Monday, September 23, 2019

Senarai Keputusan Pemenang Aungerah Bintang Popular Berita Harian 32

Senarai Keputusan Pemenang Aungerah Bintang Popular Berita Harian 32 | Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini baru ada peluang nak tengok anugerah bintang popular berita harian 32 dekat youtube. Semalam tak sempat tengok Cik Ash keluar pergi makan dekat luar hihihi. Terima kasih juga kepada korang yang sudi memberi komen dekat Koleksi Masakan Daripada Dapurcikash 2.


Senarai Keputusan Pemenang Aungerah Bintang Popular Berita Harian 32

Lintas lansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 di adakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini turut disiarkan secara langsung melalui tonton tv,xtra tv, youtube tv3. 

Pada malam itu penaja dalam ABPBH32 ini ialah Alha Alfa Kosmetik dan Duit Now. Pengacara yang menjayakan ABPBH32 ialah Ac Mizal dan Kak Lina Pon Pon. Dah lama tengok AC Mizal jadi pengacara terubat la rindu hahaha... Sejak dia dah habis kontrak dengan astro memang tak nampak dia dekat astro. 

Untuk persembahan pembukaan Cik Ash back-back hahaha, sebab rasa tak masuk sangat nak layan lagu dengan jiwa Cik Ash mungkin sebab patut umur dah 30 an kut hahaha.. Paling best layan persembahan Akim dan hazama siap menyanyi hahaha.. lagu madley lama kan. Persembahan akhir dari artis perempuan pun best jugak 3 suara penyanyi wanita berpadu suara iaitu Liza Hanim, Erni Zakri dan Idayu Af3.

Jom kita tengok senarai keputusan pemenang anugerah bintang popular berita harian 32. Keputusan undian dari peminat-peminat yang mengundi artis yang mereka pemenang. Dah memang akan jangka malam tu mesti Mira Filzah menang sebab masa sedang berlansung undian drama dia berlakon sedang trending di tayangkan dekat tv kan.  

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 

Pemenang Utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 
Mira Filzah

Artis Baharu Lelaki Popular - Adam Lee

Artis Baharu Wanita Popular - Haneesya Hanee

Pelakon Filem Lelaki Popular - Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular - Mira Filzah

Pelakon TV Lelaki Popular -Syafiq Kyle 

Pelakon TV Wanita Popular - Mira Filzah 

Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar 

Penyanyi Wanita Popular - Siti Nordiana

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Dayang Nurfaizah/Hael Husaini

Artis Komedi Popular - Zizan Razak 

Artis Versatil Popular - Janna Nick 

Pengacara TV Popular - Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular - DJ Lin 

Artis Indonesia Popular - Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular - BTS 

Antara kategori Online Aungerah Bintang Popular Berita Harian 32 yang lain ialah seperti di bawah ni :- 

Gandingan Serasi Drama Popular - Remy & Mira Filzah

Gandingan Serasi Filem Popular - Syafiq Kyle &Hannah Delisha

Pelakon Watak Antagonis Popular - Syukri Yahaya

Artis Sensasi Popular - Haqiem Rusli 

Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat - Kumpulan Raihan 

Berikut adalah senarai keputusan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32. Tahniah kepada semua pemenang.. 

18 comments:

  1. puas hati mira filzah menang https://nurasyiqin201.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tahniah all..kin pelakon watak antagonis tu Syukri Yahya la..:)

    ReplyDelete
  3. mmg dah agak Mira akan menang begitu jugak dengan Siti Nordiana sbb fans dia mmg ramai

    ReplyDelete
  4. tak dapat tengok pun aritu.. kena keja daa..

    ReplyDelete
  5. X tgk sbb terlepas siaran tu dok layan astro demand..sib baik ekon up entri ni tahulah siapa pemenang.patut la tgk IG mira filzah pegang 4 trofi..wah rezeki dia sgguh

    ReplyDelete
  6. Tahniah untuk semua pemenang. persaingan hebat semua category

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com