Tuesday, August 27, 2019

SproutMe-Cuba Dulu Sebelum Beli!

SproutMe-Cuba Dulu Sebelum Beli! Terlebih dahulu terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri yang sebelum ni. Pernah dengar SproutMe tak. Cik Ash pun dah lupa tahu mengenai plaform ini dekat mana. Cik Ash dah lama register sebenarnya. Dah banyak Cik Ash dapat produk daripada SproutMe ni.

Sproutme

Apa itu SproutMe ni ?

SproutMe adalah satu platform di dalam talian di mana ahli boleh mencuba produk baru, tanpa kos langgana terlibat. SproutMe telah berkerjasama dengan jenama pengguna yang terkemuka, sebagai pintu masuk untuk ahli sasaran untuk mencontohkan produk yang menarik, serta mewujudkan kesedaran di kalangan semua Sprouters yang sedia ada. SproutMe membolehkan jenama untuk lebih memahami apa yang difikirkan oleh penonton sasaran mereka, rasa dan paling penting menggalakan jualan selepas percubaan produk yang memuaskan. Ianya merupakan PERCUMA! Kita cuba sebelum beli.

Jom korang daftar untuk mendapatkan produk yang menarik dekat SproutMe ni. Banyak pilihan produk yang tersedia dari jenama terkemuka dan dia akan menghantarnya ke rumah atau tempat kerja korang secara PERCUMA. Sebaik sahaja korang telah mencuba produk semua , korang perlu membuat tugasan untuk meninggalkan maklum penggunaannya.

Untuk mendaftar SproutMe, korang boleh follow step dekat bawah ini ya.

1. Daftar dulu dekat laman web SproutMe selepas itu korang SIGN UP.

2. Selepas itu korang lengkapkn Advance profile untuk dapatkan point bagi membolehkan korang boleh redeem barang.

3. Cara-cara untuk mengumpul point

πŸ‘‰ Registration dapat 1500 point
πŸ‘‰ Daily Visit 300 point ( Kena buka web SproutMe dengan Log In setiap hari)
πŸ‘‰Boleh Reedem barang 
πŸ‘‰Review jawab feedback 

Yang terbaru Cik Ash dapat reedem dari sproutme ialah  Tsubaki Premium Repair Mask dan Hair Salon Hair. Dah guna kedua-dua produk best pakai rambut jadi lembut jer. Hihihi


Tsubaki Premium Repair Mask

Salor Hair

Sekarang yang ada untuk ditebus makanan kucing daripada Royal Canin Neutered Satiety Balance Round 2, Royal Canin Skin Hairball Veterinary Diet Round 2, dan Ma Cherie Shampoo & Conditioner. Kalau rasa nak dapat macam ni cepat-cepat la register lambat nanti tak dapat hihihi.





Nampak berminat nak tak bila tengok Cik Ash kongsi barang yang Cik Ash dapat tu Jom la join daftar percuma sahaja tak perlu bayar apa-apa pun, Nak daftar ikut cara dekat atas yang Cik Ash kongsikan tu. Ok la jumpa lagi nantikan entri daripada Cik Ash ya. Jumpa lagi. 

Monday, August 26, 2019

Teringin Nak Makan Kita Buat Nasi Kerabu

Teringin Nak Makan Kita Buat Nasi Kerabu | Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Entri Terbaik Julai 2019. Siapa kat sini minat makan nasi kerabu, kita geng la ya. Cik Ash ni sebabkan teringin terjadi la buat nasi kerabu petang 24 Ogos dan sarapan pagi pada 25 Ogos . Sebab dah lama tak makan tu yang buat. Kalau beli dekat kedai macam tak puas dan tak kena  dengan selera la, Nasi kerabu kalau nak sedap sambal ikan tu mesti kena sedap ada rasa manis dan masin biar sekata. Lagi pulak sebelum ni selalu buat nasi warna kuning kali kita ubah warna biru dari bunga telang.


Teringin Nak Makan Kita Buat Nasi Kerabu

Sebelum kejadian nak buat tu Cik Ash ada tanya suami la nak makan Nasi Kerabu tak,Suami Cik Ash cakap la ikut la kalau rasa larat buat la, Sebab teringin tu la Cik Ash onkan jer. Ajak suami cari bahan-bahan nak buat sambal dan ulam daun kesum dan timun untuk buat ulam. Lepas tu pergi ambil daun telang dekat rumah kak ipar.

bunga telang
Kebetulan dalam peti ada stock ikan selayang (sardin) tu yang laju nak buat Nasi Kerabu untuk sebelah petang dan untuk sarapan pagi, Lagi pulak buat lebih sikit nak bagi dekat kakak-kakak ipar. Jom la kita tengok cara-cara nak membuat nasi kerabu dekat bawah ni.


Nasi kerabu

Nasi Kerabu Cara Cik Ash

Nasi tu kita tanak macam biasa la basuh beras lepas tu masuk air bunga telang yang Cik Ash blender dengan air. Cik Ash letak 4 cawan beras air lebihkan 5 sukatan dekat periuk nasi tu ada sukatan kan.


sambal ikan kelapa

Untuk buat sambal ikan tu pulak Cik Ash rebus ikan sardin 3 ekor, kelapa tu pulak Cik Ash beli RM2.00 jer, permulaannya goreng kelapa hingga garing jangan hangit nanti jadi pahit kan. Perisikan ikan, 1 biji bawang, 1 inci halia, 1 biji bawang putih dan sedikit serai. Blender kan semua bahan senang sesuaikan rasa letak 1 sudu makan garam dan gula ataupun satu karet nise. Kena ada rasa manis dan masin. Sambal ni kena ada rasa manis masin baru sedap makan.

Manakala untuk lauk pauk pulak Cik Ash buat sebelah petang tu Cik Ash goreng ayam jer dan sebelah pagi keesokkannya Cik Ash goreng ikan celup tepung. Untuk ayam goreng tu Cik Ash perapkan dengan serbuk kunyit, garam dan jintan manis sikit. Untuk ikan pulak Cik Ash bancuhkan tepung ubi,tepung jagung dan tepung bestari kuantiti satu sudu plastik tu. Celup ikan lepas tu goreng dalam minyak panas. Tapi sayang terlupa nak ambil gambar hahaha maafkan Cik Ash.


Tumis Budu

Kalau makan Nasi Kerabu tak sah kalau tak ada  tumis budu , Cik Ash guna tumis budu yang Cik Ash simpan dalam peti ais panaskan semula. Boleh makan lagi. 


ulaman

Nasi Kerabu ni kena ada ulam-ulam untuk menampakan naik serinya hahaha.. Cik Ash jah bagitahu sebenarnya bila makan bercampur dengan ulam-ulaman ni sedap makan pun tak ingat. Untuk ulam-ulam pulak Cik Ash guna daun kesum,timun, serai dan kacang buncis. Guna ulam yang mana ada. 

Hah macam mana bila baca cara nak membuat tak teringin nak buat juga ke nasi kerabu tu hahaha...Kalau nak tengok resepi cara tersusun yang boleh faham boleh tengok dekat Resepi Nasi Kerabu Kelantan. Sebab buat nasi kerabu ingat dalam kepala jer tu taip apa yang keluar dalam kepala. Harap ada yang faham la cara dekat atas tu Cik Ash kongsi. 

Ok la korang jumpa lagi kalau ada entri baru nanti Cik Ash update ya, jumpa lagi nanti. Sekarang dekat Kedah musim hujan kan, waktu siang selalu mengantuk kerjanya nak lelap hahaha buka blog pun malas bila malam ni mata jadi terang tu yang menaip waktu malam jadi panjang berjela-jela pulak ni. 

#dapurcikash
#sayamasak
#foodblogger
#cooking

#masakan

Sunday, August 25, 2019

Entri Terbaik Julai 2019

Entri Terbaik Julai 2019 |Sekejap jer rasa nak habis bulan Ogos dah kita ni tak lama lagi masuk bulan September dah. Hari ini Cik Ash berkongsi dengan korang semua mengenai entri yang ramai orang selalu view dekat blog ni. Tapi sebelum tu Cik Ash ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri  Lagu Ost Drama Sweet Dreams.


Entri Terbaik Julai 2019
Seperti biasa la Cik Ash kongsi dengan korang Entri Terbaik Julai 2019 dekat blog ni. Pada bulan Julai aritu entri dekat blog sebanyak 13 entri. Sedikit sangat entri tak macam dulu-dulu. Hahaha.. Sekarang nak menulis kena ada mood hahaha. Bila main laptop asyik nak terlelap bila menaip ni. Jom tengok Antara entri terbaik yang terdapat di dalam blog Cik Ash jom baca mana satu yang paling ramai orang view. 

