Sunday, September 29, 2019

Astro Bagi Siaran Percuma

Astro Bagi Siaran Percuma |Assalamualaikum, Terima kasih kepada korang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu. Cik Ash ada berita baik untuk pelanggan astro yang suka siaran percuma ni mesti gembira bila baca entri ni. 

Astro Bagi Siaran Percuma 

Rasa nya kali ketiga astro bagi siaran percuma ni Cik Ash pernah kongsi dekat blog sebelum ni boleh baca mengenainya dekat entri  2017  dan 2018 . Mesti korang nak tahu kenapa Astro bagi tayangan percuma untuk semua channel ni. Apa yang Cik Ash tahu mereka ada menang Award kiranya tanda ucapan terima kasih kepada pelanggan setia kan astro bagi selama 2 minggu bermula 29 September hingga 13 Oktober. Kecuali astro first dan best jer tidak dibuka untuk tontonan percuma.

Happy la bila dapat tengok channel yang kita tak langgan tu, tambah astro movie kadang ada cerita yang best masa ni ruang nak tengok filem english hahaha, Cik Ash cerita english slow sikit nak ikuti. Tapi nak layan sokmo tv tak boleh juga sebabnya nanti kacau mak mentua nak tengok astro kegemaran beliau astro go shop hahaha. 

Nanti duk sakan layan movie dekat astro kerja rumah kat rumah tak buat hahaha, Cik Ash buat kerja rumah sekejap buat sekejap berhenti biasa la seorang-seorang buat ni kadang penat juga, tambah tangan tak boleh nak lasak buat kerja kalau tak jadi sakit sendi tangan hihihi. 

Ok la korang Cik Ash nak undur diri dulu, kalau ada salah dan silap dalam tulisan ni harap dimaafkan ya. Jumpa lagi nanti. Semoga korang yang berpeluang tengok channel free tu happy la ya. hihihi.

Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu

Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu |Memang blog Cik Ash sentiasa tak tinggal nak kongsi Lagu Ost dalam Drama Lelakimu Yang Dulu ni. Drama ni antara drama yang best ditonton sebab dah agak lama tak tengok mereka berdua ni berlakon kan. Tambahan Cik Ash minat Sharnaz dan Nelydia berlakon. Mereka berdua ni nampak serasi sangat. 


Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu

Gandingan mereka berdua sangat serasi, tambah pulak bila tengok Sharnaz bawa watak dalam drama ni macam di alam realiti beliau sedang alami pulak, kadang masa muzik sedih ada juga la sedih nak nangis. Huhuhu. 

Drama Lelakimu Yang Dulu Cik Ash sempat tengok online dekat youtube jer, biasa la waktu ke udara jarang nak tengok tv sedang bersiap-siap nak masak untuk makan malam dan solat maghrib. Drama ini Cik Ash tengok dekat youtube ramai orang dari Indonesia layan drama mereka siap puji kata drama ni terbaik. 

Seperti drama yang lain dalam drama Lelakimu Yang Dulu ada juga lagu-lagu ost yang best di dengar. Antara lagu yang terdapat dalam Drama Lelakimu Yang Dulu adalah seperti di bawah :- 

Lagu Tema 

Tajuk Lagu :Takdir Tercipta
Penyanyi : Hafiz Suip Feat Adira Suhaimi 
Lagu :Ayden Ali & Ikhwan Fatanna 
Lirik : Arisz Ab Rahman
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd
Kredit Video : https://www.youtube.com/watch?v=BnRYjDLFCNg

Manakala antara lagu-lagu lain yang ada di dalam Drama Lelakimu Yang Dulu ialah :- 

Tajuk Lagu : Mimpi Yang Berulang 
Penyanyi : Nova Band
Lagu : Eddie Hamid & Acap Jalil 
Lirik : Arisz Ab Rahman & Azizan Azli 
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Puas 
Penyanyi : Amir Hasdi 
Lagu : Ayden Ali, Ikhwan Fatanna & Omar K 
Lirik : Ayden Ali & Ikhwan Fatanna
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Kepada Dia 
Penyanyi : Farahdhiya
Lagu : Hang Nadim
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Memori 
Penyanyi : Sevendays
Lagu : Freddy & Hang Nadim
Lirik : Hang Nadim
Terbitan: Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Kisah Antara Kita 
Penyanyi : One Aveneu Band
Lagu : Reyhan
Lirik : Reyhan
Terbitan : Futere Music Entertaiment & Nova Music (M) Sdn Bhd.

Tajuk Lagu : Peneman 
Penyanyi : Hazama
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Hilang Selamanya
Penyanyi : Nine
Lagu : Arche Nasution
Lirik : Nine
Terbitan : Angsaana Music Group 

Tajuk Lagu : Kisah Kasih
Penyanyi : Nubhan 
Lagu : Ajai & Ad Samad 
Lirik : Ajai & Ad Samad
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Tak Sempurna
Penyanyi : Rin Muzaffar
Lagu : Izza Kasyah
Terbitan : Sword Sound Entertaiment 

Tajuk Lagu : Mungkin Janji 
Penyanyi : Dato'Eddie Hamed Feat Wanie Mentor 
Lirik : Hakim Hakimi & Arisz Ab Rahman
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Vroom Vroom 
Penyanyi : Nabila Razali 
Lagu : Hael Husaini
Lirik : Hael Husaini 
Terbitan : Seventeen Eleven Music Sdn Bhd

Banyak sungguh lagu dalam drama Lelakimu Yang Dulu ni hahaha, gigih Cik Ash pause drama ni di akhir cerita nak kongsikan dengan korang lagu yang tersenarai dalam drama ni. Ada lagu yang pernah dengar sebelum ni dan pernah menjadi lagu ost drama-drama yang pernah ditayangkan di televisyen. Jom korang layan lagu yang best ni. Kalau korang yang teringin nak tengok koleksi Ost drama yang lain boleh terjah entri Lagu Ost Dalam Drama.

Wednesday, September 25, 2019

Gegar Vaganza Musim Ke 6 Tahun 2019

Gegar Vaganza Musim Ke 6 Tahun 2019 | Wah teruja bila dapat tahu gegar vaganza 6 bakal kembali lagi pada tahun ni. Tak sabar pulak nak tengok nyanyian antara-antara penyanyi lama. 


Gegar Vaganza Musin Ke 6 Tahun 2019

Akhirnya terjawab sudah siapa yang bakal berentak untuk bertanding dalam Gegar Vaganza 6 Tahun 2019 ni, Semua meraka yang bakal bertanding adalah di antara penyanyi yang popular sekitar era 90-an dan awal 2000. Turut serta yang berkumpulan. 

Gegar Vaganza 6 ini akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Senarai nama perserta diumunkan dalam satu sidang media yang telah berlangsung di The Gardens Theatre,Mid Valley Kuala Lumpur pada hari Selasa. 

Antara penyanyi yang terlibat pada Gegar Vaganza 6 adalah penyanyi solo dah duo berkumpulan iaitu :- 


Sham Visa 

Naqiu Boboi 

Roy 

Hady Mirza

Ameer Sofarz

Jat Black Dog Bone 

Feeza

Mazleela

Noorshila Amin

Nurfatima 

Wann

Kumpulan Kool

Kumpulan One Nation Eemcees

Gegar Vaganza 6 ini akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro Go setiap hari Ahad pukul 9 malam. Masih mengekalkan format sama seperti tahun lalu juga. Manakala pengacara untuk Gegar Vaganza 6 masih dikekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Gandingan dua orang ini memang terbaik sejak Gegar Vaganza musim pertama lagi. Untuk juri tetap pulak di datangkan dari dari Indonesia bintang legenda iaitu Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS. 

Ok la korang itu jer pengkongsian hari ini mengenai Gegar Vaganza 6  Tahun 2019. Tak sabar nak tengok mereka semua ni berentak untuk bergelar Juara Gegar Vaganza untuk tahun ni. 

Monday, September 23, 2019

Senarai Keputusan Pemenang Aungerah Bintang Popular Berita Harian 32

Senarai Keputusan Pemenang Aungerah Bintang Popular Berita Harian 32 | Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini baru ada peluang nak tengok anugerah bintang popular berita harian 32 dekat youtube. Semalam tak sempat tengok Cik Ash keluar pergi makan dekat luar hihihi. Terima kasih juga kepada korang yang sudi memberi komen dekat Koleksi Masakan Daripada Dapurcikash 2.


Senarai Keputusan Pemenang Aungerah Bintang Popular Berita Harian 32

Lintas lansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 di adakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini turut disiarkan secara langsung melalui tonton tv,xtra tv, youtube tv3. 

Pada malam itu penaja dalam ABPBH32 ini ialah Alha Alfa Kosmetik dan Duit Now. Pengacara yang menjayakan ABPBH32 ialah Ac Mizal dan Kak Lina Pon Pon. Dah lama tengok AC Mizal jadi pengacara terubat la rindu hahaha... Sejak dia dah habis kontrak dengan astro memang tak nampak dia dekat astro. 

Untuk persembahan pembukaan Cik Ash back-back hahaha, sebab rasa tak masuk sangat nak layan lagu dengan jiwa Cik Ash mungkin sebab patut umur dah 30 an kut hahaha.. Paling best layan persembahan Akim dan hazama siap menyanyi hahaha.. lagu madley lama kan. Persembahan akhir dari artis perempuan pun best jugak 3 suara penyanyi wanita berpadu suara iaitu Liza Hanim, Erni Zakri dan Idayu Af3.

Jom kita tengok senarai keputusan pemenang anugerah bintang popular berita harian 32. Keputusan undian dari peminat-peminat yang mengundi artis yang mereka pemenang. Dah memang akan jangka malam tu mesti Mira Filzah menang sebab masa sedang berlansung undian drama dia berlakon sedang trending di tayangkan dekat tv kan.  

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 

Pemenang Utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 
Mira Filzah

Artis Baharu Lelaki Popular - Adam Lee

Artis Baharu Wanita Popular - Haneesya Hanee

Pelakon Filem Lelaki Popular - Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular - Mira Filzah

Pelakon TV Lelaki Popular -Syafiq Kyle 

Pelakon TV Wanita Popular - Mira Filzah 

Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar 

Penyanyi Wanita Popular - Siti Nordiana

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Dayang Nurfaizah/Hael Husaini

Artis Komedi Popular - Zizan Razak 

Artis Versatil Popular - Janna Nick 

Pengacara TV Popular - Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular - DJ Lin 

Artis Indonesia Popular - Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular - BTS 

Antara kategori Online Aungerah Bintang Popular Berita Harian 32 yang lain ialah seperti di bawah ni :- 

Gandingan Serasi Drama Popular - Remy & Mira Filzah

Gandingan Serasi Filem Popular - Syafiq Kyle &Hannah Delisha

Pelakon Watak Antagonis Popular - Syukri Yahaya

Artis Sensasi Popular - Haqiem Rusli 

Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat - Kumpulan Raihan 

Berikut adalah senarai keputusan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32. Tahniah kepada semua pemenang.. 

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh 2

Koleksi Masakan Daripada #dapurcikash 2 | Assalamualaikum... Hai korang semua... Hari ni Cik Ash nak berkongsi koleksi masakan daripada #dapurcikash. Hari-hari masak dekat rumah ni kadang pening nak masak menu apa. Sempat ambik gambar jer nak menaip resepi entah bila tak tahu la. Eh hampir terlupa Cik Ash nak ucapkan ribuan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri yang Drama Lelakimu Yang Dulu ni. 


Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh 2
Bab memasak di dapur tugas Cik Ash sakit demam ke memang kena kuatkan untuk masak dua perut yang perlu makan dekat rumah ni termasuk Cik Ash iaitu suami dan mak mentua. Kalau Cik Ash tak masak alamak berlapar la diaorang kan. Jom la tengok koleksi gambar yang sempat Cik Ash snap selepas masak kalau rajin snap kalau malas tak de nak snap pun hahaha. Ada yang Cik Ash dah buat entri klik jer link dekat gambar tu akan dibawa ke resepinya.


