Thursday, March 28, 2019

Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang Mulai Di Bayar

Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang Mulai Di Bayar | Siapa yang bujang tahniah kalau korang bertuah dapat BSH kategori bujang ni. Cik Ash nak bagitahu untuk bayaran akan dibayar mulai 28 Mac 2019. 



Untuk maklumat semakan kelayakan nak tahu status korang akan dapat BSH kategori bujang boleh layari link ni  SemakanBujang.aspx.Untuk penerima kategori Bantuan Sara Hidup Bujang mereka akan menerima sebanyak RM100. Sila semak status kelayakan anda di website LHDN ya.

Untuk menyemak di website nanti anda perlu menyemak dan pastikan anda ada no.kp pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah di daftar semasa daftar BSH yang lepas.


Kriteria Pembayaran
  1. Penerima bujang (termasuk ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda tiada tanggungan) berumur 58 tahun dan ke bawah semasa BSH 2018
  2. Pembayaran ini tidak terpakai jika:
    1. Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun ke atas semasa BSH 2019 kerana warga emas ini telah dibayar pada fasa 1 BSH 2019.
    2. Permohonan bujang dan ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang berstatus Tidak Lulus semasa BSH 2018
    3. Pemohon yang telah meninggal dunia sehingga tarikh semasa berdasarkan semakan pihak Jabatan pendaftaran Negara 
Ok la itu jer yang Cik Ash kongsi buat mereka yang lulus BSH tahniah ya.

Macam-macam Sample Dapat

Macam-macam Sample Dapat | Assalamualaikum... alahai hari ini baru ada mood nak update blog, 2 hari tinggal blog sebab letih dan penat puasa ganti hihihi..Lagi pulak sekarang Cik Ash sibuk sikit dengan urusan rumah ni, sebab ada la nak ubahsuai tandas untuk kemudahan ibu mentua Cik Ash dah berusia ni. Nak ubaisuai tandas duduk dekat rumah ni lepas itu  nak ubaisuai dapur sikit. 

 

Cik Ash bab barang sample suka sangat nak request sampai tak ingat bila masa la Cik Ash mintak sample barang ni hihihi. Antara barang sample yang sampai dekat Cik Ash adalah Syampu Dove, Makanan Kucing Purina, Liberess.

syampu dove

Untuk sample Syampu dove tu Cik Ash dapat bulan Feb aritu, punya la lama tersimpan baru nak kongsi dekat blog hahaha... Cik Ash tak guna lagi syampu ni nanti dah guna Cik Ash kongsi dengan korang best ke tidak syampu ni. 

Makan kucing purina

Manakala untuk sample percubaan makanan kucing ni Cik Ash dapat pada 19 Mac aritu, Cik Ash bagi kucing dekat rumah makan, nampak dia suka dengan makanan ni, mesti puas dah makan makanan yang di bagi selalu ni, nampak kucing dekat rumah ni berselera sungguh.

liberess

Untuk Liberess pulak Cik Ash petang kemalrin entah bila tak tahu la tertiba sampai posman mari hantar hahaha... Yang dapat sebelum ni pun masih ada lagi tak pakai hihihi, nampak tu punya la minat request hahaha. 

Ok la korang itu jer nak kongsi orang rajin request sample free bila sampai nak kongsinya lambat hari ini baru ada peluang. Kalau korang yang jenis minat pergi la cepat-cepat isi hahaha.

Monday, March 25, 2019

Tip Rahsia Memulakan Bisnes Home Tuition

Tip Rahsia Memulakan Bisnes Home Tuition |Hari ini Cik Ash ingin berkongsi dengan anda semua tentang bisnes yang semakin berkembang dan semakin ramai yang mulai menyukai bidang tuisyen ni.Jom ikuti tips ringkas yang Cik Ash akan terangkan memulakan Bisnes Home Tuition hanya buat melalui rumah boleh jana pendapatan sampingan.

Pakej lengkap panduan bisnes home tuition

Tapi... sebelum itu!  Cik Ash nak bagitahu dekat anda bisnes home tuition tak semua orang sesuai untuk memulakan bisnes ni. Hanya orang yang memilik ciri-ciri serta syarat-syarat berikut sahaja sesuai untuk memulakan bisnes ini! Jom tengok syarat-syarat dekat bawah ni.

Suka Mengajar! 
Ini adalah ciri yang paling penting dan wajib ada pada diri anda! Anda perlulah memiliki sikap ini! Jika anda bukanlah seorang yang suka mengajar, malah benci melakukannya... bisnes ini sangat tidak sesuai untuk anda. Anda boleh tinggalkan website ini dengan segera. 

Penyabar!
Orang yang jenis "hot temper" dan jenis cepat melenting walaupun pada kesilapan-kesilapan kecil! Juga tidak sesuai untuk bisnes ini! 

Pandai 
Pandai yang sata maksudkan disini adalah pandai di dalam subjek yang ingin diajar. Anda tidak perlu pandai semua subjek, boleh bermuka dengan 1 subjek sahaja. Anda kena pasti apakah subjek yang paling anda cemerlang dan sentiasa dapat A sewaktu sekolah dulu? Mesti ada kan? 

Bertanggungjawab & Menepati Masa  
Ini juga ciri penting untuk melakukan bisnes ini! Bisnes home tuition ini memerlukan komitmen dari segi masa dan sikap bertanggungjawab. Kalau dah janji nak mengajar pada sekian tarikh dan masa, kena tepati dan penuhi! Kalau tidak.. memang susah nak cari makan dan nak bertahan dalam bisnes ini.

Itulah adalah 4 ciri utama yang perlu ada dalam diri anda untuk memulakan bisnes home tuition ini. 

Jika anda mempunyai 4 ciri utama diatas, anda sudah pun mempunyai kelayakan asas untuk melakukan bisnes home tuition ini dan sudah boleh menjana pendapatan sampingan yang pantas menerusinya! Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri yang pelu ada seperti kemas, berketrampilan menarik, pandai berkomunikasi dan sebagainya. tetapi itu semua ciri-ciri sampingan sahaja dan ia boleh di develop secara perlahan-lahan di kemudian hari. 

 Memeperkenal

Ebook Bisnes Home Tuition
Untuk makluman anda ini adalah merupakan sebuah e-book (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam bentuk format PDF. Apabila anda membeli e-book ini, ia akan dihantar ke email anda dan perlu dowload ia ke komputer atau smartphone anda. Tiada buku fizikal yang akan dihantar atau di Pos ke alamat rumah anda.Untuk pengetahuan korang e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman Mohamad Izuan Jalil selama 5-6 tahun telah menjalankan bisnes home tuition, anda tidak perlu buang masa selama itu untuk mencuba dan cari teknik yang betul bagaimana untuk bermula! Ambil sahaja pengalaman beliau dalam e-book ini! Ia lebih mudah dan senang anda hanya perlu baca dan follow sahaja! Best tak! 



 Apa yang terkandung dalam eBook Ini? 

Anda akan didapati ada 4 langkah utama untuk memulakan Bisnes Home Tuition dengan betul. Antaranya ialah :- 

  1.  Strategi Marketing
  2. Strategi Deal 
  3. Preparation Untuk Mengajar 
  4. Tips & Trick Semasa Mengajar.
Menarik kan! Jadi berapa untuk harga e-book ini? 

Dengan memiliki e-book ini, anda dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit. Ambil sahaja penglaman penulis dan jadikan sebagai batu loncatan untuk permulaan yang baru tahun 2019 ini. 

Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan murah! Hanya RM30 sahaja! 

Ya! Hanya RM30 sahaja!

Jadi, adalah lebih baik untuk anda dapatkan sekarang sebelum harga ini penulis menaikkan semula harga e-book ini.
  
Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan murah! Hanya RM30 sahaja!