1. Lagu Ost Drama Utusan Cinta Buat Adam - Lagu dalam drama ini paling meletop sebab ramai yang cari ni. Memang lagu-lagu dalam drama ini best.  View dah cecah 4k.

2. Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad - Sahaja suka nak kongsi sinopsis drama Lakonan Uqasha dan Kamal. Tak sangkat sampai view lebih 1K. 

3. Lagu Ost Drama Setelah Terlafaznya Akad - Lagu dalam drama ini pun best gak tu Cik Ash kongsi juga dekat blog ramai juga yang cari tu.

4. Lagu Ost Drama Jodoh-Jodoh Anissa - Lagu dalam drama ni pun best tu tengok ada yang ramai cari sampai dah cecah 2K view.

5. Magic Sponge Mr. DIY - Sahaja suka-suka nak kongsi magic sponnge dengan korang memang span tu menjadi nak hilangkan kekotoran.

6. Resepi Timun Tumis Air - Masih ada yang cari  entri resepi paling simple ni, Walaupun dah lama kongsi pada tahun 2017 lagi. Pageview entri ni dah cecah 4K view. Yang paling Cik Ash gembira berada di pages pertama google Alhamdulilah. 

7. Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam - Bila baca Sinopsis drama ini tak sama dengan cerita best lagi tengok cerita. hihihi. 

8. Muzikal Lawak Superstars - Rancangan ni suami dan mentua Cik Ash suka sangat layan. Cik Ash join sekaki Undi UNI hahaha.

9. Resepi Lempeng Gula Merah - Entri lama dah masa ni suami masih berkerja di tempat bawa bekal malam tu yang buat secara spontan dan kongsi dekat blog.

10. Belajar Lukis Haiwan - Yang ni pulak sahaja-sahaja suka nak kongsi dekat blog mana tahu nanti berguna untuk Cik Ash bila ada anak ke kan. Tak pun bagi anak saudara belajar.

Ok la korang tu jer senarai entri yang berada dalam carian dekat blog paling ramai view. Kalau korang belum baca lagi entri jemput-jemput la singgah baca ya. Jumpa lagi nanti. 

Thursday, August 22, 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway | Hai agak lama blog ni tak join giveaway dekat blog hari terasa nak join saja-saja ambik peluang support rakan blogger dan nak tambah kawan-kawan hihihi.. Malam baru buka blog biasa la kalau suami bercuti laptop mesti dia guna. hahaha.. Biasa la kami suami isteri selalu berkongsi guna. 



Syarat nak join giveaway ini pun mudah tu Cik Ash join malam ni.. Hihihi.. Baru tengok giveaway harap diterima la last minute join ni. Hahaha..

Wednesday, August 21, 2019

Lagu Ost Drama Sweet Dreams

Lagu Ost Drama Sweet Dreams | Seperti biasa la Cik Ash akan kongsikan dengan korang semua Ost dalam drama Sweet Dreams ni. Terima kasih juga dekat korang yang sudi memberi komen dekat entri Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit ni. Siapa kat sini layan drama Sweet Dreams ni. Kita geng la ya. 

Lagu Ost Drama Sweet Dreams

Drama arahan Michael Ang selalu trending kan, Tengah trending sekarang pasal hagtags #halalbag. Lepas tu ada yang kata drama ini drama ala korea gitu. Cik Ash ada drama Goblin dan satu lagi lupa nama hihihi. 

Tambahan pulak lakonan Ben Amir dan Mira Filzah kali nampak kerasian yang begitu sweet. Sampaikan suami Cik Ash pun boleh layan drama ni. Dia pun agak susah nak layan drama-drama ni. Hahaha. Antara lagu yang terdapat dalam Drama Sweet Dreams adalah seperti di bawah :- 

Lagu : Ilusi 
Penyanyi : IamNeeta
Komposer & Lirik : Patrick Anohada 
Keluaran : NAR Publishing Sdn Bhd
Video : https://www.youtube.com/watch?v=vZXmEOVyK_U

Lagu : Esok Belum Tiba 
Penyanyi : Nastia Feat Liyana Fizi 
Lirik : Leo Azman & Rudy Iskandar
Keluaran : Kamar Seni Enterprise 
Video : https://www.youtube.com/watch?v=PNSxbTSlXls

