Novel Nur 2 Karya Oleh Rose Harissa | Sekarang dekat TV3 drama Nur 2 telah ditayangkan dan trending dengan kontrolversi adegan panas Syafiq Kyle dan Azar Azmi. Bagi Cik Ash drama Nur 2 ni agak memcabar sedikit kehidupan Ustaz Adam selepas berkahwin dengan Nur.
|
Novel Nur 2 Karya Oleh Rose Harissa |
Sebenarnya Cik Ash nak bercerita pasal Novel Nur 2 ni ditulis seorang penulis bernama Rosee Harissa yang berjudul Nur 2. Novel yang telah diadaptasi drama ni telah bersiaran di tv3 menerusi slot samarinda. Bersiaran setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam. Novel ni adalah karya novel kesinambungan novel Nur pada tahun lepas.
Untuk korang peminat drama Nur 2 korang boleh dapatkan novel ini dengan membuat pembelian secara online di laman belibukuonline.
Judul : Nur 2
Penulis : Rose Harissa
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-469-113-4
Sinopsis Novel Nur 2
Angkara percaya, tergadai bahagia telepas dari cengkaman sihir, Adam nekad membawa Nur tinggal di rumah tinggalan milik Allayarham Cik Mona. Dia berazam untuk menjaga dan melindungi cahaya cintanya itu sepenuh hati.
Adam menyokong baik niat murni Nur membuka kelas pengajian untuk kanak-kanak di sekitar kawasan yang dianggap daki masyarakat. Manakala Nur juga seikhlas nurani mengizinkan Adam turun ke lorong demi berdakwah agar ramai lagi golongan tunasusila dapat kembali ke pangkal jalan, sama seperti dirinya.
"Kalau ikutkan Nur... Nur lagi suka abang pakai kurta yang selalu abang pakai tu. Handsome!" - Nur
" Tapi kalau abang pakai macam tu, nanti lari pulak semua orang." - Adam
Mereka bahagia dengan cara mereka sendiri. Dengan kegembiraan yang mereka ciptakan sendiri.
Namun jauh di sudut hati Hajah Musalmah, ibunya Adam, dia bagai tidak merelakan pemergian Adam untuk menetap di rumah tinggalan Nur itu. Dalam hatinya berharap Adam mahu kembali menetap bersama dengannya.
" Jangan-jangan Adam dah berubah... Dah tak ada imej ustaz-ustaz... Dah tak ke masjid tapi... Bila tinggal kat lorong, tentu dia dah jadi..." - Hajah Musalmah
Tanggapan buruk singgah mengacau benak Hajah Musalmah. Baginya, dia tak sanggup jika Adam membesarkan anak-anaknya kelak di lorong itu. Tetapi mana mungkin Nur betah berada di dalam rumah keluarga Haji Mukhsin itu kerana Hamadi muncul kembali, membuatkan Nur ketakutan risau kehormatannya cuba digugah Hamadi.
Muncul pula Juita, teman Nur sewaktu di lorong, Bagi Nur, Juita harus dibantu. Bagi Adam, wanita itu sesuatu. Bagi Juita, dia tak sama seperti dulu. Yang sentiasa kalah kerana Nur, yang sentiasa terhina kerana Nur.
Dia tahu, titik kelemahan Nur kini ialah Adam. Lalu Juitan merapati Adam yang sedang menanggung beban hutang Darul Mukhsin.
" Saya.. Saya sebenarnya serba salah, Cik Juita... Memang betul sekolah ni tengah berdepan dengan masalah kewangan. Memang betul saya alu-alukan sumbangan dari orang ramai dalam membantu kami menguruskan sekolah ni... Tapi saya... Saya tak jangka sumbangan tu datang dari seorang..." - Adam
"Dari seorang pelacur macam saya?" - Juita
"Kalau ustaz boleh tolong Nur keluar dari lorong tu... Kenapa ustaz tak boleh tolong saya juga? Bukankah Nur juga asalnya perempuan seperti saya? Di mana keikhlasan ustaz dalam berdakwah kalau belum apa-apa lagi ustaz sendiri dah tetapkan dalam hati memilih-milih siapa yang ustaz patut dekati?!" - Juita
Dan Adam berasa tertampar mendengar tuduhn Juita itu. Benarkah dia memilih-milih kepada siapa dia mahu berdakwah?
Ok la itu adalah sedikit sinopsis di dalam Novel Nur 2 karya oleh Rose Harissa bila baca novel agak macam mencabar gak watak Ustaz Adam kali sebab nak bantu seorang pelacur untuk berubah adakah berjaya nanti korang kena tengok la drama ni, walaupun drama ada part-part yang kurang memuashkan hati orang..
This post have 3 komentar
rajin dia baca novel..kita klu baca novel xdea 2 minit..nero slalu..haha
Replylaa.. rupanya adaptasi ye baru mama tau
Replysakit hati tengok drama ni hahahha
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon