Thursday, January 31, 2019

Alhamdulilah Dah Renew Domain 2 Tahun

Alhamdulilah Dah Renew Domain 2 Tahun | Genap setahun domain blog Cik Ash pada 31 Januari 2019. Sekejap jer rasa guna domain ni. Hahaha.. Pertama kali nak renew domain ni takut jugak sebab tak pernah buat lagi kan. 



Bila tanya-tanya rakan-rakan blogger yang dah lama berurusan kebanyakan mereka kata boleh sahaja nak renew berapa tahun. Bila difikirkan balik bincang-bincang dengan suami. Ambik 2 tahun la renew. Lagi pun bab renew suami yang tolong support hihihi.. Terima kasih buat suami yang banyak tolong Cik Ash. 

Sebenarnya tak susah pun nak renew domain ni banyak rakan-rakan blogger yang kongsi cara nak renew macam mana. ikut jer cara-cara mereka kongsikan tu. Service netkl memang cepat hari itu kita renew hari sama kita tu terus dapat email dah renew. boleh rujuk dekat SINI, SINI




Harap diberikan kesihatan yang baik untuk menulis entri dekat blog ni, sebab buat masa sekarang Cik Ash kena rehatkan kesihatan mata daripada mengadap laptop disebabkan mata tak berapa sihat sikit biasa la rabun jauh dan silau ada naik sedikit manakala rabun dekat dah ada sedikit ni. Jumaat lepas baru pergi buat cermin mata baru sebab cermin mata lama dah patah dan bahagian cermin ada cedera sedikit kena kuku kucing hahahaha.. rasa 3 tahun guna dah cermin mata tu. Nanti Cik Ash stroy bab cermin mata dekat entri lain ya. 

So kalau korang yang mula-mula nak renew domain jangan takut senang jer sangat, Cik Ash tolong bagitaw kat suami bab renew dia yang buat hahaha...  Ok la korang semua Cik Ash out dulu ya nanti ada masa free Cik Ash jalan-jalan dekat blog korang. Jumpa lagi nanti.

Wednesday, January 30, 2019

Wordless Wenesday #108 | Keropok Goreng Air Fryer

Wordless Wenesday #108 | Keropok Goreng Air Fryer | Saja-saja nak tepek gambar dekat bersempena hari rabu kan.


Sebelum di goreng dengan air fryer

Selepas di goreng dengan air fryer

Tuesday, January 29, 2019

Dapat Gift Susu Anlene Cafe Latte

Dapat Gift Susu Anlene Cafe Latte | Entri ni taip dari pagi dan malam baru siap nak publish nak buat macam mana sekarang Cik Ash kena rehatkan mata daripada laptop buat sementara waktu. Siapa tak suka bila dapat gift kan. Setiap orang akan suka bila dapat request gift secara percuma. Cik Ash salah seorang daripada mereka.


Sebelum ini ternampak iklan video Stacy  minum susu anlene perisa cafe Latte ni rasa macam teringin nak cuba hahaha, apa lagi Cik Ash cepat-cepat request nak dapat percubaan jugak hahaha. 

Dalam iklan tu Stacy kata bila minum Cafe Latte rasa "UUMPH"!!! gitu hahaha...dalam video itu stacy kata la amat penting kita jaga tulang yang kuat, sendi dan otot kita ni. Kenapa stacy kata begitu sebabnya supaya hidup kita sentiasa aktif selalu. Jom nikmati rasa Anlene Cafe Latte dengan kopi yang sebenar.



Dalam 2 minggu menunggu gift ni sampai, akhirnya pada 17 januari aritu sampai dekat Cik Ash dengan pos biasa jer pun. Perasaan ni teruja bila dapat sample ni, Cik Ash sebenar kopi-kopi tak berapa nak minum biasa la apabila minum kopi kepala jadi pusing. hahaha.. tak tahu la kenapa.


Pada 19 jan aritu jam dalam pukul 9 lebih-lebih gitu, Cik Ash dah cuba minum Susu Anlene Cafe Latte ni, alhamdulilah tekak boleh menerima minum kopi daripada susu ni, lagi pulak yang paling tak terima memang mata tahan mengantuk hahaha, sampai pukul 3 lebih tak tidur duk layan cerita drama online jer masa tu. Hahaha.. 

Ok la korang itu jer Cik Ash nak bagi yang kita baru dapat gift Susu Anlene Cafe Latte dengan Kopi yang sebenar. So kepada korang ingin memcuba rasai pengalaman minum susu anlene daripada kopi ni boleh pergi Request Sample Free .

Monday, January 28, 2019

Spaghetti Master Pasto Lebih Mudah Di Sediakan

Spaghetti Master Pasto Lebih Mudah Di Sediakan | Assalamualaikum, Siapa dekat peminat spaghetti, sila angkat tangan hihihi, hari ini Cik Ash nak bagitahu dekat korang semua ada satu produk keluaran Malaysia iaitu Spaghetti Master Pasto yang mudah untuk di masak dengan hanya kita panaskan dan boleh di makan. Senang dan cepat kan.





Tambahan pulak dekat rumah ni yang suka makan spaghetti ni hanya Cik Ash seorang jer pun. Tu kadang-kadang kalau teringin nak makan cari dekat kedai makanan Malaysia Halal. Nak masak ni Cik Ash malas la sebab hanya kita seorang yang makan kan. Apabila Cik Ash dapat tahu satu laman web http://www.masterpasto.com ada menyediakan makanan segera berasaskan spaghetti yang perlu kita panaskan sahaja dan terus boleh di makan. Nanti senng la kalau Cik Ash nak makan beli yang pasta segera ni jer kita cuma perlu panaskan sahaja tak perlu bazirkan masa nak masak kuah lagi dan spaghetti.




Master Pasto ini adalah produk tanpa MSG tiada bahan pengawet dan yang penting sekali ianya adalah Makanan Malaysia Halal. Makanan Malaysia, pasta segera atau instant pasta dan ianya amat mudah disediakan hanya mengambil masa 3 minit sahaja. Terdapat 3 jenis variasi menu masakan yang telah disediakan iaitu :-


1. Spaghetti Carbonara With Chicken


2. Spaghetti Bolognese With Chicken


3. Spaghetti Alio Olio With Chikcken



Apa yang Cik Ash tahu Spaghetti segera daripada Master Pasto ni mereka tidak menggunakan  perisa tambahan @ MSG, bahan pengawet dan paling penting tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Semua bahan-bahan telah disediakan di dalam pek ini menggunakan bahan yang segar dan telah dimasak dengan sempurna sebelum dipek ke dalam pek kedap udara. Untuk pengetahuan korang packinging spaghetti segera ni menggunakan flex packy dimana peknya yang selamat dan boleh dipercayai walaupun dengan suhu yang tinggi dan tekanan kuat penstrilan. Yang telah dibuat di kilang Lioco Food Industries Sdn Bhd Pulau Pinang, Malaysia.


Cara nak memasak spaghetti ni pun senang ada dua cara yang boleh kita gunakannya untuk memasak spaghetti ini iaitu :- 

1. Menggunakan Air Yang Sedang Mendidih



-Panaskan air sehingga mendidih 
- Setelah air mendidih masukkan flex packy ke dalam air yang mendidih tersebut. 
- Jangan  risau flexy packy tersebut tidak akan bocor atau cair. 
- Setelah direndam di dalam air mendidih selama 3 minit, bolehlah diangkat 


2. Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro 


- Masukkan ke semua flexy packy ke dalam bekas tahan panas. 
-Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 minit. 
- Keluarkan dan siap untuk dimakan. 

Spaghetti Bolognese With Chicken

Spaghetti Carbonara With Chicken

Apa yang penting korang tak perlu risau kerana produk keluaran Master Pasto ini dijamin halal dan setiap pek spaghetti ini terdapat logo halal. Untuk pengetahuan korang spaghetti ini adalah 100% produk Malaysia dan makanan siap yang pertama berada di Malaysia. Untuk peringatan buat korang kalau dan buka flex packy dan disimpan ke dalam peti sejuk hendaklah digunakan dalam masa 24 jam selepas buka. Lagi pulak flexy pack ini tidak sesuai untuk dipanaskan terus menggunakan ketuhar gelombang mikro dan ianya hendaklah dimasukkan ke dalam bekas tahan panas yang lain dulu sebelum dipanaskan. Sekiranya ada terdapat kebocoran pada pek flexy packy ini korang tak perlu nak gatal=gatal nak cuba makan produk yang dah tercemar tak elok dimakan.





Korang mesti tak sabar nak memcuba sendiri kesedapan spaghetti yang mudah di masak ni. Kita order online buat bayaran tunggu barang sampai depan rumah jer. Jangan lengah-lengah masa korang , cepat-cepat korang membeli secara online dengan melayari laman web Master Pasto di pautan yang Cik Ash sediakan di bawah ini. Klik jer dekat bawah ini :- 



#spaghettimasterpasto
#spaghetti3minit
#reviewcikash

Sunday, January 27, 2019

Resepi Kangkung Goreng Pedas

Resepi Kangkung Goreng Pedas | Siapa kat sini peminat makan sayur kangkung.  Hari ini Cik Ash nak kongsi dengan korang Kangkung Goreng Pedas. Biasa la rutin harian Cik Ash masak sarapan dan makan malam dekat rumah. Ada jer resepi yang nak kongsi dekat blog.


Tapi kan nak menulis satu entri resepi tu yang susah kena ada mood nak menulis. Tambah pulak Cik Ash loni tak boleh nak tengok blog sangat mata kena rehatkan sejak cermin mata rosak ni kena kurangkan tengok laptop tunggu cermin mata yang baru siap tak tahu bila. Jom la tengok resepi dekat bawah ini :-

Resepi Kangkung Goreng Pedas

Bahan- bahan 
Kangkung
2 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar 
udang
sos tiram
lada besar
kicap
secukup rasa

Cara membuatnya :- 

1. Bawang putih dan bawang besar , lada besar di tumbuk-tumbuk hancur. Cik Ash guna Tefal Manual Chopper

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar , lada besar sehingga garing sikit-sikit. 

3. Masukkan udang kacau-kacau hingga udang masak. 

4. Lepas tu masukkan sos tiram,kicap,sedikit secukup rasa, Cik Ash tak masukkan garam sebab dah letak sos tiram kan. 

5. Kacau-kacau hingga masak sebati dan boleh dihidangkan dengan nasi panas. 


Senang dan mudah jer cara Cik Ash masak Kangkung Goreng Pedas, Resepi campak-campak jer sebenarnya hahaha, sebab tu la nak taip entri kena ambik mood kan. So kalau korang yang nak memcuba resepi lain dekat blog ada menyediakan koleksi #dapurcikash nanti boleh la singgah baca resepi yang ada dekat sana ya.

Wednesday, January 23, 2019

Idea Hadiah Hari Lahir Daripada Printcoius

Idea Hadiah Hari Lahir Daripada Printcoius | Terfikir-fikir nak cari hadiah hari lahir untuk orang tersayang kita akan lebih bermakna apabila di sambut bersama dengan orang tersayang dan diraikan dengan memori yang indah dengan kenangan yang indah bersama mereka. 


Ada ke  yang sedang memikirkan nak mencari hadiah untuk di berikan kepada rakan-rakan ataupun saudara mara terdekat yang bakal menyambut hari lahir tak lama lagi. Mesti la korang dah terfikir nak beri hadiah apa? Mesti dah pening kan nak pilih barang apa meh sini Cik Ash bagi pendapat dekat korang semua mengenai satu laman web yang Cik Ash suka berurusan dengan pakar Printcious ini, Jom usha dekat bawah ini apa yang menarik ada di printcious korang boleh cuci mata dan buat lah pilihan hadiah yang sesuai. Cik Ash ingin mecadangkan beberapa barang yang menarik untuk hari lahir yang sesuai untuk semua golongan umur  antaranya ialah :

1.  Puzzle
puzzle

Puzzle juga bagus untuk dijadikan hadiah untuk suami,isteri, ibu bapa, gambar-gambar memori boleh diabadikan dalam keadaan puzzle nampak menarik kan  memang betul kualiti puzzle yang ada printcious sangat berpuashati saya dah ada satu koleksi. 

2. Cushions 

cushions
 3. Ceramic Tiles

Ceramic Tiles

Ceramic Tiles sesuai juga nak dihadiahkan sebabnya boleh diletakkan di atas meja sebagai hiasan. Korang boleh pilih nak design macam ner tak pun korang design sendiri dan abadikan gambar kenangan hari lahir di dalam ceramic tiles ini.

4. Mousepad 

mousepad
Mousepad ok gak dijadikan hadiah untuk hari lahir, hanya dengan design yang terdapat dalam mousepad tambah apa yang patut, siap design boleh terus cash out dan tunggu barang tu sampai rumah. hihihi.

5. Mug 




Terdapat dua Mug yang boleh kita pilih untuk dijadikan hadiah untuk di hari lahir  nanti, nak tengok contoh design colour mug boleh tengok dekat SINI. Manakala design untuk Magic Mug boleh tengok dekat SINI.

6. T-Shirt

t-shirt
T-shirt boleh juga dijadikan sebagai hadiah untuk lahir apabila orang pakai baju mesti akan ingat selalu kenangan hari lahir mereka dengan hadiah istimewa ni.

7. Canvas

canvas
Canvas juga satu ideal yang unik sebabnya canvas ini boleh dihiasi dengan pelbagai photo yang lawa-lawa ketika masa baby dijadikan kenangan yang terindah.


8. Apron
apron

Apron juga boleh dijadikan salah hadiah hari lahir kalau korang hadiahkan dekat perempuan boleh dijadi sebagai hadiah untuk mereka ketika memasak hidangan yang lazat di dapur dengan mengguna apron daripada printcoius.

Sebenarnya di printcious ni juga ada disediakan pelbagai koleksi hadiah untuk pelbagai hari iaitu Birthday,Wedding,Engagement,Annivesary, Graduation,Father day,Mother day,Valentians day, Chrimas dan New Baby dekat Printcious … anda boleh pilih untuk pelbagai sambutan tersebut dan pilih design yang disediakan ataupun nak hasilkan design kreaviti anda sendiri pun boleh… 

Ok la itu sahaja yang saya cadangkan untuk anda yang sedang mencari barang yang nak dihadiahkan kepada baby yang baru lahir cepat-cepat la usha Printcious sebab sekarang ada DECSALE code. Untuk maklumat lajut boleh berkunjung ke link seperti di bawah ini :-  



Twitter : @Printcious
Email : ask@printcious.com
Youtube : printcious-gifts
alamat :
No.30 Ground Floor,Jalan Tiara 4
Bandar Baru Klang,41150 Klang
Selangor D.E Malaysia


                     “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”

Daging Goreng Berempah Air Fryer

Daging Goreng Berempah Air Fryer | Loni mudah bila ada air fryer nak makan daging goreng masak guna air fryer jer. Tak payah nak kacau daging bagi masak sekata. hihihi. Senang dan memudahkan kerja Cik Ash. Hari ini Cik Ash nak kongsikan dengan korang masakan daripada #dapurcikash hihihi. Jom tengok cara nak membuat Daging Goreng Berempah Guna Air Fryer ni. 

Daging yang di goreng air fryer jadi sedap dan kita kurangkan pengunaan minyak bila buat Daging Goreng Berempah ni. Nampak basah jugak tak kering sangat.

Mesti korang tak sabar dah nak tengok cara Cik Ash masak Daging Goreng Berempah menggunakan air fryer ni kan. Jom la usha dekat bawah ni resepinya :- 


Resepi  Daging Goreng Berempah Air Fryer

Bahan-bahan
Daging
Rempah satay
kacang buncis
lada merah
1 labu bawang merah
1 bji bawang putih
1 inci halia
garam
secukup rasa 



Cara Membuatnya :- 

1. Mula-mula basuh daging dan hiris kecil-kecil. 

2. Hiris bawang merah, bawang putih, halia dan kacang buncis. 

3. Masukkan daging dalam bekas bulat gaulkan dengan rempah satay bersama dengan minyak masak 1 sudu besar ,garam dan secukup rasa bagi sebati. Perapkan selama sejam lebih gitu.

4. Gorengkan dalam air fryer dengan suhu 180 dan 10 minit pertama. kalau rasa nak garing lagi daging tambah dalam 10 minit lagi masa tu la Cik Ash masukkan bawang putih,bawang besar, halia ,kacang buncis dan lada merah gaul biar kata dan gorengkan dalam balik.

5. Tunggu sehingga daging masak dan berbunyi muzik tanda makanan kita goreng dah siap masak. 

Senang kan, itu jer cara Cik Ash buat simple dan senang hahaha.. Selamat memcuba kepada korang yang ingin memcuba buat Daging Goreng Berempah Air Fryer ni. Kalau rasa teringin nak tukar-tukar resepi lain boleh jer usha dekat koleksi masakan #dapurcikash.

Tuesday, January 22, 2019

Lagu Ost Kan Ku Kejar Cinta Kamu

Lagu Ost Kan Ku Kejar Cinta Kamu |  Memang Cik Ash bab kongsi lagu drama yang Cik Ash layan tak pernah tinggal. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen di entri Dapat Gift Nescafe Gold Dark Latte Dan Nescafe Original. Disebabkan ada yang cari lagu drama Kan Ku Kejar  Cinta Kamu dekat blog malam ni Cik Ash kongsi hihihi.. Entri ini sepatutnya publish siang tadi hahaha terlupa nak publish so Cik Ash kongsi malam jer ada ke yang sudi baca malam ni.



 
Seperti biasa la Cik Ash memang suka kongsi lagu-lagu yang terdapat dalam drama pujaan hati kanda  ni. Sebabnya selalunya ada yang mencari kan. Drama Pujaan Hati Kanda memang list Cik Ash layan la kadang tengok kat tv kadang tengok dekat tonton live. hahaha..

Di dalam drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu ni ada lagu-lagu yang best-best antara lagu yang best, rajin Cik Ash mencari lagu-lagu yang terdapat dalam drama ni. 

Lagu Tema 



Penyanyi : Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong 
Video :  https://www.youtube.com/watch?v=651UZzCdC6c

Di dalam drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu ni ada juga lagu-lagu sampingan. Antara-antara lagu sampingan itu boleh tengok dekat bawah ini :-  


Penyanyi : Fieya Julia - Perasaanku
Komposer: Amir Hariz
Lirik: Amir Hariz
Video :  https://www.youtube.com/watch?v=VTVcQ_AUejY
 
Itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa ada  dalam drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu ni, Kalau Cik Ash lagi lagu apa yang ada dalam drama ni Cik Ash update semula ya. Ok la lewat update blog biasa tak ingat hahaha...

Monday, January 21, 2019

Dapat Gift Nescafe Gold Dark Latte Dan Nescafe Original

Dapat Gift Nescafe Gold Dark Latte Dan Neccafe Original | Sebenarnya Cik Ash ni bukan peminat nescafe pun, tetapi aritu ada ternampak blog siapa entah kongsi dia dapat nescafe nampak macam teringin nak memcuba keluaran baru tu. Pada masa itu Cik Ash terus request sample tu.


Punya lama menunggu Nescafe Gold Dark Latte Dan Nescafe Original ni sampai ke pintu rumah Cik Ash, jeles pulak ramai yang dapat, kalau tak silap isi form ni pada puasa tahun lepas hahaha lama sangat nak sampai ke rumah ni. Cik Ash dapat produk pada 2 Januari aritu hari ini sempat nak kongsikan dekat blog. 

Cik Ash dah cuba minum nescafe gold Dark Latte tu boleh diterima tekak Cik Ash, tapi ada masalah sikit bila minum nescafe ni kan kepala jadi pusing hahaha, memang Cik Ash ni alahan pada nescafe la kut.

#dearnestle


So kepada korang nak jugak dapat produk daripada nestle ni boleh la register dekat SINI. Macam-macam ada barang yang akan di update dekat facebook #dearnestle ni. 

Ok la korang itu jer yang Cik Ash nak kongsi dengan korang semua mengenai gift yang Cik Ash dapat hihihi.. jumpa lagi nanti dientri yang lain ya.

Sunday, January 20, 2019

Kekal Wangi Yang Romantis Dengan Gel Mandian ENCHANTEUR Paris Baharu

Kekal Wangi Belaian Romantis Dengan Gel Mandian ENCHANTEUR Paris Baharu | Enchanteur dengan Cik Ash memang tak pernah berpisah sebab Cik Ash adalh seorang pengguna tegar jenama ni. Bila dapat tahu Enchanteur ada mengeluarkan satu produk Gel Mandian Enchanteur Paris begitu teruja ingin memcuba sendiri dan alami pengamalan yang menenangkan jiwa selepas menggunakannya. 

Kekal Wangi Yang Romantis Dengan Gel Mandian ENCHANTEUR Paris Baharu


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris baharu ~ Belaian romantis mandianmu

Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejaki kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.


Enchanteur
Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya kebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk di saat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terpeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepajang hari. 





Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris.  Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan  deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya, menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.



Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri. 




Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Showel Gel :- 


1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin) 


Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan. 


2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)


Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual. 


3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Adore Soothe dan Care (Menenang & Melega) 


Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk. 


Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari. 



Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.


ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, megikuti peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. 

Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.

Saturday, January 19, 2019

Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2018

Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2018 | Setelah 12 minggu bertanding akhirnya terjawab sudah pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2018 pada malam tadi. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsAk9M9nbO3dQm8qyJtoqaZcEUH3E7K1_Slpw4MBdaY1l8cJVh-PdF-72-i2f_-iyVf_ua73P8j55zwCOivUlw-nXKq3UNiZG14jQthnS7au2qug-2JgeD-s_0uSVCDnlkziGfqvyj0zF8/s1600/MLMlogo.png 


Maharaja Lawak Mega 2018 Final telah berlangsung di  Dewan Teater Selangor, Shah Alam serta turut disiarkan secara langsung di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (134).Antara perserta yang bertanding pada malam final Maharaja Lawak Mega 2018 bersaing untuk bergelar Juara pada malam ni ialah Bocey, Zero, Shiro, Puteh dan Taman. 

Keputusan undian peserta malam ni diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian penonton dari aplikasi Tik Tok. Untuk Tema tahun adalah "Sarkas". 

Untuk persembahan mereka malam ni bertemakan Muzikal & Bebas, bagi Cik Ash tengok siaran langsung rasa ada kekurangan sikit bab nak gelak, tak boleh nak move on konsert ke 11 aritu semua perserta minggu tu buat yang terbaik. Untuk malam ni agak kurang memuaskan la sikit. Tapi ada jugak yang boleh buat Cik Ash tergelak sikit.

Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2018

Juara - Shiro membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta trofi. 

Naib Jura - Bocey membawa pulang wang tunai RM250,000 berserta trofi

Tempat Ke 3 - Zero membawa pulang wang tunai RM150,000 berseta dengan trofi.

Tempat ke 4 -  Puteh membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta dengan trofi. 

Tempat ke 5 - Taman membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta dengan trofi.

Sebenarnya keputusan pemenang pada malam ini tekaan Cik Ash semuanya betul dan tepat. Memang dah nampak astro dan pengundi tik tok nak Shiro menang. Bagi peluang dekat mereka menang kan. Dah tertulis rezeki Shiro malam ni tahniah buat Shiro. Tak lupa tahniah kepada semua pemenang lain. Bukan senang nak jadi pelawak selama 12 minggu nak bagi orang ketawa. Cik Ash kalau ikut bukan peminat tegar Maharaja Lawak Mega pun disebabkan join Mak Mentua dan suami tu yang terlayan. hihihi.

Ok la korang sempat lagi update masa ni nak update keputusan penuh pemenang Maharaja Lawak Mega 2018. Jumpa lagi di entri yang lain.