Sunday, April 28, 2019

Entri Terbaik Mac 2019

Entri Terbaik Mac 2019 | Seperti biasa bila masuk bulan baru Cik Ash akan update entri terbaik dekat blog ni. Lama menghilang tak update.. Ada yang rindu entri Cik Ash ke.. Agak terlewat untuk kongsikan entri ni. Nak buat macam mana sekarang Cik Ash tak sempat nak tengok blog. Di sebabkan busy dengan keadaan rumah yang sedang proses pembaikpulih untuk memberikan keselesaan kepada  mak mentua Cik Ash dah berusia dan ada sakit lutut.

Entri Terbaik Mac 2019


Sebab sekarang ruang nak intai media sosial dan blog tak sempat lagi, ni kebetulan online tu tertaip entri terbaik untuk bulan mac ni. Traffik blog nampak menurun sekarang huhuhu.. InsyaAllah bila rumah dah kembali pulih kalau ada masa free Cik Ash akan update loni masih kesibukan hihihi maaf kepada korang semua yang tak jemu singgah dah tinggal jejak dekat blog ni. 

Maaf juga buat korang yang Cik Ash tak sempat nak blogwalking sekarang nanti ada masa Cik Ash pergi boom ya. Antara entri terbaik yang terdapat di dalam blog Cik Ash jom la baca dan tengok entri mana paling ramai yang view.

1. Lagu OST Drama Encik Imam Ekspress - Drama ni best suka lakonan fikry ibrahim,neyldia, dan adik isaac imam.

2. Resepi Ayam Guna Air Fryer - Saja suka kongsi cara Cik Ash goreng ayam guna air fryer.

3. Lagu OST Drama Leftenan Zana  - Lagu tema dalam Leftenan Zana ni best tambah lagu MATA nyanyi Ayda Jebat tu..

4. Resepi Timun Tumis Air - Masih sama ada lagi yang view resepi ni, Tak sangka entri resepi paling simple ni, masih ada yang cari walaupun dah lama kongsi pada tahun 2017 lagi. Pageview entri ni dah cecah 4K view. Yang paling Cik Ash gembira berada di pages pertama google Alhamdulilah.

5. Drama Encik Imam Ekspress  - Ni Sinopsis drama Encik Imam Ekspress.

6. Resepi Lempeng Gula Merah - Resepi Lempeng Gula merah ni pun saja-saja suka nak cuba buat tak sangka pulak ramai yang cari hahaha...

7. Resepi Jeruk Jambu Air - Ni Jambu Air tu kita boleh buat jeruk, Cik Ash cuba buat dan kongsikan dekat blog. Tak sangka jadi popular resepi ni.



10. Angin Ribut Berlaku Dekat Taman Perumahan -




Ok la korang itu jer antara entri terbaik untuk Mac 2019 di blog Cik Ash. Jemput la baca entri di atas hihihi..


Saturday, April 27, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway

Abam Kie's Birthday Giveaway |Assalamualaikum... Hai korang maaf lama menyepikan diri menulis entri dekat blog, Cik Ash sekarang sibuk dengan keadaan rumah dalam proses pembaikpulih lagi. Dah puasa tak lama masih belum sempurna lagi. Situasis sekarang memang tak sempat nak buka blog penat terlampau.

 

Malam ni Cik Ash  rajin nak join disebabkan Abam Kie whatsapp Cik Ash sebelum ni ajak join.. Tanda support sebagai rakan blogger malam ni Cik Ash join giveaway Abam Kie ni. Menang ke kalah itu atas rezeki.. Kalau dah tertulis itu rezeki Cik Ash nanti Alhamdulilah.. Kalu sebaliknya agak tak ada rezeki. 

Syarat yang Abam Kie bagi mudah dan senang..Untuk syarat 4 Done Cik Ash dah lama masuk URL blog Abam Kie dekat blog.. Nak blogwalking belum berpeluang lagi sory ya.





Manakala untuk syarat yang ke 5 kena ucapkan ucapan buat Abam Kie. 

Untuk Abam Kie Cik Ash ucapkan Selamat Hari Lahir buat abam kie, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, berbahagia bersama keluarga tersayang. semoga diberikan kesihatan yang baik. Untuk Abam Kie Hadiah Kad hasil design Cik Ash buat Harap sudi terima ya.. hihihihi.


Ok la korang sesiapa yang ingin join givaaway ni masih belum terlambat lagi, ada 3 hari sebelum tarikh tamat. Kalau rasa nak join giveaway ini klik banner dekat atas tu ya. Cik Ash out dulu. Nak tidur dah mengantuk hihihi... Selamat Malam korang.

Monday, April 22, 2019

Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh

Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh |Seperti biasa la Cik Ash ni #kakidrama,mesti akan update pasal drama yang best dekat blog ni, Siapa kat sini layan drama lakonan Fasha Sandha dengan Aaron Aziz. hihihi.. Kita geng la kalau layan drama ni. Cik Ash ni kalau tengok Aaron Aziz or Fasha Sandha. Lagi pulak lama tak tengok Lydiawati berlakon. 


Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh yang merupakan adaptasi novel karya Hana Ilhami akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Drama ni mempunyai sebanyak 14 episode dah bermula 3 April airitu, ni baru sempat Cik Ash nak update dekat blog. Drama ini ditayangkan pada hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Merupakan terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaludin.  

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Fasha Sandha, Aaron Aziz, Elly Mazlein,Amelina,Cat Farish,Zarul Husin,Jalil Hamid,Lydiawati,Jasper Supayah,Sofia Dendroff,Aman Aziz,Haziq MacQuistan,Amira Othman,Jasmin Hamid,Farzana Latiff,Awang Hamyzan,Adib Haziem dan ramai lagi.

Sinopsis Patah Sayap Bertongkat Paruh  

Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya,Hisyam. Di kampung,kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman,ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil.
Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang Aliah. 

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah,Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah,menyebabkan status Aliah kini tergantung.Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.

Mampukah Aliah,wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua? 

"Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni,gugur talak!"- HISYAM

Dari berterusan menieruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagian sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tigas orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah.

Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. 

"Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?"-ALIAH

"Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi..." TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah. 

"Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!" -Hisyam

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah. Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. 

Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah,wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Ok la itu jer sinopsis drama ni, best gak drama ni lakonan hebat Fasha Sandha dan Aaron Aziz ni. 

Saturday, April 20, 2019

Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero Untuk Kanak-Kanak

Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero Untuk Kanak-Kanak | Assalamualaikum...Baru-baru ni Cik Ash diperkenalkan produk baru Pasta Organik Alce Nero sesuai untuk kanak-kanak. Pasta ni didatangkan dalam bentuk huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato untuk lebih kebaikan. 



Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi dengan memulakan diet organik yang sihat untuk anak-anak sejak dari kecil. 

Istilah 'organik' bermaksaud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah diubaisuai secara genetik[1].


Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak. 

Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang. Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak[2].


Selain itu,wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik yang komersialkan[3].

Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia,berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses. Haih.

Salah satu straregi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk tabiat memakan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik. Bak kata pepatah, "melentur buluh,biarlah darri rebungnya". Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat.

Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel. 

Konsep makanan dari ladang ke meja Alce Nero dapat dilaksana melalui rangkaian peladang organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perlandangan Organik JAS di jepun,

Memasukkan Sayur-Sayuran Ke dalam Diet Kanak-kanak
Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakananya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya. 
Lama-kelamaan, mereka akan sukaka rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero! 

Makanan Organik Mesra Kanak-kanak 
Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu- dengan menawarkan makanan organik mesra kanak-kanak. Untuk menyediakn Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk. 

Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambahan bahan-bahan yang mereka sukai. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya  sedap dan boleh menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang singkat!

Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut ssambil menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda selain mngukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan! 

Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM. 

Untuk resepi masakan sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web 



[1] https://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/organic
[2]
[3] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25983063

#alcenero
#pastaorganik
#reviewcikash

Sunday, April 14, 2019

Lagu OST Drama Jodoh Jodoh Anissa

Lagu OST Drama Jodoh Jodoh Anissa | Siapa kat sini layan drama 100 episode ni, hihihi, kita geng la. Panjang sungguh telenovela ni. Nak sampai 100 episode tu macam-macam terjadi. Terima kasih buat korang masih singgah baca blog Cik Ash ni.



Cik Ash layan drama ni sebab di dalam banyak pelakon-pelakon yang berbakat berlakon, lagi pulak ramai pelakon tu. Paling berkesan Cik Ash sampai emo tengok drama watak Fizz Fairuz tu abang yang terlampau jahat sanggup buat adik annisa dalam kesusahan. Geram rasa dekat Fizz Fairuz hahaha.Sebenarnya Cik Ash update ni nak kongsi dengan korang antara lagu-lagu yang terdapat di dalam Drama Jodoh Jodoh Anissa. 

Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Sambil 
Penyanyi : Amira Othman & Irfan Haris
Komposer : Haiqal Iskandar & Irfan Haris
Lirik : Ubaidillah 
Hak Cipta : Seventeen Eleven Music
Video : https://www.youtube.com/watch?v=nrqcTpAJ0PQ

Manakala untuk lagu-lagu sampingan yang ada di dalam drama Jodoh Jodoh Anissa ialah boleh tengok dekat bawah ini :- 

Tajuk Lagu : Hatiku Milikmu
Penyanyi : Siti Nordiana 
Penulis : Shana 
Seventeen Eleven Music 
Video :  https://www.youtube.com/watch?v=7V4KJtxOxk0


Tajuk Lagu : Suara Hati 
Penyanyi : Idayu 
Lagu : Ayden Ali & Ikhwan Fatanna
Lirik : Arisz Abd Rahman, Ayden Ali,Ikhwan Fatanna,Roshaimi Mat Rosly
Pernebit : Arisz Rahman, Ayden Ali & Ikhwan Fatanna 
Video : https://www.youtube.com/watch?v=399iNLO3chg

Tajuk Lagu : Aku Cinta Mati
Penyanyi : Adi Priyo
Lirik : Garuda 
Lagu : Garuda 
Video :  https://www.youtube.com/watch?v=_1Si0gRq5k4

Ni adalah antara lagu-lagu Cik Ash selengkor dalam drama Jodoh Jodoh Anissa gigih tengok berulang-ulang kali nak tangkap lagu-lagu dalam drama ni hahaha... So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

Thursday, April 11, 2019

Ayam Masak Kerutuk Guna Rempah Adabi

Ayam Masak Kerutuk Daripada Rempah Adabi | Dah agak lama tak makan Ayam masak kerutuk, baru -baru Cik Ash ada la shopping dekat pasar raya econojaya dekat taman ni, duk cari la rempah kari ikan terjumpa rempah kerutuk daripada adabi baru ada dipasaran la kut sebelum ni tak pernah nampak bila shopping dekat tesco tak ada pun. 


Nak masak kerutuk lebih kurang cara nak masak gulai ayam yang Cik Ash selalu masak cuma kerutuk ni kita kena tambah kerisik. Selalu Cik Ash guna rempah kerutuk yang beli dekat kelantan. Disebabkan habis stock dah tu yang try guna Rempah Kerutuk Adabi punya ni. Jom kita layan resepi cara Cik Ash buat yang sangat mudah disediakan, cepat dan paling penting sedap. Lagi pulak Cik Ash masak ni untuk 3 orang makan dekat rumah.

Ayam Masak Kerutuk Rempah Adabi 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
12 ketul ayam 

Bahan-bahan Kisar 
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia

Bahan Lain
1 paket rempah adabi 
1  labu bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 titik serai
asam keping
sedikit kerisik 
kulit kayu manis, bunga lawang untuk menumis
garam dan gula 
santan 1 kotak 

Cara Membuatnya :-  

1. Panaskan minyak masak dalam periuk,masukkan bahan penumis , bahan kisar dan bahan dihiris. 

2. Tumis sehingga bau wangi dan kering. 

3. Masukkan rempah kerutuk yang telah dibancuhkan dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api yang perlahan sehingga air ayam kering dan santan naik minyak. 

4. Masukkan serai dan santan,kerisik,asam keping,garam dan gula. Gula itu mesti lebih kerana kerutuk mesti kena ada rasa manis sedikit. 

5. Selepas itu sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang kita nak. 

6. Siap!!! boleh di angkat di makan dengan nasi panas.

Ayam Masak Kerutuk Guna Rempah Adabi


Cik Ash nak bagitahu masak kerutuk kuahnya warna gelap dan berkuah agak pekat macam kita buat pajeri nenas tu. So korang yang rasa teringin nak makan kerutuk tak ada rempah kerutuk nanti boleh dapatkan rempah kerutuk di laman web adabi ataupun pasaraya berdekatan korang ya. 


Ok la itu jer Cik Ash update hari ini nak kongsi masakan Ayam Masak Kerutuk Guna Rempah Adabi, Sedap jugak buat guna rempah ni, ditambah pulak dengan acar timun dengan sambal aduhaiii hancur diet Cik Ash bila makan masakan ni hahaha. Selamat memcuba resepi ni ya. So kalau korang nak tengok koleksi resepi lain boleh terjah dekat #dapurcikash.

Tuesday, April 9, 2019

Novel Nur 2 Karya Oleh Rose Harissa

Novel Nur 2 Karya Oleh Rose Harissa | Sekarang dekat TV3 drama Nur 2 telah ditayangkan dan trending dengan kontrolversi adegan panas Syafiq Kyle dan Azar Azmi. Bagi Cik Ash drama Nur 2 ni agak memcabar sedikit kehidupan Ustaz Adam selepas berkahwin dengan Nur. 
 
Novel Nur 2 Karya Oleh Rose Harissa
 
Sebenarnya Cik Ash nak bercerita pasal Novel Nur 2 ni ditulis seorang penulis bernama Rosee Harissa yang berjudul Nur 2. Novel yang telah diadaptasi drama ni telah bersiaran di tv3 menerusi slot samarinda. Bersiaran setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam. Novel ni adalah karya novel kesinambungan novel  Nur pada tahun lepas. 
 
Untuk korang peminat drama Nur 2  korang boleh dapatkan novel ini dengan membuat pembelian secara online di laman belibukuonline.
 

Monday, April 8, 2019

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 | Pada jam 9.00 malam hari ahad kemalrin telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpu 2019 di Dewan Perdana, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan menyaksikan sebanyak 9 kategori yang dipertandingkan pada malam itu.


Anugerah DFKL
DFKL 2019

Pada malam itu Drama NUR merangkul enam trofil yang dipertandingkan, memang tahun lepas drama ni yang paling ramai orang layan disebabkan lakonan yang hebat dan pengarah yang hebat menerbitkan cerita ni. Anugerah ini dipertandingkan untuk bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 dan karyawan terbaik sepanjang tahun 2018. Antara berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 seperti di bawah ni. 

Drama Pilihan -Nur (Radius One Sdn Bhd)

Drama Pendek Pilihan - Orang Kita ( Mohd Edzuan)

Drama Rantaian Bahasa Cina - My Sensei Nyonya (Media Corp Studio Sdn Bhd

Aktor Pilihan - Syafiq Kyle (Nur)

Aktres Pilihan - Janna ( Semerah Cinta Humairah)

Antagonis Pilihan - Azhar Rani ( Nur)

Lagu Pilihan - Shah & Zam (Haqiem Rusli ( Jatuh Bangun)

Penulis Skrip Pilihan - Shahrulezad ( Nur)

Pasangan Pilihan - Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)

Pengarah Pilihan  - Shahrulezad ( Nur) 


Tahniah buat semua pemenang pada malam itu, memang Cik Ash dah jangka drama Nur akan sapu bersih sebab drama ni paling trending semasa bulan ramadan tahun lepas sampai kan suami boleh layan drama ni, part yang Cik Ash tak boleh lupa yang Sup Bunjut tu hahaha, ingat sampai sekarang bab lawak tu. 

Ok la korang itu jer Cik Ash update hari ini nak kongsikan senarai pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 ni. Jumpa lagi nanti kalau entri lain.. Sekarang Cik Ash sibuk sikit sebab ada renovate dapur dan tandas. Bersabar la dengan keadaan rumah yang memang berhabuk dengan segala habuk dinding.

Thursday, April 4, 2019

Biodata Kathryn Bernardo Pelakon The Promise

Biodata Kathryn Bernardo Pelakon The Promise | Sekarang dekat blog Cik Ash ni ramai yang sedang mencari mengenai pelakon filipina Kathryn Bernardo ini, dan korang mungkin juga termasuk salah satu diantaranya, Mermula tengok dekat carian tu siapa Kathryn ni hahaha, bila buat research baru tahu dia adalah pelakon drama filipina yang popular pada tahun 2015 menerusi drama The Promise.



Di dalam artikel ini, Cik Ash nak kongsikan biodata Kathryn Bernardo yang memang popular masa kini sebab kalau tak silap Cik Ash drama ini sedang diulangtayang semula dekat astro prima sebab tu ada yang sedang mencari biodata ni. Berikut adalah biodata beliau dekat bawah ini :- 

Nama : Kathryn Bernardo 
Tarikh Lahir : 26 Mac 1996
Agama : Iglesia ni Cristo
Kerjaya : seorang penyanyi 
Bilangan adik beradik :Anak yang bongsu daripada empat adik beradik
Ibubapa : Teodore C. Bernardo dan Luzviminda M. Bernardo 
Belajar : Operation Brotherhood Montessori Center Inc 
Jurusan : Pemasaran di Kolese Enderun Taguig 
Aktif berlakon : sejak tahun 2003 yang lalu 
Warna kegemaran : warna kuning
Twitter : @bernardokath http://www.twitter.com/bernardokath

Di atas secara ringkas biodata Kathryn Bernardo pelakon drama the promise ni, selamat membaca kepada korang ada mencari biodata beliau ya. Jumpa lagi entri yang lain nanti ya. 

Wednesday, April 3, 2019

Resepi Paprik Sotong Ringkas

Resepi Paprik Sotong Ringkas | Alahai lama gila entri resepi ni tersimpan dalam draf hahaha, nak menulis asyik tertangguh jer. Paprik Sotong Cik Ash dah buat lama bulan Januari aritu lagi.. hihihi.. Dalam baru sempat nak taip resepinya. 

Resepi Paprik Sotong Ringkas

Dah basi dah menu masak Paprik Sotong ni, masak paprik sotong campak-campak jer tak ada sukatan apa-apa pun. Cik Ash bab memasak suka style campak-campak baru la sedap hihihi. Koleksi #dapurcikash menemui anda di bulan april hihihi.

Jom la usha resepi Paprik Sotong dekat bawah ni, nak buat dia pun senang jer bukan susah pun janji ada bahan-bahan yang nak kita masukkan dalam masakan nanti.

Paprik Sotong Ringkas

Resepi Paprik Sotong
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
Sotong - di cuci bersih 
1 biji bawang hondland - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang halus
Daun limau purut
Sos cili 
Sos Tiram
Sos Tomato
Cili kisar 
Sayur campur 

Cara  Membuatnya :- 

1. Panaskan minyak lepas tu tumis bawang putih. 

2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

3. Bila cili kisar dah pecah minyak masukkan sayur campur. Gaul bagi sayur masak.

4. Lepas tu masukkan daun limau purut.

5. Selepas itu masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato kacau sehingga sebati. 

6. Masukkan sotong dan kacau-kacau.

7. Perasakan dengan maggi secukup rasa dan hingga sebati.

8. Akhir sekali taburkan bawang hondland dan gaul-gaul. 

9. Sia!!! Boleh dihidang dengan nasi panas. 


Ok la korang selamat memcuba Sotong Paprik Ringkas cara Cik Ash masak, masak campak-campak jer ni. Hahaha.. Jumpa lagi entri resepi yang akan datang nanti.

Tuesday, April 2, 2019

Bulan April Tahun 2019 Dah

Bulan April Tahun 2019 Dah | Dah bulan baru di tahun 2019, 4 bulan dah kita berada di tahun 2019, sekejap jer rasa kan, tak lama akan menyambut bulan ramadan. Pantas berjalan masa. 

Bulan April Tahun 2019 Dah
Bulan Mac aritu Cik Ash agak kurang menulis di blog, sosial media yang lain, nak buat macam mana ada masalah kesihatan sikit dan kesibukan nak ubahsuai tandas kat rumah untuk kegunaan ibu mentua yang berusia nak buat tandas duduk nanti. Memudahkan beliau guna nanti. Nak blogwalking pun malas bila ada penyakit M ni. 

Sepanjanng bulan Mac 2018 aritu entri dekat blog hanya 16 entri jer tulis dekat blog, nampak tu kekurangan menulis sekarang, bila mood nak datang ni, Cik Ash jadi bukan sebab apa entah sejak balik kelantan aritu masa aboh sakit mood blog hilang entah kemana. Tertinggal di kelantan la kut hahaha. Job review Cik Ash dah kurang ambik sekarang. 



Sekejap jer dah bulan April ni, permulaan April Cik Ash sibuk dengan urusan luar lagi, maybe nak update bila ada masa ada la entri yang menyusul dekat blog ni. Semoga rezeki menulis di blog sentiasa ada dan dipermudahkan urusan Cik Ash. Ada yang tanya kenapa Cik Ash sekarang dah kurang bertegur di sosial bukan apa tangan Cik Ash ada masalah sikit hihihi, sebab tu jarang nak join apa-apa dah sekarang. Cik Ash masa orang sama tak yang sombong.

Ok la korang semua itu jer untuk hari ini nak update jer, hahaha, nanti kalau ada kelapangan Cik Ash jalan-jalan dekat blog korang ya. InsyaAllah. 


Monday, April 1, 2019

2019 Comeback GiveAway by Cik Roxa

2019 Comeback GiveAway by Cik Roxa | Alahai hari ini baru dah masuk 1 April 2019 sekejap masa berjalan tak lama dah kita nak puasa.. Alhamdulilah puasa ganti Cik Ash habis tunaikan. Sebab tu lama menyepi tak ada entri baru dekat blog.. Hari ini baru buka blog mood rajin join giveaway yang rakan blogger buat support mereka.

 

Kalau korang yang ingin giveaway ini boleh la klik banner dekat atas tu, syarat untuk join giveaway pun senang dah boleh ikut sebab tu la Cik Ash join. Hadiah bakal pemenang dapat pun menarik, mana la taw korang yang join adalah salah seorang pemenang yang bertuah rezeki tu. 

Ok la itu jer untuk waktu ni Cik Ash update blog join giveaway ni, jumpa lagi entri yang di bulan april permulaan muka buku baru..