Saturday, April 20, 2019

Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero Untuk Kanak-Kanak

Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero Untuk Kanak-Kanak | Assalamualaikum...Baru-baru ni Cik Ash diperkenalkan produk baru Pasta Organik Alce Nero sesuai untuk kanak-kanak. Pasta ni didatangkan dalam bentuk huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato untuk lebih kebaikan. 



Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi dengan memulakan diet organik yang sihat untuk anak-anak sejak dari kecil. 

Istilah 'organik' bermaksaud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah diubaisuai secara genetik[1].


Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak. 

Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang. Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak[2].


Selain itu,wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik yang komersialkan[3].

Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia,berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses. Haih.

Salah satu straregi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk tabiat memakan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik. Bak kata pepatah, "melentur buluh,biarlah darri rebungnya". Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat.

Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel. 

Konsep makanan dari ladang ke meja Alce Nero dapat dilaksana melalui rangkaian peladang organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perlandangan Organik JAS di jepun,

Memasukkan Sayur-Sayuran Ke dalam Diet Kanak-kanak
Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakananya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya. 
Lama-kelamaan, mereka akan sukaka rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero! 

Makanan Organik Mesra Kanak-kanak 
Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu- dengan menawarkan makanan organik mesra kanak-kanak. Untuk menyediakn Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk. 

Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambahan bahan-bahan yang mereka sukai. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya  sedap dan boleh menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang singkat!

Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut ssambil menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda selain mngukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan! 

Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM. 

Untuk resepi masakan sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web 



[1] https://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/organic
[2]
[3] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25983063

#alcenero
#pastaorganik
#reviewcikash

4 comments:

  1. Anak dara kinah ni cukup memilih makanan. Nak cuba pasta ni pulak. Kot2 dia nak yang ni pulak

    ReplyDelete
  2. semestinya kalau nak pilih kena pilih yang organik dan selamat untuk anak-anak

    ReplyDelete
  3. Comellah pasta bentuk huruf nie, orang dewasa boleh makan ke tak..? hihihi

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com