Thursday, October 31, 2019

Senarai Perserta Mentor Milenia 2019

Senarai Perserta Mentor Milenia 2019 | Rancangan ujibakat Mentor Milenia kembali lagi untuk tahun 2019 dengan format baru dan memansuhkan proses uji bakat mengikut mentor. 




Hanya 10 orang peserta yang terpilih untuk berentak di pentas Mentor Milenia 2019 daripada 20 perserta yang tersenarai dalam uji bakat yang lepas. Mentor Milenia 2019 telah menemui penonton pada 6 Oktober 2019 setiap ahad jam 9 malam selama 10 episode. 

Program ini juga telah dihoskan oleh Shuk Sahar dan Elly Mazlein. Antara 10 perserta Mentor Milenia 2019 yang terpilih adalah seperti di bawah ini :

Portage Mentor Akim 

Sharee Lopes
Ryan Que


Portage Mentor Hazama 

Apex Tajudin
Arayn Malek


Portage Mentor Stacy

Remy Manaf
Rika Riana


Portage Mentor Ernie Zakri

Daun Husny
Yazrul Arrep

Portage Mentor Black 

Aedy Karma
Bulan

Untuk bakal Juara Mentor Milenia 2019 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta dengan trofi Mentor Milenia 2019. Selain itu bakal juara juga akan mendapat lagu single terbaru ciptaan seorang komposer ternama di Malaysia, yang lengkap berserta video muzik serta dijadikan ost drama di TV3 nanti. 

Untuk Mentor Milenia kali Cik Ash tengok pada kelebihan portage Akim, Hazama dan Ernie Zakri. Ada di antara protage mereka tu Cik Ash akan menjadi juara Mentor Milenia 2019 nanti. 

Wednesday, October 30, 2019

Segmen Jom Tukar Link Bloglist

Segmen Jom Tukar Link Bloglist | Assalamualaikum... Maaf lama tak update blog, sekarang kesihatan Cik Ash tak berapa baik. Doakan Cik Ash cepat sembuh untuk kembali menulis dekat blog ni. Sambil-sambil buka blog jap join segmen blogger ni nampak macam senang jer.


Syarat-syarat dia pun senang so kalau korang yang ingin sertai sama segmen ni boleh klik banner dekat atas ya. Jumpa lagi Cik Ash nak pergi berehat dulu. 

Wednesday, October 23, 2019

Wordless Wenesday #109 | DIY Baju T-Shirt Jadi Apron

Wordless Wenesday #109 | DIY  Baju T-Shirt Jadi Apron


sebelum

selepas

Saturday, October 19, 2019

Keputusan Pemenang All Stars Buka Panggung

Keputusan Pemenang All Stars Buka Panggung | Assalamualaikum... Berakhir sudah program Pertandingan All Stars Buka Panggung merupakan sketsa spontan bertemakan Katakan Tidak Pada Skrip yang menguji kemampuan pelakon tanah air mempersembahkan lakonan tanpa menggunakan skrip.

Keputusan Pemenang All Stars Buka Panggung

Seramai 20 orang pelakon yang telah menjayakan All Start Buka Panggung, Selama 5 minggu akan dipilih juara minggu. Setiap juara mingguan itu akan bertanding ke minggu separuh akhir dan minggu pentas akhir untuk bergelar juara All Statrs Buka Panggung. Pelakon yang berentak pada malam pentas akhir adalah Datuk Aaron Aziz, Zulhuzaimy, Rita Rudaini, Noorkhiriah. 

Rancangan ini juga turut memperlihatkan bakat pelakon dalam bidang nyanyian yang mana mereka perlu menyanyikan lagu yang dipilih pihak produksi. Untuk persembahan perserta 100 peratus ditentukan menerusi undian online penonton menerusi www.gempak.com/allstartsbukapanggung. Pada Malam final semalam Cik Ash undi Noorkhiriah. hihihi.

Pada malam pentas akhir All Start Buka Panggung dimeriahkan kemunculan artis undangan seperti Ropie,Ali Puteh, Ebby Yus, Manakala Mas Idayu, Juzzthin dan Nabila tampil membuat persembahan nyanyian. 

Hos yang menjayakan program ni adalah Ajak dan Shahrul Shiro serta juga diserikan dengan kehadiran Seri Dewi Panggung, Erra Fazira dan ia disiarkan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (125)

Keputusan Pemenang All Start Buka Panggung

Tempat pertama : Zulhuzamiy membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta dengan trofi.

Tempat Kedua : Noorkhiriah membawa pulang wang tunai sebanyak RM25,000 berserta dengan trofi.

Tempat Ketiga : Datuk Aaron Aziz membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan berserta dengan trofi.

Tempat Keempat : Rita Rudaini membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan berserta dengan trofi.

Tekaan Cik Ash pemenang pada malam itu semuanya betul, Memang dah jangka Zulhuzaimy akan menjadi juara. Rezeki beliau pada malam tu sebab niat murni beliau kalau menang malam itu duit hasil kemenangan itu dia nak bagi dekat ibu untuk mengerjakan haji pada tahun depan. 

Ok la korang semua, Cik Ash out dulu ya. Nak rehatkan tubuh sebab tak berapa sihat sikit macam nak kena selsema pulak rasa ni. Jumpa lagi nanti kalau ada entri baru akan di update nanti.

Friday, October 18, 2019

Lagu Ost Drama Demi Rindumu

Lagu Ost Drama Demi Rindumu | Seperti biasa dalam blog mesti akan kongsikan lagu ost daripada drama yang sedang trending sekarang. Siapa layan drama demi rindumu mesti duk gelak jer kan bila tengok lakonan Sean Lee dan Janna Nick ni. Tambahan pulak lagu dalam ni ada yang kena dengan drama ni. Eh lupa nak ucap terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Ayam Panggang Guna Air Fryer.



Drama ini best sebab suami Cik Ash layan siap dowload drama ni, selalunya dia susah nak follow drama melayu ni hahaha, sebab dia minat lakonan yang sweet lakonan Sean Lee dan Janna Nick la ni tu layan follow hahaha. Jom la kita tengok apa lagu yang ada dalam drama Demi Rindumu ni.

Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Yang Satu 
Penyanyi : Akim & The Majistret 
Komposer : Hang Nadim & Laq
Lirik : Hang Nadim 

Manakala antara lagu lain yang terdapat dalam drama Demi Rindumu ialah :- 

Tajuk Lagu : Khayal 
Penyanyi : Stacy
Komposer : Bunga Cantik, Hang Nadim & Zin
Lirik : Bunga Cantik 

Tajuk Lagu : Stereotype
Penyanyi : Akim & The Majistret 
Komposer : Laq & Hang Nadim 
Lirik : Hang Nadim

Tajuk Lagu : Apa Macam 
Penyanyi : Jonathan Tse Feat Altimet
Lagu : Jonathan Tse & Altimet
Lirik : Jonathan Tse & Altimet

Tajuk Lagu : Abadi Tak Semestinya Indah 
Penyanyi : Margosa

Tajuk Lagu : Parut Lama Luka Baru
Penyanyi : Margosa 

Tajuk Lagu : Bulanku 
Penyanyi : SOG 
Lirik : Nazrin & Nazmin

Tajuk Lagu : Elok Elok 
Penyanyi : Adinda Ceria PopStar
Komposer : AG Coco
Lirik :Faris Zailani

Tajuk Lagu : I Like You 
Penyanyi : Pasqa Ceria Popstar
Komposer : Omar K, Faizal Tahir & Mike Chan
Lirik : Omar K, Faizal Tahir & Mike Chan

Tajuk Lagu : Takkah Ini Cinta
Penyanyi : Ziha Salleh
Komposer : Ajai
Lirik : AD Samad 

Tajuk Lagu : Pudar 
Penyanyi :Indah Ruhaila

Tajuk Lagu : Teristimewa
Penyanyi : Erul Samah
Komposer : AWAD 
Lirik : AWAD 

Tajuk Lagu : Diam Saja
Penyanyi : Bila AF2015

Tajuk Lagu : Landasan
Penyanyi : Oceanlight

Tajuk Lagu : Ini Cinta 
Penyanyi : Oceanlight

Tajuk Lagu : Pulang
Penyanyi : Oceanlight 

Tajuk Lagu : Kisah Cinta Kita 
Penyanyi : Hafiz Suip

Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa dalam Drama Demi Rindumu ni. Ada lagu yang pernah dengar sebelum dan ada yang tidak pernah dengar. So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

#ostdramademirindumu
#dramademirindumu
#cikash
#cikashdotcom

Thursday, October 17, 2019

Ayam Panggang Guna Air Fryer

Ayam Panggang Guna Air Fryer | Assalamualaikum... Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Drama Demi Rindumu Di Astro Ria. Kemalrin suami Cik Ash dia teringin nak makan ayam panggang macam dekat kedai tu, So pagi tu Cik Ash pergi beli ayam untuk makan seminggu 2 ekor yang siap dipotong, manakala seekor lagi tak potong sebab nak bakar seekor dalam air fryer sambil-sambil nak try muat ke seekor ayam masuk dalam air fryer haier ni.


Ayam Panggang Guna Air Fryer
Cik Ash cari dekat google resepi cara nak perap ayam bakar ni, masa duk mencari terjumpa dekat laman web rasa.my. Tapi Cik Ash tak ada ikut resepi nya sebab Cik Ash ada ubah sikit dekat resepi ada tambah sesuatu dan terkurang bahan dalam tu hihihi. Jom la usha resepi dekat bawah ni. 

Resepi Ayam Panggang Guna Air Fryer

Bahan-bahan 

1 ekor ayam
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu sos bbq
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu teh serbuk pati sedap knorr
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu makan serbuk oregano

Cara Membuatnya :- 

1. Basuhkan ayam hingga bersih.

2. Satukan semua bahan di atas dan di adun dengan sebati. 

3. Ambil ayam dan lumurkan hingga rata bahagian ayam. Jangan lupa lumurkan juga di bahagian dalam ayam. 

4. Perap ayam selama 1 malam ataupun paling minimun 5 jam. Cik Ash perap selama 7 jam.



Cara Memasak dalam air fryer :- 

1. Sapukan sedikit minyak dekat basket air fryer. Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak dalam masa 10 minit pertama dengan menggunakan suhu 180C. Ianya bertujuan untuk mendapatkan warna kulit ayam yang garing dan cantik. 

2. Kemudian turunkan suhu kepada 160C. Biarkan ayam selama 40 minit.

3. Semasa masa dalam 30 minit gitu sila alihkan atau pusingkan kedudukan ayam depan dan belakang kerana nak memastikan ayam masak sekata. 

4. Saya tambah 10 minit terakhir sebab takut tak masak lagi. Sebenarnya dah masak sekata dah. Biasa la pertama kali cuba kan. 

5. Angkat dan sedia dihidangkan dan dinikmati dengan sos cili makan begitu sahaja pun tak pe. 




Alhamdulilah pertama kali memcuba buat Ayam Panggang Guna Air Fryer dapat pujian daripada suami, dia kata sedap dah macam makan dekat kedai. Suami kata macam makan ayam bakar kenny rogers hahaha. Kalau korang yang teringin nak memcuba resepi lain boleh tengok dekat koleksi dapurcikash.Ok la korang jumpa lagi ya, kalau ada entri baru insyaAllah nanti Cik Ash kongsikan dekat blog ya. 

#dapurcikash
#sayamasak
#foodblogger
#cooking
#masakan

Monday, October 14, 2019

Drama Demi Rindumu Di Astro Ria

Drama Demi Rindumu | Assalamualaikum...Hai,Terlebih dahulu nak ucapkan Drama terbaru dalam slot megadrama di Astro Ria, Drama ini merupakan adaptasi novel Demi Rindumu karya oleh Diya Jamal. Tambahan pulak drama ni gabungan pertama Janna Nick dan Sean Lee. 


Drama Demi Rindumu Di Astro Ria

Drama Demi Rindumu merupakan sebuah syarikat terbitan Zamriez Golden Picture, di arahkan oleh pengarah Haris Fadilah, Disiarkan mulai 7 Oktober 2019 lagi, Setiap Isnin hingga Khamis jam pukul 10 malam. 

Antara pelakon lain yang turut mejayakan drama Demi Rindumu adalah Norman Hakim, Elvina Mohamad, Azri Sabri, Mustapha Kamal,Raja Norbaizura,Hafeez Mikael,Riz Amin,Sherry Ibrahim,Aleza Shadan,Fazli Daniel,Qazem Nor dan Naim Shamsul. 

Sinopsis Drama Demi Rindumu

Mengishakan kisah Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi diluar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan. 

Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara sama terjadi ke atas abangnya. 

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi. 

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

Apa yang akan diterjadi dengan perkahwinan Rania dan Haznik,Siapa sebenarnya Haznik, Kena tengok sampai last episode ni jawabnya hahaha.. Tak sabar nak tengok malam ni drama Demi Rindumu ni. 

Kalau korang jenis tak sabar nak tahu kesudahan episode nya boleh usha baca novel online dekat link di bawah ini yang Cik Ash kongsikan selamat membaca ya. 




Baca Online Novel Demi Rindumu Bab 1 Hingga Bab 10

👉 Prolog
👉 Bab 1
👉 Bab 2
👉 Bab 3
👉 Bab 4
👉 Bab 5
👉 Bab 6 
👉 Bab 7
👉 Bab 8 
👉 Bab 9
👉 Bab 10

Ok la korang semua Cik Ash nak out dulu, semalam tak boleh tidur hidung tersumbat nak bernafas tak sedap, Cik Ash nak rehatkan diri dan sambung buat kerja rumah yang masih ada tertangguh belum buat lagi. Nanti kalau ada entri baru Cik Ash kongsikan dekat blog nanti. Jumpa lagi..

👉BacaLagu Ost Drama Demi Rindumu

#dramademirindumu
#megadramaastroria
#dramamelayu
#dramabersiri

Sunday, October 13, 2019

Sup Lobak Putih Yang Simple

Sup Lobak Putih Yang Simple | Assalamualaikum... Hai, Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan. Hari ini Cik Ash nak kongsi resepi baru. Pertama kali beli lobak putih untuk bagi mak mentua cuba makan sebab ada baca lobak putih bagus untuk menghilangkan sembelit. Cik Ash cuba buat sup lobak putih. Ingat ke beliau makan la ke, tapi sayang dia agak tidak suka hahaha, susah juga nak bagi mak mentua makan sesuatu yang dia tak pernah makan ni. Pening dah nak masak apa dekat beliau. Takkan nak buat ayam goreng ala KFC jer sebab bila buat ayam goreng dia suka makan hihihi. 

Sup Lobak Putih Yang Simple

Suami pun lebih kurang sama bab sayur pelik-pelik ni dia tidak makan, hihihi, Cik Ash juga yang tolong habiskan mujur habis, pening juga fikir nak buat macam mana nak bagi suami makan lobak putih ni, akhirnya dapat idea Cik Ash goreng celup tepung bestari buat macam kita goreng Cendawan enoki goreng celup tepung sedap juga. Jom la kita tengok resepi cara nak buat sup lobak putih di bawah ini. 

Sup Lobak Putih 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
Lobak putih
tulang ayam sedikit
bawang putih
bawang besar
4 beradik (cengkih,bunga lawang,buah pala,kulit kayu manis)
halia
carrot
sawi
sedikit lada hitam
sedikit garam dan secukup rasa
daun sup
bawang goreng


Cara Membuatnya :- 

1. Mula-mula sekali kita buang dulu kulit lobak putih. Selepas itu lobak putih dibelah dua sebelum dihirs nipis-nipis. 

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis kakas 4 beradik, bawang putih dan halia sehingga garing. 

3. Selepas itu masukkan air secukupnya,masukkan lobak putih dan lobak merah. 

4. Masak la sehingga mendidih dan lobak menjadi lembut. Suaikan rasa ,lada hitam ,garam dan secukup rasa . 

5. Taburkan daun sup dan bawang goreng dan sedia untuk dihidang dengan nasi yang panas. 

Itu jer cara Sup Lobak Putih cara Cik Ash buat, maybe cara orang lain tak sama dengan Cik Ash kan. Kalau korang teringin nak memcuba resepi ini dipersilakan ya. Kalau rasa nak tengok koleksi resepi lain Cik Ash kongsikan dekat koleksi #dapurcikash. Jumpa lagi nanti ya. 

#dapurcikash
#sayamasak
#foodblogger
#cooking
#masakan

Friday, October 11, 2019

Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan

Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan | Assalamualaikum... Hai korang,Alhamdulilah akhirnya dapat juga Cik Ash makan Asyura Kelantan, Setelah sekian lama mengidam nak makan dah lama, balik kelantan pada tahun 2018 tak silap Cik Ash siap beli rempah asyura dan beras untuk buat asyura tapi entah bila nak buat. Sebab agak susah nak buat nak kacau tu hahaha.. Eh hampir terlupa nak ucapakan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Resepi Goreng Telur Dadar Oregano.

Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan 
Mak mentua Cik Ash la dia yang teringin nak makan asyura Kelantan ni, Cik Ash jer tak buat, tak larat nak mengacau guna kuali hahaha, Mujur ada kak ipar yang baik hati tolong buatkan asyura dengan noxxa beliau dapat juga la merasa makan asyura setelah sekian lama teringin nak makan hihihi. 

Ada la sebelum jiran tertangga pernah bagi bubur asyura versi kedah tetapi tekak Cik Ash tak  boleh menerima sebab bila makan rasa macam kita makan koleh kalau orang kelantan mesti tahu apa itu koleh hihihi..Nak buat macam mana tekak tak  boleh menerima versi kedah punya. 



Alhamdulilah puashati makan Asyura setelah sekian lama dah teringin nak makan sangat. InsyaAllah nanti kak ipar kata boleh buat lagi rempah pun masih ada baki lagi.. Tersimpan elok sebab Cik Ash simpan dalam peti ais. hihihi.

Ok la korang malam ni entri ringkas taip, busy sikit sekarang duk pantau mak mentua sekarang kan dekat kedah musim hujan takut la asma dia menjadi-jadi sebab sekarang dia tengah duk batuk, risau la takut dia tak boleh bernafas nanti.. Jumpa lagi nanti ya.

Tuesday, October 8, 2019

Resepi Goreng Telur Dadar Oregano

Resepi Goreng Telur Dadar Oregano | Assalamualaikum...Hai,hari ini Cik Ash nak kongsi masakan daripada #dapurcikash. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri sebelum ini. Cik Ash bab memcuba sesuatu yang baru hihihi. Baru-baru dekat rumah ada stock telur biasa la hunjung-hunjung bulan sebelum tunggu suami gaji. Hihihi. Tengok dalam peti ada telur jer. Dah pening nak masak apa telur ni. So datang idea dalam kepala ni apa kata kita buat telur dadar oregano. 


Resepi Goreng Telur Dadar Oregano

Cara nak buat dia macam buat telur dadar yang biasa kita guna juga tu. Cuma tambah oregano dalam telur tu. Buat telur dadar oregano ni makan dengan nasi putih panas-panas boleh bertambah nasi dua pinggan hahaha. Jom la kita tengok cara nak buat telur dadar goreng oregano ni.



Telur Dadar Oregano

Bahan-Bahan

Oleh : Cik Ash

2 biji telur 
Setengah biji bawang Holand
1 sb oregano
1 sk garam
2 biji cili padi

Cara membuatnya :- 

1. Basuh kulit hingga bersih. Lepas tu pecahkan telur dalam mangkuk.

2. Selepas kacau telur hingga berbuih, lepas tu masukkan oregano,garam dan cili padi. Kacau bagi  sebati.

3. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas. 

4. Masukkan telur dalam kuali goreng hingga masak, bila dah masak korang terbalik lagi sebelah dan masak hingga sekata. 

5. Bila dah siap masak boleh di hidangkan dengan nasi yang panas. 

Ok la itu cara Cik Ash buat telur dadar oregano, goreng macam kita telur dadar biasa jer pun cuma tambah oregano jer dalam tu, hahaha... Cik Ash ni suka memcuba sesuatu yang bila ada peluang kongsi dekat blog ni. Kalau korang yang nak tengok koleksi resepi yang lain boleh la terjah baca dekat koleksi #dapurcikash.

#dapurcikash
#sayamasak
#foodblogger
#cooking

#masakan

Monday, October 7, 2019

Keputusan Pemenang Akhir Big Stage 2019

Keputusan Pemenang Akhir Big Stage 2019 |Ramalan Cik Ash antara kelima-lima  dari awal dah tahu milik siapa juara hingga tempat ke -5 , tak sangka menjadi kenyataan, Tahniah buat Han-Byul bergelar Juara Big Stage 2019  semalam. Eh hampir hampir nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Entri Terbaik Bulan Ogos Dan September 2019.

Keputusan Pemenang Akhir Big Stage 2019

Semalam berakhir program pencarian bakat nyanyi Big Stage 2019, Keputusan penuh telah diumunkan semalam. Tahniah kepada buat semua pemenang semalam. Setiap calon Big Stage diberikan tugasan dua lagu iaitu cover lagu dan single terbaru dari mereka. Dari persembahan yang Cik Ash lihat semalam memang berpuas hati dengan keputusan pemenang semalam, semuanya hebat-hebat. Nyanyi mereka memang power sangat. Jom tengok keputusan penuh dekat bawah ni. 

Juara Big Stage menjadi milik Han-Byul membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 dan berserta trofi. Han-Byul mempetaruhkan lagu cover daripada Eminem Lose Yourself dan single terbaru daripada beliau iaitu Luka dan Bahagia.

Naib Juara Big Stage menjadi milik Neeta Manisha membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 berserta dengan trofi dari astro. Neeta mempetaruhkan lagu I Wanna Dance With Somebody dan single terbaru Ruang Mimpi. 

Tempat Ketiga menjadi milik Adzrin membawa pulang wang tunai RM25,000 berserta dengan trofi. Adzrin mempetaruhkan lagu All Of Me dan single terbaru dari beliau iaitu Picisan. 

Manakala untuk tempat keempat menjadi milik Irfan Harris membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 berserta dengan trofi. Dan tempat kelima menjadi milik Dinda Permata membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta dengan trofi. Lagu nyanyi oleh Irfan adalah Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan single terbaru Honey. Untuk Dinda pula mempetaruhkan lagu dangdut Simalakama dan sebuah lagu single Ku Tak Bisa.

Cik Ash suka tengok gabungan dua pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad harap di masa akan datang dua pengacara masih dikekal sampai bila-bila. Mereka berdua ni menyerikan big stage sebenarnya ya. Hahaha. 

Ok la korang Cik Ash undur diri dari blog ya. Agak lewat entri hari ini, biasa la bila dah tak mood nak buka hp,laptop ni semua tak terupdate. Dekat media sosial Cik Ash dah banyak mendiamkan diri. Maaf kalau lama menyepikan diri sekarang ya. 

Sunday, October 6, 2019

Entri Terbaik Bulan Ogos Dan September 2019

Entri Terbaik Bulan Ogos Dan September 2019 | Assalamualaikum..Hai,eh hampir terlupa Cik Ash nak berkongsi dengan korang semua mengenai Entri terbaik dekat bulan pada bulan Ogos dan September aritu. Nak buat macam mana tak ingat hahaha. Sejak bercuti lama pada bulan 4 aritu nak tulis blog jadi malas dah tulis bila ada mood datang hihihi. Terima kasih juga dekat korang semua yang sudi memberi komen dekat entri Resepi Udang Masak Paprik Paling Mudah.

