Sunday, December 1, 2019

Eh Dah Bulan Disember 2019

Eh Dah Bulan Disember 2019 | Assalamualaikum...Selamat pagi, dah penghunjung akhir tahun 2019 la, sekejap jer rasa dah nak masuk tahun 2020 dan umur semakin meningkat hahaha, masih belum tercapai misi Cik Ash untuk tahun ni.. Semoga tahun 2020 nanti dipermudahkan urusan Cik Ash. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dan support blog Cik Ash ni.

Eh Dah Bulan Disember 2019 

Pada November aritu entri dekat blog hanya 3 entri hahaha, pecah rekod entri paling sedikit dekat blog ni, nak buat macam mana busy dengan urusan rumahtangga  Cik Ash dan menjaga ibu mentua sakit selepas dimasukkan ke wad pada 2 November 2019 dan keluar wad pada 10 November 2019. Ibu Mentua Cik Ash duduk dengan Cik Ash nak harap dekat siapa lagi kan. Suami Cik Ash kerja, tugas Cik Ash ambik pantau ibu mentua. Kakak-kakak ipar ada jer dia orang sibuk dengan hal rumah tangga suami malas nak kacau mereka. 

Kalau ikut nak jer menulis entri dan jalan-jalan blogwaking dekat blog kawan-kawan tetapi keadaan yang tak mengizinkan kesihatan Cik Ash kadang ok kadang tak sihat biasa la bila antibodi tak kuat ada sakitnya tambah banyak guna tenaga dengan harian surirumah tangga dan tolak Ibu Mentua guna kerusi roda nak pergi tandas or makan di dapur.

Kalau korang terlepas peluang nak baca entri yang best-best dekat blog boleh baca dekat senarai di bawah ini :- 


Ok la korang semua, entri pertama di bulan Disember 2019, Alhamdulilah dapat peluang nak menulis entri ni hari. Jumpa lagi ya. Cik Ash nak out dulu ya kalau ada masa nak juga coret-coret entri dekat blog.

With Love 
Cik Ash

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com