Tuesday, July 30, 2019

Tauhu Sumbat Goreng Yang Mudah

Tauhu Sumbat Goreng Yang Mudah | Assalamualaikum... Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang sudi komen dekat entri kad-rawatan-kucing-kesayangan.html. Bersiaran hari ini nak kongsi koleksi resepi #dapurcikash hihihi.


tauhu sumbat goreng yang mudah

Ni pun entri dah lama tersimpan dalam draf baru ada mood nak mengarangnya biasa la mood kelaut sekarang hihihi, tauhu goreng sumbat dah lama Cik Ash buat la pada tahun 2018 lagi hahaha, ni yang boleh update sebab buka gambar la tengok-tengok ada gambar resepi yang belum kongsi dekat blog. 

Cara goreng tauhu sumbat Cik Ash mudah jer buat jer janji sedap dimakan kan, Cik Ash suka olah semula resepi hahaha, Jom la cuba resepi yang Cik Ash buat dekat bawah ni. 

Cara-cara membuat tauhu sumbat goreng

Tauhu Goreng Sumbat Yang Mudah 
Oleh : Cik Ash 

Tauhu 3 keping
Sedikit carrot
sedikit timun batang
sedikit taugeh
Tepung Jagung
Garam
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya :- 
1. Belah tauhu kepada segitiga. goreng tauhu hingga kekuningan.
2. Selepas itu korang buat lubang di tengah-tengah menggunakan pisau. 
3. Masukkan inti carrot,taugeh, timun bantal bersama isi tauhu tu.
4. Nyalakan api panaskan minyak bila minyak dah panas boleh la goreng hingga kekuningan.
5. Celupkan tauhu sumbat ke dalam tepung jagung selepas tu masukkan ke dalam minyak panas. bila dah kekuningan terbalikkan semula bahagian bawah masak hingga garing jangan bagi hangus ya. dan boleh angkat dan toskan. 

Ok la korang itu cara Cik Ash goreng Tauhu Sumbat Goreng Yang Mudah, sedap dimakan dengan cicoh sos cili. Fuhhh sedap makan dia tak ingat makan sampai 3 biji tauhu hahaha.. Kalau korang teringin nak tengok koleksi resepi yang lain boleh usha koleksi #dapurcikash.

Thursday, July 25, 2019

Kad Rawatan Kucing Kesayangan

Kad Rawatan Kucing Kesayangan | Assalamualaikum... Hai korang semua, harap sihat la ya.. Hari ini Cik Ash ingin berkongsi dengan korang semua kad rawatan untuk kucing kesayangan Cik Ash dekat rumah ni. Macam budak-budak pulak kucing siap ada buku rawatan hahaha.. 


Ada dua kad rawatan untuk mekcik satu rawatan bawa pergi klinik untuk kalau dia demam , tak lalu makan ke, manakala kad yang oren tu rawatan untuk cucuk vaksin di klinik veterinal kerajaan. 

Biasa la kucing dah tua ni selalu jer sakit kadang selalu Cik Ash cakap mu ni mekcik macam mok jah sampai masa sakit hihihi.. Yer la Ibu Mentua setiap 3 bulan ataupun 4 bulan mesti penyakit asma dia datang. Tak lalu makan dan dah berjalan tak larat. Sampai tak tahu nak masak apa bagi dia lalu makan. Bila bawa buat rawatan dekat Klinik Peribadi Mok sebab dari zaman muda hingga sekarang pergi cucuk ubat asma dan batuk di Klinik Dr Ismail. Eh terlebih cakap pasal ibu mentua pulak.



Kembali semula pasal kad rawatan Mekcik ni, dah macam budak-budak pulak bila tengok kad rawatan dia, hahaha.. Kad pink tu Cik Ash selalu bawa di Klinik Haiwan dekat pekan kulim. Last bawa Mekcik bulan 6 aritu selepas hantar mekcik di tempat homestay kucing tertiba dia tak sihat maybe la antibodi dia tak kuat dah kut sebab dah tua mudah kena penyakit. Tertiba demam,selesema tak lalu makan. Ajak suami pergi bawa dekat klinik haiwan tu pejam mata gak sebab swasta kan hihihi dah la waktu belum gaji lagi. 