Ya! Hanya RM30 sahaja!
Jadi, adalah lebih baik untuk anda dapatkan sekarang sebelum harga ini penulis menaikkan harga e-book ini. Klik sahaha pada mana-mana gambar yang ada dalam entri ini untuk dapatkan e-book ni sekarang!



Sunday, March 24, 2019

Resepi Nasi Ayam Simple By Cik Ash

Resepi Nasi Ayam Simple By Cik Ash | Jarang-jarang sekali masak menu yang menarik daripada #dapurcikash hihihi, sebenarnya lama dah masak Nasi Ayam ni hari ini baru nak sharing dekat blog, nak buat macam mana mood dan kesihatan tak berapa nak baik untuk menulis waktu tu. 

 Nasi Ayam By Cik Ash


So hari ni rasa dah ok sikit sakit Cik Ash ambik masa dan mood untuk menulis entri resepi daripada #dapurcikash ni. Nasi Ayam ni dapat pujian daripada suami dan mak mentua kata mereka sedap makan nasi ayam tak payah order dekat luar dah hihihi... cara yang Cik Ash buat untuk 3 orang makan jer.

Lagi pulak nasi ayam ni ramai yang suka makan tak kiralah pada bila-bila masa boleh makan asalkan rajin nak buat hahaha betul tak. Nasi ayam setiap peringkat umur boleh makan, daripada kanak-kanak kecil hingga ke warga emas boleh menjamu selera. 

Jom kita tengok resepi nasi ayam yang Cik Ash buat dekat bawah ni. Mudah dan senang semua orang boleh buat ni.

Resepi Nasi Ayam Sedap Yang Simple

Bahan-bahan 

A. Untuk Rebus Ayam 

  •  Ayam 10 ketul
  • 1 biji bwang besar dipotong kasar
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 batang serai 
  • 2 ulas bawang putih

B. Untuk Masak Nasi

  • 3 cawan beras
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • Sebatang kulit kayu manis 
  • bunga lawang
  • Cengkih
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 kiub ayam 
  • sedikit kunyit
  • Daun pandan
  • Garam 
 C. Untuk Perap Ayam


  •  2 ulas bawang putih 
  • setengah inci halia
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos lada hitam
  • kicap manis 
  • madu
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • sedikit majerin
Cara Membuatnya. 

1. Basuh ayam dan toskan, selepas itu rebus ayam dulu sebelum diperap dan digoreng nanti. Air rebusan ayam nanti kita guna untuk masak nasi  juga. 

2. Panaskan air bersama dengan bahan A di atas. Biarkan sampai mendidih, selepas itu baru masukkan ayam tapi jangan rebus lama-lama nanti ayam jadi kecut.

3. Manakala untuk masak nasi kita guna Bahan B di atas. Basuhkan beras dan toskkan. Panaskan sedikit majerin, buka api sederhana dan biarkan majerin menjadi minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sekejap bagi layu. kemudian masukkan beras yang dibasuh, pati ayam, majerin, daun pandan dan garam. Goreng sekejap semua bahan, selepas itu masukkan air rebusan ayan tadi sedikit kunyit, sukatan air beras cik ash ikut sukatan cawan beras juga. Kacau-kacau bagi sebati tanak la nasi dalam periuk nasi. hihihi.

4. Untuk perap ayam pulak kita gunakan bahan C. Tumbuk  bawang putih, halia selepas itu masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis, madu , sedikit garam, pati ayam dan sedikit majerin gaulkan ayam bagi sebati. Ayam tu Cik Ash goreng dalam Air Fryer jer hihihi. 

sos sambal

Sos Sambal 

Untuk sos atau sambalnya Cik Ash buat cara mudah jer , bahan-bahan seperti di bawah ni :- 


  • 2 biji Cili Besar
  • Gula 
  • Nise
  •  Garam
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar Serbuk LIME Knorr ( penganti limau nipis) 
  • Sos Cili 2-3 sudu
Cara membuatnya :- 
Blenderkan semua  bahan di atas dan masak atas api sampai pekat. Kalau suka cair, masak hingga mendidih sahaja dab tutup api. 

sos kicap

Sos Kicap 

Masa perap ayam tu ada kuah lebih kan ambik kuah tu tambah air rebusan ayam dan tuangkan kicap secukupnya. Panaskan sekejap atas api.


Sup ayam

Untuk Buat Sup 
Bahagian sup pulak kita guna la kaki ayam, tengkuk dan tulang-tulang ke, Rebus sampai masak. Selepas itu masukkan kulit kayu manis,sedikir bunga lawang dan cengkih. Kemudian masukkan perencah secukup rasa Maggi, lada sulah dan garam. Rebus hingga menggelegak dan kaki ayam, tengkuk dan tulang lembut. 

Bahan Hiasan 
Salad
Tomato
Timun

Nasi Ayam By Cik Ash

Ok itu jer cara Cik Ash masak. mungkin cara orang lain berlainan kan, Cik Ash masak ikut selera Cik Ash hihihi. Selamat memcuba resepi ni ya.

Thursday, March 21, 2019

Segmen Bloglist SiHIJO| 2019

Segmen Bloglist SiHIJO| 2019 | Malam ni terpanggil nak buka blog saja-saja suka Cik Ash join la segmen daripada blogger yang buat. Support mereka mana la tahu ada rezeki tersenarai dalam bloglist hihihi.

 


Sebenarnya Cik Ash buka blog nak taip entri yang pagi tadi duk tertangguh hahaha, yang itu tak siap lagi nak taip tengok jam dah lewat ni tu ambik masa intai-intai ada ke blogger buat giveaway or segmen. 

Korang yang nak join segmen ni klik banner dekat atas. Syarat dia pun senang tak susah pun. Tak rugi pun join segmen ni, boleh tambah kawan-kawan baru nanti kan. Jom memeriahkan segmen ni. 

Ok la korang ringkas entri malam ni. Cik Ash out dulu nak tidur dah selamat malam semua. Jumpa lagi kalau ada masa nanti Cik Ash update entri ya.

Wednesday, March 20, 2019

Lagu OST Drama Encik Imam Ekspress

Lagu OST Drama Encik Imam Ekspress | Siapa kat sini layan drama ni, kita geng la ya.. Cik Ash setiap malam mesti layan drama ni dengan mak mentua Cik Ash. Satu kepala kakidrama hahaha.. syok la kan. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLOE_D6AOPfgNTk5oZcG-hiUlMUIzZ2Nu0mFhyeMftXeHrIDlu6GVRn2ueiAuvNwuz75Vj6cZaBGa-k1Ppe3h33s7UENj1AXy2PCjGUIz5nJtz1xcaaJMeamw6-oux0urVz8n-aXbQVLgx/s1600/encik+imam+ekspres.JPG

Korang yang belum tengok lagi drama ni boleh baca Sinopsis Drama Encik Imam Ekspress dulu, Cerita ini best sebab ada budak isaac imam yang comel ni. Rupanya adik isaac ni adalah adik adam mikail la patut la tengok muka sama jer dengan abang dia.

Lagi pulak Cik Ash suka tengok lakonan Fikry Ibrahim hahaha, kalau ada drama yang jadi pelakon mesti terlayan la drama tu. Ingat lagi masa mula-mula dia masuk dalam dunia seni ni. Dia start dengan tv show lawak solo. Cik Ash pernah bagitaw dekat Fikry Ibrahim tak lama jadi pelakon sebab hensem hahaha.. Apa yang Cik Ash bagitaw dekat mok memang betul. Dah banyak pengarah drama dah ambik untuk jadikan pelakon dalam drama. 

Eh terlebih pulak bercerita pasal fikry sebenarnya Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua lagu yang terdapat di dalam Drama Encik Imam Ekpress ni, Lagu tema dia best dengar. 

Lagu Tema 

Penyanyi : Ismail Izani
Lagu : Bidadari 
Lirik : Omar K, Adib Hamdi, J.Jeevasingam, Ismail Izzani, Altimet
Hap Cipta : World Peace Entertaiment.