Lagu : Vortex 
Penyanyi : Jipie
Lirik : Jipie 
Keluaran : Gungho Pictures
Video : https://www.youtube.com/watch?v=tnpS7SePmr0

Lagu : Remaja 
Penyanyi : Orkes A Hizadin
Lirik : Amiruddin Hizadib 
Keluaran : Kamar Seni Enterprise
Video : https://www.youtube.com/watch?v=K4f_Iz-BcGE

Lagu : Moga Aku Tahu 
Penyanyi : Fattah Fawzy 
Lirik : Fattah Fawzy
Terbitan : Amirmans Studio

Lagu : Temui Dia
Penyanyi : Fattah Fawzy
Lirik : Fattah Fawzy
Terbitan : Amirmans Studio

Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa dalam Drama Sweet Dreams ni gigih Cik Ash stop last drama ni nak tengok senarai lagu ada dalam drama ni. Lagu tema dia best sangat.. Jom kita layan lagu-lagu dalam drama ni. So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

Tuesday, August 20, 2019

Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit  | Assalamualaikum... Hai, hari ini baru nak update blog Sebenarnya entri dah lama tersimpan dalam draf hahaha. Terima kasih juga buat korang yang suka membaca dan memberi komen dekat entri Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit.

Reneuf By La Estephe Sheet Mask 

Sebelum ni  Cik Ash ada join giveaway daripada rakan blogger hadiah mask muka dan Cik Ash menang giveaway dari rakan blogger Cekgu Norazimah dan dapat percuma mask dari Reneuf ini. Pada mula syarat nak dapatkan mask itu kita kena pergi ambil sendiri, tapi tak sangka pulak pihak @myreneuf nak post kan hadiah itu sampai ke rumah. Cik Ash kalau ikut  menang 3 daripada rakan blogger tapi Cik Ash tolak bagi dekat orang yang lain nak gak merasa menang kan, Nanti kalau ambik semua orang kata kita tamak pulak.Cik Ash dapat 2 kotak Reneuf Face Mask dan di dalam setiap 1 kotak itu ada 7 pcs yang berlainan dan diserikan dengan muka baby yang comel. 

Apa Itu Mask Reneuf ? 

Reneuf mask ini diformulasikan di Switzerland by La Estephe merupakan skincare industri expert di Hong Kong. Reneuf mask ini juga menggunakan formula Baby Soft Skin iaitu gabungan yang kaya dengan Yam Bean, Colloidal Gold dan Squalenen yang boleh pulihkan kulit kita yang tidak bermaya dan kusam kepada yang lembut dan lembap macam kulit bayi. 

Cik Ash begitu yakin dengan mask ini untuk guna kerana Reneuf mask ni merupakan face sheet mask pertama yang mendapat Halal Certification dari JAKIM. Sebab itu korang tak perlu nak risau atau ragu-ragu untuk menggunakan mask ini selepas ini. Bila mask ini dah disahkan Halal JAKIM ini, mesti la produk ini halal, selamat dan bersih untuk kita gunakan di wajah nanti. 

Terdapat 7 Jenis Mask Yang Berbeza 
Reneuf Mask ini mempunyai 7 jenis mask yang berbeza dan setiap mask ada berbeza fungsi dan mempunyai packaging yang comel gambar baby comel. 


  • Vitamin E Brightening & Moisturising 

Di dalam mask ini ada antioksidan yang kuat untuk mempercepatkan pemulihan sel dan meremajakan kulit, untuk menampilkan anda yang lebih bermaya dan mudah.  Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit tidak sekata, kulit kusam dan gelap bawa mata.




  •  Vitamin C Whitening &Moisturising
Mask Vitamin C ini dapat memperbaiki struktur kulit dan memperbaharui sel kulit serta menghadkan kerosakkan kulit disebabkan oleh sinaran UV. Vitamin C dapat mengurangkan kegelapan kulit pigmesntasi dan berkesan dalam mencerahkan kulit.


  • Almond Oil Nourishing &Moisturising 
Almond Oil manis dan juga kaya dengan Vitamin E dan mempunyai pelbagai kebaikan lain yang dapat membantu memulihkan parut jerawat. Selain parut jerawat, mask ini juga dapat menenangkan kulit selepas seharian terkena sunburnt. Almond Oil ini sesuai untuk kulit kombinasi, kering, dehidrasi kulit sensitif,berminyak dan kulit berjerawat.



