Monday, January 28, 2019

author photo
Spaghetti Master Pasto Lebih Mudah Di Sediakan | Assalamualaikum, Siapa dekat peminat spaghetti, sila angkat tangan hihihi, hari ini Cik Ash nak bagitahu dekat korang semua ada satu produk keluaran Malaysia iaitu Spaghetti Master Pasto yang mudah untuk di masak dengan hanya kita panaskan dan boleh di makan. Senang dan cepat kan.





Tambahan pulak dekat rumah ni yang suka makan spaghetti ni hanya Cik Ash seorang jer pun. Tu kadang-kadang kalau teringin nak makan cari dekat kedai makanan Malaysia Halal. Nak masak ni Cik Ash malas la sebab hanya kita seorang yang makan kan. Apabila Cik Ash dapat tahu satu laman web http://www.masterpasto.com ada menyediakan makanan segera berasaskan spaghetti yang perlu kita panaskan sahaja dan terus boleh di makan. Nanti senng la kalau Cik Ash nak makan beli yang pasta segera ni jer kita cuma perlu panaskan sahaja tak perlu bazirkan masa nak masak kuah lagi dan spaghetti.




Master Pasto ini adalah produk tanpa MSG tiada bahan pengawet dan yang penting sekali ianya adalah Makanan Malaysia Halal. Makanan Malaysia, pasta segera atau instant pasta dan ianya amat mudah disediakan hanya mengambil masa 3 minit sahaja. Terdapat 3 jenis variasi menu masakan yang telah disediakan iaitu :-


1. Spaghetti Carbonara With Chicken


2. Spaghetti Bolognese With Chicken


3. Spaghetti Alio Olio With Chikcken



Apa yang Cik Ash tahu Spaghetti segera daripada Master Pasto ni mereka tidak menggunakan  perisa tambahan @ MSG, bahan pengawet dan paling penting tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Semua bahan-bahan telah disediakan di dalam pek ini menggunakan bahan yang segar dan telah dimasak dengan sempurna sebelum dipek ke dalam pek kedap udara. Untuk pengetahuan korang packinging spaghetti segera ni menggunakan flex packy dimana peknya yang selamat dan boleh dipercayai walaupun dengan suhu yang tinggi dan tekanan kuat penstrilan. Yang telah dibuat di kilang Lioco Food Industries Sdn Bhd Pulau Pinang, Malaysia.


Cara nak memasak spaghetti ni pun senang ada dua cara yang boleh kita gunakannya untuk memasak spaghetti ini iaitu :- 

1. Menggunakan Air Yang Sedang Mendidih



-Panaskan air sehingga mendidih 
- Setelah air mendidih masukkan flex packy ke dalam air yang mendidih tersebut. 
- Jangan  risau flexy packy tersebut tidak akan bocor atau cair. 
- Setelah direndam di dalam air mendidih selama 3 minit, bolehlah diangkat 


2. Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro 


- Masukkan ke semua flexy packy ke dalam bekas tahan panas. 
-Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 minit. 
- Keluarkan dan siap untuk dimakan. 

Spaghetti Bolognese With Chicken

Spaghetti Carbonara With Chicken

Apa yang penting korang tak perlu risau kerana produk keluaran Master Pasto ini dijamin halal dan setiap pek spaghetti ini terdapat logo halal. Untuk pengetahuan korang spaghetti ini adalah 100% produk Malaysia dan makanan siap yang pertama berada di Malaysia. Untuk peringatan buat korang kalau dan buka flex packy dan disimpan ke dalam peti sejuk hendaklah digunakan dalam masa 24 jam selepas buka. Lagi pulak flexy pack ini tidak sesuai untuk dipanaskan terus menggunakan ketuhar gelombang mikro dan ianya hendaklah dimasukkan ke dalam bekas tahan panas yang lain dulu sebelum dipanaskan. Sekiranya ada terdapat kebocoran pada pek flexy packy ini korang tak perlu nak gatal=gatal nak cuba makan produk yang dah tercemar tak elok dimakan.





Korang mesti tak sabar nak memcuba sendiri kesedapan spaghetti yang mudah di masak ni. Kita order online buat bayaran tunggu barang sampai depan rumah jer. Jangan lengah-lengah masa korang , cepat-cepat korang membeli secara online dengan melayari laman web Master Pasto di pautan yang Cik Ash sediakan di bawah ini. Klik jer dekat bawah ini :- 



#spaghettimasterpasto
#spaghetti3minit
#reviewcikash

This post have 16 komentar

avatar
mek yunie delete January 28, 2019 at 11:11 AM

haaa. menu mudah ni. elok untuk yg mengejar masa..

Reply
avatar
Sha Mohamed delete January 28, 2019 at 1:13 PM

senang nie.. Cuma perlu panaskan sahaja ye..

Reply
avatar
Ciktie delete January 28, 2019 at 11:21 PM

Senangnya cuma perlu panaskan je..

Reply
avatar
Cik Ash delete January 29, 2019 at 7:27 AM

Hom sedap hihihi awak ada doh kan

Reply
avatar
Cik Ash delete January 29, 2019 at 7:28 AM

Betul tu cik tie panaskan jer senang

Reply
avatar
mamapp delete January 29, 2019 at 8:31 AM

wah sedapnya feveret syafi ni

Reply
avatar
el delete January 29, 2019 at 9:23 AM

senang nak bawa g travel kan..family semua mmg hantu spageti mcm ni hihi

Reply
avatar
iam.umifuzy delete January 29, 2019 at 5:12 PM

mudah sungguh...macam mana rasa dia Ekin? dan 1 paket tu untuk seorang?

Reply
avatar
Cik Ash delete January 30, 2019 at 8:01 AM

ha ah senang bawa pergi travel ni

Reply
avatar
Cik Ash delete January 30, 2019 at 8:02 AM

rasa dia sedap sangat.. ha ah untuk seorang makan ni

Reply
avatar
Wani SK delete January 30, 2019 at 11:05 AM

mudahnya nak makan loni 3 minit siap.. rasa 1 portion dah banyak dah tu untuk sorang

Reply
avatar
Dalilayusf delete February 13, 2019 at 8:03 AM

senang kalau dah lambat bangun nak buat sarapan anak.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post