Sunday, December 29, 2019

Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis | Seperti biasa bab drama dekat blog Cik Ash sentiasa ada kalau ada drama terbaru yang menjadi list yang Cik Ash layan bila ada waktu lapang hihihi. Cerita terbaru yang sedang bersiaran di slot Vaganza Astro Ria tu. 



Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis ni merupakan sebuah drama adaptasi novel karya Aulia Iman. Drama ini mengantikan Drama Rindu Yang Terlarang. Drama ini memulakan siarannya pada 23 Disember 2019. Drama ni mempunyai 24 episode, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. 

Sinopsis Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Drama ini mengisahkan tentang Kris Al-Hadi telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Salsabila, gadis yang sedang menunggu di hari perbicataan atas tuduhan pecah amanah.

Tunang kepada Khairyl (abang Kris) iaitu Yasmin menjadi penghalang terhadap hubungan tersebut apabila bertindak cuba menggoda Kris. 

Kerana angkara salah faham, Kris dipaksa untuk menikahi Yasmin, namun Kris membantah dan meminta agar bapanya membuat perancangan lain. 

Setibanya di hari perkahwinan, Kris dan Salsabila berasa tertipu apabila nama Salsabila pula disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl.

Pelakon Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis


Watak utama yang terajui Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis adalah Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Elly Mazlein dan Yusuf Bahrin. Turut dibantu oleh pelakon yang lain iaitu Reza Hasbi, Mimi Ernida, Zarynn Min, Catriona Ross, Azri Iskandar, Norlia Ghani, Aman Graseka, Harun Hashim,Yusri Saleh dan ramai lagi.


Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama ini diarahkan oleh pengarah Hashim Rejab dan juga diterbitkan di bawah syarikat produksi penerbitan Mache Allstar United yang pernah popular dengan drama terbitan yang sebelum ini iaitu Cinta Lemon Madu, Lelaki Macam Dia, Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mawar Murni dan Encik Suami Mat Salih Celup. 

Ok la korang semua itu jer pengkongsian Cik Ash hari ini untuk kongsikan sinopsis drama  Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis yang menemui korang pada 23 Disember 2019.

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com