Tuesday, January 15, 2019

Inspektor Aleeza Kembali Semula Dalam Gerak Khas

Inspektor Aleeza Kembali Semula Dalam Gerak Khas | Wah macam tak percaya bila tengok intagram kak abby abadi akan diserap masuk balik menyertai Gerak Khas 2019 nanti. 



Tak sabar nak tengok kemunculan Inspektor Aleeza kembali semula dalam Gerak Khas. Sebenarnya Cik Ash jarang-jarang follow drama bersiri kepolisan Gerak Khas ni sejak lepas pada Abby Abadi tak terlibat dengan drama ni, Rasa dalam tahun 2007 lagi punya lama tu 20 tahun dah Abby Abadi tinggalkan drama ni. 

Untuk tahun 2019 ni Inspektor Alezza Kembali Semula Dalam Gerak Khas dengan jawatan baru, Dinaikkan pangkat sebagai DSP Aleeza hihihi.. Sudah lama Cik Ash tunggu kemunculan semula Inspektor Aleeza ni.Bila akan ditayangkan tu Cik Ash tak pasti.. Punya tak sabar nak tengok kemunculan Abby abadi Jumaat baru ni sempat buka Gerak Khas tapi masih yang tahun 2018 lagi.. 



Kalau tak silap untuk Gerak Khas 2019 akan bersiaran di tv pada bulan Februari 2019 la kut, tak pasti main agak-agak jer pun. Kepada korang peminat Abby Abadi nantikan kemunculan beliau dalam Gerak Khas 2019. Manakala yang Cik Ash baca Datuk Ac Mizal tak dapat join untuk Gerak Khas 2019, mungkin sebab beliau sibuk dengan job pengacara tak dapat beri komitmen dengan tugas lakonan kan.. Tak pe la kalau ikut Cik Ash nak jugak Inspektor Mazlan kembali di Gerak Khas 2019.

Tak sabar nak tengok Kak Abby Abadi pakai uniform polis kembali, selain Inspektor Aleeza ada lagi watak-watak yang lama pernah terlibat dengan Gerak Khas akan kembali terajui Gerak Khas 2019. Selama 20 tahun baru ada reniun untuk pelakon-pelakon lama hahaha.. 

Ok la korang itu jer Cik Ash update hari ini kongsikan entri tentang peminat drama Gerak Khas.  Jumpa lagi nanti di entri yang lain ya.

8 comments:

  1. makin menarik la pasni jalan citernya

    ReplyDelete
  2. ade dengar tentang ni. mek pun sama gak, tk tgk mano cerita polis ni. tgk gtu gtu (klu terbuka tgk la). hahahha

    ReplyDelete
  3. terbaek.. xkan x naik pangkat lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  4. woww... gerak khas is back. Rancangan yang tak pernah mketinggalan dulu :D

    - saya follower yang ke #953

    http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/5-tips-kebiasaan-dalam-rutin-harian.html

    ReplyDelete
  5. mak k.el suka sgt drama gerak khas ni..k.el tak bape nak tengok sgt..ooo abby abadi buat come back ehh..

    ReplyDelete
  6. oiye?
    wah... terbaik la abby.
    lama sungguh tak beraksi depan camera.
    maknanya, dia da tenang la tu. dah bahagia, kan :)

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com