  • Papaya Extract Lifting & Firming 
Ekstrak papaya dipack dengan antioksidan dan enzim yang berkuasa untuk mempercepatkan pembaikkan sel kulit dan membantu menghalang penuaan kulit.Kulit yang kelihatan letih dibangkitkan semula untuk menjadikan kulit nampak lebih muda.Ekstrak papaya ni sesuai sangat dengan kulit yang kering, terhidrasi, sensitif ,berminyak dan kulit berjerawat. Sangat sesuai bagi anda yang selalu mengenakan solekan yang tebal.





  • Witch Hazel Antioxidants & Proctection 


Witch Hazel adalah satu bahan perubatan yang digunakan untuk mengurangkan pengeluaran minyak secara berlebihan. Ia merawat kulit yang berjerawat  dan mempercepakan penyembuhan di samping menutup liang pori yang terbuka.Sesuai bagi korang yang selalu berada diluar, terkena udara kotor.Witch Hazel sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak dan berjerawat.



  • AHA Refreshing Purifying 


Alpha Hydraulics Acids(AHA) diketahui mempunyai keupayaan untuk membuang tekstur kulit mati, kasar dan kulit tidak sekata tanpa kerengsaan. Mask ini mempunyai lima ekstrak botani iaitu bilberry, tebu, sugar maple, orange dan limau yang akan memperbarui sel kulit mati dengan lebih cepat.Hasil penggunaan yang berterusan mampu memberikan kulit wajah yang lebih muda, dengan penyerapan langkah penjagaan kulit yang lebih baik.Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah whiteheads, blackheads dan mild acne.


  • Hyaluronic Acid Extreme Hydrating & Moisturising 


Mask merupakan best seller dari produk Reneuf.Apabila umur kita  semakin meningkat, tubuh kita kekurangan asid Hyaluronic dan ini punca kulit kita kering dengan tanda liang pori terbuka, timbul garis halus dan kedutan.Sheet mask Extreme Hydrating & Moisturizing  ni sangat disukai oleh ramai orang kerana teksturnya yang ringan dan dapat mengunci kelembapan kulit. Jadi mask ini dapat membantu mengekalkan kolagen, meningkatkan kelembapan dan memulihkan kelembutan kulit kita.

Cara Menggunakan Mask Reneuf La Estephe Sheet Mask 

1. Pastikan kulit muka kita bersih dulu.
2. Keluarkan mask dari paket mask 
3. Letak di muka dan asjust elok-elok di bahagian mata, hidung dan mulut.
4. Biarkan mask dalam 15 hingga ke 20 minit. 
5. Selepas itu lapkan muka dengan kain bersih, tak payah basuh muka. 

* Selalunya kalau pakai mask mesti ada lebihan air dekat dalam plastik tu kan, jangan di buang tahu korang boleh ambil sapu dekat tangan ataupun leher. 

Monday, August 19, 2019

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ke 3 Pada 28 Ogos 2019

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ke 3 Pada 28 Ogos 2019 | Untuk Bantuan Sara Hidup fasa ke 3 akan dibuat pembayaran Mulai 28 Ogos 2019. 




Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing dan bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.

Bagi memastikan program BSH 2019 ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, pelaksanaan untuk  mengenal pasti pendapatan terkini pemohon telah dilakukan secara menyeluruh termasuk semakan data yang melibatkan banyak agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), LHDN, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-lain lagi agensi yang terlibat lagi. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mailkan kepada bsh@treasury.gov.my 

Sunday, August 18, 2019

Resepi Singgang Ayam Yang Ringkas

Resepi Singgang Ayam Yang Ringkas | Hari ini Cik Ash nak berkongsi dengan korang semua masakan daripada #dapurcikash. Terima kasih juga kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat Unique Gift Ideas To Add To Special Baby Hamper Little Flower Hut. Pertama Cik Ash cuba buat singgang ayam. Bila buat sedap juga makan singgang ayam ya. Menghirup tak ingat dunia hahaha.

Resepi Singgang Ayam Yang Ringkas

Kebetulan bahan-bahan nak buat ada jer dekat rumah, tu yang buat hahaha,senang jer nak buat singgang ayam ni. Macam kita buat singgang ikan tu jer cara sama jer buat. Main campak-campak jer dalam periuk hahaha. 
Jom usha resepi singgang Ayam dekat bawah ini, nak buat dia senang sangat janji kesemua bahan di bawah ada dekat rumah ya. 

Resepi Singgang Ayam 

Bahan-bahan 
Ayam (Cik Ash masukkan tulang2 ayam dan isi.) 
4 cawan air
Sebelah bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Lengkuas (dihiris)
Kunyit serbuk
1 batang serai
3 asam keping
6 batang sayur bendi
1 biji lada besar hijau (dipotong)
2 biji cili padi


Cara Membuatnya : 
1. Masukkan air, kemudian masukkan bawang merah,bawang putuh,kunyit,haiia,lengkuas serai,asam geluguk , garam dan lada hitam, Didihkan.Buat macam kita buat singgang ikan jer pun.. 
2. Masukkan ayam , bendi dan cili padi.
3. Ayam Singgang sudoh siap untuk dihidang!. 


Ok la korang selamat mencuba resepi Singgang Ayam Yang Ringkas ni, Selamat Memcuba dekat korang semua ya.

Thursday, August 15, 2019

Unique Gift Ideas To Add To Special Baby Hamper | Little Flower Hut

Unique Gift Ideas To Add To Special Baby Hamper | Little Flower Hut |It is nice to give something cute and special to baby and parents on baby shower party. A Baby Hamper filled with unique gifts is an ideal gift to give or send on this special event. If you want to give items that are useful and functional for baby's daily needs,always consider what the Little Flower Hut Florists or the experts say. For your wonderful Baby Shower Gifts Singapore, here are some of the unique gift ideas to choose from:



Soothing Sound Devices 

The new baby needs more hours of sleep to grow and develop better during the first three months. Parent will need the help they can get in order to give the new baby the sleep they need. With a newborn hamper that contains this special soothing sound device,your gift is indeed heaven-sent. 

Crib Sheets 

It is nice to have several pieces of crib sheet readily available anytime of the day. It is also helpful for the parents to have something that will make easy sheet change. This item will be an ideal and unique gift to add to any hamper delivery. If you are thinking of something useful and easy-to-use, why not add a few pieces of crib sheets for your gift of hamper? 

Banana Training Toothbrush 

This teething toy is also a training toothbrush. It is a perfect toy to give on baby showers. It is safe for babies at 3 months to 12 months of age. You can add this unique baby item to any hampers of gift for baby shower, especially if you plan to give a set of feeding bottles and items. 

Non-Contact Thermometer 

Complete your baby hamper of medical and first-aid supply with a non-contact thermometer. This baby item is a perfect baby first month gift. This device usually has dual mode to get and measure the temperature via the forehead of the baby or ears. It can be used even without waking up the baby,especially during those times when the baby is sick. The new mom will surely appreciate you for this gift. 

babyhamper

These unique baby gifts are great for the baby shower gifts. If you want to make your gifting more wonderful and memorable on baby shower party, you can pick unique gifts to complete the Baby Hamper. The flower shop can help you customize a special hamper gift for the new parents and for the baby.

Wednesday, August 14, 2019

Biodata Pelakon Drama Sweet Dreams

Biodata Pelakon Drama Sweet Dreams | Hai korang semua , terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen dekat entri  Mudahnya Nak Cari Hotel Di Cameron Highlands Dengan Bagasi.MY. Disebabkan ada yang mencari biodata pelakon Drama Sweet Dreams dekat blog Cik Ash kongsi dengan korang di bawah ini. Cik Ash hanya senarai antara-antara watak utama dalam drama ni. Antaranya ialah :- 

Biodata Pelakon Mira Filzah 

Mira Filzah

Nama Sebenar : Nur Amirah Filzah Binti Badiozaman 

Nama Popular : Mira Filzah

Umur : 26 Tahun

Tempat Lahir : Ipoh, Perak

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perniaggan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA,Shah Alam. 

Pekerjaan : Pelakon,Hos,Model dan Usahawan


Biodata Pelakon Ben Amir

ben amir

Nama Penuh : Muhammad Amir Sabaruddin 

Nama Popular :  Ben Amir

Tarikh Lahir : 13 Mei 1990

Asal : Setiawangsa Kuala Lumpur 

Pendidikan : Graduan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA Lendu Melaka. 

Kerjaya : Finalis top 23 Hero Remaja 2011/2012 bersama Fattah Amin dan Saharul Ridzwan. 


Biodata Pelakon Sean Lee

Sean Lee


Nama penuh : Sean Lee Jia Ern 

Nama Popular : Sean Lee 

Tarikh Lahir : 17 Ogos 1994 

Pendidikan : Diploma dalam Jurusan Seni dan Persembahan Kolej Sunway.

Biodata Pelakon Yusuf Bahrin

Yusuf Bahrin

Nama Penuh : Muhammad Yusuf Bahrin

Nama Popular : Yusuf Bahrin

Kerjaya : Pelakon 

Bangsa : Melayu 

Itu jer senarai Biodata Pelakon Drama Sweet Dreams yang sempat Cik Ash kongsikan dengan korang semua. Jumpa lagi nanti kalau entri yang lain bakal menyusul ya. 

Suasana Hari Raya Aidiadha Di Kedah

Suasana Hari Raya Aidiadha Di Kedah | Hai korang semua, terima kasih masih sudi membaca dan memberi komen dekat entri Mudahnya Nak Cari Hotel Di Cameron Highlands Dengan Bagasi.my. Tak terlambak lagi Cik Ash nak ucapkan Selamat  Hari Raya Aidiladha buat korang semua. Raya Haji tahun ni Cik Ash beraya dekat kedah.

Suasana Hari Raya Aidiadha Di Kedah


Raya Aidiladha ni mak mentua Cik Ash dia berniat nak buat makan ajak saudara mara yang ada dekat kedah ni, kiranya dia sponsor duit untuk beli segala barang nak masak. Semua yang beli barang tu kakak ipar Cik Ash. Memasak di rumah Cik Ash sambil-sambil sambut dapur baru dan mak mentua niat nak buat makan arwah untuk ahli yang dah lama meninggal dunia. 


menu raya


Permulaaan ceritanya malam raya tu kami bergotong-royong memasak  nasi hujan panas,ayam  masak merah, daging kerutuk, buat satay untuk makan esok, sambal sardin, nasi impit, sambal ikan, kuah kacang, acar timun. Malam raya tu juga kak ipar (kak ja) dia siap buat pizza untuk jamu kami semua makan. Tapi sayang terlupa nak ambik gambar pizza hahaha, sebab masa tu handphone tak ada dekat tangan. Memang malam raya makan tak ingat hahaha. Bab cucuk isi ayam untuk satay semuanya anak-anak saudara suami yang buat cepat siap dan laju 4 orang anak dara buat. Hihihi.. Cik Ash tolong apa yang patut jer bukan Cik Ash chef hahaha nak memadai buat pulak kan. Memasak dirumah Cik Ash tetapi chef malam tu kakak ipar yang sulung memerintah dapur hihihi. Kali kedua buat gotong raya makan ni, pernah buat dulu pada tahun 2015. Masa tu tahun kedua beraya raya sebagai isteri dan dapur masa tu sempit lagi buat kerja memasak terhad la sebab ruang memasak tak luas macam sekarang ni.



Anak-anak saudara suami semua dah besar siap boleh tolong buat kerja gotong royong, Yang perempuan malam tu duduk tengah mencucuk isi ayam dekat lidi untuk bakar pagi esok. Kalau raya haji sebelum ni kami tempah tahun ni kami bersepakat nak buat sendiri hihihi. Jimat pun boleh makan dengan puashati hahaha. Manakala yang lelaki macam biasa la berlawan main game mobile lengend sama naik dengan suami Cik Ash hahaha aduhaiii.

Manakala untuk ayam masak merah tu persetujuan anak-anak saudara mereka suka ayam masak merah, untuk daging kerutuk buat jugak takut ada yang tak makan ayam masak merah, tak lupa juga buat sambal sardin kebetulan stock sardin ada dekat rumah ada orang bagi dekat mak mentua sebelum raya puasa aritu. Menu paling win aritu sambal sardin licin habis, menu yang lain masih ada berbaiki lagi sikit hihihi. Jom korang tengok koleksi gambar menu-menu yang di masak untuk raya ni dekat bawah :- 


sambal sardin


kuah nasi impit

daging keruntuk

Ayam masak merah

Acar timun

sambal nasi impit


Itu jer menu yang sempat Cik Ash snap gambar, nasi impit dan satay tak sempat nak ambik hahaha, terlampau sibuk masa tu duk buat air dekat saudara mara yang mari dekat rumah hihihi. Ok la korang itu jer cerita raya Aidiladha Cik Ash tahun ni.. Jumpa lagi nanti ya.