Angin Ribut Berlaku Dekat Taman Perumahan | Ada yang rindu entri baru di blog Cik Ash ke Maaf lama berehat dari menulis blog ni, kesihatan tidak mengizinkan nak menulis lagi. Cik Ash kena sakit gusi gara-gara gigi geraham bongsu baru nak tumbuh pulak, ni la bila waktu ok tak ada masalah tak nak pergi cabut hahaha, bukan tak nak pergi cabut tapi disebabkan takut tu yang lambat nak pergi cabut hahaha..
Petang Semalam kawasan perumah Cik Ash duduk di landa ribut berserta angin dan hujan, rumah Cik Ash ni bilik tidur Cik Ash yang tak pernah nak bocor pun, semalam gara-gara ribut, angin dan hujan keadaan dalam bilik Cik Ash bocor habis tilam dan bantal basah kena air.Kelam kabut la Cik Ash menadah bekas untuk mengelakkan air lebih banyak lagi kena dekat tilam ni.
Bukan rumah Cik Ash yang mengalami situasi tu banyak lagi rumah-rumah, kedai-kedai yang rosak teruk akibat daripada ribut, angin hujan semalam. dekat bawah adalah gambar yang Cik Ash ambik daripada facebook kawan. Teruk jugak bila lihat gambar tu.
Teruk kan bila tengok gambar tu, Ya Allah dugaan buat kami di taman mutiara & Sungai Kob ni, semoga kami semua di selamatkan segala musibah selepas ni. Lama dah tak hujan tertiba hujan berserta dengan ribut angin kencang. Takut pulak tengok waktu hujan tu pokok-pokok dekat luar bergoyang-goyang macam nak tumbang jer. Seram tengok.
Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang semua, jumpa lagi kalau ada mood nak menulis gusi ok nanti ada la entri dekat blog. Lagi pulak loni Cik Ash sedang sibuk duk kemas rumah sikit ada operasi nak baikpulih tandas dan dapur sikit.
This post have 5 komentar
Allah.. tempat Sha nie pun baru je dilanda ribut.. ujian dari Allah..
ReplyAlhamdulillah cik ash n suami x cedera. Semoga dipermudahkan Allah dlm menghadapi ujian ni.
Replyeyh kuat jugak ribut tuuu.
ReplyMa shaa Allah, takut kan perasaan tengok ribut tu. Pernah alami time duduk tengah padang. Berzikir je boleh buat time tu..
ReplyAlhamdulillah semua selamat. Apa-apapun moga semuanya dipermudahkanNYA.
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon