Kerabu Taugeh Simple | Assalamualaikum...Hai hari ini terlewat update biasa la selesaikan kerja hakiki dekat rumah dulu hihihi.. terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Hobi Baru Tanam Pokok Bunga.
Sebenarnya Kerabu Taugeh Simple ni Cik Ash dah lama buat hihihi, nak share dalam blog yang kemalasan sikit biasa mood nak menulis sejak dua mejak entah lari kemana.
Tambah koleksi resepi daripada #dapurcikash hihihi, cara buat kerabu taugeh simple sangat mudah dan senang. tak susah pun nak buat. jom la usha resepi dekat bawah ni Cik Ash nak kongsikan.
Resepi Kerabu Taugeh Simple
Bahan-bahan
Taugeh
5 ekor ikan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
Kelapa
2 sudu besar serbuk LIME knorr
2 sudu kfc garam
2 sudu kfc secukup rasa
2 cawan santan
1. Ikan direbus terlebih dahulu lepas itu tumbuk
3. Selepas dah rata boleh tuangkan santan dan sebelum tu tumbuk kelapa yang digoreng kerisik ke dalam mangkuk yang kita gaul tadi.
santan dan kerisik |
4.Perasa garam,gula dan ajinamoto dah OK boleh dihidangkan bersama nasi panss2 taw..dalam kerabu ni Cik Ash tambah serbuk pati LIME knorr penganti limau nipis. hihihi.
Makan kerabu taugeh simple ni tak ada lauk lain pun tak pe memang membuka selera bila makan nasi bertambah tak perasan langsung. Kalau korang ingin memcuba resepi di persilakan la ya.Untuk tengok versi kerabu yang lain boleh baca dekat entri ini Kerabu Pauh a.k.a Mangga, Resepi Kerabu Belimbing Buluh, Resepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Tere,Resepi Kerabu Buah Gajus,Resepi Kerabu Ayam Tomato, Kerabu Pucuk Paku Pakis.
nak etek la..:)
ReplyDeletemeh la kulim nak gak hahaha
DeleteRajin nya..:)
ReplyDeletehahaha rajin la tok laki nak makan
Deletefav sha ni kerabu taugeh! senang je ek
ReplyDeleteakak semua jenis kerabu fav hahaha
Deletealamak, laparnya tgk gambar. boleh ty lah nanti
ReplyDeletecuba la mamapp senang jer nak buat tu
Deletewow nampak sedap sgt..terus ciktom rasa lapar..nati nak try jgk la..byk tu resepi kerabu lain..rajin la cik ash!untung suami..
ReplyDeletesuami suka makan kerabu rajin la buat hahaha...
Deletewahhhh. sedap ni :)
ReplyDeletememang sedap makan dengan nasi panas lagi sedap hahaha
DeleteKerabu ni sebagai pembuka selera kan, kalau makan dekat restoran tengahari mesti husniey nak cuba menu kerabu.. Haih sedap betul makan ngan nasi panas
ReplyDeletememang betul tu husniey sebagai pembuka selera dan bertambah2 nasi hahhaa
DeleteMemang simple dan mudah disediakan
ReplyDeleteha ah betul simple sangat nak buat hihihi
Deletekalau Diah confirm letak cili padi hiris ni
ReplyDeleteCik Ash tak letak buat sebab mak mentua nak makan selali hihihi
DeleteTak pernah buat lagi ni..tapi nampak macam sedap
ReplyDelete