan kamera handphone. Jadi korang tak perlu nak buat apa-apa hanya biarkan Google Photo back-up semua gambar dan video yang ada. Gambar akan tersusun ikut tarikh diambil.

👉Setiap gambar yang di back-up dalam Google Photo adalah jenis versi High Quality bukan raw image. Jika korang jenis yang tak kisah dengan apa-apa gambar pun asalkan cantik dan clear, abaikan jer apa itu raw semua tu. So kalau kita upload raw image, stroge akan limited kepada 15 GB sahaja. 

👉Sekiranya kita pilih untuk upload High Quality image,storage yang disediakan oleh Googe adalah unlimited, Jadi, beribu-ribu gambar yang di backup pun tak ada masalah.

👉 Dalam ruangan setting ada disediakan option untuk capture Google Location dimana ianya berfungsi untuk mencari gambar mengikut lokasi. Jika korang yang jenis suka snap-snap gambar lepas tu terlupa dekat mana tempat itu boleh jer aktifkan ciri yang dimaksudkan itu.

👉Google Phote akan susun semua koleksi gambar yang kita ada mengikut tempat tertentu. Boleh buka ruangan Album>Places. Selain Places, Google juga boleh susun koleksi mengikut objek, makanan dan muka. Jadi boleh la korang chek lah muka siapa yang paling banyak appear dalam handphone korang. 

👉Disini adalah features paling menarik. Apabila setting ini di aktifkan, Google Photo akan automatically delete semua gambar dan video yang sudah dibackup dari handphone. Maka semua file gambar dan video korang telah selamat disimpan secara cloud.

👉Features tambahan, korang boleh add orang lain (seperti family & pasangan) untuk kita berkongsi gambar yang telah dibackup dalam photo. Features tersebut boleh diaktifkan dalam ruangan Add Partner Account. 

Kalau masih tak faham  cara di atas yang Cik Ash kongsikan itu  korang boleh rujuk di SINI. Nanti ikut la arah dekat sana ya. 

Thursday, December 19, 2019

Gotong Royang Memasak Dengan Kakak Ipar

Gotong Royang Memasak Dengan Kakak Ipar  | Assalamualaikum...Hai, Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi baca entri Drama Tq Captain slot MegaDrama. Pada 7 Disember 2019 aritu dekat rumah Cik Ash ada la buat gotong royong dengan kakak-kakak ipar masak nasi impit,kuah kacang dan sambal. Masak ni sebab nak tunaikan permintaan mak mentua Cik Ash la. Semasa dalam wad aritu dia ada cakap nak makan nasi impit,sambal, kuah kacang,satay nak makan ramai-ramai macam pada hari raya aritu.

Gotong Royang Memasak Dengan Kakak Ipar

Lagi pulak chef masa gotong royong memasak kakak-kakak ipar, Cik Ash hanya tolong apa yang diperlukan jer, malam sebelum 6 Disember 2019 permulaan tugas kita orang hiris isi ayam kecil-kecil nak diperap dan dicucuk dekat lidi nak dijadikan satay. Sebelum ni ada buat makan pada hari raya bab bahagian cucuk satay dekat lidi ramai cepat la siap. Malam tu hanya 3 orang jer lambat la sikit lebih pukul 12.30 pagi baru siap. Bila siap kemas-kemas dapur pukul 2.00 pagi baru tidur. 

Alamak esok tersedar lewat nak buat sarapan suami pergi kerja. Suami pun satu perangai pagi tu selalu rajin kejut Cik Ash kalau tak sedar. Esokkan dia siap boleh kata awal lagi nak memasak tu. Kita ni siap tengok jam dan 6.30 pagi kalut la ke dapur nak siapkan sarapan. Lepas dah siap memasak siapkan baju, seluar, stokin suami. Tengok jam dah pukul 7.10 Suami masih relaks jer, Cik Ash pun tanya dekat suami kenapa tak siap-siap lagi, boleh suami ni tersenyum-senyum sambil buat peace CUTI!!!! Eeeeeee geram rasa bila kena prank dekat suami pada pagi hari lahir dia pada 7 Disember 2019. Hahaha... Terbalik sepatut besday boy kena kejutan tapi kita yang terkena. Lebih kurang pukul 8.30 tu kakak ipar datang kerumah nak buat kuah kacang dan sambal. Nasi impit beli yang siap packing kak ipar rebus dengan noxxa dia cepat dan pantas.