Masa buat rawatan dekat sana dr chek mata,chek hidung,chek mulut siap dr terkejut tengok semua gigi kecil dah tak ada cuma ada gigi taring jer. Kesian dekat dia. Patut la mekcik tak lalu nak makan makanan kering kadang. Sebab tu cuba weetfood dia makan tapi tak berapa jalan sangat kurang sedap kut. Kalau yang beli sedap pulak dia makan macam-macam perangai mekcik seekor ni.


Manakala untuk kad oren itu pulak untuk rawatan susulan untuk vaksin, mekcik akan disuntik vaksin pada bulan 12 nanti. sebab kena ikut tarikh masa suntik aritu. 

Ok la korang itu hari ini Cik Ash nak kongsi pasal Kad rawatan kucing kesayangan jer dekat blog ni. Siapa kat sini ada pelihara kucing mesti ada kad rawatan macam ni gak kan. 

Wednesday, July 24, 2019

Entri Terbaik Bulan Jun 2019

Entri Terbaik Bulan Jun 2019 | Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkn terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lagu Ost Drama Setelah Terlafaznya Akad. Dah nak habis bulan Julai baru nak update entri terbaik dekat blog hahaha.. Nak buat macam mana sibuk sikit dengan urusan rumah sikit.


Setelah 4 bulan sibuk dengan urusan rumah yang dalam proses baiki,hari ini dah clear dah tak ada yang perlu di baiki lagi. Sebab blog jarang nak update mood kelaut sejak dah lama tinggal ni. Entri dalam draf ada jah nak mengarangnya tu malas hihihi. 

Untuk Bulan Jun 2019 aritu antara yang top paling ramai mencari dekat blog ni Jun 2019 aritu ialah :- 

Bayaran Bantua Sara Hidup Bsh Fasa Ke 2 Pada-28 Mei 2019 - Sepanjang Mei hingga jun entri paling panas dekat blog sampai view untuk entri mencecah sebanyak 34515 view. Memang waktu ramai yang masuk blog. Merasa pages memecah 10 k sehari dekat blog hahaha.. Alhamdulilah pengkongsian yang bermaafat untuk penerima ada yang baca.

Lagu Ost Drama Jodoh Jodoh Anissa - Disebabkan ramai yang mencari lagu ost Cik Ash ambik kumpulkan koleksi lagu dalam drama Jodoh Jodoh Annisa tu. Tak sangka ramai juga yang view untuk tengok Ost lagu ni.sebanyak 2k view.

Resepi Timun Tumis Air - Ni pulak entri paling lama dekat blog dah resepi paling simple dan ringkas masih ada yang mencari resepi kongsi pada tahun 2017 lagi. View entri mencecah angka 7K view.

Magic Sponge Mrdiy - Ni pulak saja-saja nak berkongsi guna produk sponge magic mrdiy ni. Entri untuk viewnya mencecah 2K view.

Resepi Kari Daging - Ni pun Cik Ash masak cara Cik Ash saja-saja nak kongsi cara buat tak sangka masih yang sudi membaca.

Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan -- Pengalaman balik raya di Kelantan Cik Ash kongsikan dalam entri ni.

Alhamdulilah Menang Giveaway Sapsibubapa Net Di Mialiana.com - Alhamdulilah rezeki bulan puasa aritu tak silap Cik Ash la dapat la duit raya hihihi.

Belajar Lukis Haiwan - Entri santai-santai nak kongsi koleksi yang Cik As jumpa dekat facebook dan abadikan dalam blog ni mana la tahu suatu hari nanti Allah kurniakan zuriat buat Cik Ash. ammiin.

Muzikal Lawak Superstar - Siapa dekat sini minat muzikal lawak boleh geng ibu mentua Cik Ash.

Resepi Lempeng Gula Merah - Resepi ni paling tak sangka ada juga yang mencari sampai 4k view tu.. Alhamdulilah resepi ada orang baca kan.

Ok la korang tu jer senarai entri yang berada dalam carian dekat blog paling ramai view. Kalau korang belum baca lagi entri jemput-jemput la singgah baca ya. Jumpa lagi nanti. 

Monday, July 22, 2019

Lagu Ost Drama Setelah Terlafaznya Akad

Lagu Ost Drama Setelah Terlafaznya Akad | Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Resepi Maggi Goreng Cara Cik Ash . Siapa kat sini layan drama Setelah Terlafaznya Akad ni. Cik Ash salah seorangnya hihihi. 



Drama ini memang sangat popular dan trending, Drama ni memang sakit hati tengok hahaha... Ibu Mentua Cik Ash selalu emosi kalau tengok drama ni, Yang paling penting suami pun layan hahahaha...Tambahan pelakonnya Kamal Adli pulak. Antara lagu yang terdapat dalam Drama Setelah Terlafaznya Akad adalah seperti di bawah :- 



Tajuk Lagu:Sepi
Penyanyi : Yuni Shara 



Tajuk Lagu : Anta Permana
Penyanyi : Dato Sri Siti Nurhaliza
Label : Universal Music Malaysia


Tajuk Lagu : Kau Terakhir 
Penyanyi : Amir Aswady 
Komposer : Amir Aswady
Lirik : Amir Aswady


Tajuk Lagu : Terimaku Seadanya 
Penyanyi : Misha Omar & Hafiz Suip
Komposer : Ajai

Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa dalam Drama Setelah Terlafaznya Akad ni. Ada lagu yang pernah ada yang tidak pernah. So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

#ostdramasetelahterlafaznyaakad
#dramasetelahterlafaznyaakad
#cikash
#cikashdotcom

Sunday, July 21, 2019

Resepi Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak

Resepi Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak | Rasa dah agak lama Cik Ash tak sharing resepi masakan daripada #dapurcikash last bulan 4 aritu hahaha.. lama sungguh tak sharing gara-gara baiki rumah la langsung tak ada entri masakan dekat blog. Sebenarnya Cik Ash dah lama teringin nak makan maggi goreng ni  baru-baru ni Cik Ash buat untuk sarapan pagi. Buat nasi goreng sedikit maggi goreng 2 bungkus. Jadi la untuk alas perut 3 orang dekat rumah ni Cik Ash, Suami dan ibu mentua.


Lagi pulak masak maggi goreng secara sepontan jer, tak ada ikut resepi sesiapa buat cara Cik Ash senang buat campak-campak barang yang ada dekat rumah ni hahaha.. Janji sedap dimakan tengok suami makan berselera jer dia. Terhasil la Resepi Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak.

Mesti korang tak sabar nak tengok Resepi Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak kan, Jom la kita usha-usha bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuatnya :- 


Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
2 bungkus maggi perisa kari
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
sedikit isi ayam
1 biji telur
sawi sedikit
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap 
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato 
secukup rasa

Cara Membuatnya : 
1. Didihkan air masukkan maggi rebus selepas sejatkan dalam tapis santan. Biarkan.

2.Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang besar, bawang putih hingga kekuningan.

3. Selepas itu masukkan isi ayam kacau hingga ayam masak.

4. Lepas itu masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap ,secukup rasa dan serbuk maggi tu. Sesuai rasa dah ok masak hingga pecah minyak sikit. Bila dah masak pecahkan telur kacau-kacau boleh la masukkan maggi gaul-gaul hingga sebati. 

5. Siap boleh la dimakan dengan penuh nikmat hahahaha..

Ok la itu jer Cik Ash update hari ini nak kongsi masakan Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak, Sedap juga bila lama tak makan maggi goreng ni, aduhaiii hancur diet Cik Ash bila makan tak ingat asyik bertambah. Selamat memcuba resepi ni ya. So kalau korang nak tengok koleksi resepi lain boleh terjah dekat #dapurcikash.

#cikash
#cikashdotcom
#resepimaskan
#masakan
#maggigoreng

Monday, July 15, 2019

Cuci Muka Dengan Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water

Cuci Muka Dengan Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water |Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lagu Ost Drama Utusan Cinta Buat Adam. Sebagai seorang wanita mesti sentiasa nak tampil cantik, tambah yang suka bermekap up tebal tak pun yang mekap up biasa-biasa pun wajib kena ambik tahu sebelum kita nak cuci muka kita harus bersih dulu segala mekap up dekat muka tu.


Hari ini Cik Ash nak memperkenalkan pada korang semua satu produk terbaru keluaran Safi untuk bersihkan muka dari segala kotoran sebelum kita cuci muka dengan pencuci muka. Lagi pulak mekeup remover yang ini boleh tanggalkan makeup dengan mudah tanpa sebarang rasa pedih atau kesan sampingan. Produk yang Cik Ash maksudkan itu adalah Safi Micellar Natural Cleansing Water merupakan produk keluaran  terbaru daripada Safi Malaysia.

Safi Micellar Natural Cleansing Water ini diperkayakan dengan formulasi 100% bahan yang aktif semulajadi. Ianya juga satu produk yang tak pedihkan mata bila kita tengah syok-syok lap muka tu kan air terpercik masuk dalam mata selalu akan pedihkan mata tapi dengan Safi ni tak pedihkan mata. Tambahan pulak kandungan bahan semulajadinya amat sesuai digunakan terutamanya untuk membersihkan solekan disekitar bahagian mata yang merupakan kulit kita yang nipis dan sensitif dan boleh menyebabkan kedutan jika tidak menggunakan makeup remover yang tidak sesuai.

Safi Micellar Natural Cleansing Water ini merupakan satu produk yang rangkain pembersih lembut yang berbentuk dalam cecair yang jernih. Apa yang menarik tentang Safi ni ianya boleh menanggalkan solekan dan kotoran dengan lebih berkesan tanpa perlu nak dibilas dengan air, lagi pulak ianya juga dapat mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit kita lebih sihat secara semulajadi. Untuk pengetahuan korang semua  safi micellar ini telah diuji secara  dermatologi dan bebas daripada SLES/SLS, minyak mineral, perwarna alkohol, paraben, propylene dan glycol. Lagi pulak ianya telah disahkan HALAL oleh JAKIM.

Safi Micellar Natural Cleansing Water kini hadir dalam 3 variasi dengan 100% bahan aktif semulajadi iaitu :- 

➣ Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem
➣ Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose 
➣ Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber 

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem 


Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem  ini sesuai dengan kulit yang berminyak dan berjerawat.Fungsi utamnya untuk membersihkan dan mengawal jerawat. Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadii Neem (Melia Azadirachta) yang dapat membantu menanggalakn makeup dan kekotoran. Dapat mengawal jerawat dan menjadikan kulit kelihatan berseri tanpa cela.

Safi Micellar Natural Cleansing Water- Rose

Safi Micellar Natural Cleansing Water -Rose ini sesuai untuk kulit yang normal dan kombinasi. Fungsi utamanya adalah untuk membersihkan dan mengecilkan liang pori pada wajah muka yang terbuka. Ianya diformulasi oleh 100% bahan aktif semulajadi bunga mawar, ianya dapat membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta dapat mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat, hasilnya kulit segar dan berseri-seri.

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber


Safi Micellar Natural Celansing Water - Cucumber sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya dapat membersihkan dan melembapkan kulit muka. Ianya diformulasi oleh bahan yang aktif semulajadi daripada timun. Ianya mampu membersihakan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta dapat melembapkan dan menyihatkan kulit kelihatan lembut dan bermaya.


Review Cik Ash Mengenai Safi Micellar Natural Cleansing Water 
Antara ketiga-tiga Safi Micellar Natural Cleansing Water ini Cik Ash memilih Neem sebabnya Cik Ash rasa ianya sesuai dengan kulit muka Cik Ash yang selalu ditumbuhi jerawat dan kadang tu ada nampak berminyak sikit. Selepas Cik Ash menggunakan Safi Micellar Natural Cleansing Water untuk buang segala mekap up dekat muka sangat berkesan.Memang tanggal dengan mudah dan cepat bersih muka ni. Yang paling best kan lepas Cik Ash guna muka jadi lembap jer tak payah nak bilas bagai. Cik Ash recommend dekat korang semua boleh memcuba produk pilih yang mana sesuai dengan kulit korang ya.
 
Untuk korang yang sedang mencari produk Safi Micellar Natural Cleansing Water ini boleh dapatkan di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. Bersaiz 200ml dengan harga yang mampu milik iaitu RM17.25 tahan selama sebulan jimat dah tu. Sebarang maklumat lanjut dan promosi terkini daripada SAFI sila layari


#Safimy
#safimicellar
#takpedihkanmata
#SAFIMICELLARWATER
#SAFISKINSTORY
#cikash
#cikashdotcom
 

Sunday, July 14, 2019

Lagu Ost Drama Utusan Cinta Buat Adam

Lagu Ost Drama Utusan Cinta Buat Adam | Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lirik Lagu Satukan Rasa Siti Nordiana & Khai Bahar. Disebabkan ada yang sedang mencari Ost Drama Utusan Cinta Buat Adam dekat blog Cik Ash ni. Gigih la Cik Ash mencari antara koleksi lagu yang terdapat dalam drama ni. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMW-cfAjtNMC5B4_xR7B-FV1ZDTX4e2rQyYwc7Gi2lNKS9CqrvmyHxOyJFyYK35_dy1rLgAh0jtgv2-vwaWOYHzYIpsPnQew7EQdlAUM2dN_JqsNe-XY21qfaKlUaqUFNae3vLEUVx5Wme/s1600/Utusan+Cinta+Buat+Adam.jpg

Drama ini memang sangat popular dan trending sekarang, Bila Cik Ash selalu tengok dekat youtube baca komen dekat youtube TV3 kebanyakkan orang yang memberi komen daripada indonesia suka dengan drama ni. Boleh dikatakan drama ni best la. Tambahan pelakonnya Kamal Adli pulak. Antara lagu yang terdapat dalam Drama Utusan Cinta Buat Adam adalah seperti di bawah :- 

Lagu Tema 

Tajuk : Pernah Bahagia
Penyanyi : Sharifah Zarina
Komposer :Sharon Paul (Nova Music Malaysia Sdn Bhd)
Penulis Lirik :Ahmad Fedtri Yahya (Musicwerks Studio)

Manakala antara lagu lain terdapat dalam drama Utusan Cinta Buat Adam seperti di bawah ini :- 

Tajuk : Pulang 
Penyanyi : Insomniacks
Lagu/Lirik : Iqie/Iskandar/Danial/Gavin/Damilia

Tajuk : Pasti Menunggu
Penyanyi : Superchild
Lirik : Frozen
Komposer : Akir Hyper Act
Label : Hype Beat Sdn Bhd & Rusa Music 

Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa dalam Drama Utusan Cinta Buat Adam ni. Semuanya lagu yang tak pernah dengar lagi. So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

Wednesday, July 10, 2019

Lirik Lagu Satukan Rasa Siti Nordiana & Khai Bahar

Lirik Lagu Satukan Rasa Siti Nordiana & Khai Bahar | Terima kasih kepada korang yang sudi baca dan memberi komen dekat entri Reedem Kali Kedua Jawab Survey Yougov. Sekarang tengah trending lagu duet Nana dan Khai. Cik Ash tengok nampak serasi diaorang ni... Macam teringat zaman dia duet dengan arwah achik spin kan. 


Cik Ash dah dengar lagu setiap hari-hari duk layan best hahaha... menjiwang sekali sekala apa salahnya kan. Siapa kah sini suka lagu ni jom kita tengoknya dekat bawah ni. 

Lagu : Satukan Rasa
Penyanyi : Siti Nordiana & Khai Bahar
Komposer : Dinda & Kanda
Lirik : Iman Imran

Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir
Puas menafi bisikan dihati 
Namun tak terdaya
Untuk menghalasng rindu 

Aku pendam rasa
Dan menjadi teman
Engkau ingin ku miliki
Untuk memiliki cinta
Yang semulia sepertimu

Dikaulah bidadari 
Temani tiap mimpi 
Diriku diselubung rindu

Rasa penuh prasangka
Dia penguat jiwa
Kita pinta takdirnya
Pergilah sepi 

Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Kau hidupkanlah rasa ini

Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi 
Sungguh aku rindu 

Cinta penuh prasangka
Kuatkanlah hatiku 
'Agar ikatan ini terjalin

Bulan bisik padanya 
Benar ku cinta dia 
Satukanlah
Satukan rasa

Ok la korang itu  lirik lagu ni bestkan bila baca Cik Ash dah dengar best sangat duet mereka berdua ni. 

Monday, July 8, 2019

Reedem Kali Kedua Jawab Survey Yougov

Reedem Kali Kedua Jawab Survey Yougov | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar. Terima kasih kepada korang yang baca dan komen dekat entri Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam. Hari ini Cik Ash nak berkongsi dengan korang semua mengenai Jawab Survey dengan Yougov. 


Sebelum ini Cik Ash  kongsi hanya jawab survey dapat point kita boleh tebus duit dalam nilai Singapore Dollar. Selain duit kita juga boleh tebus voucher dan macam-macam lagi. Menarik tak bila dengar hanya jawab survey jer pun dah boleh dapat duit. Siapa lagi nak bagi kan. Kita kena berusaha mencari. Jangan malas kena rajin baru dapat. Jawab survey Cik Ash mengisi masa lapang. Kumpul-kumpul point sampai 5000 dah boleh reedem paypal RM70 kali kedua pulak. hihihihi. 

Untuk kali kedua ambik masa sekejap pulak mengumpul mungkin Cik Ash rajin jawab survey hahaha.. Dulu-dulu join tapi malas nak jawab kena tanya soalan kan. 



Klik reedem tu sebelum nak klik reedem tu korang kena pastikan segala maklumat alamat rumah, nombor telefon, serta alamat email paypal yang kita berdaftar itu adalah betul ya. Perlu kena chek dengan teliti untuk alamat email itu sebabnya kalau salah isikan akibatnya pembayaran yougov ke accout paypal kita tertangguh pulak kan...bila semua dah betul klik la reedem akan keluar dalam gambar seperti di bawah ini 



Dalam beberapa saat kemudian anda akan dapat email daripada yougov dalam gambar seperti di bawah ini di dalam email ini kena tunggu selama 30 hari untuk melihat wang tersebut masuk ke dalam account paypal kita... Cik Ash reedem point yougov ni pada 15 Jun 2019 dan menunggu tidak lama mana pada 28 Jun 2019 bila buka accout paypal dan email ada dapat katanya duit paypal dah masuk hihihi.


Apa tunggu cepat-cepat la daftar YouGov  untuk menjawab survey dan kumpul-kumpul point dan boleh dapat duit ataupun lain-lain lagi. Selalunya undangan survey daripada yougov satu hari dengan nilai point dalam 50-150 point per survey. Survey tersebut selalunya pertanyaan secara umum sehingga ianya sangat mudah untuk kita jawab dalam masa 5 hingga 15 minit

Sunday, July 7, 2019

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam | Drama terbaru yang mengantikan drama Bukan Cinta Aku ini telah bersiaran pada 3/7/19. Drama telah diarahkan oleh penerbit Along Kamarudin. Terbitan syarikat A-Ten Alliances Sdn Bhd. Novel ni merupakan karya oleh Myra Ameer.


Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah,Kartina Aziz, Nazeera Sardi,Nazrief Nazri,Ikhlas Jalil,Sharifah Shahora,Noniswara,Kuza,Aleeza Kasim,Hariesa DFKL,Ani Ambo,Zainon Ismail,Aishah Along Kamaludin,Gen Darwish. Sebanyak 28 episode.

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam
Drama ini mengisahkan tentang Aireen Husna yang merupakan seorang Arkitek. Walaupun berkerjaya hebat, dia masih belum berkahwin dan masih mencari calon yang sesuai.
Syarat untuk menjadi suaminya adalah seorang yang kuat agama. Akhirnya dia terserempak dengan jejaka bernama Adam Firdaus.

Dia memang tidak mengenali adam tetapi hati tetap meminati jejaka itu. Satu hari, dia dapat tahu yang adam merupakan anak kenalan kepada Mak ciknya, Dia terus meminta Mak cik nya melamar adam untuknya. 

Adam seorang pensyarah berumur 35 tahun dan masih mencari calon isteri. Semua pilihan keluarganya ditolak.

Akhirnya Adam dan Aireen berkahwin. Tetapi perkahwinan mereka tidak direstui oleh nenek dan tokwan adam kerana mereka mahu adam berkahwin dengan Liyana yang merupakan pilihan mereka. 

Bagaimanakah hubungan adam dan aireen selepas itu? kalau nak tahu kenalah tengok sampai habis lah cerita ni. Tak sabarnya nak ikuti drama ni, itu pun Cik Ash tengok tonton jer jarang sangat nak tengok televisyen sebab malas nak berebut dengan mak mentua hahaha. Tapi kan Cik Ash tengok drama ni tak sama dengan sinopsis la.. Mungkin pengarah ubah babak tak ikut novel sangat kut. Kerja Aireen sebagai arkitek kalau tak silap Cik Ash.

Nanti entri lain Cik Ash akan kongsi Ost drama Utusan Cinta Buat Adam ya. Tunggu tahu. Jumpa lagi nanti.

 ➔ Baca Online Novel Utusan Cinta Buat Adam Bab 1 Hingga Bab 15.. ⤌

➔ Nak Tengok Online Tengok Di Youtube Utusan Cinta Adam ⤌

Thursday, July 4, 2019

Hasil DIY Barang Yang Rosak

Hasil DIY Barang Yang Rosak | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar, harap semuanya sihat walafiat ya. Malam baru  Cik Ash nak kongsikan dengan korang hasil DIY mengisi masa lapang Cik Ash dekat rumah ni, setiap hari sibuk dengan urusan mengemas rumah yang belum habis lagi. Ada lagi yang perlu kemas tu blog ada entri kadang-kadang. 


Semalam datang idea nak bagi almari tv yang cermin pecah tertutup tak nak bagi habuk masuk, terfikir la nak tutup dengan kertas lukisan putih. Mula-mula tu tutup dengan kertas kosong jer. Nampak kosong jer Cik Ash apa lagi nak bagi nampak berseri-seri tu buat lukisan bunga-bunga jer. Nampak menarik pulak almari hahaha. 

cermin almari
Lepas tu ada jam yang rosak , kalau ikut nak buang jer dalam plastik hitam, tapi di fikir balik baik buat perhiasan ke baru kreatif hihihi.. so hari ini gigih la siapkan hasil kerja melukis dan mewarna dan hasilnya wow cantik sangat hihihi.


Itu jer untuk hari ini hasil DIY yang Cik Ash reka. Nanti kalau ada lagi Cik Ash kongsi dekat blog lagi ya. Jumpa lagi nanti.. Cik Ash nak siap2 makan dinner dekat suami dan mak mentua dulu. Hari ini Cik Ash masak sambal tumis daging campur petai

Wednesday, July 3, 2019

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 01 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka | Baru-baru ni pembayaran BSH telah dibuat ada yang tidak lulus dalam permohanan itu boleh la membuat rayuan sekarang. Kementerian Kewangan telah membuka tempoh rayuan bagi Program Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019.

Yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan itu boleh la membuat permohanan. Bayaran untuk fasa ke-3 bakal dibuat pada bulan Ogos nanti dan seperti yang diwar-warkan permohanan rayuan sudah boleh dibuat bermula 1 Julai 2019 sehingga 15 Ogos 2019 ini.

Untuk tempoh rayuan ini kepada pemohon yang tidak memenuhi syarat maklumat anak dan penambahan maklumat anak. Permohanan rayuan ini boleh dihantar ke mana-mana cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/Pusat Tranformasi Bandar (UTC) bersama dokumen sokongan.

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai BSH korang boleh layari portal rasmi BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di https://bsh.hasil@gov.my

Tuesday, July 2, 2019

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembap

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembap | Sebagai wanita dalam diri ini ingin tampil cantik sentiasa, seperti juga Cik Ash,Safi dengan Cik Ash tak pernah berpisah sejak dulu lagi, lagi pulak Safi sesuai dengan kulit muka Cik Ash sebab dari dulu sampai sekarang memang guna walaupun ada produk yang lain lebih baik. 


Baru-baru ini Cik Ash telah diperkenalkan dengan produk terbaru daripada Safi iaitu Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion yang merupakan gabungan formulasi daripada penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk rutin penjagaan kulit yang ringkas namun ianya memberikan kesan lembapan yang lebih optimun. 



Bila ada lotion yang jenis 2 in 1 begini memudahkan kerja Cik Ash setiap hari la lepas ini, sebab ianya tak payah dah nak tepek segala macam toner, pelembap, krim lepas ni guna sahaja Safi Balqis Hydrating Lotion ini. 

Apa Keistimewaan Safi Balqis OxyWhite Hydrating Lotion 


Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion merupakan lotion pencerah yang menghidrat bertindak untuk memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu pengunaan meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan memberikan kesan optimun sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid :- 

👉 Macro Hyaluronic Acid 

👉 Nano Hyaluronic Acid 

👉 Bio-Hyaluranate

👉 Super Nano Hyaluronic Acid

👉 Oligo- Hyaluronic Acid 


Safi Balqis Oxywhite Lotion mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan yang melekit. Ianya juga mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan perlindungan IR. 

OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxgen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano Biowhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

 Cara Pengunaan Safi Balqis Oxywhite Lotion

Sapukan pada keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya . Gunakan 2 kali sehari selepas Pembersih muka Safi Balqis Oxywhite.

Dimana nak dapatkan Safi Balqis Oxywhite Lotion ini korang boleh beli secara online dan juga di farmasi terpilih yang berdekatan dengan korang.


SAFI MALAYSIA
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM 



Boleh juga baca mengenai  produk safi yang lain :- 



Safi Rania Gold Di Formulasi Beetox. Technology

 #SafiMY
#SafiBalqis
#SafiSkinStory
#SafiBalqisHydration
#SafiBalqisHydratingLotion
#reviewcikash