Sunday, June 30, 2019

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad

Sinopsis Drama Setelah Terlafanyaz Akad | Drama ini dah lama seminggu ditayangkan dekat tv astro yang menggantikan drama Curi-Curi Cinta aritu. Drama ni mempunyai sebanyak 28 Episode bermula pada 17 Jun baru-baru ni. Cik Ash ada lah tengok nampak macam menarik jer drama ni, hahaha, bab lawak nya masa zaman kecil tu pasal kahwin 3 kali tak silap Cik Ash la.



Drama ini merupakan adaptasi dari novel karya Anna Milia, arahan oleh Michael Ang. Drama ini mengadingkan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sebagai watak utama yang terlibat dalam drama ni. Tak lupa juga antara-antara pelakon lain yang terlibat dalam drama ini ialah Zulhemy, Nadya Syahera, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Azza Suaymi, Norlia Ghani, dan Ikhram Juhari.


Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad

Drama ini mengisahkan tentang Hanan (Kamal Adli) yang berusaha untuk mendapatkan semula Nawal, bekas isterinya (Uqasha Senrose) apabila dia melafazkan talak. Dia sebenarnya telah dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah (Hamidah Wahab) setelah bercerai dengan Hani (Zeera Aziz) sementara Nawal menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hanan dan ibu bapa Hani. 

Oleh kerna terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal telah banyak berkorban dan terluka. Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidupnya. 



Pada masa ini, dia bukan sahaja telah menceraikan Nawal tetapi turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. Sebagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduknya, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara dia berusaha memujuk Nawal apatah lagi bila mengetahui Nawal mengandungkan zuriatnya. Nawal ditatang bagai minyak yang penuh.

Best tak baca sinopsis drama ni kan, so kalau korang yang terlepas nak tengok drama ini di kaca televisyen korang jom join Cik Ash tengok online dekat youtube ataupun blog yang ada sharing drama ni banyak tu.

Saturday, June 29, 2019

Muzikal Lawak Superstar

Muzikal Lawak Superstar | Program terbaru daripada Astro  untuk  peminat lawak. Program ini tercetus selepas melihat reaksi orang ramai terhadap program Maharajalawak Mega.



Semalam program ini telah berlangsung di saluran Astro Warna dan Warna HD. Program ini telah disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra,Bukit Jalil telah menampilkan 42 perserta dari 14 kumpulan yang dianggotai oleh pelawak,penyanyi dan pelakon. 

Untuk persembahan semalam ada yang menarik minat Cik Ash untuk bergelak bersama hahaha, program ini adalah program kegemaran ibu mentua Cik Ash hihihi. Menantu join sekali la. 

Antara kumpulan yang bertanding semalam adalah Botak yang dianggotai oleh Achey,Abam dan Black, Voices (Sharif Zero,Chiwan Chilok,Shiha Zikir),J-Born (Joey,Vicha,Khir Rahman), Newboh (Ali Puteh,Mamak Puteh, Tomok), Tamaz (Tauke,Man Raja Lawak,Zulin Aziz), Titans (Issey,Amar,Ain Edruce), Heart (Daniel,Ezad Lazim,Azmi Caliph Buskers), Kitawa (Tapai,Ilham,Nadzmi Adhwa), Wasap (Wan Gegau,Amir Raja Lawak,Syura), Libra (Bell Ngasri,Rahim Sepahtu,Elly Mazlein), Kroni (Achok Chilok,Kamal Chilok,Nonie AF),Sept (Eyya,Pink,Shahrul AF), Bunga (Caca,Amir,Leez AF) dan UNI (Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC). 

Program ini bebeza dengan rancangan komedi yang pernah di tayangkan oleh pihak astro sebelum ni. Program Muzikal Lawak Superstar lebih kepada konsep pertunjukan muzikal yang bergerak secara tandem dengan elemen komedia.  

Ibu mentua Cik Ash paling teruja nak tengok rancangan ni sebab semasa dalam program Maharajalawak Mega Tema Muzikal yang paling menarik buat kami sekeluarga bergelak tawa tengok. 

Untuk undian pulak format permakahan menerusi 50 peratus adalah undian penonton dan 50 peratus jumlah permarkahan diberikan oleh barisan juri tetap iaitu Datuk Awie,Nora Danish, Altimet. 

Datuk Awie akan menilai dari segi lakonan, sketsa serta nilai komedi dalam persembahan, manakala Nora Danish pula akan menilai dan memberi markah berdasarkan tahap kreativiti lakonan peserta dan Altimet bertanggungjawab menilai berdasarkan kreativiti lirik, persembahan muzik peserta dan sketsa komedi. 

Pengacara Muzikal Lawak Superstar telah diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda. Manakala Shah Slam akan bertindak sebagai pengarah muzik sepanjang program  itu berlangsung.

Hadiah bakal pemenang program Muzikal Lawak Superstar memang lumayan iaitu berjumlah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi untuk juara, RM75,000 (naib juara), ketiga RM50,000 dan tempat keempat layak membawa pulang wang tunai RM25,000.

Thursday, June 27, 2019

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY UNTUK LELAKI

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY UNTUK LELAKI | Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar kali ini Cik Ash ingin memperkenalkan dengan korang semua satu produk keluaran DASHING yang amat sesuai untuk lelaki, tak kira peringkat remaja hingga dewasa. Tambahan produk ini merupakan produk febret Suami Cik Ash. Setiap bulan akan belikan untuknya yang jenis semburan biasa tu . Untuk kali ini pihak  DASHING telah memperkenal satu produk baru untuk memudahkan semburan dengan wangian badan untuk lelaki pertama kali. Mudah dan senang tak payah dah nak beli semburan dan wangian lepas ni, hanya beli DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY UNTUK LELAKI. 



Dashing Deo + Perfume Body Spray Untuk Lelaki 

Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! 

Mengapa? Adakah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. 

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. 

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki. 

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari. 

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! 

Dirumuskan dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. 

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. 

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri, Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat  menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! 

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi. 

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY kini hadir dalam variasai :- 

  • HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber. 



  • ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerkahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seoranh lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.



  • SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.



  • HITMAN -  Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif. 

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml  pada RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/

Segmen 24 Jam Bloglist #33 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2019, iaitu tepat jam 9.00 pagi sehingga hari esok, 9.00 pagi 27 Jun 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #33 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2019.

** jom support Mia Liana....


Wednesday, June 26, 2019

Entri Terbaik Bulan April Dan Mei 2019

Entri Terbaik Bulan April Dan Mei 2019 | Assalamualaikum... Hai korang semua, punya malas nak menaip entri dekat blog lama sangat bercuti gara-gara sibuk dengan urusan rumah dalam proses baik pulih.. Ini pun ada lagi yang masih tak selesai lagi dapur masakan dan pintu bilik air, bilik tidur yang tak bertukar lagi.


Lama sangat tinggal blog terlupa nak sharing Entri Terbaik Bulan April dan Mei 2019 aritu, nampak sangat sibuk sangat nak taip entri tak ingat hahaha, memang blog tak buka sepanjang rumah baiki dan bulan puasa aritu. lama sangat tinggal blog. 

Maaf juga buat korang yang Cik Ash tak sempat nak blogwalking sekarang nanti ada masa Cik Ash pergi boom ya. Antara entri terbaik yang terdapat di dalam blog Cik Ash jom la baca dan tengok entri mana paling ramai yang view.

Untuk Bulan April dan Mei 2019 aritu antara yang top paling ramai mencari pasal resepi dan lagu-lagu dalam drama jer. 10 entri terbaik bulan April dan Mei aritu ialah :- 

Lagu Ost Drama Jodoh-Jodoh Anissa 

Resepi Timun Tumis Air

Magic Sponge - MR.DIY

Resepi Lempeng Gula Merah

Resepi Jeruk Jambu Air

Resepi Ayam Guna Air Fryer
 
Bayaran Bantuan Sara Hidup Bsh fasa ke 2 pada 28 mei 2019.html

Belajar Lukis Haiwan

Rancangan Tv Menarik Sempena Raya 2019

Ok la korang tu jer senarai entri yang berada dalam carian dekat blog paling ramai view. Kalau korang belum baca lagi entri jemput-jemput la singgah baca ya. Cik Ash nak out dulu nak siapkan kerja rumah yang belum habis lagi mengemas rumah ni.

Tuesday, June 25, 2019

Sepahtu Reunion Raya Gear 5

Sepahtu Reunion Raya Gear 5 | Eh tertiba ada keyword masuk cari pasal cerita Sepahtu Reunion Raya Gear 5 ni, So malam ni Cik Ash share untuk korang sedang mencari pasal drama ni. Cerita ni kalau tak silap Cik Ash ada ditayangkan pada syawal aritu tu Cik Ash tak sempat nak tengok lagi busy sangat nak tengok televisyen hahaha.


Antara pelakon yang mejayakan cerita ini adalah Jep, Shuib, Rahim, Ilya, Amy Mastura, Atikah Suhaimi, Ebby Yus, Fiza Elite dan Chiwan. Ditulis oleh Zh Emdee Danial. 

Sinopsis Sepahtu Reunion Raya Gear 5 
Cerita ini mengisahkan Dato Shuib tinggal bersama Rahim, bapanya yang nyanyuk. Disebabkan sibuk dengan perniagaan bapanya sering kesunyian.

So kepada korang yang terlepas peluang nak saksikan cerita ini dekat astro korang boleh jer usha dekat blog-blog yang sharing untuk tengok cerita ni antara blog yang Cik Ash tengok adalah blog kepalabergetar, df2u dan banyak lagi. 

Cik Ash sangat minat dengan kumpulan sepahtu ni sebab lawak mereka memang best lawak secara spontan ada mesej yang tersirat dalam Sepahtu Reniuon Raya Gear 5 ni. Jom la kita layan sama-sama cerita ni. Siapa minat dengan kumpulan Sepahtu sila komen dekat blog hihihi.. 

Ok la korang saja-saja malam ni update blog nak naik traffik sikit hahaha, lama sangat tinggal blog rasa rindu pulak, nak menaip tu banyak entri dekat draf tu tapi idea nak menulis tak masuk lagi aduhaiii...

Monday, June 17, 2019

Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan

Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan| Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Selamat Hari Raya. Masih lagi mood raya ni nak menulis blog pun malas dah setelah lama bercuti sejak rumah sedang baik pulih aritu. Tambahan pulak ada tragedi berlaku sebelum raya iaitu laptop suami Cik Ash terjatuh akibatnya screen ada rosak sedikit masih boleh guna tapi tak  nak lawa la nampak bintik-bintik hitam.   

Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan

Sebenarnya sebelum ni Cik Ash berbelah bagi nak balik kelantan raya baru ni sebab difikirkan rumah yang belum siap sepenuhnya lagi, suruh suami paksa tokey suruh orang pasang pintu cepat-cepat. korang nak tahu 3 hari nak raya baru diaorg pasang semua  Itu pun masih ada lagi yang belum siap pasang dapur masak belum pasang lagi.

Lagi pulak raya puasa kali ni Cik Ash kena balik juga sebab adik bongsu Cik Ash nak kahwin pada hari raya kedua aritu. Last dah majlis besar-besaran ni, dah tak ada dah majlis kahwin dah. Tu kena balik memeriahkan majlis adik. Alhamdulilah pada hari raya kedua aritu selesai sudah majlis adik dengan pasangannya. Nanti gambar adik Cik Ash buat entri lain.. hihihi.

Kami bertolak balik kelantan pada 4 Jun 2019 dalam jam 11 pagi, bertolak lewat sikit sebab nak bagi suami rehat dulu bagi dia tidur sejam dua ke untuk mengelakkan dia mengantuk. Alhamdulilah kami sampai di kelantan pada jam 5 petang. Sempat la berbuka puasa dengan aboh,ma,athirah dan kak poh family. Kami berbuka makan sup tulang, ayam goreng dan ayam tempayan Cik Ash beli. Untuk kuih muih pulak sempat rasa segala jenis kuih muih kelantan yang manis hahaha... sedappp nikmat rasa dapat makan kuih muih kelantan. 

Hari raya pertama aboh order roti jala 3 kg dan gulai kakak Cik Ash yang buat pada malam tu untuk cicah esoknya. Ma ada juga order nasi dagang lauk ikan tongkol. Aduhhh menu yang lama dah tak makan dan teringin nak makan. Makan tak ingat hahaha, Selepas beraya dekat rumah Cik Ash dan suami pergi beraya rumah pak muda (pak saudara suami). Dekat rumah dia dijamu dengan nasi gulai daging dengan mee goreng. Lepas belah malam pulak kami pergi beraya pulak rumah mak saudara suami (mokcik) kami dijamu dengan nasi dagang juga.. Ya Allah lama sungguh tak makan nasi dagang akhirnya dapat makan puashati sungguh.. hihihi..

Kami kenyang makan beransur-ansur balik hantar mok dekat rumah pak muda semula, lepas tu kami suami isteri balik rumah tidur dekat rumah ma, suami Cik Ash balik rumah terus baring sampai tertidur kepenatan la tu sebab tak cukup rehat, manakala Cik Ash ada agenda buat kerja rebus telur nak letak dekat bunga telur. Gosok baju yang mana nak pakai esok, siap kakak Cik Ash suruh tampal belian atas tudung dia, cabaran lama dah tak mengosok benda alah tu mujur menjadi kakak Cik Ash kata lawa pandai la tampal. 

