Friday, September 20, 2019

Drama Lelakimu Yang Dulu

Drama Lelakimu Yang Dulu | Assalamualaikum...Dah agak lama tak tengok lakonan hebat dua pelakon Sharnaaz dan Nelydia kan. Pada hari khamis Cik Ash berpeluang layan drama Lelakimu Yang Dulu. Nampak macam best pulak tengok mereka berdua ni. Ingat drama yang dia berlakon dulu-dulu nama Jebat dan Mastura. Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Tutorial Cara Nak Buang Broken Link Dalam Blogpost.


Drama Lelakimu Yang Dulu

Drama Lelakimu Yang Dulu merupakan drama adaptasi dari Novel Lelakimu Yang Dulu karya oleh Farah Darianna di Slot Akasia mengantikan drama Kau Yang Pertama tu. Drama ini diarahkan oleh pengarah Eoon Shuhaina yang sama menerbitkan Drama Pujaan Hati Kanda, Tiada Arah Jodoh Kita, Cinta Masam Manis, Jika Itu Takdirku dan Love You Mr.Arrogant. Merupakan syarikat terbitan Mache All Star United Sdn. Bhd. 

Drama Lelakimu Yang Dulu mempunyai sebanyak 28 episode, kena layan sampai habis la nak tahu kesudahan cerita ni. Nampak cerita dia tadi macam best juga. Dekat bawah ni Cik Ash kongsikan sinopsis dia jom la baca dulu ya.

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu 

Drama ini mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka berdua terpaksa berpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu semula Hazrul untuk mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun Hazrul masih mendiamkan diri. 

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan dengan membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi bila dia disahkan mengandung dan Daliya merahsiakan kandungannya itu. Daliya ditemukan Nazli, Zana, dan ibu Maryam apabila pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidpuan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia di ambil berkerja sebagai tukang jahit di kilang langsir ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazri apabila dia mula tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya. 

Selepas 2 tahun berpisah, Hazrul dan Daliya telah ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasinya rasa cinta antara Hazrul dan Daliya? Kena tengok la sampai habis baru tahu hahaha.. 

Ok la Cik Ash undur diri dulu ya... nanti kalau ada masa free Cik Ash nak kongsi OST dalam drama Lelakimu Yang Dulu dekat entri yang lain. Jumpa lagi nanti ya.

16 comments:

  1. Replies
    1. Akak pun bila time free baru layan drama tengok on9 jer

      Delete
  2. suka lakonan Shahnaz Ahmad ni..sekarang ni layan novel lagi syok sbb kat novel direct je..hehe

    ReplyDelete
  3. jarang tengok drama melayu ni..pelakon hebat ni

    ReplyDelete
  4. pernah tengok sekali imbas hari tu, boleh tahanlah citer nya

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com