Rupanya suami ni dah rancang awal nak cuti 7 Disember 2019 tu berpakat dengan kakak-kakak ipar suruh rahsiakannya. Buat makan pada belah malam nak ajak saudara mara mak mentua yang ada duduk dekat sini jugak.Tambah pulak pada hari itu ada 3 jemputan kenduri kahwin. Tengahari sampai petang makan lauk kenduri kekenyangan hahaha.. malam pulak nak makan besar jugak tu.Hancur diet hahaha.Suami pulak dapat kejutan dari kakak-kakak ipar diam-diam mereka berdua pergi buat pizza dekat rumah untuk besday boy hihihi malu suami ada kejutan untuk dia.

kejutan besday boy dapat pizza air tangan a=kakak ipar

Ok la korang Cik Ash beransur-ansur undur diri dulu, panjang pulak bercerita dekat blog ni. nanti ada yang jemu baca cerita panjang-panjang ni. Cerita pasal gotong royong memasak pun nak tulis dekat blog hahaha.. 

Wednesday, December 18, 2019

Drama TQ Captain Slot MegaDrama

Drama TQ Captain Slot MegaDrama Astro Ria | Assalamualaikum... Hai korang selamat pagi..Baru hari ini nak tulis entri dekat blog hihihi.. biasa la bila malas menaip dekat blog kan. Untuk drama kali ni Cik Ash nak kongsikan sedikit dengan korang drama yang Cik Ash maksudkan ialah drama TQ Captain yang sedang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).




Pelakon Drama TQ Captain


Drama ini di bintangi oleh Hisyam Hamid sebagai Captain Adam Alauddin Hero dalam cerita ini bergandingan dengan Mawar Rashid sebagai Mikayla Mirza (MM), turut juga menampilkan penyanyi yang popular dengan lagu Marry Me iaitu Mark Adam sebagai Zafrel dan antara pelakon lain yang terlibat sama ialah Tomok sebagai Amsyar, Natrah Khalid sebagai Elle, Fadhli Masoot sebagai Waliy Harris, Anuar sebagai Ziyad, Raf Yaacob sebagai Leftnan Bazli dan ramai lagi. 

Terbitan Pengarah Dan Produksi


Drama TQ Captain ni diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia, Drama ini berepisode sebanyak 20 episod yang mana bermula pada 9 Disember 2019 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. 

Gambar Pelakon dan Pengarah






Sinopsis Drma TQ Captain


Drama ni mengisahkan tentang seorang wartawan terkenal iaitu Mikayla Mirza yang mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan tugasnya sebagai Mikayla yang asalnya merupakan seorang wartawan hiburan mempunyai sikap pantang di cabar dan keegoaan yang tinggi telah di cabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang  serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut. Ketika Mikayla menjalankan tugasannya, menemukan dirinya dengan Leftenan Komander Maritime iaitu Adam Alauddin seorang pegawai yang memerintah kapal KM bagan Datuk.

Korang nak tahu drama ni suami Cik Ash layan hahaha, sampai Cik Ash pun terjoin sekali. Suka tengok Mawar Rashid bercakap loghat kelantan tu comel sangat. Ok la korang jumpa lagi nanti kalau ada entri yang lain Cik Ash update ya. Boleh jugak baca entri Lagu Ost Drama Tq Captain.

Tuesday, December 17, 2019

Lagu Ost Drama Adellea Sofea

Lagu Ost Drama Adellea Sofea | Assalamualaikum...Hai,selamat pagi. Seperti biasa la blog Cik Ash ni mesti akan kongsikan antara lagu-lagu yang terdapat dalam drama Adellea Sofea ni. Terima kasih juga kepada korang yang sudi memberikan komen dekat entri sebelum ni. 


