Sambal Tumis Telur Rebus Goreng | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar harap semuanya sihat la ya. Hari ini baru nak share masakan daripada #dapurcikash .
Sambal Tumis Telur Rebus Goreng ini Cik Ash masak pada khamis lepas buat bekal untuk suami hihihi.. sejak guna lada kering beli dekat kelantan ni asyik buat sambal tumis hahaha sebab lada kering yang CIk Ash beli dekat Kelantan memang tak pedas langsung tu best makan.
Lagi pulak suami bab sambal tumis febret dia ikut la sambal tumis apa-apa pun janji sambal tumis. Paling febret dia Sambal Tumis Ikan Bilis dan banyak lagi koleksi resepi di #dapurcikash. Jom usha resepi dekat bawah ini.
Sambal Tumis Telur Rebus Goreng |
Resepi Sambal Tumis Telur Rebus Goreng
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan
4 biji telur
10 keping lada kering (kisar)
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc secukup rasa
Minyak masak
Cara Membuat :-
1. Rebus telur lepas tu kupas-kupas kulit dan goreng telur tu.
2. Bawang besar,bawang putih, halia di kisar.
3. Panaskan minyak tumis bawang besar,bawang putih, halia hingga naik bau.
4. Masukkan lada kering tumis hingga pecah minyak.
5. Suaikan rasa garam dan secukup rasa.
6. Masukkan telur gaul-gaul biar sekata.
7. Siap boleh dimakan dengan nasi panas.
Ok la korang itu jer cara Cik Ash buat Sambal Tumis Telur Rebus Goreng simple jer hihihi.. selamat memcuba ya.
sdap ni..lama xbuat..:)
ReplyDeleteKena buat la tu cik nor
DeleteMakanan macam ni memang sedap makan dengan nasi putih tengah panas-panas..fuhh confirm tambah 2x nasi ni
ReplyDeleteMemang tambah nasi la rabia kalau dah makan ni
Deleteni tengah baca tengah malam ni rasa nak masak sekarang la pulak, alahai sedapnyaa.
ReplyDeleteAkak yang menulis resepi banyak kali terliur hihihi
DeleteSyok lauk ni, husniey dengan telur berpisah tiada. Hehe seronok kalau dapat lauk ni dua tiga butir telur boleh habis 😜
ReplyDeleteHahahah tu la pasal makan lauk memang seronok la
Deletetelur kalau masak sambal memang fav seisi keluarga...
ReplyDeleteSama la nieyla febret gak makan bertambah x ingat
DeleteSedapnya.. lama tak masak sambal telur style macam nie..
ReplyDeleteKena masak la tu sha hihihi
Deletemasakan plg sedap.. lama xbuat... lapa plak tgk.. hehe
ReplyDeleteKena buat la tu fara
Deletepernah cuba menu ni ,
ReplyDeleteSedap kan
DeleteTerasa nk masak sambal telur rebus goreng plak..biasa buat sambal udang, bilis..nk try la esok
ReplyDeleteTry la buat sis JM
DeleteSalute dgn Ekin..hari2 ada entri baru..sis JM nk update 1 entri pun ber centa
ReplyDeleteHahaha...ekin taip jer kak yang ada dalam draf tu
Deleteni menu hari malas kak ana, ekin hehe :)
ReplyDeleteMenu malas ni hok sedap dimakan kan
Delete