Sambal Tumis Telur Rebus Goreng | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar harap semuanya sihat la ya. Hari ini baru nak share masakan daripada #dapurcikash .
Sambal Tumis Telur Rebus Goreng ini Cik Ash masak pada khamis lepas buat bekal untuk suami hihihi.. sejak guna lada kering beli dekat kelantan ni asyik buat sambal tumis hahaha sebab lada kering yang CIk Ash beli dekat Kelantan memang tak pedas langsung tu best makan.
Lagi pulak suami bab sambal tumis febret dia ikut la sambal tumis apa-apa pun janji sambal tumis. Paling febret dia Sambal Tumis Ikan Bilis dan banyak lagi koleksi resepi di #dapurcikash. Jom usha resepi dekat bawah ini.
Sambal Tumis Telur Rebus Goreng |
Resepi Sambal Tumis Telur Rebus Goreng
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan
4 biji telur
10 keping lada kering (kisar)
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc secukup rasa
Minyak masak
Cara Membuat :-
1. Rebus telur lepas tu kupas-kupas kulit dan goreng telur tu.
2. Bawang besar,bawang putih, halia di kisar.
3. Panaskan minyak tumis bawang besar,bawang putih, halia hingga naik bau.
4. Masukkan lada kering tumis hingga pecah minyak.
5. Suaikan rasa garam dan secukup rasa.
6. Masukkan telur gaul-gaul biar sekata.
7. Siap boleh dimakan dengan nasi panas.
Ok la korang itu jer cara Cik Ash buat Sambal Tumis Telur Rebus Goreng simple jer hihihi.. selamat memcuba ya.
This post have 22 komentar
sdap ni..lama xbuat..:)
ReplyMakanan macam ni memang sedap makan dengan nasi putih tengah panas-panas..fuhh confirm tambah 2x nasi ni
Replyni tengah baca tengah malam ni rasa nak masak sekarang la pulak, alahai sedapnyaa.
ReplySyok lauk ni, husniey dengan telur berpisah tiada. Hehe seronok kalau dapat lauk ni dua tiga butir telur boleh habis 😜
ReplyKena buat la tu cik nor
ReplyMemang tambah nasi la rabia kalau dah makan ni
Replytelur kalau masak sambal memang fav seisi keluarga...
ReplySedapnya.. lama tak masak sambal telur style macam nie..
Replymasakan plg sedap.. lama xbuat... lapa plak tgk.. hehe
ReplyAkak yang menulis resepi banyak kali terliur hihihi
Replypernah cuba menu ni ,
ReplyTerasa nk masak sambal telur rebus goreng plak..biasa buat sambal udang, bilis..nk try la esok
ReplySalute dgn Ekin..hari2 ada entri baru..sis JM nk update 1 entri pun ber centa
Replyni menu hari malas kak ana, ekin hehe :)
ReplyHahahah tu la pasal makan lauk memang seronok la
ReplySama la nieyla febret gak makan bertambah x ingat
ReplyKena masak la tu sha hihihi
ReplySedap kan
ReplyKena buat la tu fara
ReplyTry la buat sis JM
ReplyHahaha...ekin taip jer kak yang ada dalam draf tu
ReplyMenu malas ni hok sedap dimakan kan
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon