Monday, July 15, 2019

Cuci Muka Dengan Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water

Cuci Muka Dengan Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water |Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lagu Ost Drama Utusan Cinta Buat Adam. Sebagai seorang wanita mesti sentiasa nak tampil cantik, tambah yang suka bermekap up tebal tak pun yang mekap up biasa-biasa pun wajib kena ambik tahu sebelum kita nak cuci muka kita harus bersih dulu segala mekap up dekat muka tu.


Hari ini Cik Ash nak memperkenalkan pada korang semua satu produk terbaru keluaran Safi untuk bersihkan muka dari segala kotoran sebelum kita cuci muka dengan pencuci muka. Lagi pulak mekeup remover yang ini boleh tanggalkan makeup dengan mudah tanpa sebarang rasa pedih atau kesan sampingan. Produk yang Cik Ash maksudkan itu adalah Safi Micellar Natural Cleansing Water merupakan produk keluaran  terbaru daripada Safi Malaysia.

Safi Micellar Natural Cleansing Water ini diperkayakan dengan formulasi 100% bahan yang aktif semulajadi. Ianya juga satu produk yang tak pedihkan mata bila kita tengah syok-syok lap muka tu kan air terpercik masuk dalam mata selalu akan pedihkan mata tapi dengan Safi ni tak pedihkan mata. Tambahan pulak kandungan bahan semulajadinya amat sesuai digunakan terutamanya untuk membersihkan solekan disekitar bahagian mata yang merupakan kulit kita yang nipis dan sensitif dan boleh menyebabkan kedutan jika tidak menggunakan makeup remover yang tidak sesuai.

Safi Micellar Natural Cleansing Water ini merupakan satu produk yang rangkain pembersih lembut yang berbentuk dalam cecair yang jernih. Apa yang menarik tentang Safi ni ianya boleh menanggalkan solekan dan kotoran dengan lebih berkesan tanpa perlu nak dibilas dengan air, lagi pulak ianya juga dapat mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit kita lebih sihat secara semulajadi. Untuk pengetahuan korang semua  safi micellar ini telah diuji secara  dermatologi dan bebas daripada SLES/SLS, minyak mineral, perwarna alkohol, paraben, propylene dan glycol. Lagi pulak ianya telah disahkan HALAL oleh JAKIM.

Safi Micellar Natural Cleansing Water kini hadir dalam 3 variasi dengan 100% bahan aktif semulajadi iaitu :- 

➣ Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem
➣ Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose 
➣ Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber 

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem 


Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem  ini sesuai dengan kulit yang berminyak dan berjerawat.Fungsi utamnya untuk membersihkan dan mengawal jerawat. Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadii Neem (Melia Azadirachta) yang dapat membantu menanggalakn makeup dan kekotoran. Dapat mengawal jerawat dan menjadikan kulit kelihatan berseri tanpa cela.

Safi Micellar Natural Cleansing Water- Rose

Safi Micellar Natural Cleansing Water -Rose ini sesuai untuk kulit yang normal dan kombinasi. Fungsi utamanya adalah untuk membersihkan dan mengecilkan liang pori pada wajah muka yang terbuka. Ianya diformulasi oleh 100% bahan aktif semulajadi bunga mawar, ianya dapat membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta dapat mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat, hasilnya kulit segar dan berseri-seri.

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber


Safi Micellar Natural Celansing Water - Cucumber sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya dapat membersihkan dan melembapkan kulit muka. Ianya diformulasi oleh bahan yang aktif semulajadi daripada timun. Ianya mampu membersihakan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta dapat melembapkan dan menyihatkan kulit kelihatan lembut dan bermaya.


Review Cik Ash Mengenai Safi Micellar Natural Cleansing Water 
Antara ketiga-tiga Safi Micellar Natural Cleansing Water ini Cik Ash memilih Neem sebabnya Cik Ash rasa ianya sesuai dengan kulit muka Cik Ash yang selalu ditumbuhi jerawat dan kadang tu ada nampak berminyak sikit. Selepas Cik Ash menggunakan Safi Micellar Natural Cleansing Water untuk buang segala mekap up dekat muka sangat berkesan.Memang tanggal dengan mudah dan cepat bersih muka ni. Yang paling best kan lepas Cik Ash guna muka jadi lembap jer tak payah nak bilas bagai. Cik Ash recommend dekat korang semua boleh memcuba produk pilih yang mana sesuai dengan kulit korang ya.
 
Untuk korang yang sedang mencari produk Safi Micellar Natural Cleansing Water ini boleh dapatkan di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. Bersaiz 200ml dengan harga yang mampu milik iaitu RM17.25 tahan selama sebulan jimat dah tu. Sebarang maklumat lanjut dan promosi terkini daripada SAFI sila layari


#Safimy
#safimicellar
#takpedihkanmata
#SAFIMICELLARWATER
#SAFISKINSTORY
#cikash
#cikashdotcom
 

4 comments:

  1. Sebulan x sampai RM20 o.k sgt jimat tu

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cuba juga. Sbb hari2 pakai make up.. boleh guna micellar nie utk buang make up dulu

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com