Thursday, January 10, 2019

Animasi Baru Jana Wada Zaza Boleh Tonton di Youtube

Animasi Baru Jana Wada Zaza Boleh Tonton di Youtube | Hai, korang Cik Ash ada nak kongsikan sesuatu dengan korang semua mengenai satu Animasi untuk kanak-kanak iaitu Jana Wada Zaza adalah koleksi lagu-lagu kanak-kanak buat anak-anak yang berumur 2-6 tahun. 

kredit fb janawadazaza

Semasa Cik Ash duk godek-godek youtube ni terjumpa la Youtube Animasi baru yang telah dikeluarkan oleh syarikat Khalifah Media Networks ni. Hasil kreativiti daripada anak jati melayu kita yang bertemakan kebaikan dan keamanan khas  untuk kanak-kanak. Banyak lagu akan di kongsikan nanti. Ni bukan untuk kanak-kanak 2 - 6 Tahun yang tengok ni,Cik Ash sendiri ralik tengok lagu animasi ni sambil menaip entri Animasi Baru Jana Wada Zaza sambil taip entri sambil  menyanyi hahaha.. 
Antara lagu yang telah dikeluarkan adalah Tepuk Amai-Amai dan Nenek Si Bongkok Tiga. Di dalam kedua-dua video Animasi Baru Jana Wada Zaza mereka bertiga ada meninggalkan kata-kata nasihat dan ayat-ayat yang baik untuk kita contohi bagi kanak-kanak tengok.

Lagu Tepuk Amai Amai


Nenek Si Bongkok Tiga

Cik Ash update dekat blog ni mana la tahu suatu hari nanti bila ada anak nanti boleh dijadikan bahan untuk dia tengok nanti. Sebelum ni Cik Ash pernah kongsikan Animasi Tempatan Baru Yang Anda Boleh Tonton di Youtube 


Kepada ibu bapa yang ada anak-anak kecil boleh dijadikan Animasi Baru Jana Wada Zaza sebagai aktiviti harian hiburan untuk mereka sambil menyanyi dapat ilmu tentang hadis-hadis sikit diselitkan di  dalam video mereka.So kepada korang jom Subscribe Channel Youtube Jana Wada Zaza kita sokong anak jati melayu kita buat animasi bertemakan kebaikan dan nasihat ni.  


Ok la korang semoga ibu bapa ambil peluang ni untuk berkongsi entri dengan orang lain jugak mana taw ianya sebagai berguna kepada ibu bapa diluar sana yang belum tahu kewujudan Animasi Baru Jana Wada Zaza ni di youtube baru beroperasi pada 27 Disember 2018.

8 comments:

  1. ooo. tk prnh mlintas lg ni d youtbe mek. buleh try bukok mgu ni.

    ReplyDelete
  2. Ok boleh lah bagi Syafi tengok. At least ada pelajaran untuk anak2 kan.

    ReplyDelete
  3. Thank you for sharing kak. Bolehlah practice untk my students nanti

    ReplyDelete
  4. baru eh bagus-bagus nanti boleh tunjuk ke anak-anak tidaklah asyik ulang didi je

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com