Siap semua kerja lebih kurang pukul 2.00 pagi Cik Ash tidur, pukul 5 dah bangun suami kejut, awal la suami bangun sebab dia tidur awal, kita ni yang mengantuk tak cukup tidur. Sambil tunggu suami solat subuh tu sempat lagi lelap mata jap hahaha, kebetulan waktu tu ABC hihihi. Suami siap mandi sembayang Cik Ash pulak cepat-cepat pergi mandi, nak kejar masa bilik mandi pagi sibuk semua nak mandi sebab akad adik bongsu Cik Ash pada jam 9.00 di masjid Al-Salam pengkalan chepa, wahhh untungnya Adik Cik Ash dapat bernikah di masjid besar tu, masa zaman Cik Ash dulu di masjid panchor tu, dengar adik Cik Ash bagitaw masjid tu dalam proses pembaikpulih. 

Untung adik Cik Ash semasa majlis akad nikah hanya dia seorang pasangan pengantin. Tak ada sampai pening tok iman hahaha...Majlis pernikahan selesai kami pun balik kerumah untuk bersedia seisi bersanding pulak. Memang sibuk la aritu kalut sangat mana tertamu yang datang yang sempat Cik Ash tegur ada yang tidak. Gagahkan diri juga jadi orang kuat majlis adik lagi pulak adik yang last kahwin kan hihihi.. lepas ni Cik Ash nak rehatkan diri dah sibuk jadi orang kuat kenduri nak goyang kaki dan bergambar hahaha...

Keesokan hari Cik Ash duk mengemas barang-barang nak balik kedah, ambik segala makanan dekat rumah nak bawa balik kedah, pulut kuning, gulai daging kenduri, doorgift,kerepek ubi pedas dan plastik pakaian kotor. Kami suami isteri sarapan dulu alas perut sebelum bertolak makan lauk lebih kenduri kemalrin juga. Dalam pukul 10 lebih kami pun siap simpan barang dalam kereta lepas tu pergi ambil mok dekat rumah pak muda, lepas tu kami singgah rumah mokcik. Dalam jam 11 lebih baru kami bertolak balik. Perjalanan balik kedah kali memang memcabar sangat 12 jam kami berada di jalan raya. 11.30 malam baru sampai kedah punyanya lama akibat jam di jalan raya. Raya tahun ni pecah rekod kami sampai malam. Selalunya awal jer dari kelantan ke kedah dalam 5-6 jam jer kami dah sampai. Memang penat sungguh balik kedah kali ni..

Ok la korang Cik Ash nak berhenti menulis dulu panjang sangat bercerita pasal raya hahaha, lama sangat bercuti dari menulis blog gara-gara sibuk dengan urusan rumah dan jaga ibu mentua sakit masa bulan puasa aritu. Jumpa lagi nanti entri lain ya. Maaf terlebih mengarang entri kali ni jemput la baca hahaha... Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.

Monday, June 3, 2019

Alhamdulilah Menang Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Alhamdulilah Menang Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com | Assalamualaikum...Hai korang semua, tak lama dah kita raya ni. Macam mana dengan persiapan raya korang dah selesai semua ke. Cik Ash last minute cari nak buat macam mana dengan keadaan rumah baru siap baiki.. Kelam kabut la sikit.




Alhamdulilah bulan Ramadan  rezeki Cik Ash menang giveaway yang dianjurkan bulan puasa aritu, sebelum Cik Ash pernah gak dapat hadiah giveaway daripada kak Mialiana. Blog Suami Cik Ash yang dapat tetapi lupa nak bagi detail sebab masa tu tak online blog sibuk. So kali hadiah tu tebus kembali dapat semula.. Kiranya rezeki dapat pulak tu Alhamdulilah.. 

Hadiah yang dimenangi Oleh Cik Ash adalah wang tunai RM50. Duit telah masuk dalam account dah buat keluar untuk guna shopping barang raya dah. Terima kasih kepada Kak Mialiana dan penganjur giveaway kak mia iaitu sapsibubapa.net. Nampak gambar dekat atas tu no bertuah Cik Ash adalah No 2. Alhamdulilah rezeki ramadan. 

Ok la korang Cik Ash nak out dulu, nak pergi cari barang kat luar sikit, hari selasa Cik Ash nak bertolak balik kelantan dah doakan perjalanan kami dipermudahkan ya. Jumpa lagi nanti kalau ada masa Cik Ash update menu raya dekat ig dan facebook. Lagi pulak raya kedua ni adik bongsu Cik Ash kahwin mesti banyak gambar hahaha...