Ikan rebus goreng air fryer

nasi kerabu  dan SINI
Gulai Lemak Kuning Ikan Talang 

Asam pedas Ikan Talang ikut resepi INI

Ayam Goreng Tepung Bestari

Telur Goreng Kicap

Sambal Ikan Bilis Petai

Udang Goreng Kunyit

Ikan Kicap Pedas

Gulai Lemak Cili Padi Udang Kacang Buncis

Jejari Kerepok Mamee Kari

Nasi Goreng Udang+Sotong

Paprik Udang
Sup Telur 

Macam mana terliur tak tengok gambar yang Cik Ash kongsi di atas tu hahaha, rajin kongsi gambar jer nak share resepi #dapurcikash dekat blog lambat la sikit kena ada mood dulu hahaha... 

Friday, September 20, 2019

Drama Lelakimu Yang Dulu

Drama Lelakimu Yang Dulu | Assalamualaikum...Dah agak lama tak tengok lakonan hebat dua pelakon Sharnaaz dan Nelydia kan. Pada hari khamis Cik Ash berpeluang layan drama Lelakimu Yang Dulu. Nampak macam best pulak tengok mereka berdua ni. Ingat drama yang dia berlakon dulu-dulu nama Jebat dan Mastura. Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Tutorial Cara Nak Buang Broken Link Dalam Blogpost.


Drama Lelakimu Yang Dulu

Drama Lelakimu Yang Dulu merupakan drama adaptasi dari Novel Lelakimu Yang Dulu karya oleh Farah Darianna di Slot Akasia mengantikan drama Kau Yang Pertama tu. Drama ini diarahkan oleh pengarah Eoon Shuhaina yang sama menerbitkan Drama Pujaan Hati Kanda, Tiada Arah Jodoh Kita, Cinta Masam Manis, Jika Itu Takdirku dan Love You Mr.Arrogant. Merupakan syarikat terbitan Mache All Star United Sdn. Bhd. 

Drama Lelakimu Yang Dulu mempunyai sebanyak 28 episode, kena layan sampai habis la nak tahu kesudahan cerita ni. Nampak cerita dia tadi macam best juga. Dekat bawah ni Cik Ash kongsikan sinopsis dia jom la baca dulu ya.

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu 

Drama ini mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka berdua terpaksa berpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu semula Hazrul untuk mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun Hazrul masih mendiamkan diri. 

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan dengan membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi bila dia disahkan mengandung dan Daliya merahsiakan kandungannya itu. Daliya ditemukan Nazli, Zana, dan ibu Maryam apabila pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidpuan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia di ambil berkerja sebagai tukang jahit di kilang langsir ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazri apabila dia mula tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya. 

Selepas 2 tahun berpisah, Hazrul dan Daliya telah ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasinya rasa cinta antara Hazrul dan Daliya? Kena tengok la sampai habis baru tahu hahaha.. 

Ok la Cik Ash undur diri dulu ya... nanti kalau ada masa free Cik Ash nak kongsi OST dalam drama Lelakimu Yang Dulu dekat entri yang lain. Jumpa lagi nanti ya.

Thursday, September 19, 2019

Tutorial Cara Nak Buang Broken Link Dalam Blogpost

Tutorial Cara Nak Buang Broken Link Dalam Blogpost| Assalamualaikum... Sekarang duk kecoh dekat facebook rakan-rakan blogger update pasal broken link. Sebenar broken link dah lama Cik Ash tahu hihihi.. Cik Ash selalu duk clear broken link ni.. Lepas pada G+ dihapuskan broken link kembali banyak pulak. Tapi masa tu ramai yang tak ambik tahu sangat. Terima kasih juga kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Lagu Ost Drama Mimpi Yang Sempurna.

Tutorial Cara Nak Buang Broken Link Dalam Blogpost

Apa yang Cik Ash tahu broken link boleh kita tengok dekat carian berada di dalam kotak komen profail blogger yang tidak wujud, banner segmen/giveaway yang kita join tu macam backlink untuk bagi orang lain join. Sebab kenapa terjadinya broken link ni kemungkinan link telah berpindah ke blog lain, tak pun link tu telah dipadamkan ataupun ditukar permalink. 

Cara Nak Buang Broken Link Dalam Blog

Sebagai seorang blogger korang harus kena ambik tahu apa itu broken link ataupun pautan rosak yang terdapat di dalam blog korang tu. Bagaimana nak buang broken link dekat blog. Jangan bertangguh-tangguh lagi lakukan dengan segera untuk buang broken link. Untuk cara nya jom tengok dekat bawah ni Cik Ash ada bagi contoh deletekan nya. 

1.Bukak web http://www.brokenlinkcheck.com , isikan nama blog korang dan find broken link.



 2. Selepas itu isi security code dalam kotak lepas tu klik find broken link now! dan korang perlu tunggu sampai ia berhenti mencari broken link yang ada di blog korang.



3. Tunggu dalam anggaran 3 minit  gak, ambik  tengok 3000 web pages hanya 77 broken link yang masih ada dekat blog. Sebelum ni 4k disebabkan berkurang ni Cik Ash selalu chek hihihi. Sebagai contoh rujukan untuk korang nak faham cara nak buang link tu. 
77 broken link

Broken link terdapat dalam entri giveaway yang kita join. Dalam gambar itu Cik Ash bulatkan src korang kena klik akan keluar macam dalam gambar no 2 tu.


Klik src tu tengok pages yang ada broken link
Setelah Cik Ash klik src tu akan keluar macam gambar dekat bawah ni.  Link yang broken ni terdapat dalam entri giveaway. Korang perlu buka entri giveaway kita join tu.

link yang rosak dalam entri

Selepas itu korang cari entri dengan copy tajuk giveaway tu. Edit la bahagian entri buang backlink yang terdapat dalam link tu kalau korang rasa sayang nak buang macam Cik Ash hahaha.

remove link dekat entri

Untuk yang ini pulak link Url untuk profail blogger yang tidak wujud mungkin ada antara blogger yang masih belum bertukar kepada profail blogger tak pun yang dah delete blog ataupun dah bertukar url.


klik src 

Klik delete

Yang seterusnya link korang ikut jer cara dekat atas. Ok la itu jer cara yang Cik Ash kongsikan dekat atas tu harap ada yang faham la ya. Untuk korang yang ingin tengok tutorial yang lain boleh jer dekat bawah ni. 

👉Tutorial Tukar Profil Google+ ke Profil Blogger

👉  Cara Buat Link Webiste, G-Plus, Social Media Dalam Youtube Channel

Wednesday, September 18, 2019

Lagu Ost Drama Mimpi Yang Sempurna

Lagu Ost Drama Mimpi Yang Sempurna | Seperti biasa la Cik Ash ni suka sangat nak kongsi Ost dalam drama dekat blog ni.. Drama yang Cik Ash layan jer selalu kongsi dekat blog ni.. Siapa dekat sini ada layan drama lakonan Aqasha dan Tiz Zaqyah ni. Best pulak tengok mereka dua ni berlakon teringat drama lakonan  suatu ketika dahulu Deejavu Di Kinabalu. Eh hampir terlupa nak terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar.


Lagu Ost Drama Mimpi Yang Sempurna 

Drama ini best sangat lakonan Aqasha dan Tiq Zakiyah pulak tu, Cik Ash tak miss lagi tengok drama ni tu pun tengok online hahaha... Biasa tv mak mentua layan drama beliau malas nak berebut hihihi. Dalam drama Mimpi Yang Sempurna ini ada  lagu yang best-best boleh didengar antara lagu yang terdapat dalam ini ialah :

Lagu Tema 

Penyanyi : Ara Johari Lagu : Bunga Komposer: Hang Nadim, Laq & Kadok Lirik : Hang Nadim
Klip Video : https://www.youtube.com/watch?v=J-rVfkZdTbE


Manakala antara lagu lain yang terdapat dalam drama Mimpi Yang Sempurna ialah :-

Tajuk Lagu : Sambutlah Kasih
Penyanyi : LoveHunters
Klip Video : https://www.youtube.com/watch?v=bCemC0Jw5qA

Tajuk Lagu : Rahsia Kita 
Penyanyi : Khai Bahar & Fatin Husna
Komposer : Harris Yusof
Klip Video : https://www.youtube.com/watch?v=8tHWnBMPbYE

Tajuk : Tentang Rasa 
Penyanyi : Astrid 
Klip Video : https://www.youtube.com/watch?v=HaqHDqP602Y

Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa dalam Drama Mimpi Yang Sempurna ni. Ada lagu yang pernah dengar sebelum dan ada yang tidak pernah dengar. So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

#ostdramamimpiyangsempurna
#dramamimpiyangsempurna
#cikash
#cikashdotcom

Monday, September 16, 2019

Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar

Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar | Assalamualaikum...Hai korang, Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen dekat entri Hasil Design T-Shirt Rekaan Sendiri Dengan Custom.MY ni. Hari ini baru nak kongsi pasal masakan dari #dapurcikash, Sebelum ni Cik Ash pernah masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Masin tu kali ini nak cuba masak yang segar pulak. Ikan talang ni dapat ada orang bagi dekat ibu mentua Cik Ash. 


Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar 

Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang buat ingat dalam kepala jer, Kalau nak ikut cara masak boleh rujuk SINI. Untuk kelainan dalam masakan Gulai ni Cik Ash masukkan daun kesum,timun dan kacang buncis. Memang power la gulai ni makan tak ingat asyik bertambah kami 3 orang makan hahaha..Paling best tengok makan ibu mentua Cik Ash habis makan nasi dan bertambah selalunya tak pernah nak habis makan mungkin sebab gulai lemak kuning selera jadi laju. 

Resepi Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar

Bahan-bahan
3 Ketul Ikan Talang
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih 
1 inci lengkuas
1 inci kunyit 
Santan Kotak 
Daun kesum
Garam 
Serbuk perasa

Cara Membuatnya :- 
1. Rendam ikan talang dengan air asam jawa nak bagi hilangkan hanyir. 
2. Untuk kuah pulak kisar bawang besar,bawang putih,lengkuas,kunyit sampai lumat.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk berserta dengan santan tu. Masukkan air secukupnya,masak dengan api yang perlahan sambil itu selalu di kacau gulai itu supaya santan tak berketul-ketul.
4. Bila gulai dah mendidih bolehlah masukkan daum kesum,timun,kacang buncis dan ikan.
5. Selepas itu sesuaikan rasa,masukkan serbuk perasa sedikit, gulai ini nak kena ada rasa masin dan sedikit manis dan masin tu sebab air ikan dah turun.
6. Masak bagi mendidih lagi,bila dah rasa semua dah ok boleh la tutup api tu. 
7. Hidangkan dengan nasi putih dengan solok lada pulak..

Ok la itu jer yang Cik Ash nak share Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang  Segar yang Cik Ash masak untuk suami dan ibu mentua, Kalau korang yang nak mencuba resepi yang lain boleh jer tengok koleksi di #dapurcikash.

Saturday, September 14, 2019

Hasil Design T-Shirt Rekaan Sendiri Dengan Custom.MY

Hasil Design T-Shirt Rekaan Sendiri Dengan Custom.MY | Assalamualaikum...Selamat pagi.. Terlebih dahulu Cik Ash ingin ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Pageview Blog Cik Ash Cecah 1 Juta Alhamdulilah. Hari ini Cik Ash ingin berkongsi dengan korang semua mengenai satu laman sesawang yang boleh hasilkan design rekaan sendiri dengan Custom.my.



Sekarang semuanya dihunjung jari apa-apa semua online sekarang design chek hasil kerja rekaan ataupun gunakan jer rekaan sediaada tu selepas tu  jelaskan bayaran lepas tu tunggu jer barang yang kita design tu sampai ke depan rumah kan. Dah tak payah nak susah pergi pusing-pusing kedai percetakan. Dekat Custom.My semua produk ada pilih jer korang nak design apa.

Kenapa Mesti Pilih Custom.My 

1. Mencetak lebih pada 200 jenis produk 

Di dalam custom.my terdapat lebih pada 200 jenis produk yang ditawarkan. Bila tengok laman sesawang custom.my ni macam tak percaya pulak bukan setakat kita degisn t-shirt tu, apa banyak lagi produk yang boleh design dekat sana. Klik jer dekat bahagian Home Decoration tu. 

2. Tiada minimun order 

Dari order pulak ianya sangat berbaloi sebab tiada minimun order. Selalunya kalau untuk printing lain perlu kena tempah minimun 100 kuantiti kan. Bila dengan custom.my ni tak perlu nak buat 1 unit pun boleh.

3. Servis Yang Pantas

Untuk servis custom.my ni memang pantas. Kalau korang tertiba nak produk dalam keadaan yang terdesak korang tak perlu risau sebab pihak Custom.My akan seadaya upaya menyiapkan tempahan korang. 



Boleh Dipercayai Oleh Banyak Syarikat Besar

Tambahan pulak nak cari syarikat printing kena tengok hasil yang terbaik dan boleh dipercayai. Apa yang Cik Ash tengok di Custom.My ni banyak tempat pengajian yang menggunakan khidmat percetakan daripada Custom.My tau. Antaranya adalah seperti berikut :- 







  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
  • Universiti Selangor (UNISEL)
  • iFlix
  • CIMB Foundation
  • KPTM

Jom Tempah Custom T-shirt Anda di Custom.My Sekarang!

Rugi kalau korang tidak tempah dengan Custom.My ni. Ianya menyediakan servis percetakan terbaik. Kalau korang seorang ada bakat pandai melukis ke, mereka boleh mendesign dan korang boleh meminta mereka print banyak-banyak untuk korang jual. Mana tahu boleh dijadikan satu income untuk diri sendiri ni. Untuk info lanjut, korang boleh terjah link kat bawah ini.




ALAMAT PERNIAGAAN :



Custom My Printing Sdn Bhd,

No 46A, Hala Taman Meru 11,

Meru 2B, 30020 Ipoh.

waktu operasi : 9 am - 6 pm ( Isnin - Jumaat )

TELEFON : 05 - 525 2144
WHATSAPP : 013 - 484 580

Thursday, September 12, 2019

Pageview Blog Cik Ash Cecah 1 Juta Alhamdulilah

Pageview Blog Cik Ash Cecah 1 Juta Alhamdulilah | Terima kasih kepada korang yang sudi singgah baca entri Pakej Percutian Dengan Travel Agensi Terpilihn . Hari ini nak berkongsi suatu cerita yang gembira tentang Blog Cik Ash ni. 


Pageview Blog Cik Ash Cecah 1 Juta Alhamdulilah

Cik Ash mula start berblogging since 2010 lagi, masa tu umur dalam 20an buat blog hanya untuk suka-suka dan menjadikan blog sebagai diari la lebih kurang macam tu. Kebetulan sangat masa tu jiwa tengah remaja la ada join radio online nak sangat masukkan radio dalam blog masa tu. 


Tetapi masa tu tidak seaktif mana update entri join giveaway jer banyak tu bila ada masa free. Biasa la masa tu Cik Ash siang Cik Ash di office balik sampai badan dan letih nak tengok blog pun jadi malas. Tambah guna komputer masa tu lengah pungung duduk atas kerusi lama-lama ni hahaha.. Masa tu rajin sangat edit blog letak bermacam-macam widget dan selalu sangat tukar tema template blog ni. Kadang tu header selalu bertukar hahaha. Rasanya macam-macam tema dah blog ni bertukar dan akhirnya sekarang pakai template ni jer dulu rasa nak tukar lagi nanti tengok bila betul rasa dah puas baru tukar. 

Cik Ash mula aktif berblog sejak bergelar seorang isteri pada tahun 2014 dari situ menulis blog menjadikan satu hobi pulak, kongsi masakan daripada #dapurcikash dan bermacam-macam entri yang berlatarkan genre terpilih. Tambahan pulak blog Cik Ash telah mendapat perhatian kepercayaan dari PR dan client pada tahun 2016 sehingga la sekarang. Terima kasih kepada PR kerana memilih blog Cik Ash ni. Tak lupa juga kepada encik suami yang banyak support Cik Ash untuk meneruskan menulis dekat blog ni. Untuk rakan-rakan blogger yang ada memberi semangat terima kasih ya. Ok la korang semua jumpa lagi nanti kalau ada masa free Cik Ash update blog ya. Jumpa lagi nanti.