Cara Nak Beli Dekoder MYTV Secara Online | Assalamualaikum... Hai korang semua, dah masuk bulan September hari ini.. Lama sangat tinggal blog ni hihihi, nak buat macam mana suami Cik Ash cuti 5 hari laptop jadi miliknya hahaha.. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Sproutme Cuba Dulu Sebelum Beli.
Cara Nak Beli Dekoder MYTV Secara Online |
Sekarang di media social kecoh dengan pasal antena analog tidak akan menerima siaran tv selepas 30 September 2019, Mengapa jadi begitu kerana disebabkan Malaysia akan bertukar menggunakan siaran digital sepenuhnya selepas negara Singapore dan Brunei. Malaysia adalah negara ketiga yang menggunakan siaran digital ni.
Apa yang Cik Ash tahu ada yang dapat dekoder percuma yang kerajaan bagi dan Ibu mentua Cik Ash salah seorang penerimanya .Untuk anda yang belum ada dekoder, tak perlu risau kerana anda boleh dapatkan dimana-mana kedai elektrik atau secara online. Antara kedai online yang Cik Ash tengok ada jual Dekoder ni ialah Shopee , Lazada dan estore pensonic
Nak Tahu Apa itu MyFreeView?
MyFreeView adalah dibawah naugan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ianya adalah siaran digital tanpa ada bayaran bulanan. Ala macam siaran tv yang biasa korang tengok tu,pasang aerial tv dah dapat tengok siaran. kalau tak ada service lain lah. Lagi pulak myfreeview percuma sepanjang hayat. Syok la layan cerita dengan lebih jelas.
Sebenarnya Kerajaan Malaysia nak tukarkan daripada, kalau dulu-dulu korang menggunakan analog tv dan sekarang dah tak perlu risau jom bertukar kepada Digital Tv.
Apa Perbezaan Myfreeview
Bezanya adalah gambar yang lebih jelas, kalau dulu-dulu gambar tv kabur ada bintik-bintik kan kita nak tengok pun sakit mata kan. So sekarang relaks korang pasang jer Dekoder mytv sambungkan di Aerial UHF. Gambar yang korang tengok lebih jelas.
Tapi kalau anda dah membeli TV yang jenis IDTV ataupun DTTV anda dah tidak perlu lagi memasang dekoder, kerana di dalam tv telah tersedia di bina didalamnya. Jadi anda hanya perlu sambung tv anda kepada antena UHF. Terpulang kepada anda untuk pakai rekoder ke atapun TV baru
cara nak beli dekoder mytv |
Cara Nak Beli Dekoder MYTV Secara Online
Korang boleh dapatkan Dekoder MYTV secara online di lazada,shopee dan estore pensonic jom ikuti langkah-langkah di bawah ini :-
1. Sila layari pautan shopee, estore.pensonic
2. Klik 'BELI SEKARANG'
3. Kemudian 'CHECK-OUT' dan teruskan dengan pembayaran
4. Dekoder anda akan dihantar dalam tempoh 3-5 hari bekerja
#myFreeview
#DekoderMYTV
#Digital
terima kasih atas perkongsian ^^
ReplyDeleteSama-sama
DeleteKesian atuk nenek kat kampung tentu tak faham camne nak tukar siaran analog ke digital..
ReplyDeleteSo anak2 kena dapatkanlah dekoder mytv ni untuk mereka.. Semuanya di hujung jari..
Betul tu LZ anak2 perlu dapatkannya
Deletetq abah mertua asyik tanya aje boleh lah try
ReplyDeleteSama2 boleh la try beli ya
Deletemudah je sekarang kan cik ash.. smeuanya dihujung jari..
ReplyDelete