Entri Terbaik Bulan Ogos Dan September 2019

Kita mulakan entri terbaik pada bulan Ogos  dan Septembar. Ramai yang sedang cari ost drama dan resepi dekat blog ni. Antara entri yang mendapat carian tinggi view dekat blog ini adalah seperti di bawah ini. 

1. Lagu Ost Drama Sweet Dreams - Drama yang paling trending dekat semua sosial sampaikan pelakon utama menang anugarah bintang popular baru-baru ini tahniah buat Mira Filzah.

2. Resepi Aneka Minuman Untuk Berbuka Puasa - Ramai duk cari minuman kesihatan blog, bila tengok entri view naik maybe kena tempias la kut. hihihi

3. Lagu Ost Drama Jodoh-Jodoh Anissa- Kalau ikut drama ini dah habis tapi ada yang cari lagi lagu dalam drama ni. hihihi

4. Resepi Timun Tumis Air - Masih ada yang cari  entri resepi paling simple ni, Walaupun dah lama kongsi pada tahun 2017 lagi. Pageview entri ni dah cecah 4K view. Yang paling Cik Ash gembira berada di pages pertama google Alhamdulilah. 

5. Belajar Lukis Haiwan - Yang ni pulak sahaja-sahaja suka nak kongsi dekat blog mana tahu nanti berguna untuk Cik Ash bila ada anak ke kan. Tak pun bagi anak saudara belajar.

6. Magic Sponge Mr.DIY - yang ini pulak Cik Ash saja-saja suka berkongsi selepas menggunakan magic sponge ni. Memang berkesan menghilangkan kotoran. 

7. Resepi Lempeng Gula Merah - Entri lama dah masa ni suami masih berkerja di tempat bawa bekal malam tu yang buat secara spontan dan kongsi dekat blog.

8. Sinopsis Drama Skrin Sentuh Hati Eryna - Drama ini best tapi sayang ditayangkan 13 episode jer pun. Drama ini ada mesej yang tersirat.

9. Shuhaidasaadcom 3rd Giveaway - Saja suka-suka join giveway dekat blog sangka entri pun ada yang cari dekat blog. 

10. Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit - Hadiah menang giveaway dapat mask muka bentuk gambar baby yang cute mute ramai jugak cari hihihi.

11. Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu - Sebab ada yang cari lagu dalam drama ni Cik Ash kongsi dekat blog.

12.  Lagu Ost Drama Mimpi Yang Sempurna - Drama lakonan pelakon lama iaitu Aqasha dan Tiq Zakiyah. Lagu dalam drama ni ada yang best sedap didengar.

13. Drama Lelakimu Yang Dulu - Nak baca sinopsis drama ini boleh klik ya.

14. Astro Bagi Siaran Percuma - Terima kasih astro kali ketiga pulak bagi tonton percuma  rupanya ramai juga yang melanggan astro minat dengar berita ni  macam Cik Ash. Hahaha

15. Gegar Vaganza Musim Ke-6 Tahun 2019 - Tak sabar nak tengok artis-artis lama berentak nanti. 

Ok la korang tu jer senarai entri yang berada dalam carian dekat blog paling ramai view. Kalau korang belum baca lagi entri jemput-jemput la singgah baca ya. Jumpa lagi nanti. 

Thursday, October 3, 2019

Resepi Udang Masak Paprik Paling Mudah

Resepi Udang Masak Paprik Paling Mudah | Assalamualaikum...Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri sebelum ni..Dah agak lama tak kongsi koleksi masakan daripada #dapurcikash ni. Last pada 16 Sep 2019 aritu lama sungguh tu.

Udang Masak Paprik Paling Mudah

Sebenarnya masa buat Udang Masak Paprik ni secara spontan pun. Tengok pulak barang ada nak buat tu yang terjadi menu udang masak paprik ni. Udang pulak yang sedang-sedang jer masa beli tapi bila masak jadi kecil pulak tak pe janji suami dan ibu mentua makan dengan berselera. Jom la usha resepi dekat bawah ni yang Cik Ash kongsikan. Resepi ni ikut cara Cik Ash sebab untuk 3 orang makan jer. Tu kadang ada lebih lagi huhuhu.

