Monday, May 6, 2019

Salam Ramadhan 2019

Salam Ramadhan 2019 | Assalamualaikum, Hari ini bermula semua umat islam berpuasa, Semoga puasa tahun ini dipermudahkan buat korang semua. Puasa tahun ni memcabar buat Cik Ash disebabkan dapur dalam proses di renovate sinki tak ada lagi, nak basuh segala barang selepas diguna agak susah sikit basuh dalam bilik mandi dengan keadaan berdiri kadang tu duduk atas kerusi sampai sakit pinggang ni, sebab itu Cik Ash jarang dah nak aktif di media sosial, banyakkan rehat nak bagi hilang sakit ni. 


Alahai terlebih bercerita masalah Cik Ash dalam entri ni, sebenarnya Cik Ash nak ucapkan Salam Ramadhan buat korang semua yang mengenali Cik Ash dan  baru mengenali Cik Ash, Harap puasa korang dipermudahkan semua ya. Hari ini korang bersahur masak apa tu. Cik Ash tukang masak walaupun susah nak masak dengan keadaan dapur belum siap lagi, nak tahu Cik Ash masak di mana dapur masak Cik Ash di ruang tamu korang,Lauk bersahur tadi adalah Sambal Sardin jer ibu mentua yang teringin nak makan,Cik Ash masak jah. 


Cara nak buat sambal sardin Cik Ash kongsi video dalam youtube sila tekan video di atas ya, rasanya resepi tak ada kongsi lagi dekat blog ni. Nanti la kalau ada mood Cik Ash akan update entri resepi sambal sardin dekat blog. 

Untuk berbuka nanti korang dah terfikir nak masak apa, Cik Ash ni rasa maybe tak masak kut, beli di pasar ramadhan hahaha, biasa la hari pertama puasa kan, ajak suami pergi beli lauk kat bazar ramadhan la, nak tengok suasana bazar pada tahun ni pulak. Ingat korang nanti dah pergi bazar ramadhan tu jangan membazir ya pilih-pilih makanan korang nak makan. 

Ok la korang jumpa lagi, Cik Ash nak out dulu nak rehatkan tubuh sakit urat sekarang hihihi. Nanti kalau ada masa free Cik Ash update blog lagi ya. Blogwaking tu masih boleh buat lagi sory la semua. 

6 comments:

  1. selamat berpuasa akak. have a blessed ramadhan

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan. semoga kita dipanjangkan umur oleh Allah Taala untuk menjalani ibadah puasa sepenuhnya tahun ni. aamiin

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan untuk awak sekeluarga.. Semoga awak dikurniakan kesihatan yang baik di bulan yang mulia nie.. Dan banyakkan berehat yea..

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com