Resepi Nasi Ayam Simple By Cik Ash | Jarang-jarang sekali masak menu yang menarik daripada #dapurcikash hihihi, sebenarnya lama dah masak Nasi Ayam ni hari ini baru nak sharing dekat blog, nak buat macam mana mood dan kesihatan tak berapa nak baik untuk menulis waktu tu.
So hari ni rasa dah ok sikit sakit Cik Ash ambik masa dan mood untuk menulis entri resepi daripada #dapurcikash ni. Nasi Ayam ni dapat pujian daripada suami dan mak mentua kata mereka sedap makan nasi ayam tak payah order dekat luar dah hihihi... cara yang Cik Ash buat untuk 3 orang makan jer.
Lagi pulak nasi ayam ni ramai yang suka makan tak kiralah pada bila-bila masa boleh makan asalkan rajin nak buat hahaha betul tak. Nasi ayam setiap peringkat umur boleh makan, daripada kanak-kanak kecil hingga ke warga emas boleh menjamu selera.
Jom kita tengok resepi nasi ayam yang Cik Ash buat dekat bawah ni. Mudah dan senang semua orang boleh buat ni.
Resepi Nasi Ayam Sedap Yang Simple
Bahan-bahan
A. Untuk Rebus Ayam
- Ayam 10 ketul
- 1 biji bwang besar dipotong kasar
- 1 inci halia diketuk
- 1 batang serai
- 2 ulas bawang putih
B. Untuk Masak Nasi
- 3 cawan beras
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar (dihiris halus)
- 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
- Sebatang kulit kayu manis
- bunga lawang
- Cengkih
- 1 sudu besar majerin
- 1 kiub ayam
- sedikit kunyit
- Daun pandan
- Garam
- 2 ulas bawang putih
- setengah inci halia
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu sos lada hitam
- kicap manis
- madu
- sedikit garam
- 1 sudu kecil pati ayam
- sedikit majerin
1. Basuh ayam dan toskan, selepas itu rebus ayam dulu sebelum diperap dan digoreng nanti. Air rebusan ayam nanti kita guna untuk masak nasi juga.
2. Panaskan air bersama dengan bahan A di atas. Biarkan sampai mendidih, selepas itu baru masukkan ayam tapi jangan rebus lama-lama nanti ayam jadi kecut.
3. Manakala untuk masak nasi kita guna Bahan B di atas. Basuhkan beras dan toskkan. Panaskan sedikit majerin, buka api sederhana dan biarkan majerin menjadi minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sekejap bagi layu. kemudian masukkan beras yang dibasuh, pati ayam, majerin, daun pandan dan garam. Goreng sekejap semua bahan, selepas itu masukkan air rebusan ayan tadi sedikit kunyit, sukatan air beras cik ash ikut sukatan cawan beras juga. Kacau-kacau bagi sebati tanak la nasi dalam periuk nasi. hihihi.
4. Untuk perap ayam pulak kita gunakan bahan C. Tumbuk bawang putih, halia selepas itu masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis, madu , sedikit garam, pati ayam dan sedikit majerin gaulkan ayam bagi sebati. Ayam tu Cik Ash goreng dalam Air Fryer jer hihihi.
sos sambal |
Sos Sambal
Untuk sos atau sambalnya Cik Ash buat cara mudah jer , bahan-bahan seperti di bawah ni :-
- 2 biji Cili Besar
- Gula
- Nise
- Garam
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar Serbuk LIME Knorr ( penganti limau nipis)
- Sos Cili 2-3 sudu
Blenderkan semua bahan di atas dan masak atas api sampai pekat. Kalau suka cair, masak hingga mendidih sahaja dab tutup api.
sos kicap |
Sos Kicap
Masa perap ayam tu ada kuah lebih kan ambik kuah tu tambah air rebusan ayam dan tuangkan kicap secukupnya. Panaskan sekejap atas api.
Sup ayam |
Untuk Buat Sup
Bahagian sup pulak kita guna la kaki ayam, tengkuk dan tulang-tulang ke, Rebus sampai masak. Selepas itu masukkan kulit kayu manis,sedikir bunga lawang dan cengkih. Kemudian masukkan perencah secukup rasa Maggi, lada sulah dan garam. Rebus hingga menggelegak dan kaki ayam, tengkuk dan tulang lembut.
Bahan Hiasan
Salad
Tomato
Timun
Nasi Ayam By Cik Ash |
Ok itu jer cara Cik Ash masak. mungkin cara orang lain berlainan kan, Cik Ash masak ikut selera Cik Ash hihihi. Selamat memcuba resepi ni ya.
sdapnya...meh skit..:)
ReplyDeleteohhh akak pakai madu rupanya, boleh try resipi ni nanti
ReplyDeleteboleh try resepi akak nanti :)
ReplyDeletedah lama plan nk buat nasi ayam...
ReplyDeletex buat-buat lagi
allah, banyak step. hehheehhehehe. tapi buleh buat kalu rajin nnt.
ReplyDeleteLengkap semua memang sedap la..Anak-anak Diah suka gile nasi ayam
ReplyDeleteSimple dan lengkap.. sedapnya ekin..
ReplyDeleteMy fav food ni
ReplyDeleteLengkap semua sekali !! Menu paling simple untuk hidangan seisi keluarga orang kata
ReplyDeleteDah lama tak buat nasi ayam, kalu bukan bulan puasa, dah buat dah..
ReplyDelete