Monday, February 11, 2019

author photo
First Time Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak | Sebenarnya dah lama Cik Ash masak lemak cili Api udang dan peria katak.Kalau tak silap Cik Ash pada bulan januari aritu. Lepas tu dapat pulak rezeki udang sepit biru buat  pulak kali kedua.


Cik Ash terfikir-fikir nak masak apa dengan udang ni, sedang-sedang search resepi dekat google terjumpa la resepi cara masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak. So buat la ikut resepi yang jumpa tu. Lagi pulak tak pernah lagi masak macam ni. Kiranya pertama kali buat masakan ni. Alhamdulilah hasil percubaan pertama Cik Ash memcuba masakan Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak ni dapat pujian suami dan ibu mentua. Suami dan ibu mentua Cik Ash makan nasi bertambah-tambah hihihi. Ada orang tanya Cik Ash masak udang dengan peria tak pahit ke. 

Pengalaman Cik Ash selepas memasak Masak Lemak Cili Api Udang dan Peria Katak ni, rasa kuah dia pahit-pahit lemak manis sebab air udang dengan peria katak dah sebati turun. Memang lauk ni boleh menambah nasi Cik Ash sendiri berapa kali tambah gak hahaha. Apa kata korang cuba buat juga dan rasai la sendiri masakan cili padi udang dengan peria katak ni. Jom la usha resepi dekat bawah ni. 

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak

Bahan-bahan 
Udang
Peria
Cili Api *
Kunyit Hidup *
* kisar hingga halus
Santan 
Secukup rasa
garam

Cara Membuatnya : 
1. Kisar cili api dan kunyit hidup hingga hancur. 

2. Masukkan bahan dikisar dengan santan di dalam periuk buka api sederhana kacau hingga mendidih. 

3. Bila dah mendidih boleh la masukkan peria kacau-kacau sampai peria masak. 

4. Bila peria dah masak masak boleh la masukkan udang. kacau-kacau hingga udang masak.

5. Boleh suaikan rasa garam dan secukup rasa.

6. bila rasa dah ok boleh dihidangkan dengan nasi panas. 

Ok la korang itu jer Cik Ash Masak Lemak Cili Api Udang dan Peria Katak, so kalau korang nak memcuba resepi lain yang pernah Cik Ash kongsi sebelum ni dekat korang boleh terjah Koleksi DapurCikAsh

This post have 16 komentar

avatar
Sha Mohamed delete February 11, 2019 at 10:34 AM

Tak pernah makan peria katak masak lemak.. selalu makan yang goreng je..

Reply
avatar
mamapp delete February 11, 2019 at 1:06 PM

First time masak? Tgk gambar confirm sedap tu

Reply
avatar
mek yunie delete February 11, 2019 at 5:28 PM

buh peria tk rajin lagi. gulai udang rajin doh. hehhehe.

cik ash, mek tag awok :

http://www.mekyunie.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html

Reply
avatar
Azlinda delete February 11, 2019 at 7:02 PM

Sedapn mesti tak rasa pahit kan

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete February 11, 2019 at 8:55 PM

sedap sedap. peria pahit2 pun sedap =D

Reply
avatar
Rini Ismail delete February 12, 2019 at 7:57 AM

Sedapnya peria tu..feveret kita sekarang..

Reply
avatar
Rodiah Amir delete February 12, 2019 at 8:08 AM

mesti sedap pedas2 lemak tu kan

Reply
avatar
Cik kaella delete February 12, 2019 at 3:09 PM

Kaella tak pernah lagi jumpa masakan macam ni. Kena banyak round tmpt ni baru nampak hehd

Reply
avatar
Cik Ash delete February 13, 2019 at 8:10 AM

WP sedap mak mentua n suami makan bertambah hahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete February 13, 2019 at 8:11 AM

try la buar masak lemak sha sedap hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete February 13, 2019 at 8:12 AM

ha ah memang first time alhamdulilah sedap

Reply
avatar
Cik Ash delete February 13, 2019 at 8:13 AM

try la mek buat sekali... ok2 nanti cik ash join

Reply
avatar
Amar Razali delete February 16, 2019 at 6:20 PM

lama tak makan ni, kecur air liur masa tgh baca sebab boleh bayang rasa dia macam mana

Reply
avatar
Cik Ash delete February 17, 2019 at 8:39 PM

rasa dia pahit2 lemak kak linda

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post