Lagu Ost Drama Adellea Sofea

Drama ini bukan drama adapitasi novel ya. Cik Ash ternampak ada yang sedang mencari dekat keyword novel hahaha.. Drama ni permulaan cerita nampak menarik dan gandingan Ungku Ismail dan Mira Filzah ni. Antara lagu yang terdapat dalam Drama Adellea Sofea adalah seperti di bawah :-


Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Tentang Rahsia 
Artis : Judika & Shila Amzah
Lirik : Amylea

Lagu-lagu lain

Tajuk Lagu : Syarat Bahagia
Artis : Dinda Permata
Komposer : Farouk Roman 
Lirik : Amylea

Tajuk Lagu : Selalu Denganmu
Artis : Amylea X Kaer 
Lirik : Amylea 

Tajuk Lagu : Bagai Lagu Indah
Artis : Adzrin 
Komposer : Amylea


Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash ada dalam Drama Adellea Sofea ni. Semua lagu baru yang baru diperkenalkan.So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

#ostdramaadelleasofea
#dramaadelleasofea
#cikash
#cikashdotcom

Thursday, December 12, 2019

Buat Serikaya Macam Dekat Kedai

Buat Serikaya Macam Dekat Kedai | Assalamualaikum...Hai korang semua, Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Buat Serikaya Macam Dekat Kedai, hari ini Cik Ash ingin berkongsi dengan korang semua bila dah terlebih rajin baru-baru ni Cik Ash sempat la cuba buat serikaya yang kita makan dengan roti tu.

Buat Serikaya Macam Dekat Kedai 

Sebenarnya yang boleh terajin buat serikaya ni disebabkan nak jimat duit sebab dekat dengan 3 bekas beli dalam masa seminggu hahaha, nampak sangat makan roti dengan serikaya ni berhantu. Dah la sebekas harga RM3.00. So datang la idea nak cuba buat juga serikaya ni. Dapat la dua bekas jadi la kan.

Cik Ash buat carian dekat google cari blog mana ada buat resepi pasal Serikaya ni dan terjumpa la blog rasa.my. Tertapi Cik Ash tak ikut tepat resepinya Cik Ash  kurangkan dalam kuantiti sedikit. 


Serikaya

Resepi Serikaya Oleh Cik Ash 

Bahan A 

1 cawan gula 
1 cawan air panas

Cara membuatnya 
1. Masak gula hingga keperangan. Padamkan api.
2. Selepas masukkan 1 cawan air panas dan buka api semula.
3. Kacau hingga gula cair. Biarkan seketika.

Bahan B 

2 biji telur 
1/2 cawan gula
1 penutup tudung esen vanila

Cara membuatnya :- 
Kisar semua bahan di atas itu.

Bahan C 
200ml santan 
1 sb tepung jagung

Cara memasak :-
1. Panaskan gula karamel (bahan A). Kemudian masukkan bahan B. Kacau hingga sebati.
2. Seterusnya masukkan santan yang dicampurkan dengan tepung jagung.
3. Kacau guna api yang perlahan sehingga pekat dan berkilat. Pastikan serikaya ni tidak hangus.
4. Setelah seri kaya kelihatan berkilat dan pekat, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.

Alhamdulilah cuba buat serikaya menjadi suami kata dah sama macam kedai punya la. Lepas ni boleh buat jual hahaha, Setakat nak bagi suami makan boleh la kalau nak jual tak berani lagi. Ok la korang semua, jumpa lagi ya nanti ada masa Cik Ash update. 

Wednesday, December 11, 2019

Bawa Kucing Pergi Cucuk Vaksin

Bawa Kucing Pergi Cucuk Vaksin |Assalamualaikum...Hai selamat pagi semua.. Hari ini rajin update blog dan nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lohas Eyewear Menawarkan Hadiah Percuma Bernilai Rm298. Tahun lepas Pertama kali Cik Ash bawa kucing Cik Ash pergi cucuk vaksin dekat Jabatan Perkhidmatan Verterinar Kulim. Permulaan cucuk kena dua kali. Selepas pada tu hanya setahun.. Last pergi cucuk kucing Cik Ash bulan Dec 2018. 


