Lagu OST Drama Leftenan Zana | Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen di entri Drama Jodoh Jodoh Annisa. Sekarang trending cerita drama ketenteraan dekat TV3 iaitu #LeftenanZana. Semangat lain macam bila tengok drama. Macam terbayang aboh suatu ketika dulu semasa beliau berkhidmat sebagai tentera. Walaupun dah pencen tentera jiwa dalam diri aboh tetap bersemangat sampai sekarang hihihi. Bagi Cik Ash drama ni kalau saja-saja nak suka tengok kawad tu boleh kalau nak dibandingkan dengan kehidupan tentera sebenar tu tak sama. Hihihi.
Tengok drama ketenteraan ni rasa rindu dekat aboh dan ma huhuhu.. pernah lalui kehidupan di dalam kem tentera sewaktu ketika dahulu, sempat juga tengok aboh buat latihan kawad tentera. Pernah mengaji dengan ustaz askar, siap ada ustaz askar ambik jadi anak angkat. Kenangan yang paling Cik Ash tak boleh lupa parut di tangan ni kekal sampai sekarang itu tanda kebuasan Cik Ash zaman kecil ketika itu umur 8 tahun tak silap. Pergi dan balik sekolah sempat naik trak hihihi dari darjah 3 hingga tingkatan 2 masa tu dah berpindah di kelantan.Eh terlebih bercerita pasal zaman Cik Ash. hahaha.
Sebenarnya Cik Ash nak kongsi dengan korang lagu yang terdapat di dalam Drama Leftenan Zana ni adalah seperti berikut :-
Lagu Tema
Lagu : Mata
Penyanyi : Ayda Jebat
Lirik : Shazee Ishak, Audi Mok & Ayda JebatParanormal Records Sdn Bhd/ Replay Music & Paranormal Records
Video : https://www.youtube.com/watch?v=XIG-yeHP5l4
Lirik Lagu Mata
Kerana kau tiada
Kau sangka ku rapuh
Kerana ku terluka
Kau sangka ku jatuh
Kerana kau menghina
Kau sangka ku marah
Kau sangka ku pasrah
Tak terdaya tanpa kamu
Aku bukan seperti kau sangka
Aku tabah tanpa resah
Ku laku apa yang ku mahu
Hanya kamu mampu mengarah aku
Jangan kau pertikaikannya
Jangan kau tertanya tanya
Aku tak perlu dirimu
Aku hidup hanya untuk-nya
Jangan-jangan sangka
Aku lemah
Cangkuk kiri kanan bibir
berdarah
Lihat lihat siapa yang
dah rebah
Angkat tangan mundur baik
Kau menyerah
Walaupun ku menghilang
Bukannya ku retak
Walaupun ku kecundang
Malam tak gelita
Walaupun ku berdiam
Masih ku berapi
Kau tak kenali
Siapa aku sebenarnya
Aku hanya menunggu saatku
Takkan ku terburu buru
Ku tahu kekuatan diriku
Tiada siapa yang kan menumpasku
Jangan kau pertikaikannya
Jangan kau tertanya tanya
Aku tak perlu dirimu
Aku hidup hanya untuk-nya
Jangan-jangan sangka
Aku lemah
Cangkuk kiri kanan bibir
berdarah
Lihat lihat siapa yang
dah rebah
Angkat tangan mundur baik
Kau menyerah
Guruh
Guruh mengiringi
Tegakku berdiri
Menanti Pagi
Kamu
Kamukah tahu
Siapaku Siapaku
Tanpa kamu
Ooohh...
Jangan jangan sangka
Aku lemah
Cangkuk kiri kanan bibir
berdarah
Lihat lihat siapa yang
dah rebah
Angkat tangan mundur baik
Kau menyerah
Jangan jangan sngka
Aku lemah
Ok la itu lirik lagu tema Drama Leftenan Zana, best pulak suara Ayda Jebat ni, aritu lagu temberang yang melekat duk layan sekarang lagu ni pulak. hihihi..
Sedap pulok lagu ayda jebat terik ning hehehe.. 😍😍
ReplyDeleteooo soro ayda jebat rupanya. hahahhaha. igt ke soro sapo.
ReplyDeleteTak pernah dgr lagi lagu mata ni. Nanti nak dengar la. Thanks for sharing :)
ReplyDeleteika datang singgah sini .https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/book-haul-feb-2019.html
Tak tengok drama ni lagi. Huhu. Macam best je
ReplyDeletesama dgn mama dulu pernah duduk kem. pergi sekolah naik trak askar. kita geng
ReplyDeletesaya dengar gitu2 je. cerita ni pun tak layan sgt hehehe
ReplyDeletewaaa..mesti menggamit kenangan gilerr kan kalo cik ash tengok cite ni...
ReplyDeletemenarik drama ni :)
ReplyDelete