Sunday, January 20, 2019

Kekal Wangi Yang Romantis Dengan Gel Mandian ENCHANTEUR Paris Baharu

Kekal Wangi Belaian Romantis Dengan Gel Mandian ENCHANTEUR Paris Baharu | Enchanteur dengan Cik Ash memang tak pernah berpisah sebab Cik Ash adalh seorang pengguna tegar jenama ni. Bila dapat tahu Enchanteur ada mengeluarkan satu produk Gel Mandian Enchanteur Paris begitu teruja ingin memcuba sendiri dan alami pengamalan yang menenangkan jiwa selepas menggunakannya. 

Kekal Wangi Yang Romantis Dengan Gel Mandian ENCHANTEUR Paris Baharu


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris baharu ~ Belaian romantis mandianmu

Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejaki kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.


Enchanteur
Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya kebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk di saat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terpeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepajang hari. 





Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris.  Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan  deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya, menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.



Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri. 




Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Showel Gel :- 


1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin) 


Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan. 


2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)


Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual. 


3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Adore Soothe dan Care (Menenang & Melega) 


Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk. 


Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari. 



Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.


ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, megikuti peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. 

Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.

17 comments:

  1. eh..sama la dengan kita punya..:)

    ReplyDelete
  2. teringat pulak set hantaran enchanteur yang husband bagi masa nikah dulu...memang wangi enchanteur paris...tak try lagi gel mandian yang baru ni...

    ReplyDelete
  3. fav brand ni.

    tak sabar nak pergi cari di kedai . macam dah boleh bayangkan macam mana bau shower gel tu <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama geng fav brand ni.. Cepat2 cici pergi cari ya

      Delete
  4. hop kuning sedap skali bagi mek. kekgak mek pening bau hop kuat ni.

    ReplyDelete
  5. Masa sekolah lg dah guna produk #enchanteur ni, dulu guna bedak powder dia ja skg dah ada shower gel..terbaik lah

    ReplyDelete
  6. Jenama yang diyakini keharumannya 👍

    ReplyDelete
  7. kenapa kita tak dapt..sobsobsob..mesti wangi giler kan

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com