Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan| Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Selamat Hari Raya. Masih lagi mood raya ni nak menulis blog pun malas dah setelah lama bercuti sejak rumah sedang baik pulih aritu. Tambahan pulak ada tragedi berlaku sebelum raya iaitu laptop suami Cik Ash terjatuh akibatnya screen ada rosak sedikit masih boleh guna tapi tak nak lawa la nampak bintik-bintik hitam.
Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan |
Sebenarnya sebelum ni Cik Ash berbelah bagi nak balik kelantan raya baru ni sebab difikirkan rumah yang belum siap sepenuhnya lagi, suruh suami paksa tokey suruh orang pasang pintu cepat-cepat. korang nak tahu 3 hari nak raya baru diaorg pasang semua Itu pun masih ada lagi yang belum siap pasang dapur masak belum pasang lagi.
Lagi pulak raya puasa kali ni Cik Ash kena balik juga sebab adik bongsu Cik Ash nak kahwin pada hari raya kedua aritu. Last dah majlis besar-besaran ni, dah tak ada dah majlis kahwin dah. Tu kena balik memeriahkan majlis adik. Alhamdulilah pada hari raya kedua aritu selesai sudah majlis adik dengan pasangannya. Nanti gambar adik Cik Ash buat entri lain.. hihihi.
Kami bertolak balik kelantan pada 4 Jun 2019 dalam jam 11 pagi, bertolak lewat sikit sebab nak bagi suami rehat dulu bagi dia tidur sejam dua ke untuk mengelakkan dia mengantuk. Alhamdulilah kami sampai di kelantan pada jam 5 petang. Sempat la berbuka puasa dengan aboh,ma,athirah dan kak poh family. Kami berbuka makan sup tulang, ayam goreng dan ayam tempayan Cik Ash beli. Untuk kuih muih pulak sempat rasa segala jenis kuih muih kelantan yang manis hahaha... sedappp nikmat rasa dapat makan kuih muih kelantan.
Hari raya pertama aboh order roti jala 3 kg dan gulai kakak Cik Ash yang buat pada malam tu untuk cicah esoknya. Ma ada juga order nasi dagang lauk ikan tongkol. Aduhhh menu yang lama dah tak makan dan teringin nak makan. Makan tak ingat hahaha, Selepas beraya dekat rumah Cik Ash dan suami pergi beraya rumah pak muda (pak saudara suami). Dekat rumah dia dijamu dengan nasi gulai daging dengan mee goreng. Lepas belah malam pulak kami pergi beraya pulak rumah mak saudara suami (mokcik) kami dijamu dengan nasi dagang juga.. Ya Allah lama sungguh tak makan nasi dagang akhirnya dapat makan puashati sungguh.. hihihi..
Kami kenyang makan beransur-ansur balik hantar mok dekat rumah pak muda semula, lepas tu kami suami isteri balik rumah tidur dekat rumah ma, suami Cik Ash balik rumah terus baring sampai tertidur kepenatan la tu sebab tak cukup rehat, manakala Cik Ash ada agenda buat kerja rebus telur nak letak dekat bunga telur. Gosok baju yang mana nak pakai esok, siap kakak Cik Ash suruh tampal belian atas tudung dia, cabaran lama dah tak mengosok benda alah tu mujur menjadi kakak Cik Ash kata lawa pandai la tampal.
Siap semua kerja lebih kurang pukul 2.00 pagi Cik Ash tidur, pukul 5 dah bangun suami kejut, awal la suami bangun sebab dia tidur awal, kita ni yang mengantuk tak cukup tidur. Sambil tunggu suami solat subuh tu sempat lagi lelap mata jap hahaha, kebetulan waktu tu ABC hihihi. Suami siap mandi sembayang Cik Ash pulak cepat-cepat pergi mandi, nak kejar masa bilik mandi pagi sibuk semua nak mandi sebab akad adik bongsu Cik Ash pada jam 9.00 di masjid Al-Salam pengkalan chepa, wahhh untungnya Adik Cik Ash dapat bernikah di masjid besar tu, masa zaman Cik Ash dulu di masjid panchor tu, dengar adik Cik Ash bagitaw masjid tu dalam proses pembaikpulih.
Untung adik Cik Ash semasa majlis akad nikah hanya dia seorang pasangan pengantin. Tak ada sampai pening tok iman hahaha...Majlis pernikahan selesai kami pun balik kerumah untuk bersedia seisi bersanding pulak. Memang sibuk la aritu kalut sangat mana tertamu yang datang yang sempat Cik Ash tegur ada yang tidak. Gagahkan diri juga jadi orang kuat majlis adik lagi pulak adik yang last kahwin kan hihihi.. lepas ni Cik Ash nak rehatkan diri dah sibuk jadi orang kuat kenduri nak goyang kaki dan bergambar hahaha...
Keesokan hari Cik Ash duk mengemas barang-barang nak balik kedah, ambik segala makanan dekat rumah nak bawa balik kedah, pulut kuning, gulai daging kenduri, doorgift,kerepek ubi pedas dan plastik pakaian kotor. Kami suami isteri sarapan dulu alas perut sebelum bertolak makan lauk lebih kenduri kemalrin juga. Dalam pukul 10 lebih kami pun siap simpan barang dalam kereta lepas tu pergi ambil mok dekat rumah pak muda, lepas tu kami singgah rumah mokcik. Dalam jam 11 lebih baru kami bertolak balik. Perjalanan balik kedah kali memang memcabar sangat 12 jam kami berada di jalan raya. 11.30 malam baru sampai kedah punyanya lama akibat jam di jalan raya. Raya tahun ni pecah rekod kami sampai malam. Selalunya awal jer dari kelantan ke kedah dalam 5-6 jam jer kami dah sampai. Memang penat sungguh balik kedah kali ni..
Ok la korang Cik Ash nak berhenti menulis dulu panjang sangat bercerita pasal raya hahaha, lama sangat bercuti dari menulis blog gara-gara sibuk dengan urusan rumah dan jaga ibu mentua sakit masa bulan puasa aritu. Jumpa lagi nanti entri lain ya. Maaf terlebih mengarang entri kali ni jemput la baca hahaha... Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.

Alhamdulillah semua berlangsung dengan lancar.
ReplyDeletealhamdulilah PC
Deleteselamat hari cikash.. memang sibuk betullah balik raya tahun ni ye. btw tahniah dapat ahli baru lagi
ReplyDeleteha ah sibuk sangat.. nak pergi mana2 tak sempat dah
DeletePenatnya beraya sambil kenduri serentak. Tu belum campur part mkn jem atas jale lg. Tahniah dpt adik ipar!
ReplyDeletememang penat abam kie.. huhuhu..
DeleteSelamat Hari Raya.. :)
ReplyDelete:)
Deleteselamat hari raya
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDelete