Tuesday, December 18, 2018

Hobi Baru Tanam Pokok Bunga

Hobi Baru Tanam Pokok Bunga | Assalamulaikum... Hai korang semua, terima kasih kepada korang yang memberi komen dekat entri yang sebelum ni. Hari ini Cik Ash nak kongsi cerita dengan korang mengenai Hobi Baru Tanam Pokok Bunga.



Sejak balik kelantan bulan 10 aritu , hobi baru Cik Ash nak tanam pokok bunga, harap hobi ini kekal sokmo la ya, ma Cik Ash dia ada bagi 3 pokok hiasan hahaha, ambik jer la, sebenarnya Cik Ash bab tanam pokok sekerat jalan hahaha, sebab bukan hobi. Loni sejak ada pokok dah macam hobi pulak, setiap hari mesti bangun pagi dan petang rutin harian Cik Ash mesti siram pokok bunga ni. Setelah 3 bulan duk jaga letak baja akhirnya pokok dah berbunga buat pertama kali,  lawa sangat warna purple,suka sangat sebab ma tahu anak dia ni minat warna purple hihihi. 

Bunga Purple ini Cik Ash tak tahu nama pun pokok apa, ramai yang bertanya bila Cik Ash post dekat facebook, untuk memastikan bunga apakah ni, Cik Ash pun buat research dekat google mencari maklumat mengenai pokok bunga yang dimaksudkan tu. Pokok bunga yang Cik Ash tanam ada dua jenis. Nama bunga yang Cik Ash jumpa ialah Ruella Simplex ataupun biasa dikenali sebagai "Purple Shower" bunga ini berasal dari Amerika Selatan dan kini banyak ditanam di Malaysia sekarang. 


Bila tengok pokok ini berbunga sejuk mata memandang sebab warna purple kan Cik Ash memang minat purple hahaha, tak boleh tengok warna purple mesti suka. Manakala yang bunga kecil-kecil tu Cik Ash tak jumpa pulak nama apa.. hihihi..  Pokok bunga dia berbunga dia luruh lepas tu berbunga balik memang macam tu la kut sebab tanya ma dia cakap begitu hahaha.

Ok la korang semua itu yang Cik Ash kongsikan dengan korang mengenai hobi terbaru Cik Ash iaitu tanam pokok bunga hihihi.. Jumpa lagi nanti di entri yang lain..

14 comments:

  1. Akak tengah survey2 pokok orkid..hehehe...terasa minat plak nak tanam orkid

    ReplyDelete
  2. haa, rumoh mek ad yg ni. cumanya, yg bunga rumoh mek tu dia luruh setiap har. tp akn ad bunga baru gnti. yg cik ash gtu jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. supo la mek dia luruh apa ada bunga baru ganti.. gitu gak

      Delete
  3. adeii rajin ter..skit lg pnuh bunga umoh dia..hihi

    ReplyDelete
  4. Seronok tu tanam bunga2 di lama..teruskan hobi yang baik ini ya

    ReplyDelete
  5. tengah try cari pokok bunga yang sesuai nak tanam dengan cuaca dekat beranda rumah ni

    ReplyDelete
  6. cantiknya bunga cik ash..ciktom memang suka semua color purple..terigin nak tanam jugak la..tanah ada cinonet kt halaman umah.hehe

    ReplyDelete
  7. Cantik kalau tengok pokok tu berbunga banyak². Kat rumah ni pun kita tanam juga sikit hehe

    ReplyDelete
  8. terapi ni Cik Ash.. suka bila tengok dia berbunga rasa bangga kejap hahaha

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com