Bawa Kucing Pergi Cucuk Vaksin |Assalamualaikum...Hai selamat pagi semua.. Hari ini rajin update blog dan nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lohas Eyewear Menawarkan Hadiah Percuma Bernilai Rm298. Tahun lepas Pertama kali Cik Ash bawa kucing Cik Ash pergi cucuk vaksin dekat Jabatan Perkhidmatan Verterinar Kulim. Permulaan cucuk kena dua kali. Selepas pada tu hanya setahun.. Last pergi cucuk kucing Cik Ash bulan Dec 2018.
Bawa Kucing Pergi Cucuk Vaksin |
Nak jadikan cerita dikad itu temujanji untuk cucuk vaksin pada 9/12/19. Kami suami isteri bawa kucing ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kulim pada 2/12/19 kebetulan suami cuti hari itu dan ada nak pergi tempat lain lagi. Tetapi bila sampai disana tengok kedaan sunyi sepi tak ada orang. Macam pelik la juga kenapa tak ada orang ni. Suami pun tanya staff mereka, ada kakak tu bagitahu mereka dah tak buat cucuk vaksin dan pemnadulan kucing mereka dah bertukar ke Serdang kulim. Uish jauh nak pergi dah fikir banyak tempat lagi nak pergi.
Kami suami isteri tak ada cara lain bawa pergi ke Klinik Haiwan Kulim lagipun selalu kalau dia sakit teruk memang bawa pergi Klinik Haiwan Kulim pun. Tapi biasa la bawa swasta ni kena bersedia duit la kan nama lagi swasta sekali rawatan ada cecah lebih pada bajet kita kadang ingat lagi masa bulan 6 aritu lepas hantar kucing petshop balik rumah tertiba dia demam,selsema dan sakit mata bila sudah chek kena bayar RM70. Hihihi.
Untuk vaksin di Klinik Haiwan Kulim untuk seekor kucing dicaj sebanyak RM40 seekor. Nasib baik masa dr chek kucing Cik Ash tak ada demam or sakit apa-apa. Cuma berat kucing tu turun sedikit. Biasa la kucing dah tua gigi bawah pun dah tak ada nak bagi makanan kering tak boleh sangat. Sekarang rutin kucing dekat rumah ni Cik Ash rebus ikan dan gaul dengan nasi. Kadang kalau ada rezeki lebih adalah juga beli makanan yang dah siap. Pernah cuba buat Wet Food Untuk Kucing tapi kucing tua biasa ada angin makan ada angin tak mau kadang mari terfikir perangai kucing dah macam ibu mentua Cik Ash hihihi.. Agak-agak kucing Cik Ash ni dah berusia 12 tahun kalau kiraan manusia maybe 60an la kut. Bab usia kucing ni Cik Ash tidak tahu hahaha.
Ok la korang itu jer cerita Cik Ash kongsi bawa kucing pergi cucuk vaksin nak tulis dalam blog hahaha.. Blog Cik Ash mesti la apa yang datang dalam kepala ni mesti luahkan dalam dekat blog. Baru la puas. Hihihi.. Jumpa lagi nanti.
Ok la korang itu jer cerita Cik Ash kongsi bawa kucing pergi cucuk vaksin nak tulis dalam blog hahaha.. Blog Cik Ash mesti la apa yang datang dalam kepala ni mesti luahkan dalam dekat blog. Baru la puas. Hihihi.. Jumpa lagi nanti.
No comments:
Post a Comment
ash.rie8506@gmail.com