First Time Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak | Sebenarnya dah lama Cik Ash masak lemak cili Api udang dan peria katak.Kalau tak silap Cik Ash pada bulan januari aritu. Lepas tu dapat pulak rezeki udang sepit biru buat pulak kali kedua.
Cik Ash terfikir-fikir nak masak apa dengan udang ni, sedang-sedang search resepi dekat google terjumpa la resepi cara masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak. So buat la ikut resepi yang jumpa tu. Lagi pulak tak pernah lagi masak macam ni. Kiranya pertama kali buat masakan ni. Alhamdulilah hasil percubaan pertama Cik Ash memcuba masakan Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak ni dapat pujian suami dan ibu mentua. Suami dan ibu mentua Cik Ash makan nasi bertambah-tambah hihihi. Ada orang tanya Cik Ash masak udang dengan peria tak pahit ke.
Pengalaman Cik Ash selepas memasak Masak Lemak Cili Api Udang dan Peria Katak ni, rasa kuah dia pahit-pahit lemak manis sebab air udang dengan peria katak dah sebati turun. Memang lauk ni boleh menambah nasi Cik Ash sendiri berapa kali tambah gak hahaha. Apa kata korang cuba buat juga dan rasai la sendiri masakan cili padi udang dengan peria katak ni. Jom la usha resepi dekat bawah ni.
Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak
Bahan-bahan
Udang
Peria
Cili Api *
Kunyit Hidup *
* kisar hingga halus
Santan
Secukup rasa
garam
Cara Membuatnya :
1. Kisar cili api dan kunyit hidup hingga hancur.
2. Masukkan bahan dikisar dengan santan di dalam periuk buka api sederhana kacau hingga mendidih.
3. Bila dah mendidih boleh la masukkan peria kacau-kacau sampai peria masak.
4. Bila peria dah masak masak boleh la masukkan udang. kacau-kacau hingga udang masak.
5. Boleh suaikan rasa garam dan secukup rasa.
6. bila rasa dah ok boleh dihidangkan dengan nasi panas.
Ok la korang itu jer Cik Ash Masak Lemak Cili Api Udang dan Peria Katak, so kalau korang nak memcuba resepi lain yang pernah Cik Ash kongsi sebelum ni dekat korang boleh terjah Koleksi DapurCikAsh
Tentulah sedap
ReplyDeleteWP sedap mak mentua n suami makan bertambah hahaha
DeleteTak pernah makan peria katak masak lemak.. selalu makan yang goreng je..
ReplyDeletetry la buar masak lemak sha sedap hihihi
DeleteFirst time masak? Tgk gambar confirm sedap tu
ReplyDeleteha ah memang first time alhamdulilah sedap
Deletebuh peria tk rajin lagi. gulai udang rajin doh. hehhehe.
ReplyDeletecik ash, mek tag awok :
http://www.mekyunie.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html
try la mek buat sekali... ok2 nanti cik ash join
DeleteSedapn mesti tak rasa pahit kan
ReplyDeleterasa dia pahit2 lemak kak linda
Deletesedap sedap. peria pahit2 pun sedap =D
ReplyDeleteSedapnya peria tu..feveret kita sekarang..
ReplyDeletemesti sedap pedas2 lemak tu kan
ReplyDeleteKaella tak pernah lagi jumpa masakan macam ni. Kena banyak round tmpt ni baru nampak hehd
ReplyDeleteHmm boleh cuba ni
ReplyDeletelama tak makan ni, kecur air liur masa tgh baca sebab boleh bayang rasa dia macam mana
ReplyDelete