Di dalam Drama Encik Imam Ekspress ini turut ada juga lagu-lagu sampingannya. Antara lagu-lagu sampingan itu boleh tengok dekat bawah ini :-

Lagu : Sempurna
Penyanyi : Naim Daniel 
Lirik : Omar K, Adib Hamdi, Naim Daniel
Hak Cipta : World Peace Entertaiment

Lagu : Sekali Lagi 
Penyanyi : Naim Daniel 
Lirik : Naim Daniel 
Hak Cipta : World Peace Entertaiment

Lagu: Yang Pertama 
Penyanyi : The Faith 
Lirik : Omar K, Adib Hamdi, Ustaz Adnin
Hak Cipta : World Peace Entertaiment

Lagu : Sesuatu Yang Takkan Mungkin
Penyanyi : Shaz 
Lirik : Aepul Roza
Hak Cipta : Seventeen Eleven Music

Lagu : Vroom Vroom 
Penyanyi : Nabila Razali 
Lirik : Hael Husaini, Ezra Kong 
Hak Cipta : Seventeen Eleven Music

Lagu : Perasaanku 
Penyanyi : Fieya Julia 
Lirik : Amir Hariz
Hak Cipta : Aries Music Production 
 
Itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa ada  dalam drama Encik Imam Ekspress ni, Gigih Cik Ash tilik satu-satu part last drama ni nak tengok lagu apa yang ada dalam ni hahaha...Dengan keadaan masih sakit gagahkan diri nak update blog hihihi..Jumpa lagi nanti..

Tuesday, March 19, 2019

Angin Ribut Berlaku Dekat Taman Perumahan

Angin Ribut Berlaku Dekat Taman Perumahan  | Ada yang rindu entri baru di blog Cik Ash ke Maaf lama berehat dari menulis blog ni, kesihatan tidak mengizinkan nak menulis lagi. Cik Ash kena sakit gusi gara-gara gigi geraham bongsu baru nak tumbuh pulak, ni la bila waktu ok tak ada masalah tak nak pergi cabut hahaha, bukan tak nak pergi cabut tapi disebabkan takut tu yang lambat nak pergi cabut hahaha.. 
 
Semalam Ribut Berlaku Dekat Taman Perumahan

Petang Semalam kawasan perumah Cik Ash duduk di landa ribut  berserta angin dan hujan, rumah Cik Ash ni bilik tidur Cik Ash yang tak pernah nak bocor pun, semalam gara-gara ribut, angin dan hujan keadaan dalam bilik Cik Ash bocor habis tilam dan bantal basah kena air.Kelam kabut la Cik Ash menadah bekas untuk mengelakkan air lebih banyak lagi kena dekat tilam ni.  

Bukan rumah Cik Ash yang mengalami situasi tu banyak lagi rumah-rumah, kedai-kedai yang rosak teruk akibat daripada ribut, angin hujan semalam. dekat bawah adalah gambar yang Cik Ash ambik daripada facebook kawan. Teruk jugak bila lihat gambar tu.  

kredit fb

Teruk kan bila tengok gambar tu, Ya Allah dugaan buat kami di taman mutiara & Sungai Kob ni, semoga kami semua di selamatkan segala musibah selepas ni. Lama dah tak hujan tertiba hujan berserta dengan ribut angin kencang. Takut pulak tengok waktu hujan tu pokok-pokok dekat luar bergoyang-goyang macam nak tumbang jer. Seram tengok. 

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang semua, jumpa lagi kalau ada mood nak menulis gusi ok nanti ada la entri dekat blog. Lagi pulak loni Cik Ash sedang sibuk duk kemas rumah sikit ada operasi nak baikpulih tandas dan dapur sikit.

Sunday, March 17, 2019

Buat Aiskrim Sendiri Guna 4 Bahan Puashati Makan

Buat Aiskrim Sendiri Guna 4 Bahan Puashati Makan | Musim panas ni kuat sangat nak makan aiskrim tekak ni, disebabkan nak sangat makan aiskrim maka terjadi la aiskrim yang Cik Ash last minute. Hihihi.


Buat Aiskrim Homemade ni Cik Ash intai-intai dekat youtube jer pun, dalam video tu masa nak putar dia guna mixer, untuk Cik Ash mencabar sikit guna manual pakai tangan hahaha, nasib baik ibu mentua yang rajin nak tolong kacau bagi sampai kembang. Bila dah nampak kembang Cik Ash masukkan serbuk coklat choco malt tesco tu kacau-kacau bagi rata masukkan dalam bekas terus simpan dalam peti ais. 

 

Malam tu suruh suami makan aiskrim yang Cik Ash suami kata sedap jadi la buat aiskrim nanti boleh buat lagi. Jadinya shopping aritu 2 tin susu cair dia beli nak suruh isterinya buat pulak hahaha.. Tunggu mood ada baru nak buat lagi hihihi. Dalam resepi yang Cik Ash buat hanya guna 4 bahan sahaja. Jom korang resepi nak buat aiskrim ni. 



Resepi Aiskrim Guna 4 Bahan 

Bahan-bahan 
1 tin susu cair
1 sudu ovellate
1 sudu susu pekat
1 penutup esen  vanilla

Cara membuatnya :- 

1. Campurkan ke semua bahan. Kacau dengan alat pengacau tu nama apa entah, Yang nak kacau buat bahulu tu. Kalau korang ada mixer senang putar dalam 15 minit dan kembang. Cik Ash ni guna manual lambat sikit nak kembang. 

2. Kalau korang nak guna blender, nak pesan korang kena buat sukatan separuh-paruh, maksudnya buat setengah tin susu cair & setengah bahan-bahan lain. Selepas itu buat la lagi setengah hingga kembang nak masukkan kesemua takut tak muat blender tu. 

3. Selepas itu untuk deko letaklah hiasan yang korang suka. Cik Ash tak letak pun sebab spontan buat hahhaa.. Simpan dalam peti sejuk selama 24 jam. 



Tapi tak sampai 24 jam malam tu dah boleh makan suami kata sedap la sayang buat aiskrim ni lepas ni tak payah beli aiskrim la hahaha...  Ok la korang itu jer cara Cik Ash buat aiskrim sendiri. Kepada korang yang ingin cuba selamat mencuba ya. Jumpa lagi di entri yang lain. 

Friday, March 15, 2019

Drama Encik Imam Ekspress

Drama Encik Imam Ekspress | Bila #kakidramamelayu mesti ada list drama yang best Cik Ash layan sebab ada lakonan Fikry Ibrahim hahaha, kalau dia berlakon memang suka, satu geng pulak dengan ibu mentua layan drama ni setiap malam. Leftnan Zana pun ibu mentua layan. Drama ini best layan sebab pelakon-pelakon  dan terbitan pengarah yang Cik Ash suka hihihi.


 

Drama Encik Iman Ekspress

Drama Encik Imam Ekspress ini telah bersiaran pada 11 Mac lalu di slot MegaDrama Astro Ria. Drama ini merupakan adaptasi novel karya Cik Tet. Drama ini telah di arahkan oleh pengarah Pali Yahya dan merupakan teribitan syarikat produksi Suhan Movies & Tranding Sdh. Bhd.  Drama ini mempunyai sebanyak 14 episode jer.



Pelakon Drama Encik Imam Ekspress
Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Fikry Ibrahim, Nelydia Seinrose, Elisya Sandha, Ben Amirr, Issac Iman, Ruzana Ibrahim, Anne Abdullah, Badrul Muhayat dan Sherry Ibrahim. 




Sinopsis Drama Encik Imam Ekspress 
Diya (diyana Aqilah - lakonan Nelydia Rose) pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad, dia terpaksa pulang ke kampung bertemu dengan keluarga angkat dan bakal keluarga mertuanya.
Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna, menyebabkan Ajim (lakonan Fiqry)  lebih tekad untuk rapat dengan Diya. Iyad kurang selesa dengan situasi keluarganya.


Awish mula rapat dengan Diya, sehingga mahu memanggilnya Umi. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya.
Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.


Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.


Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.


👉BacaLagu OST Drama Encik Imam Ekspress


“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.


Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!


“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.


Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.


Drama ini dah episode pertama dah trending dekat twiter dan semua. Tak sabar nak tengok episode akan datang jadi macam mana. Ok la korang itu jer Cik Ash update nak kongsi pasal drama ni.

Thursday, March 14, 2019

Safi Expert Solution Dapat Menghilangkan Kesan Bintik Hitam Dalam Masa 2 Minggu

Safi Expert Solution Dapat Menghilangkan Kesan Bintik Hitam Dalam Masa 2 Minggu | Assalamualaikum...Setiap wanita ingin kelihatan cantik setiap masa begitu juga Cik Ash, malu sebenarnya bila tengok muka sendiri penuh dengan bintik-bintik hitam bekas parut jerawat.  Apabila dapat tahu safi ada mengeluarkan satu produk penjagaan muka yang baru Cik Ash ambik untuk merasai pengalaman menggunakan selama 2 minggu. Produk keluaran terbaru safi adalah Safi Expert Solution Dapat Menghilangkan Kesan Bintik Hitam Dalam Masa 2 Minggu.


Safi Expert Solution Dapat Menghilangkan Kesan Bintik Hitam Dalam Masa 2 Minggu


Bila Cik Ash tengok packaging produk Safi Expert Solution ini ianya nampak begitu eksklusif tau. Lagi apa yang menarik yang Cik Ash suka produk ini ianya tiada mineral, tiada mengandungi alkohol, tiada mengandungi silikon, tiada pareben dan tiada mengandungi ujian ke atas haiwan. Tambahan pulak Cik Ash bab produk muka kena pastikan apa yang ada dalam kandungan kadang tak sesuai dengan kulit sebab kulit muka jenis sensitif sikit. 


Rangkaian produk Safi Expert Solution yang Cik Ash sedang guna untuk menghilangkan kesan bintik hitam selama 2 minggu ini adalah Safi Expert Solution Instensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation dan Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin
Rangkaian produk Safi Expert Solution


Untuk Set Safi Expert Solution Instensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation ada dua langkah yang perlu kita kena ikuti untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Sebab itulah di packaging ini disertakan dua botol yang berbeza dan telah dilabelkan dengan no 1 dan 2. Untuk kedua-kedua set produk ini telah diforlumasikan oleh bahan aktif yang berkhasiat iaitu DN Age Technology. Kombinasi yang kuat ini dapat menembusi ke dalam lapisan kulit untuk mengurangi kawasan gelap yang lebih mendalam, ianya juga dapat memberi kelembapan kulit dan menggalakkan pembaharuan kulit untuk memberi kulit kelihatan lebih baik. 

Renewal Hydra Complex

Supreme Anti-Sports Complex


Cara Menggunakan Anti Hyper Pigmentation 

Langkah 1 
Renewal Hydra Complex - Titiskan ekstrak ampoules  ke tapak tangan  dan Dapkan dekat muka dengan perlahan sehingga Renewal Hydra Complex diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Selepas itu korang teruskan ke langkah 2. 


Langkah 2 
Supreme Anti-Sports Complex -Titiskan Supreme Anti-Sport Complex  ke tapak tangan dan dapkan dekat muka dengan cara naik keatas.

Cadangan Pengunaan Produk Safi Expert Solution Intensive 

Penyelesaian pakar Safi Ampul Intensif adalah program rawatan 1 bulan & akan diulang setiap bulan untuk menggantikan atau mencegah bintik hitam. 
- Untuk lengkap penggunaan gunakan produk Safi Rania Youthfl Elixir dapat membaharui kulit tanpa cela.
- Untuk penggunaan sebelah pagi disyorkan menggunakan safi rania day cream pelembab krim SF+PF25PA+IR selepas ampoule 2 untuk hasil yang lebih optimun.


Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin

Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin

Serum ini mengandungi ekstrak NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid yang dapat melembabkan kulit dan berseri. Keistimewaan Milk Drop Serum ini difomulasi dengan Hydra-Boost Capsules yang diolah menjadi krim yang pantas meresap dalam kulit wajah. Memperbaiki, mencerahkan kembali kulit yang kusam dan mencantikkan wajah, 72H dengan Ultra-Hydration, menghidrat kulit wajah hingga mendalam, melembab dan menganjalkan kulit wajah.



Cara Menggunakan Milk Drop Serum



Sapukan Milk Drop Serum ke kulit wajah dan leher kemudian urut secara putaran hingga menjadi busaran dan oles keseluruhan wajah dan leher hingga ianya meresap ke dalam kulit.

Review Selepas Menggunakan Safi Expert Solution
Selepas seminggu lebih menggunakan produk ini Cik Ash tengok ada nampak perubahan sedikit di wajah ni, terutama di kawasan pipi Cik Ash ni, bintik hitam parut jerawat tu ada la nampak berkurang sedikit, muka pula nampak cerah sedikit. Biasa la muka Cik Ash alergik dengan makanan tu yang selalu naik jerawat lepas tu tinggal kesan hitam kadang malu tengok muka macam ni. Untuk perubahan hasil yang terbaik mengikut kulit wajah masing-masing. Muka Cik Ash ni lambat sedikit untuk bagi ok nampaknya kena konsisten guna produk ni la selepas ni kalau serasi dengan kulit muka Cik Ash. 


Pipi sebelah kanan

pipi sebelah kiri


Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan produk Safi Expert Solution ini korang boleh la layari dan klik detail maklumat di bawah ni:-




Instagram:@SafiMalaysia 

Tuesday, March 12, 2019

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh | Disebabkan mood kelaut nak menulis resepi dekat blog ni Cik Ash kongsi koleksi masakan yang telah Cik Ash masak hari-hari hihihihi.. Bila ada mood nanti Cik Ash kongsikan dengan korang semua resepi itu. 


koleksi



Cik Ash bab memasak memang rajin la sangat hahaha, kalau Cik Ash tak masak siapa lagi nak masak tugas Cik Ash la kan, Nak bagi suami dan ibu mentua makan. Kadang pening nak masak apa untuk ibu mentua Cik Ash biasa la orang tua ni kadang-kadang tak lalu nak makan. Sampai satu tahap makan nasi dengan gula jer nak alas perut.  Suami tak pe masak apa-apa jer jangan masak tomyam jer dia tak suka hahaha.. sebab tu kadang-kadang Cik Ash teringin nak makan kuah tomyam rela ajak suami pergi cari dekat kedai siam dekat taman ni banyak yang jual. Boleh tahu yang mana sedap dan tak sedap setakat ni. 

Eh panjang pulak Cik Ash bercoleteh pasal ibu mentua, pasal tomyam la, Meh la tengok koleksi masakan daripada #dapurcikash , banyak sebenarnya Cik Ash nak kongsi dekat blog tapi  malas hihihi.. Jom la usha gambar jer la ya.

Kuih Apam Gula Hangus

Satay Homemade

Pau Goreng

Roti Hamblet

Roti Sosej

Telur Bungkus

Sayur tumis sos tiram

Burger Homemade
Ikan Bilis Goreng Tompoyak
Daging Goreng Kicap Pedas
Roti Gulung Sosej

Roti Sosej Bersalut Telur
Itu jer separuh dari masakan yang Cik Ash buat ada lagi tak kan la nak masukkan kan semua hahaha, jemu pulak nanti korang tengok. Ok la selamat mejamu mata ya. InsyaAllah entri untuk resepi akan menyusul bila mood nak datang nanti. Jumpa lagi nanti ya.