Ayam Goreng Guna Air Fryer | Sejak ada air fryer memudahkan kerja Cik Ash didapur tak payah susah-susah nak menunggu bila goreng ayam hihihi, selalu kalau goreng ayam kena jaga bahagian api takut ada terlebih masak, tak pun separuh masak. Kiranya masak tak sekata ayam tu.Jom tengok masakan #dapurcikash.
Resepi Ayam Guna Air Fryer |
Bila dah ada air fryer ini memudahkan la kerja Cik Ash sebab boleh tinggal nak buat kerja rumah yang lain, kita cuma perlu setkan masa dan suhu. Bila dah masak akan berbunyi tanda masakan kita siap!!!.
Ayam yang digoreng air fryer masak sekata sedap dimakan tanpa berminyak, demi untuk kesihatan dan menjimatkan penggunaan minyak dekat ayam. Mesti korang terliur tengok ayam yang Cik Ash masak guna air fryer ini kan.. Jom usha dekat bawah ni cara membuat ayam goreng guna air fryer ni.
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Ayam
serbuk kunyit
garam
bawang putih
halia
Cara Membuatnya :-
Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam ayam selepas itu gaulkan biarkan sebati semua bahan dengan ayam tu.
Selepas itu biarkan seketika perap untuk bagi ramuan tu sebati dengan ayam.
Setelah berberapa jam peram ayam tu boleh la di bakar dengan menggunakan air fryer suhu 160 dan 20 minit pertama. Kalau rasa ayam tu nak bagi garing tambah masa minit dalam 20 minit. Sebelum tambahkan masa balikkan ayam ya. Tunggu sampai ayam masak nanti berbunyi ting tanda ayam yang kita bakar siap.
Ayam Goreng Madu
Ayam
kicap
sos tiram
madu
garam
bawang putih
halia
Cara Membuatnya :-
Tumbuk bawang putih dan halia.
Gaul bahan tumbuk dengan ayam dan masukkan juga kicap dan sos tiram, madu, garam gaul hingga sebati.
Lepas tu peram la dalam sejam lebih gitu.. Lepas tu masukkan dalam air fryer goreng dalam suhu 180 dan minit 20 minit, Kalau rasa ayam tu nak bagi garing tambah masa minit dalam 20 minit. Sebelum tambahkan masa balikkan ayam ya. Tunggu sampai ayam masak nanti berbunyi ting tanda ayam yang kita bakar siap.
ayam goreng madu |
Ayam Goreng Madu
Ayam
kicap
sos tiram
madu
garam
bawang putih
halia
Cara Membuatnya :-
Tumbuk bawang putih dan halia.
Gaul bahan tumbuk dengan ayam dan masukkan juga kicap dan sos tiram, madu, garam gaul hingga sebati.
Lepas tu peram la dalam sejam lebih gitu.. Lepas tu masukkan dalam air fryer goreng dalam suhu 180 dan minit 20 minit, Kalau rasa ayam tu nak bagi garing tambah masa minit dalam 20 minit. Sebelum tambahkan masa balikkan ayam ya. Tunggu sampai ayam masak nanti berbunyi ting tanda ayam yang kita bakar siap.
Ok la korang itu cara Cik Ash buat Ayam Goreng Guna Air Fryer. Mak mentua kata sedap makan guna air fryer tak puas rasa hahaha... suami pulak kata loni ayam masak sekata sejak ada air fryer.
This post have 7 komentar
sdapnya ada airfryer..:)
Replywahhh. sedap :)
Replywah ekin dah cuba masak dalam Air Fryer guna bahan mentah. Tak cuba lagi, nanti mungkin boleh cuba pula
Replyuihhhh meriah masak yeee. sedap napok ayam bakar madu tuu
Replyaduih... behnyo ada air fryer tu...mcm2 leh masak...
ReplyMudah dan cepat betul nak memasak..
Replywaduh waduh airfyer akak doakan yana murah rezeki eh, nak beli jugak
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon