Monday, December 31, 2018

Best Nine Instagram 2018

Best Nine Instagram 2018 | Ramai tengok orang duk kongsi pasal best nine Instagram ni, so Cik Ash salah seorang yang terjerebak buat gak benda alah ni. Best nine ni adalah koleksi gambar-gambar di instagram yang mendapat beberapa like daripada rakan follower yang kita ada.


best nine
Best Nine Instagram 2018

Best nine ni hanya untuk kegunaan instagram jer pun, kalau teringin nak juga buat benda ni korang kena ada account instagram lepas tu boleh ikut cara nak buat dekat blog  Cara Buat Best Nine by Rodiah Amir .



Hasil yang Cik Ash buat Best Nine Instagram 2018 adalah nampak disitu paling banyak yang like tentang menu masakan daripada #dapurcikash, manakala yang dapat like antaranya post gambar untuk job review. 

Korang dah buat Best Nine Instagram 2018 ni, kalau belum lagi boleh buat malam ni sempat lagi sebelum melangkah tahun 2019. hihihi.. 

Ok la Cik Ash nak out dulu, nak siapkan makan dinner untuk suami malam ni hihihi, jumpa lagi esok ya entri baru.

Ayam KFC Spicy Gochujang Crunch

Ayam KFC Spicy Gochujang Crunch |Punya lama entri makan dekat kfc duk peram dalam draf hari ini baru kongsi dekat blog hahaha.. Buat macam mana bila taip entri mesti tertidur depan laptop hahaha.. Penyakit apa la setiap kali taip entri tertidur kerjanya. 

KFC Tesco Kulim

Sebenarnya dah lama Cik Ash makan dekat KFC  menu baru yang tengok buat iklan dekat TV tu, memang setiap kali ada menu terbaru tak pernah mish akan memcuba. Untuk kali ini Cik Ash memcuba menu baru Ayam KFC Spicy Gochujang Crunch. KFC dengan suami Cik Ash tak kan berpisah mesti dia akan bawa Cik Ash makan dekat sana apabila lepas shopping barang dapur dekat tesco setiap sebulan sekali hihihi. 
Review Cik Ash mengenai Ayam KFC Spicy Gochujang Crunch ni rasanya ayam korea ni bagi Cik Ash tak ada pedas pun, pedas biasa-biasa jer pun, boleh diterima makan tanpa sos lagi sedap sebab ada Crunch tu. Untuk cheese tu agak kurang bagi Cik Ash dan suami dia kata lepas makan tu tekak dia jadi loya nak muntah. Pertama kali suami Cik Ash makan ayam KFC nak muntah hahaha.. Bagi kami suami isteri Ayam KFC Spicy Gochujang Crunch  tidak sesuai untuk kami, kami lebih sukakan ayam biasa dengan sos cili jer. hihihi.

Ayam KFC Spicy Gochujang Crunch
Eh jangan disebabkan Cik Ash kata ayam terbaru tak kena dengan selera Cik Ash  ada yang tak pergi cuba makan Ayam KFC Spicy Gochujang Crunch ni, kalau  korang ni memang pengemar cheese memang sesuai la cuba ayam terbaru ni. Tambah kalau korang suka layan korea drama, apa-apa jer pasal korea boleh cuba menu ni boleh berangan-angan makan di korea tak gitu. hahaha.. 

Ok la korang semua itu jer sebenarnya Cik Ash nak kongsikan dapat makan Ayam KFC Spicy Gochujang Crunch ni. Nanti kalau ada masa lagi Cik Ash kongsikan banyak cerita dekat blog ni.

Sunday, December 30, 2018

Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku

Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku | Kemain tajuk entri Cik Ash kan, sebenarnya pertama kali Cik Ash masak pajeri nenas ni atas permintaan Ibu Mentua Cik Ash dia teringin nak makan pajeri nenas siap buat permintaan dekat Cik Ash kalau rajin mok teringin nak makan pajeri nenas.

Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku

Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku ni pertama kali Cik Ash buat selalu mok nak makan dia akan suruh kakak ipar Cik Ash masakkan hihihi, untuk kali ini ibu mentua buat permintaan dengan menantunya pulak, mujur la Cik Ash pernah buat pajeri terung sebelum ni ingat resepi tu jer sama jer cara buat. 

Mesti korang tak sabar nak tahu resepi Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku kan jom la lihat dekat bawah ini Cik Ash nak kongsikan apa bahan-bahan yang perlu kita sediakan untuk buat pajeri nenas ni.
Pajeri Nenas

Resepi Pajeri Nenas 
Oleh : Cik Ash

Bahan-Bahan 
Nenas - dibersihkan dan dihiris-hiris
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sudu besar gula
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc secukup rasa
santan secukupnya
kerisik
minyak masak
3 sekawan (cengkih,kulit kayu dan bunga lawang)
3 sudu rempah kari ( bancuh dengan air)

Cara membuatnya :-
1. Memulakan kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan kisar dan 3 sekawan hingga berbau wangi.
3. Apabila bahan tumis dah kekuningan masukkan serbuk rempah kari yang telah dibancuhkan dengan air sedikit.
4. Kacau rempah sehingga  masak dan pecah minyak.
5. Kemudian masukkan hirisan nenas dan biarkan hingga nenas masak dan sebati dengan rempah.
6. Apabila dan sebati bolehlah masukkan kerisik tu agak-agak korang la ya.
7. Masaklah sehingga kuah sedikit pekat nak cair pun boleh. Cik Ash terlebih pekat sikit. terpulang pada selera korang la ya kalau nak buat nanti.
8. Siap boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Buat pajeri nenas ni dapat pujian daripada suami dia kata rasa pajeri nenas semua rasa ada tapi kuah terpekat sikit kalau cair lagi sedap hihihi, mak mentua pun ianya jer suami cakap. Tak pe boleh tambahkan air nanti nak cairkan.

Ok la selain resepi Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku, Cik Ash turut kongsikan resepi-resepi lain kalau tengok koleksi resepi boleh terjah koleksi #dapurcikash ya. Banyak pengkongsian koleksi masakan Cik Ash buat.

Friday, December 28, 2018

Selamat Pagi Jumaat

Selamat Pagi Jumaat| Hari Jumaat terakhir di bulan Disember di tahun 2018 , 2 hari  dah masuk tahun baru 2019 dah.  Sekejap jer rasa permulaan tahun ni dah nak habis dah..

Selamat Pagi Jumaat

Alhamdulilah setelah seminggu tanpa update entri dekat blog gara-gara streamyx dekat rumah ni problem. Mati kutu Cik Ash seminggu tak boleh nak tengok blog pv jatuh teruk hahaha... Pagi ini seperti biasa la rutin Cik Ash setiap jumaat memang busy la sikit. Sebab tu karang entri ni siap-siap waktu dan publish waktu bila nak.

Seperti biasa pagi jumaat ni Cik Ash dan suami pergi pasar minggu dekat taman ni nak cari lauk, sayur ke, apa-apa barang yang nak buat stock untuk seminggu makan. Nak buat macam mana Cik Ash tak pandai nak memandu pergi beli sendiri hihihi.

Waktu jumaat la Cik Ash dapat peluang cuci mata nak pergi tengok dunia luar hahaha, nak buat macam mana suami kerja sokmo tak sempat nak pergi mana-mana. Hihihi. Bagi Cik Ash suami bawa pergi shopping barang dapur dah cukup gembira. 

Ok la korang itu jer update pagi ini nak bagitaw Internet streamyx Cik Ash dah kembali pulih dan semoga diberikan mood dan kesihatan yang baik untuk menulis entri di tahun baru akan datang semoga bertambah rezeki untuk menulis lepas ni.

Thursday, December 27, 2018

Drama Aku Cinta Dia

Drama Aku Cinta Dia | Siapa kat sini peminat pelakon Aiman Hakim mesti akan layan drama ini kan, tambah ada pulak heroin pelakon dari seberang yang kian popular mencipta nama di Malaysia iaitu Hannah Delisha. 

Aku Cinta Dia

Drama Aku Cinta Dia diarahkan oleh pengarah Bahri Umar dan merupakan terbitan syarikat Sapphire Screen Sdn Bhd. Telah ditayangkan pada 26 Disember 2018 bermula jam 9.00 malam setiap hari Rabu hingga Jumaat. Drama ini mempunyai sebanyak 20 episode.

Antara pelakon yang membarisi Drama Aku Cinta Dia ini ialah Hannah Delisha (Laila) , Aiman Hakim (Affan), Nadia Brian (Sarina), Ikmal Amry (Akbar), Fahad Iman (Ikhwan), Hafiz Bahari (IIi), Catriona Brian Ross (Puan Zaity), Fauzi Nawawi (Dr Azhar), Nasz Sally (Bib), Elly Mazlein (Rima), Raja Hakim, Zul Huzaimy (Luq), Yuna Rahim (Isya) dan Natasha Elyzza (Ariana).


Sinopsis Drama Aku Cinta Dia

Drama ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Laila yang meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya Ikhwan telah putus di tengah jalan.

Kerana peristiwa itu Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia jua terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya. 

Semasa di Amsterdam, Laila tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila. Setelah itu dia mendapatakan tempat tinggalnya untuk keluar bersiar-siar.  

Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku. 

Pertemu Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina yang telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat. 

Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut. 

Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ni mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan. 

Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan. 

Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam? 

Ok la, bila baca sinopsis Drama Aku Cinta Dia ni nampak macam best tak sabar nak tahu kesudahan drama ini macam mana. Boleh masuk list drama ni nak layan. Cik Ash sempat layan drama dekat online jer pun.

Entri Terbaik November 2018

Entri Terbaik December 2018 | Sekejap jer rasa dah tak lama dah nak habis bulan Januari kan, Terima kasih kepada korang yang sudi baca entri sebelum ni. Seperti biasa la bila masuk bulan baru ni rutin Cik Ash akan update entri terbaik dekat blog ni.



Pada bulan December aritu Cik Ash punya entri sebanyak 22 entri.Sekarang ruang nak menulis ada jer tapi susah sikit mata tak berapa clear dengan cermin mata belum berganti hihihi. Antara entri terbaik yang terdapat di dalam blog Cik Ash jom baca dan tengok entri mana paling ramai orang view. 

1.  Lagu Ost Drama Seribu Rindu - Gigih Cik Ash cari satu-satu lagu yang ada di dalam drama seribu rindu. Lagu yang disenaraikan semuanya best-best sangat.

2. Drama Kasih Di Wajahmu - Drama ini dah lama main dekat TV1 tak silap Cik Ash pada tahun 2017. Tertiba view ramai yang cari rupanya drama ini di ulang tayang semula. Drama ni ada mesej yang disampaikan.

3. Pengalaman Menjadi Dj Radio Dan Blogger - cerita daripada luahan hati pengalaman dj dan blogger.

4.Blender Shimono Dah Rosak - setelah 3 tahun guna blender tamat riwayatnya..

5. Resepi Timun Tumis Air -entri resepi paling popular orang cari. Dah cecah 4k view. berada di carian pertama page google alhamdulilah.

6. Mini Stationery Giveaway - saja-saja suka join giveaway tapi ni giveaway dah lama join hahaha

7. Hello Ogos 2017 - entri ucapan tahun 2017 pun ada masih mencari hahaha...

8.Hobi Baru Tanam Pokok Bunga - Alhamdulilah hobi baru masih bertahan sampai kini.. tengok pokok berbunga bahagia rasa hahaha...

9. Tempahan Design Watermark Lokmanamirul- Tak sangka design watermark ni ada yang cari. Kalau ada sesiapa nak tempah dengan boleh jer. Cik Ash sentiasa on kalau ada yang nak tempah.

10. Dapat Blender Baru Hadiah Suami Bagi- Hadiah akhir-akhir tahun suami bagi hihihi.. alhamdulilah memudahkan kerja Cik Ash di dapur. 

Ok la korang itu jer antara entri terbaik untuk December 2018. Jemput la baca entri di atas hihihi..

Wednesday, December 26, 2018

Wafer Nabati Perisa Pink Lava

Wafer Nabati Perisa Pink Lava | Assalamualaikum...Hai semua, terima kasih yang sudi memberi komen dekat entri sebelum ni. Banyak hari blog tak  dapat nak update gara-gara internet dekat rumah problem loni..  Ni pun guna data sekejap terupdate entri malam ni. Tu pun sebab tertekan publish hahaha..
Wafer Nabati Perisa Pink Lava
Sebelum ni Cik Ash ada kongsi pernah makan nabati perisa coklat, cheese dan tak sangka pulak nabati ada buat keluar perisa terbaru iaitu Wafer Nabati Perisa Pink Lava.Tengok packing nabati terbaru Memamg lawa la sesuai sangat gabungan warna hijau dengan pink  hihihi..

Memang best makan Wafer Nabati Perisa Pink Lava ni rasanya seperti kita minum air bandung, lagi pulak perisa ni tak manis, yang penting  ibu mentua suka dengan wafer ni, kalau bagi yang perisa cheese aritu dia agak kurang gemar,  bila bagi yang ini dia kata sedap la wafer ni,  tak manis.  Nanti boleh beli pulak ni.

So kepada korang yang teringin nak memcuba makan Wafer Nabati Perisa  Pink Lava ni boleh la dapatkan di kedai-kedai runcit ataupun pasaraya berdekatan korang ya.

Ok la korang  semua  Cik Ash nak stop dulu menulis nanti internet dekat rumah dah pulih nantikan entri  bertingkat-tingkat ya. Jumpa lagi nanti.

Sunday, December 23, 2018

Peningkatan Pengguna e-Wallet di Malaysia Menurut Carousell Survey

Peningkatan Pengguna e-Wallet di Malaysia Menurut Carousell Survey |
Carousell, salah satu pasar terbesar dan iklan yang paling pesat berkembang di dunia, menjalankan kajian dalam apl sambutan sukarela di e-dompet dengan pengguna di Malaysia baru-baru ini dan mendapati bahawa terdapat satu kumpulan yang menyimpan lebih daripada RM250 dalam e-dompet mereka. Ini membuktikan terdapat satu segmen yang agak besar dari pengguna e-wallet kerap.

- Lebih 50% daripada Carousellers adalah pengguna E-Wallet 
- GrabPay, Touch n 'Go eWallet, dan Boost Lead Pek
Kami hadir analisis menarik persepsi dan penggunaan tabiat pengguna Malaysia kami 'e-dompet, dari berapa ramai yang menggunakan mereka untuk jumlah apungan mereka terus mereka. Kami juga melihat sebahagian daripada e-dompet lebih popular termasuk, GrabPay, Touch n 'Go eWallet dan Boost, "kata Tang Siew Wai, Ketua Negara Carousell Malaysia.
e-wallet 1

e-wallet 2

Tentang Carousell
 
Carousell adalah pasaran Iklaneka yang membuat menjual semudah mengambil foto, membeli semudah berbual. Dilancarkan pada bulan Ogos 2012, Carousell bermula di Singapura dan kini mempunyai operasi di tujuh pasaran di seluruh Asia. Dengan lebih daripada 171 juta penyenaraian, kami adalah salah satu pasar terbesar dan yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong, dan disokong oleh Rakuten Ventures, Sequoia India, 500 Startups, Golden Gate Ventures, DBS dan EDBI. Di Malaysia, Carousell mempunyai rangkaian produk yang luas dalam 34 kategori, termasuk fesyen dan kecantikan, alat gaya hidup dan muslimah fesyen. Muat turun aplikasi untuk iOS atau Android , dan melawat www.carousell.com untuk maklumat lanjut.

Thursday, December 20, 2018

Kerabu Taugeh Simple

Kerabu Taugeh Simple | Assalamualaikum...Hai hari ini terlewat update biasa la selesaikan kerja hakiki dekat rumah dulu hihihi.. terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Hobi Baru Tanam Pokok Bunga. 
Kerabu Taugeh Simple

Sebenarnya Kerabu Taugeh Simple ni Cik Ash dah lama buat hihihi, nak share dalam blog yang kemalasan sikit biasa mood nak menulis sejak dua mejak entah lari kemana.  

Tambah koleksi resepi daripada #dapurcikash hihihi, cara buat kerabu taugeh simple sangat mudah dan senang. tak susah pun nak buat. jom la usha resepi dekat bawah ni Cik Ash nak kongsikan.

Resepi Kerabu Taugeh Simple

Bahan-bahan
Taugeh 
5 ekor ikan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
Kelapa 
2 sudu besar serbuk LIME knorr
2 sudu kfc garam
2 sudu kfc secukup rasa
2 cawan santan

Cara membuatnya :-

1. Ikan direbus terlebih dahulu lepas itu tumbuk

Ikan rebus

2. Tumbuk Bawang putih, Bawang merah dan halia sampai lumat...

Bawang ditumbuk
3. Selepas dah rata boleh tuangkan santan dan sebelum tu tumbuk kelapa yang digoreng kerisik ke dalam mangkuk yang kita gaul tadi.


santan dan kerisik

4.Perasa garam,gula dan ajinamoto dah OK boleh dihidangkan bersama nasi panss2 taw..dalam kerabu ni Cik Ash tambah  serbuk pati LIME knorr penganti limau nipis. hihihi.

Makan kerabu taugeh simple ni tak ada lauk lain pun tak pe memang membuka selera bila makan nasi bertambah tak perasan langsung. Kalau korang ingin memcuba resepi di persilakan la ya.Untuk tengok versi kerabu yang lain boleh baca dekat entri ini Kerabu Pauh a.k.a Mangga, Resepi Kerabu Belimbing Buluh, Resepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Tere,Resepi Kerabu Buah Gajus,Resepi Kerabu Ayam Tomato, Kerabu Pucuk Paku Pakis.

Tuesday, December 18, 2018

Hobi Baru Tanam Pokok Bunga

Hobi Baru Tanam Pokok Bunga | Assalamulaikum... Hai korang semua, terima kasih kepada korang yang memberi komen dekat entri yang sebelum ni. Hari ini Cik Ash nak kongsi cerita dengan korang mengenai Hobi Baru Tanam Pokok Bunga.



Sejak balik kelantan bulan 10 aritu , hobi baru Cik Ash nak tanam pokok bunga, harap hobi ini kekal sokmo la ya, ma Cik Ash dia ada bagi 3 pokok hiasan hahaha, ambik jer la, sebenarnya Cik Ash bab tanam pokok sekerat jalan hahaha, sebab bukan hobi. Loni sejak ada pokok dah macam hobi pulak, setiap hari mesti bangun pagi dan petang rutin harian Cik Ash mesti siram pokok bunga ni. Setelah 3 bulan duk jaga letak baja akhirnya pokok dah berbunga buat pertama kali,  lawa sangat warna purple,suka sangat sebab ma tahu anak dia ni minat warna purple hihihi. 

Bunga Purple ini Cik Ash tak tahu nama pun pokok apa, ramai yang bertanya bila Cik Ash post dekat facebook, untuk memastikan bunga apakah ni, Cik Ash pun buat research dekat google mencari maklumat mengenai pokok bunga yang dimaksudkan tu. Pokok bunga yang Cik Ash tanam ada dua jenis. Nama bunga yang Cik Ash jumpa ialah Ruella Simplex ataupun biasa dikenali sebagai "Purple Shower" bunga ini berasal dari Amerika Selatan dan kini banyak ditanam di Malaysia sekarang. 


Bila tengok pokok ini berbunga sejuk mata memandang sebab warna purple kan Cik Ash memang minat purple hahaha, tak boleh tengok warna purple mesti suka. Manakala yang bunga kecil-kecil tu Cik Ash tak jumpa pulak nama apa.. hihihi..  Pokok bunga dia berbunga dia luruh lepas tu berbunga balik memang macam tu la kut sebab tanya ma dia cakap begitu hahaha.

Ok la korang semua itu yang Cik Ash kongsikan dengan korang mengenai hobi terbaru Cik Ash iaitu tanam pokok bunga hihihi.. Jumpa lagi nanti di entri yang lain..

Monday, December 17, 2018

Drama Kan KuKejar Cinta Kamu

Drama Kan KuKejar Cinta Kamu | Assalamualaikum...Terima kasih kepada korang pertama kali singgah baca blog ni. Hari ini Cik Ash nak sharing drama yang bakal mengantikan Isteri Bukan Untuk Disewa. Tengok iklan macam menarik jer drama ni.. Nanti boleh masuk list layan drama ni. 



Drama Kan Kukejar Cinta Kamu akan mula ditayang pada 17 Disember 2018, iaitu malam ni pada jam 10.00 malam. Gandingan dua pelakon Amyra Rosli dan Fendy Bakry. Drama ini merupakan adaptasi novel tajuk yang sama.

Drama Kan Kukerja Cinta Kamu ni merupakan terbitan syarikat Global Station Sdn. Bhd dan arahan Pengarah Yusry Abdul Halim. Sebanyak 28 episode.
 
Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu
Antara pelakon yang menjayakan watak dalam Drama Kan Kukerjar Cinta Kamu ini ialah Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari.


Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu

Alma ( Amyra Rosli ) dan Raiyan ( Fendy Bakry ) bertemu ketika bersama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga mereka sebelum kembalinya ke tanah air.

Nek Bonda ( Delimawati ) yang digelar ‘Hitler’ orang berkuasa dalam keluarga Raqibmengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila ( Elya Miera ) untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahukan Alma berkahwin dengan Huzail ( Hafidz Roshdi ), anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Apakah bakal terjadi dalam drama ni sesama la kita tengok nanti ya. hahhaha.. novel dia Cik Ash belum baca lagi.. Nanti nak usha dekat online ada rasa la. Ok la korang semua jumpa lagi ya.

Sunday, December 16, 2018

Dapat Blender Baru Hadiah Suami Bagi

Dapat Blender Baru Hadiah Suami Bagi | Assalamualaikum... Terima kasih kepada korang yang sudi komen di entri Wet Food Untuk Kucing Kesayangan. Sebelum ni Cik Ash pernah update mengenai blender yang Cik Ash guna dari tahun 2015 telah rosak. 


Hari  jumaat aritu suami belikan Cik Ash blender baru hihihi, kesian dekat isteri la duk menumbuk dengan lesung batu. Suami pernah tanya nak blender dalam online lagi ke nak beli di kedai barangan elektrik. Cik Ash bagitaw kali kita beli di kedai jer la nak cari  harga yang mampu milik. So suami bersetuju.. Hari jumaat aritu pergi cari dekat giant berjam-jam gak pilih sambil-sambil carikan kasut kerja suami hihihi.

blender elba
Hunjung tahun banyak barang yang tengah promosi kan, so pergi la Giant tengok bahagian barangan elektrik ada macam-macam blender pening nak pilih hihihi, usha harga dan blender akhirnya kami pilih blender jenama Elba harga sebenar RM89.90 promosi jadi RM69.90. Setakat pengunaan blender ni bunyi tak kuat sangat slow jer.Berhati-hati Cik Ash guna biasa la blender baru kan hahaha, takut la nak lasak-lasak ni nanti cepat rosak pulak hahaha..

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak bagitaw happy bila suami belikan blender baru hihihi...Jumpa lagi nanti entri yang lain.

Friday, December 14, 2018

55 Hari Segmen Bloglist #2 2019 Nurul Najihah

55 Hari Segmen Bloglist #2 2019 Nurul Najihah | Assalamualaikum.. Hai korang terima kasih sudi singgah membaca di blog Cik Ash ni, 2 hari tak update blog gara-gara sibuk urusan hakiki hihihi. Hari ini ada kerja nak pergi cari lauk pauk untuk seminggu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBwiUjB5AZLSB4a8xlOUiwdKFN77yW-oa0grqzrvrk-i5RnAW0PhY3im4zi6Af_M_BHI81BJAJF5RhUIi3Hd1JSI_Ku2rY3yi38z0zn_yFoG2ZEHR0jEFPUasePajrDpkdK8HtqG2-03RJ/s1600/111.PNG 


Awal update terlebih rajin la hahaha, pagi jumaat ni Cik Ash join segmen blogger. Jom sesama meriahkan segmen ni. Mana la taw ada rezeki tersenarai ke kan.  

So kepada yang nak join segmen sila klik banner dekat atas tu, syarat untuk join cukup mudah jer. Ok la entri ringkas jer hari ini tak ada panjang hahaha... Jumpa lagi nanti ya.

Tuesday, December 11, 2018

Wet Food Untuk Kucing Kesayangan

Wet Food Untuk Kucing Kesayangan | Assalamuaalaikum... Hai korang semua, Terima Kasih kerana memberi komen dekat entri sebelum ni.


Sebenarnya dah lama Cik Ash buat Wet Food Untuk Kucing Kesayangan Cik Ash ni 17 November yang lalu, hahaha, bulan ni baru menyempat nak kongsikan dekat blog biasa la keadaan yang tak mengizinkan nak menaip entri dekat blog dengan tangan kadang ok kadang tak. Sebab loni Cik Ash dah jarang nak aktif facebook dan blogwaking kadang-kadang yang mana sempat jer.

Minta maaf la kalau ada status facebook, ig dan blog Cik Ash terlepas pandang komen, hanya mampu like support jer. Kalau ada nampak komen tangan ok la hihihi. Entah nape tangan lasak sangat buat kerja rumah kut jadi sakit hihihi. Nak pergi klinik tak berani hahaha takut fobia dengan kisah duk lama dalam hospital aritu. 

Eh terlebih kongsi pasal tangan pulak kan, sebenarnya Cik Ash nak kongsi yang Cik Ash ada buat Wet Food Untuk Kucing Kesayangan Cik Ash dekat rumah ni. Resepi tengok dekat google jer aritu. Tapi dia buat banyak pulak. Cik Ash buat sikit takut nak buat banyak nanti tak pasal-pasal kucing kat rumah ni tak makan rugi la hahaha.


Apabila buat aritu bagi makan kat mekcik ni berselera la pulak dia makan sampai tak cukup makan pulak tu. Nanti boleh buat lagi sekali dekat dia. Bagi selera sikit makan. Ok la korang semua jumpa lagi nanti. Terima kasih sudi baca entri ni.

Monday, December 10, 2018

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom.

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom | Assalamualaikum... Hai korang semua , Terima kasih kepada korang yang komen dekat entri Eh Ada On Going Iklan Nuffnang. Sebenarnya malam ni Cik Ash saja-saja santai malam nak join segmen daripada blogger Mamapipie. 

http://www.mamapipie.com/2018/12/pencarian-bloglist-2019-mamapipiedotcom.html

Nampak dia ada kongsi dalam satu group malam ni ada free sikit join la segmen yang beliau buat ni. Lagi pulak syarat dia senang jer nak join. Mana taw join segmen ni dapat masuk dalam senarai bloglist mamapipie alhamdulilah boleh blog Cik Ash ni dikenali orang. hihihi..

So kepada yang nak join segmen ni boleh la klik banner dekat atas tu ya, Tarikh tutup segmen ni sehingga 31 Disember 2018. Ok la korang Cik Ash nak out dulu nak pergi layan filem The Princess Switch dulu.

Eh Ada On Going Iklan Nuffnang

Eh Ada On Going Iklan Nuffnang | Assalamualaikum... Hai korang terima kasih yang baru singgah baca di Blog Cik Ash ni, Kepada korang komen dekat entri sebelum ni terima kasih banyak-banyak. 

CPUV Nuffnang

Rasa agak lama dah Cik Ash tak sharing pasal nufnnang, sebab dah lama Cik Ash tak buka nuffnang ni, baru-baru ni rasa nak buka hihihi, eh terkejut Cik Ash tengok kat bahagian earning ada CPUV On Going untuk tarikh 8 November dan 7 December 2018, akhir-akhir tahun baru ada iklan selama ni menyepikan diri jer pun hahaha.. 

Iklan CPUV On Going itu adalah Cadbury Lickables dan Caltex- CCW3 Sustenance. Dah lama rasa tak cash out nuffnang last bulan 3 aritu hihihi. Harap lepas ni lebih banyak iklan nuffnang bergayut-gayut dekat blog Cik Ash ni.Terima Kasih kepada nuffnang kerana bagi iklan dekat blog Cik Ash nanti bagi banyak-banyak lagi.. hahaha. 

Ok la korang semua itu jer Cik Ash update entri dekat blog untuk bagitahu Eh Ada On Going Iklan Nuffnang. Jumpa lagi nanti dientri yang lain pulak.

Sunday, December 9, 2018

Daging Goreng Black Paper Simple

Daging Goreng Black Paper Simple  | Assalamualaikum... Selamat pagi korang semua terima kasih yang baru singgah baca blog Cik Ash ni, Terima kasih juga pada yang komen entri Cik Ash sebelum ni.

Daging Goreng Black Paper Simple

Rasanya dah lama Cik Ash tak update resepi daripada #dapurcikash dekat blog ni kan, hahaha nak buat macam mana masak rajin nak buat entri jer malas sekarang. Daging Goreng Black Paper Simple ni Cik Ash buat dah lama  baru nak kongsi hari ini hahaha.. Spontan jer buat resepi ni pening tahu nak masak untuk bekalkan dekat suami hihihi setiap hari. 

Cara masak dia pun Cik Ash buat campak-campak jer hahaha, mujur sedap lauk ni suami kata,biasa la sekali sekala ubah selera suami kata. Jom kita tengok resepi ni dekat bawah ini :-


Daging Goreng Black Paper Simple

Resepi Daging Goreng Black Paper Simple

Bahan-bahan 
Daging
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - di hiris
1 biji cili besar
1 sudu kfc serbuk kunyit
1 batang serai - diketuk
tomato ceri
sos tiram
serbuk lada hitam
kacang buncis 
garam
secukup rasa
minyak masak

Cara Membuatnya :-
1. Rebus daging hingga empuk. 
2. Bila air rebusan daging dah kering boleh masukkan minyak, serbuk kunyit , kacau lepas itu masukkan bawang putih dan serai. 
3. Lepas tu masukkan sos tiram,blackpaper sauce dan serbuk lada hitam dan lepas kacau hingga sebati. 
4. Lepas tu masukkan garam dan secukup rasa.
5. Masukkan kacang buncis, bawang besar dan cili besar.
6. Siap boleh dihidang dengan nasi panas. 

Senang tak resepi Daging Goreng Black Paper Cik Ash kongsikan ni, selamat memcuba resepi ni.. Kalau korang nak memcuba resepi lain boleh tengok di koleksi #dapurcikash.

Thursday, December 6, 2018

azyyatiliah.com Giveaway 2018 | Win Duck Card Holder

azyyatiliah.com Giveaway 2018 | Win Duck Card Holder | Assalamualaikum... Hai korang terima kasih masih ada yang baca entri dekat blog ni. Saja-saja santai pentang Cik Ash join giveway jer. Support rakan blogger.

 

Tak pernah pakai jenama Duck ni, hahaha, mana la tahu ada rezeki join dapat ke alhamdulilah.  Jom memeriahkan giveaway ini. 

Giveaway ni bersempena dengan besday azyyatiliah Cik Ash bagi kad besday awak. 


Nak join sila klik banner di atas tu. Tarikh tutup penyertaan lambat lagi sehingga 31 Januari 2019.

Blender Shimono Dah Rosak

Blender Shimono Dah Rosak | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, harap semuanya sihat  walafiat. Hari ini nak kongsi dengan korang semua pasal life Cik Ash jer. Terima kepada korang yang memberi komen di entri OST Lagu Drama Seribu Rindu.

Baru-baru ni Cik Ash ada nak blender lada kering nak buat sambal tumis telur rebus  tu dalam duk blender tu tertiba bunyi benda patah hahaha, apabila tengok dalam blender kat bahagian tengah dia dah tertanggal siap patah dua. Nampak sangat Cik Ash selalu masak guna blender hahaha, memang jarang nak pakai lesung batu sejak ada benda ni..


Blender Shimono ni Cik Ash beli pada tahun 2015  lagi.. setakat menggunakan ok jer memudahkan kerja Cik Ash didapur tak payah nak guna lesung batu dah. Nak mesin basah, kering dan blender pengisar  pun mudah. Sekarang bila dah rosak blender ni terpaksa guna manual hahaha.. Nanti nak pergi cari blender yang lain pulak. hihihi. Blender apa yang bagus ya. Kadang teringin nak buat juice buah-buahan pun best.

Rasa dekat Go Shop iklan Blender Shimono masih ada ditayangkan harga lebih murah pada Cik Ash dulu-dulu, dapat barang percuma lagi banyak Cik Ash tengok iklan aritu..Kalau orang beli boleh jer ke website go shop.

Ok la korang semua itu jer yang Cik Ash nak kongsikan pagi ini Blender Shimino Dah Rosak. Jumpa lagi entri yang lain nanti ya,

Wednesday, December 5, 2018

Lagu OST Drama Seribu Rindu

Lagu Ost Drama Seribu Rindu | Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen di entri Pengalaman Menjadi DJ Radio Dan Blogger.  Seperti biasa la Cik Ash memang suka kongsi lagu-lagu yang terdapat dalam drama Seribu Rindu ni. Sebabnya selalunya ada yang mencari kan. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjz8m-wjMcuuiPJOxNWxR6IrK5ydez9G9sQZ7Zcx9x3PbyQsJEisx50ZzOyHKCt69z-goDCrwfL-We9VlbmGvf2WRRufsERSNUVSE_d9AMo3XTEdRUfmTEvT0jwv7Ybotd0hzIHQsFR9AwR/s1600/DRAMA+SERIBU+RINDU.jpg
Drama Seribu Rindu
Sebelum ni Cik Ash ada kongsikan sinopsis drama Seribu Rindu, bila baca sinopsis drama ni memang best hihihi, tambahan pulak ada Zul Ariffin kalau ikut tak minat lupa tapi bila dah start tengok terlayan la drama ni.

Drama ni bagi Cik Ash boleh masuk list untuk layan, Cik Ash sempat tengok online nak tengok dekat televisyen ni jarang sangat,hihihi..tambahan pulak terbitan pengarah Orangetree Production Sdn Bhd best jer ceritanya.

Di dalam drama Seribu Rindu ni ada lagu-lagu yang best-best antara lagu yang best tu boleh tengok dekat bawah ini :-

Lagu Tema 

Alyah - Jutaan Pertama
Lagu: Ezra Kong, Hael Husaini & Omar K Lirik: Ezra Kong, Hael Husaini & Omar K Artist: Alyah Abu Hasan
Video : https://www.youtube.com/watch?v=fi2o1hcCroE


Antara lagu-lagu lain yang turut ada di dalam drama Seribu Rindu ialah :- 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSqwPN1ORTlJGYlIRxjhkTG1kDZ94LTgKfaBoCBoiBFIlZK5PX2WDkyMmDwXY_8za664UdnCoj2AJvKujDRrYCAzGTwH825EJLlQYQwMEF04k_yCQD4kUlMEM9PGYQZPyq_ZEi93TLeD2d/s1600/aepul+roza.png

Aepul Roza - Dusta
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Syed Syahmir Lirik: Aepul Roza Video: https://www.youtube.com/watch?v=v8IRFLtaNcc


Ame Azlan - Sampai Bila 
Lirik : Ame Azlan
Lagu : Ame Azlan
Video : https://www.youtube.com/watch?v=R7ErouZANsE


Dafi - Girl 
Lagu : Hael Hussaini, Ezra Kong dan Omar K.
Komposer : Ahmad Dhani
Video : https://www.youtube.com/watch?v=X3jaOG5FteA


Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah
Komposer :Akid
Lirik : Poji Samad
Video : https://www.youtube.com/watch?v=R24lzCfvdX0



Deera Aminudin : Graviti 
Komposer : Tam Spider 
Lirik : Adam Iskandar
Video : https://www.youtube.com/watch?v=i_QeJVSfvIU


Karl Azhar - Kekal 
Video - https://www.youtube.com/watch?v=gLaHmtrZ_Lo


Sarah Fazny : Urusan Hati 
Komposer : Ammar Habir
Lirik : Iman Imran 
Video : https://www.youtube.com/watch?v=0bYo_bMdjuw


Aisya Hasnaa Ft Waris : Kan Bersamamu
Lagu : DJ Fuzz Lirik: Alabbas & Waris
Video : https://www.youtube.com/watch?v=FIIi40czCug


Aizat Amdan : Sampai Ke Hari Tua 
Komposer : Aizat Amdan
Video :  https://www.youtube.com/watch?v=QcYd_RDao94



Alif Aziz : Amarah Cinta 
Komposer : Omar K & Ezra Kong 
Lirik : Zel Hadauan & Ikhwan Fatanna
Video : https://www.youtube.com/watch?v=kGKGFqb-Q-o



Alyah : Sesal Separuh Nyawa 
Komposer : Alfie Tiga & Aidil 
Lirik : Alyah & Shah Shamsiri
Video : https://www.youtube.com/watch?v=6Ghm7b93PWQ



Amira Othman - Mimpi Indah
Lirik: Hael Husaini
Lagu: Edry Abdul Halim
Seventeen Eleven Music

Video : : https://www.youtube.com/watch?v=kFsyuOqapoo

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwuqawsr1BnnMqoVbZAf5VOP1HBINcZprMZHvUE6VLBqHV3zR5s8D5t9Nu7c-jdGerfT9JqlEL33gOwomF4vZcpe3dMEMoUuwd_NdetAvCgGKA-IjvPrPZE-f7NDFFmXYSCu6IfjUb_Tka/s1600/irfan.png

Irfan Haris - Hilang
Composer: Irfan Haris, Haiqal Iskandar
Lirik: Irfan Haris, Haiqal Iskandar
Seventeen Eleven Music
Video : https://www.youtube.com/watch?v=PL7WPpAE5Kc


Nabila Razali - Pematah Hati 
Lirik/Lagu :  Hael Husaini & Ezra Kong 
Terbitan : Seventeen Eleven Music
Video : https://www.youtube.com/watch?v=o6PpiyppDMc


Farah Farhanah : Bukan Sekarang 
Komposer : DJ Fuzz
Lirik : Viral
Video : https://www.youtube.com/watch?v=0tk_1dCdTtE


Itu jer antara lagu yang tersenarai dalam drama Seribu Rindu ni, Ada lagi lagu dalam tu nanti kalau Cik Ash akan tambah lagi ya.  Lagu ni semua Cik Ash tak pernah dengar nanti kalau ada masa free boleh layan hihihi. Kesemuanya lagu Cik Ash cari dalam last drama gigih cari satu untuk korang tahu.