Tuesday, August 20, 2019

author photo
Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit  | Assalamualaikum... Hai, hari ini baru nak update blog Sebenarnya entri dah lama tersimpan dalam draf hahaha. Terima kasih juga buat korang yang suka membaca dan memberi komen dekat entri Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit.

Reneuf By La Estephe Sheet Mask 

Sebelum ni  Cik Ash ada join giveaway daripada rakan blogger hadiah mask muka dan Cik Ash menang giveaway dari rakan blogger Cekgu Norazimah dan dapat percuma mask dari Reneuf ini. Pada mula syarat nak dapatkan mask itu kita kena pergi ambil sendiri, tapi tak sangka pulak pihak @myreneuf nak post kan hadiah itu sampai ke rumah. Cik Ash kalau ikut  menang 3 daripada rakan blogger tapi Cik Ash tolak bagi dekat orang yang lain nak gak merasa menang kan, Nanti kalau ambik semua orang kata kita tamak pulak.Cik Ash dapat 2 kotak Reneuf Face Mask dan di dalam setiap 1 kotak itu ada 7 pcs yang berlainan dan diserikan dengan muka baby yang comel. 

Apa Itu Mask Reneuf ? 

Reneuf mask ini diformulasikan di Switzerland by La Estephe merupakan skincare industri expert di Hong Kong. Reneuf mask ini juga menggunakan formula Baby Soft Skin iaitu gabungan yang kaya dengan Yam Bean, Colloidal Gold dan Squalenen yang boleh pulihkan kulit kita yang tidak bermaya dan kusam kepada yang lembut dan lembap macam kulit bayi. 

Cik Ash begitu yakin dengan mask ini untuk guna kerana Reneuf mask ni merupakan face sheet mask pertama yang mendapat Halal Certification dari JAKIM. Sebab itu korang tak perlu nak risau atau ragu-ragu untuk menggunakan mask ini selepas ini. Bila mask ini dah disahkan Halal JAKIM ini, mesti la produk ini halal, selamat dan bersih untuk kita gunakan di wajah nanti. 

Terdapat 7 Jenis Mask Yang Berbeza 
Reneuf Mask ini mempunyai 7 jenis mask yang berbeza dan setiap mask ada berbeza fungsi dan mempunyai packaging yang comel gambar baby comel. 


  • Vitamin E Brightening & Moisturising 

Di dalam mask ini ada antioksidan yang kuat untuk mempercepatkan pemulihan sel dan meremajakan kulit, untuk menampilkan anda yang lebih bermaya dan mudah.  Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit tidak sekata, kulit kusam dan gelap bawa mata.




  •  Vitamin C Whitening &Moisturising
Mask Vitamin C ini dapat memperbaiki struktur kulit dan memperbaharui sel kulit serta menghadkan kerosakkan kulit disebabkan oleh sinaran UV. Vitamin C dapat mengurangkan kegelapan kulit pigmesntasi dan berkesan dalam mencerahkan kulit.


  • Almond Oil Nourishing &Moisturising 
Almond Oil manis dan juga kaya dengan Vitamin E dan mempunyai pelbagai kebaikan lain yang dapat membantu memulihkan parut jerawat. Selain parut jerawat, mask ini juga dapat menenangkan kulit selepas seharian terkena sunburnt. Almond Oil ini sesuai untuk kulit kombinasi, kering, dehidrasi kulit sensitif,berminyak dan kulit berjerawat.



  • Papaya Extract Lifting & Firming 
Ekstrak papaya dipack dengan antioksidan dan enzim yang berkuasa untuk mempercepatkan pembaikkan sel kulit dan membantu menghalang penuaan kulit.Kulit yang kelihatan letih dibangkitkan semula untuk menjadikan kulit nampak lebih muda.Ekstrak papaya ni sesuai sangat dengan kulit yang kering, terhidrasi, sensitif ,berminyak dan kulit berjerawat. Sangat sesuai bagi anda yang selalu mengenakan solekan yang tebal.





  • Witch Hazel Antioxidants & Proctection 


Witch Hazel adalah satu bahan perubatan yang digunakan untuk mengurangkan pengeluaran minyak secara berlebihan. Ia merawat kulit yang berjerawat  dan mempercepakan penyembuhan di samping menutup liang pori yang terbuka.Sesuai bagi korang yang selalu berada diluar, terkena udara kotor.Witch Hazel sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak dan berjerawat.



  • AHA Refreshing Purifying 


Alpha Hydraulics Acids(AHA) diketahui mempunyai keupayaan untuk membuang tekstur kulit mati, kasar dan kulit tidak sekata tanpa kerengsaan. Mask ini mempunyai lima ekstrak botani iaitu bilberry, tebu, sugar maple, orange dan limau yang akan memperbarui sel kulit mati dengan lebih cepat.Hasil penggunaan yang berterusan mampu memberikan kulit wajah yang lebih muda, dengan penyerapan langkah penjagaan kulit yang lebih baik.Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah whiteheads, blackheads dan mild acne.


  • Hyaluronic Acid Extreme Hydrating & Moisturising 


Mask merupakan best seller dari produk Reneuf.Apabila umur kita  semakin meningkat, tubuh kita kekurangan asid Hyaluronic dan ini punca kulit kita kering dengan tanda liang pori terbuka, timbul garis halus dan kedutan.Sheet mask Extreme Hydrating & Moisturizing  ni sangat disukai oleh ramai orang kerana teksturnya yang ringan dan dapat mengunci kelembapan kulit. Jadi mask ini dapat membantu mengekalkan kolagen, meningkatkan kelembapan dan memulihkan kelembutan kulit kita.

Cara Menggunakan Mask Reneuf La Estephe Sheet Mask 

1. Pastikan kulit muka kita bersih dulu.
2. Keluarkan mask dari paket mask 
3. Letak di muka dan asjust elok-elok di bahagian mata, hidung dan mulut.
4. Biarkan mask dalam 15 hingga ke 20 minit. 
5. Selepas itu lapkan muka dengan kain bersih, tak payah basuh muka. 

* Selalunya kalau pakai mask mesti ada lebihan air dekat dalam plastik tu kan, jangan di buang tahu korang boleh ambil sapu dekat tangan ataupun leher. 

This post have 11 komentar

avatar
Cik Nor delete August 20, 2019 at 10:30 AM

comel la dia pakai mask sokmo..:)

Reply
avatar
Kak Feni delete August 20, 2019 at 12:07 PM

Lama dah tak bermask kat wajah ni. Lepas ni boleh cuba yang ni pula.

Reply
avatar
Riyanlaiyan delete August 20, 2019 at 5:33 PM

Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..

saya sudah follow anda #972

Jom follow blog saya lansung klik profil

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

Reply
avatar
hayati suki delete August 21, 2019 at 1:52 PM

air lebihan mask tu selalunya letak kat timit kaki..haha
kasi lembut tumit tu haa :-)

Reply
avatar
Fiza Aizzawa delete August 21, 2019 at 2:23 PM

lepas pakai mask nie mst kulit selicin baby kan..

Reply
avatar
Cik Ash delete August 23, 2019 at 5:56 PM

Comel la pada dulu hahaha..

Reply
avatar
Cik Ash delete August 23, 2019 at 5:58 PM

Cik Ash kadang2 pakai mask hahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete August 23, 2019 at 5:59 PM

Hihihi sama la selalu gak buat gitu

Reply
avatar
Cik Ash delete September 18, 2019 at 6:19 PM

Kalau pakai sokmo.harus tu cik ash pakai.jarang2 la

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post