Monday, December 3, 2018

Pengalamanku Seorang Dj Radio Dan Blogger

Pengalamanku Seorang Dj Radio Dan Blogger   | Assalmualaikum.. Selamat hari Isnin, terima kasih kepada yang baru singgah blog Cik Ash ni, Disebabkan bulan November aritu terhasil la nurkilan ini di blog. Tetapi publish di bulan December hahaha, aci tak. Di bulan November banyak  kenangan yang terindah hihihi. Apa la sangat kenangan terindah itu kan.


Mesti korang tertanya kenapa Cik Ash tertiba taip tajuk Pengalamanku Seorang Dj Radio Dan Blogger . Sebenarnya ada kisahnya 8 tahun lalu sebelum Cik Ash berkahwin Cik Ash ada ceburi bidang menjadi seorang dj radio online.  Hanya berdj dekat rumah jer masa tu seronok sangat. Hanya guna pc yang jenis lama tu. Dapat putarkan lagu permintaan  kepada pendengar kita masa tu.  Masa tu pendengar yang mengenali Cik Ash dengan panggilan Dj Syasya hahaha.. Siap ada lagu background masa tu kalau bunyi lagu tu mesti pendengar dah tahu siapa dj siap pm mintak lagu awal lagi hahaha..

Masa tu memang seronok sangat bila dapat tahu sebenarnya menjadi DJ ni susah juga la tapi hati kena kental hahaha biasa la macam-macam orang jumpa bila ada buat permintaan lagu kan. Nak buat ayat tu tak terlalu formal sangat  tu susah..  Cik Ash masa tu jarang nak bercakap hahaha hanya putarkan lagu di radio menggunakan sofware yang diberikan masa tu. Sampaikan ada tu suami orang nak mengorat Cik Ash masa tu. Cik Ash tak layan pun agak jer mereka sebagai peminat. Di radio la Cik Ash kenal suami alhamdulilah sekarang dah sah menjadi suami isteri hihihi.

Disebabkan nak letak radio di blog lahir blog Cik Ash ni..  Sebelum ni  nama blog dikenali syasyaekin.  Selepas pada penarikan diri dari radio akibat family Cik Ash tak bagi teruskan  , bermula harian menulis entri dekat blog masa tu saja-saja suka menulis dekat blog macam diari ayat dalam entri bila tengok balik rasa  lawak jer sebab ayat-ayat dia terlalu pendek .  Hahaha..biasa la masa tu di  zaman 20an.

Tapi masa berblog pada tahun 2010 sehingga 2013 tak fikir blog boleh dapat income pun..  Hanya  suka-suka jer masa tu taip banyak entri  syok sendiri. Lagi pun masa tu sibuk dengan  kerja tak sempat nak update blog sangat.  Penat balik kerja kadang dah tidur awal. Hahaha. Nama blog masa tu syayaekin tak ada yang kenal.  Tahun yang keberapa Cik Ash dah lupa bila nama blog bertukar menjadi duniablogkucikash. Selepas tu Cik Ash terfikir nama blog tu terlalu panjang so tukarkan kepada Cik Ash sampai la sekarang.  Tak sangka nama Cik Ash ni pun lebih dikenali. Hihihi...  Alhamdulillah..  Nama Cik Ash ni merupakan panggilan untuk  anak saudara abadikan di blog.. 

Pada tahun 2014  dalam bulan 6 selepas sebulan berkahwin bermula Cik Ash surirumahtangga dan blogger.  Disebabkan keboringan dekat  rumah tak tahu nak buat apa Cik Ash start aktif kembali menulis blog dengan sharing resepi masakan yang Cik Ash buat.

Sampai la sekarang Cik Ash masih teruskan menulis dekat blog ni,  alhamdulillah  setelah 4 tahun bergelar seorang isteri  ni income daripada blog boleh  setakat nak beli barang keperluan  yang Cik Ash nak. Tak ada dapat berpuluh-puluh ribu pun..Kalau difikirkan balik duit hasil income daripada blog nak simpan untuk masa depan tapi semua tak menjadi bila duit masuk mesti buat keluar selalu. Kadang terfikir sampai ke tua Cik Ash nak menulis blog hahaha.. 

Entah la sebenar menulis blog kerana hobi jer target utama Cik Ash tak ada fikir nak dapat income, kalau ada rezeki tu alhamdulilah. Cik Ash puas dirumah ada ibu mentua kadang-kadang berbual dengan dia. Takkan 24 jam berbual dengan mak mentua dia pun nak rehat juga  hahaha.. Setiap hari buat kerja rumah kadang boring juga nak main dengan anak belum dikurniakan rezeki lagi. Doakan Cik Ash nak suami dapat anak nanti ya kawan-kawan. Lagipun Cik Ash nak juga ada ruang Cik Ash berehat isi masa lapang kan.. Kira bersosial hahaha, Duduk di perumahan ni Cik Ash tak kenal siapa lagi pun jarang nak keluar rumah. hihihi..Kalau ada jemputan makan dan kematian Cik Ash tetap pergi rumah mereka.

Bagi Cik Ash la pernah terlibat dengan kedua-dua Pengalamanku Seorang Dj Radio Dan Blogger yang mana lebih memcabar, Cik Ash rasa kedua-duanya sama-sama memcabar sebab macam-macam orang kita akan jumpa waktu itu. Lagi pulak kita hanya kenal di alam maya kan tak pernah bersua. Masa di dalam bidang radio Cik Ash fikir  nak jadi glamour hahaha.. suka post gambar selfie masa tu zaman bujang.. hahaha.. happy jer bila orang kenal kita kan.. dapat like banyak dapat puji-pujian kan. Perangai masa tu happy dengan bersosial chatting sambil dengar radio. Apabila bila berjinak-jinak dengan blog ni baru penghijrahan nak berubah lebih baik. Menjaga diri daripada tidak terlalu menonjol di media sosial apabila bergelar isteri ada la bantasnya kan kadang nak buat suatu entri review produk kena tanya suami dulu kalau dia tak bagi terpaksa jer tolak. Mungkin ada sebabnya la tu tak bagi. Tambahan produk yang memerlukan ambik video yang part tu kebanyakan Cik Ash tak ambik. Kadang tengok blogger-blogger  lain best jer boleh buat video macam-macam. Tapi difikirkan balik mungkin suami tak bagi tu dia nak jaga aurat isteri dia kut. 

Ok la korang semua terima kasih membaca coretan Pengalamanku Seorang Dj Radio Dan Blogger ni. Panjang pulak coretan Cik Ash hari  ini laju keluar idea dalam kepala hahaha... Cik Ash taip apa yang terkeluar di dalam kepala kalau ada salah maafkan la Cik Ash ya. Jumpa lagi entri yang lain nanti.

23 comments:

  1. Waaahhhh Dj Syasya...seronok jg jadi dj erkk...pengalaman berharga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dulu2 hahaha.. loni pencen dah hahahha..

      Delete
  2. Tudiaaa....sama ngan akak dulu la pernah menceburi dunia glamer...haha..tapi malas nak ingat la..dulu akak memang dikenali di Seremban...tahniah Cik Ash pernah bergelar Dj Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... tq kak dah lama dulu loni xde dah hihihi...

      Delete
  3. Menarik pengalaman ni.. bukan senang nak asah bakat bercakap di radio ni hihii. Mmg pengalaman yg amat berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la hahaha... loni dah lama pencennnn nak bercakap di radio KO dah .. pengalaman yang berharga sangat masa tu hihihi

      Delete
  4. Wah..klu x ckp ni x tau ni...apa² pun kak ash , pengalaman itu sgt berharga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) pengalaman masa tu sangat berharga hihihi..

      Delete
  5. huiihh, DJ rupanya. heheh. mek memandang tinggi pada DJ sebab dia kena create idea untuk bercakap, tak nak bagi orang bosan, dan nak tarik minat orang dengar apa topik kita. so memang salute sebab diaorang bukan diberi skrip, hanya diberi tajuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mek pengalaman itu yg Cik Ash dapat memang pening masa nak guna ayat apa berbila ber on9..

      Delete
  6. wahh.. tak sangka cik ash penah jadi dj dulu.. pengalaman menarik tu cik ash..

    ReplyDelete
  7. Hai dj syasha.. Hehe.. Tak apa seronok ada pengalaman macam tu

    ReplyDelete
  8. Hi DJ Syasha. Tak sangka cik ash berbakat jadi DJ.
    Semoga cik ash terus berjaya pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  9. Haii DJ SYASYA! 😍
    Seronoknya bika ada kenangan manis dan pengalaman berharga gitu kan..

    ReplyDelete
  10. wahhh pengalaman manis tu jadi dj radio..mesti seronok dengar cik ash berkongsi di radio tu ramai peminat :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  11. Tahniah..ada pengalaman dalm hidup..semua itu mematangkan diri. tertanya bagaimana nak dapat duit dalam blog ..Etuza ada Nufnang ja..Myne wangkan blog kan Cik As ..sorry tanya ya. Sebab lebih baik tanya terus yang ada pengalaman. Tipu lah jika tak mau duit cara halal..

    ReplyDelete
  12. wah DJ ekin dulu2.. kalau voleh kita senyap tupah x kecek gapo dah la :D>. ok la tu kira pengalaman berharga.. blog ni mcm ekin jugak dulu x nampak boleh jadikan income bila bergaul2 dengan blogger lain baru tahu huu

    ReplyDelete
  13. Wahh hebat kak .. Kak ada pengalaman jadi DJ radio dan juga blogger.

    ReplyDelete
  14. Wahh hebat cikash..DJ tu bukan senang walaupun sekadar nak putarkan lagu je. Tapi mula2 kewujudan blog tu macam lebih kurang la.sekarang ni pun sama kot kalau penat xsempat nak update entri hehe

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com