Bawa Kucing Pergi Cucuk Vaksin
Nak jadikan cerita dikad itu temujanji untuk cucuk vaksin pada 9/12/19. Kami suami isteri bawa kucing ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kulim pada 2/12/19 kebetulan suami cuti hari itu dan ada nak pergi tempat lain lagi.  Tetapi bila sampai disana tengok kedaan sunyi sepi tak ada orang. Macam pelik la juga kenapa tak ada orang ni. Suami pun tanya staff mereka, ada kakak tu bagitahu mereka dah tak buat cucuk vaksin dan pemnadulan kucing mereka dah bertukar ke Serdang kulim. Uish jauh nak pergi dah fikir banyak tempat lagi nak pergi. 

Kami suami isteri tak ada cara lain bawa pergi ke Klinik Haiwan Kulim lagipun selalu kalau dia sakit teruk memang bawa pergi Klinik Haiwan Kulim pun. Tapi biasa la bawa swasta ni kena bersedia duit la kan nama lagi swasta sekali rawatan ada cecah lebih pada bajet kita kadang ingat lagi masa bulan 6 aritu lepas hantar kucing petshop balik rumah tertiba dia demam,selsema dan sakit mata bila sudah chek kena bayar RM70. Hihihi. 



Untuk vaksin di Klinik Haiwan Kulim untuk seekor kucing dicaj sebanyak RM40 seekor. Nasib baik masa dr chek kucing Cik Ash tak ada demam or sakit apa-apa. Cuma berat kucing tu turun sedikit. Biasa la kucing dah tua gigi bawah pun dah tak ada nak bagi makanan kering tak boleh sangat. Sekarang rutin kucing dekat rumah ni Cik Ash rebus ikan dan gaul dengan nasi. Kadang kalau ada rezeki lebih adalah juga beli makanan yang dah siap. Pernah cuba buat Wet Food Untuk Kucing  tapi kucing tua biasa ada angin makan ada angin tak mau kadang mari terfikir perangai kucing dah macam ibu mentua Cik Ash hihihi.. Agak-agak kucing Cik Ash ni dah berusia 12 tahun kalau kiraan manusia maybe 60an la kut. Bab usia kucing ni Cik Ash tidak tahu hahaha.

Ok la korang itu jer cerita Cik Ash kongsi bawa kucing pergi cucuk vaksin nak tulis dalam blog hahaha.. Blog Cik Ash mesti la apa yang datang dalam kepala ni mesti luahkan dalam dekat blog. Baru la puas. Hihihi.. Jumpa lagi nanti. 

Tuesday, December 10, 2019

LOHAS Eyewear Menawarkan Hadiah Percuma Bernilai RM298

LOHAS Eyewear Menawarkan Hadiah Percuma Bernilai RM298 | Assalamualaikum... Baru-baru ini Cik Ash ada terbaca satu laman sesawang mengenai sebuah kedai cermin mata yang akan membuat pembukaan di Selangor,Malaysia. Kedai cermin mata itu bernama LOHAS Eyewear. Bagi Cik Ash ini adalah pertama kali tahu mengenai kedai cermin mata ni. Lohas juga adalah jenama berasal daripada Taiwan, LOHAS adalah Lifesytle Of Health And Sustanability.



Apa Itu LOHAS Eyewear

Lohas Eyewear ditubuhkan pada tahun 2014. Pengasasnya adalah Louis Huang. Ia adalah jenama rangkaian mata wang domestic yang terkenall. Manakala pulak ibu pejabatnya terletak di Kaohsiung, Taiwan. Terdapat di kedai-kedai di seluruh Asia. 

Selain itu, mereka menyediakan perkhidmatan pemasangan kacamata, turut juga memperkenalkan elemen-elemen seperti perlindungan kesihatan, alam sekitar. Setiap isu reka bentuk pembungkusan kacamata telah menyebabkan kejutan besar dipasaran dan menyebabkan pesaiang untuk meniru. 

Mereka juga ada membuat kebajikan sosial secara eksklusif berkerjasama dengan Yayasan Cinta Blind, untuk memberi peluang kepada orang yang ada masalah penglihatan yang rendah ni dapat menikmati diskaun gelas-gelas yang percuma, dan juga untuk orang awan dapat menderma dan mensponsori semasa penggunaan. Acara yang mereka anjurkan ini dapat diterima dengan baik sejak dilancarkan dan mendapat pujian umum. 


Apa Manfaat Yang Terdapat Di LOHAS Eyewear

1. Mempunyai persekitaran kerja yang sangat selesa. 

2. Harga pembelian dengan kakitangan yang terbaik. 

3. Terdapat makanan ringan percuma dan makanan biasa turut disediakan. 

4. Pelan pengisian latihan di tempat kerja. 

5. Percutian dan kehadiran yang fleksibel.

6. Jauh lebih baik daripada sistem gaji industri.


Apa yang Menarik Di LOHAS Eyewear

1. Lohas mempunyai bingkai tidak terhad kepada orang dengan gaya. Harga untuk satu bingkai adalah RM298 dan mempunyai setiap fungsi kanta yang telus sepenuhnya. 

2. Lohas menyediakan sehingga 2500 bingkai dan pelbagai koleksi bahan dan gaya popular yang biasa terdapat di pasaran sekarang.Untuk memberikan pelanggan membuat pilihan yang paling sesuai. 

3. Lohas turut menyediakan tontonan muzik secara langsung di setiap kedai dengan suasana dengan menwujudkan elemen hijau yang puas mengambarkan pesta visual semulajadi dan warna berkayu untuk membawa pelanggan berada dalam suasana hutan riang keseronokan. 

4. Lohas memberikan pemilihan buat pelanggan untuk memilih kedua-dua sains dan teknologi, kain bulu, atau pun kulit gelas kes, kotak kayu cermin mata. Pelanggan boleh membuat pilihan untuk memilih cermin mata kain atau kes kanta. 

5. Lohas turut memberikan kesihatan mata dengan teliti dan mengambil berat tentang mata pelanggan, lagi pulak bahan-bahan yang mereka guna adalah formula mata yang eksklusif kepada setiap pelanggan, akan menyediakan yang panas apabila mereka merawat mata pelanggan.

6.Lagi pulas Lohas ni merupakan satu syarikat yang mengurangkan pengeluaran pembungkusan produk menggunakan bahan mesra alam dan boleh digunakan semula untuk memberikan kesan dalam mengurangkan kesan karbon adalah perkara yang paling besar buat mereka kepada generasi sebelum pembungkusan untuk mengurangkan pencemaran.

Untuk pengetahun anda semua semasa pembukaan kedai di Selangor, Malaysia nanti mereka ada menawarkan hadiah yang menarik untuk 150 orang pelanggan pertama akan mendapat satu gelas percuma dengan harga yang bernilai RM298. Kedai di Selangor masih lagi di bawah pengubahsuaian, apa yang Cik Ash boleh kongsikan kedai mereka nanti akan sama konsep dengan kedai yang berada di Taiwan. 










Untuk maklumat lanjut mengenai LOHAS Eyewear korang boleh hubungi mereka di bawah ini :-


Alamat : A13, Jalan SS 15/ 4D 
47500 Subang Jaya, 
Selangor.

Saturday, December 7, 2019

Drama Adellea Sofea Slot Akasia

Drama Adellea Sofea Slot Akasia | Seperti biasa blog Cik Ash tak tinggal bab drama yang nampak macam best boleh masuk list drama nak tengok hihihi. So kongsikan dekat blog ni. Nampak drama Adellea Sofea ni  macam menarik jer tambahan tengok pelakon watak utama drama Adellea Sofea adalah Ungku Ismail dan Mira Filzah. Pengarah drama ni pulak pengarah sama yang menerbitkan drama Nur 1 dan Nur 2 sebelum ni.


Drama Adellea Sofea Slot Akasia 

Drama Adellea Sofea ni adalah drama bukan adaptasi dari novel ya, yang telah diarahkan oleh pengarah tersohor iaitu Shahrulezad Mohameddin. Drama ini akan memulakan siarannya pada 6 Disember 2019 mengantikan Drama Setelah Ku Dimiliki.

Sinopsis Drama Adellea Sofea

Drama ini mengisahkan Adellea Sofea seorang gadis solehah yang jatuh cinta dengan seorang jejaka yang bernama Firdaus. Lelaki yang dianggap mampu memberi kebahagian dan kemanisan dalam hidupnya. 

Namun setelah mereka berdua berkahwin segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu yang Firdaus merupakan seorang penagih dadah. Rumah tangga yang pada asalnya bahagia mulanya berantakan.

Kemuncak drama ni, Firdaus ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh isterinya sendiri.

kredit photo : instagram Mira Filzah

Pelakon Drama Adellea Sofea

Watak utama yang terajui Drama Adellea Sofea adalah Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz. Turut dibantu oleh pelakon yang lain iaitu Jasmine Suraya Chin, Fazlina Ahmad Daud, Fizo Omar,Josiah Hogan,Roy Azman, Bella Dally, Uchee Fukada, Kazar Saisi dan lain-lain.

Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama ini diarahkan oleh pengarah Shahrulezad Mohamedin yang pernah meneribitkan drama yang popular melekat dihati penonton iaitu Nur dan Nur 2, Cari Aku Di Syurga, Cinta Balqis, Ramadan Yang Hilang,Emil Emilda,Budak ijat dan Sinderella. Diterbitkan oleh syarikat produksi Radious One Sdn Bhd. 

Ok la korang semua itu pengkongsian Cik Ash hari ini untuk kongsikan sinopsis drama Adellea Sofea yang menemui korang pada 6 Disember 2019. Cik Ash baru lepas layan tak sabar nak tahu episode akan datang lambatnya nak tunggu isnin hahaha. 

👉Baca Entri : Lagu OST Daripada Drama Adellea Sofea.


Friday, December 6, 2019

Selamat Pagi Jumaat

Selamat Pagi Jumaat | Assalamualaikum... Hai korang hari ini rajin buka blog sambil-sambil nak cari bahan-bahan untuk tulis satu artikel ni. Terima kasih dekat korang yang sudi memberi komen entri Pesta Keramaian Di Kulim Kedah. Sambil tengok keyword yang sedang orang cari dekat blog  untuk hari ini bila buka ada yang sedang mencari Selamat Pagi Jumaat hahaha.. Apa yang istimewa hari jumaat ni. 

Selamat Pagi Jumaat 


Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari jumaat inilah hari yang terkumpul di dalam sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Alangkah bagusnya bila kaum muslimin merebut peluang ini untuk meningkatkan kuantiti amalan mereka menurut pentunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam. Antara keistimewaan hari Jumaat adalah:


Keistimewaan Hari Jumaat
Hari Jumaat dikatakan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3)  Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
 “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Sumber : sinar.my

Thursday, December 5, 2019

Pesta Keramaian Di Kulim Kedah

Pesta Keramaian Di Kulim Kedah | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar,Terima kasih kepada korang semua yang memberi komen dekat entri Percubaan Pertama Buat Colek Buah.


Pesta Keramaian Di Kulim Kedah
Cik Ash ingin berkongsi berita baik kepada penduduk sekitar Kulim Kedah akan berlangsung Pesta Keramaian pada 6 Disember hingga 15 Disember 2019. Pesta keramaian ini bertempat di Dataran Kulim. Cik Ash tak dapat join program ni hanya kongsikan dekat blog jer. Rasa tak sempat nak ruangkan masa dekat sana biasa la sibuk hahaha.

Jom memeriahkan expo ni nanti. Di Expo nanti akan diadakan macam-macam akan disediakan antaranya pelbagai jenis makanan akan disajikan untuk mereka yang datang nanti, turut diadakan konsert dan tayangan movie big screen. Untuk golongan wanita jangan lepaskan peluang untuk membeli pokok,buah,bunga,herba,hiasan dan alatan tanaman dekat sana ada juga disediakan. Pesta Keramaian ini akan dirasmikan oleh Dato' Azimi Daim (Ketua Bahagian BERSATU Kulim Banda Baharu).

Bagi korang yang mempunyai anak ataupun korang sendiri minat dengan pemainan beylade ni disana turut diadakan pertandingan, tak lupa juga hafazan nyanyi, ceramah agama serta qasidah pun ada.

Mari meriahkan Pesta Keramaian Kulim ni ya kepada semua penduduk berada di sekitar Kulim Kedah. Kasi riuh program macam ni. Ada artis-artis jemputan yang bakal memeriah program macam ni. Untuk korang ingin dapatkan lot jualan di Tapak Pesta Keramaian ini korang boleh hubungi di talian 013-2500277 (Fadli isa.

Ok la itu Cik Ash update hari ini nak bagitahu pasal Pesta Keramaian Kulim ni jer. Jumpa lagi nanti bila ada masa free ya. Nak sambung buat kerja rumah dulu hahaha..

Wednesday, December 4, 2019

Percubaan Pertama Buat Colek Buah

Percubaan Pertama Buat Colek Buah | Hai, Assalamualaikum...Dah agak lama Cik Ash tak kongsi koleksi masakan daripada #dapurcikash dekat blog ni. Nak buat macam mana sibuk dengan urusan peribadi blog pun tak sempat nak tengok. Bab memasak selalu jer Cik Ash masak ambik gambar post dekat instagram dan facebook jer. Eh hampir terlupa Cik Ash ingin ucapkan kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Eh Dah Bulan Disember 2019.

Percubaan Pertama Buat Colek Buah

Cik Ash ada sharing dekat facebook buat colek buah pada bulan 11 aritu dah lama buat baru nak kongsi dekat blog ni hahaha, nampak sangat malas nak menulis kan. Semangat nak buat colek ni mak mentua Cik Ash selalu terkeluar dekat mulut nak makan jambu cicah colek dengan jambu yang banyak ambik dekat pokok depan rumah tu. 

Cik Ash cari la resepi cara nak buat colek buah ni dekat google ni dan ada la jumpa blog satu blog yang kongsi cara nak buatnya. Nama blog tu dah lupa hahaha.. Tapi dalam resepi dia ajar cara kuantiti banyak ni Cik Ash nak cuba dulu. Agak-agak jer bahan untuk buat. 

colek buah

Resepi Colek Buah 

2 senduk Cili kering Blender
Sedikit belacan
1 cawan Gula Perang
1/2 cawan gula pasir
3 sb sos cili
2 sb tepung jagung
1/2 cawan kicap manis
1 sb garam
segengam kacang tanah 

Cara Membuatnya : 

1. Cik Ash cili kering yang dan blender. Ambik dalam 2 senduk masukkan ke dalam kuali. 

2. Gula merah puak dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan ke dalam kuali). 

3. Kemudian masukkan gula pasir. 

4. Masukkan juga kicap dan sos cili.

5. Untuk step seterusnya, korang perlu masak semua bahan-bahan dalam kuali tadi sampai ianya mendidih. Korang perlu berhati-hati ya sebab kuah itu akan cepat meruap. Sentiasa la kacau-kacau kuah tu. 

6. Bila kuah sudah mendidih, korang perlu masukkan garam secukupnya supaya sekata rasa dia.

7. Selepas itu korang kena masukkan air bancuhan tepung jagung tadi, kacau hingga sebati. Masa ni memang sentiasa kacau selalu dan gunakan api yang slow.

8. Masak kuahnya sampai menjadi agak pekat.

9. Barulah korang masukkan kacang tanah, agak-agak letak kacang tanah tu. Bijan tak letak sebab tak ada stock hihihi. 

10. Siap!! boleh la dimakan dengan buah jambu yang banyak ni. hahahaha.

Colek buah buah sedikit satu hari dah habis dapat pujian daripada suami dan mak mentua dia orang kata dah boleh buat jual ni, menjadi dah buat colek buah ni makan pulak dengan jambu tak ingat apa dah la. 

Ok la korang itu jer cara Cik Ash buat colek buah. Tu cara Cik Ash agak-agak buat kuantiti sedikit jer. Kalau korang buat versi banyak boleh jer cari dekat google banyak  blog yang kongsikan. Jumpa lagi dengan entri lain nanti kalau ada ya.