Udang Masak Paprik 
Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan 
Udang 
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili 
6 helai daun limau purut
3 biji cili padi
6 biji kacang buncis (potong serong)
1/2 biji Carrot
1 batang serai
air untuk berkuah
1 sudu kfc garam 
1 sudu kfc serbuk pati sedap
1 biji bawang holand (dihiris)

Cara Membuatnya :- 

1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih,serai sampai wangi. 

2. Selepas itu masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak, kemudian masukkan semua sos.

3. Selepas itu masukkan carrot dan air tunggu hingga carrot itu jadi lembut. 

4. Kemudian korang masukkan cili padi, kacang buncis dan perasakan dengan garam, serbuk perasa. 

5. Dalam kuah Cik Ash ada tambahkan sedikit tepung jagung lebihkan kuah selalunya ibu mentua dia suka lauk ni. Masak hingga mendidih.

6. Siap!!! tutup api boleh dihidangkan dengan nasi panas. 

Ok la itu cara Cik Ash buat udang masak paprik paling mudah. Janji masakan ni suami dan ibu mentua makan nasi bertambah-tambah. hihihi.. Kalau korang nak lihat koleksi resepi lain boleh jer baca dekat koleksi masakan daripada #dapurcikash ya. Jumpa lagi nanti kalau ada idea baru nanti akan menyusul entri ya.

#dapurcikash
#sayamasak
#foodblogger
#cooking

#masakan

Tuesday, October 1, 2019

Dah Masuk Bulan Oktober 2019

Dah Masuk Bulan Oktober 2019 | Uish rasa sekejap jer hari ini dah masuk bulan baru iaitu bulan Oktober 2019.Lagi dua bulan akan melangkah ke tahun 2020. Misi untuk tahun ni masih belum tercapai lagi. Harap dipermudahkan tahun ni. Eh hampir terlupa Cik Ash nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Astro Bagi Siaran Percuma.


Dah Masuk Bulan Oktober 2019

Untuk bulan september aritu entri dekat blog tak banyak ada mana, biasa la sekarang kesihatan agak tidak mengizinkan nak menulis dekat blog, kadang tu ada nya nak tulis tapi mood tak nak menulis tu tak sampai. Sekarang suka layan cerita dekat iflix filem dari dari korea dan macam-macam lagi. 





Sepanjang bulan September 2019 aritu entri dekat blog hanya 17 entri banyak sedikit pada bulan ogos hihihi. Nampak tu kekurangan menulis sekarang dekat blog,lama sangat bercuti menulis dekat blog selama 4 bulan aritu so sekarang jadi nak menulis kembali kena ada mood hahaha. Tambah sekarang agak sibuk dengan urusan peribadi tu masa nak menulis kalau ada masa free baru karang entri ni. Bulan september aritu ada juga Cik Ash dapat job menulis artikel Alhamdulilah rezeki untuk bulan september. Kalau korang nak baca entri yang Cik Ash kongsi boleh baca dekat bawah. 



Cik Ash berharap untuk bulan Oktober ni semoga diberikan kesihatan yang baik buat Cik Ash, suami dan ibu mentua. Dan juga dimurahkan rezeki kami suami isteri aamiin. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dan membaca entri dekat blog ni.. Alhamdulilah masih bertahan menulis blog setelah 10 tahun berblog dan blog Cik Ash baru mencapai pageviews 1 juta ada Cik Ash kongsikan entri dekat bawah ni. 


Ok la korang semua, entri pertama di bulan oktober malam baru nak publish hahaha, biasa la tadi siang Cik Ash tidak buka laptop langsung sebab astro bagi channel free kan so kita layan la astro movie dan channel lain sampai puas hahaha.. Maafkan Cik Ash ya agak lewat berkongsi cerita dekat blog hari ini. Jumpa lagi nanti.


With Love 
Cik Ash