Thursday, October 17, 2019

author photo
Ayam Panggang Guna Air Fryer | Assalamualaikum... Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Drama Demi Rindumu Di Astro Ria. Kemalrin suami Cik Ash dia teringin nak makan ayam panggang macam dekat kedai tu, So pagi tu Cik Ash pergi beli ayam untuk makan seminggu 2 ekor yang siap dipotong, manakala seekor lagi tak potong sebab nak bakar seekor dalam air fryer sambil-sambil nak try muat ke seekor ayam masuk dalam air fryer haier ni.


Ayam Panggang Guna Air Fryer
Cik Ash cari dekat google resepi cara nak perap ayam bakar ni, masa duk mencari terjumpa dekat laman web rasa.my. Tapi Cik Ash tak ada ikut resepi nya sebab Cik Ash ada ubah sikit dekat resepi ada tambah sesuatu dan terkurang bahan dalam tu hihihi. Jom la usha resepi dekat bawah ni. 

Resepi Ayam Panggang Guna Air Fryer

Bahan-bahan 

1 ekor ayam
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu sos bbq
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu teh serbuk pati sedap knorr
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu makan serbuk oregano

Cara Membuatnya :- 

1. Basuhkan ayam hingga bersih.

2. Satukan semua bahan di atas dan di adun dengan sebati. 

3. Ambil ayam dan lumurkan hingga rata bahagian ayam. Jangan lupa lumurkan juga di bahagian dalam ayam. 

4. Perap ayam selama 1 malam ataupun paling minimun 5 jam. Cik Ash perap selama 7 jam.



Cara Memasak dalam air fryer :- 

1. Sapukan sedikit minyak dekat basket air fryer. Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak dalam masa 10 minit pertama dengan menggunakan suhu 180C. Ianya bertujuan untuk mendapatkan warna kulit ayam yang garing dan cantik. 

2. Kemudian turunkan suhu kepada 160C. Biarkan ayam selama 40 minit.

3. Semasa masa dalam 30 minit gitu sila alihkan atau pusingkan kedudukan ayam depan dan belakang kerana nak memastikan ayam masak sekata. 

4. Saya tambah 10 minit terakhir sebab takut tak masak lagi. Sebenarnya dah masak sekata dah. Biasa la pertama kali cuba kan. 

5. Angkat dan sedia dihidangkan dan dinikmati dengan sos cili makan begitu sahaja pun tak pe. 




Alhamdulilah pertama kali memcuba buat Ayam Panggang Guna Air Fryer dapat pujian daripada suami, dia kata sedap dah macam makan dekat kedai. Suami kata macam makan ayam bakar kenny rogers hahaha. Kalau korang yang teringin nak memcuba resepi lain boleh tengok dekat koleksi dapurcikash.Ok la korang jumpa lagi ya, kalau ada entri baru insyaAllah nanti Cik Ash kongsikan dekat blog ya. 

#dapurcikash
#sayamasak
#foodblogger
#cooking
#masakan

This post have 4 komentar

avatar
Aiman delete October 18, 2019 at 7:14 PM

Tak pernah lagi masak ayam gne air fryer. Setakat ni baru ikan. Dekat sejam juga masak dia. Fuhh

Reply
avatar
Cik Ash delete October 19, 2019 at 5:51 AM

Try la aiman masak ayam pulak

Reply
avatar
khalisah hazrina delete October 23, 2019 at 2:04 PM

Sedapnye cik ash. Lisa nak try buat. Cuma kat dubai ni air fryer nye mahai sungguh. Tengoklah nanti nk minta mak mertua bawakn dr malaysia. Sebab rasa sangat berguna.

Reply
avatar
Cik Ash delete October 24, 2019 at 5:59 PM

Owh.. Kena beli yg malaysia murah sikit kut

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post