Sunday, November 18, 2018

Nak Urus Homestay Macam Gaya Jutawan

Nak Urus Homestay Macam Gaya Jutawan | Assalamualaikum... Hai semua, apa khabar harap semuanya sihat walafiat la ya.. Dah tak lama nak masuk musim cuti sekolah ni.. Selalu tempat-tempat pelancongan mesti menjadi detinasi utama. Para pemilik Homestay paling menuntungkan bila tiba musim cuti sekolah sebabnya homestay salah satu tempat yang orang akan cari dulu. 

Cik Ash ada berita baik untuk anda yang telah mengusahakan Homestay dan bakal menjadi usahawan homestay nak urus homestay gaya macam jutawan yang telah diterbitkan oleh pihak klikjer. Satu panduan yang telah ditulis oleh seorang usahawan homestay yang berjaya di Malaysia iaitu Faridil Altras. Di dalam panduan tu beliau menceritakan pengamalan sebenar seorang usahawan. Beliau juga pernah masuk surat khabar. 


Jom Berkenalan Dengan Jutawan Homestay 

Nama beliau ialah Faridil Atras, beliau adalah pemilik kepada rangkaian homestay Fardain Place yang telah bermula sejak tahun 2014 lagi. Selama 4 tahun beliau menjalankan dan menguruskan bisnes homestay ini, beliau telah berjaya mengembangkan rangkain homestay ini dari 1 buah sewaktu bermula kepada 8 buah homestay di seluruh Malaysia. Pelanggan-pelanggan yang menetap di homestay bukan sekadar rakyat Malaysia, tetapi ada yang datang dari Perancis, Korea, Mesir,Jepun, China, US dan banyak lagi dari serata dunia.

Antara gambar-gambar homestay yang beliau bersama pelanggan-pelanggan yang pernah bermalam di homestay beliau.

Sepanjang tempoh 4 tahun beliau banyak menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan, antaranya ialah Anugerah Superhost oleh pihak AirBnB pada tahun 2015 dan Anugerah Guest Review daripada pihak Booking.com pada tahun 2017.


Ebook Tidak Sesuai Untuk Semua Orang 

Ebook ini sebenarnya bukanlah sesuai untuk semua orang, ada sesetengah orang sememangnya tidak sesuai untuk mendapatkan ebook. Antara-antara ciri yang tidak sesuai adalah :-
  1. Orang Yang Sudah 'OTAI' dan Sudah Mempunyai Banyak Homestay
  2. Orang Yang SudahTahu Semua Perkara!
  3. Orang Yang Tidak Suka Belajar Dari Pengalaman Orang Lain
Jika anda tergolong di senarai seperti ini. Anda juga tidak perlu dapatkan ebook ini, anda boleh cuba sendiri segala-galanya.

Isi Kandungan Ebook Ini ?
Di dalam panduan yang ditulis oleh Tuan Faridil Atras, banyak rahsia dan kelebihan yang diberikan, dipecah kepada 6 bahagian iaitu :-
1. Bahagian Pemilihan & Pemilikan Homestay
2. Bahagian Mempersiapkan Homestay
3. Bahagian Pemasaran Homestay
4. Bahagian Pelanggan Check-in
5. Bahagian Pelanggan Check-out
6. Bahagian Mengembangkan Bisnes Homestay 

Setiap bahagian pula terbahagi kepada beberapa bab. Secara keseluruhan, ebook ini mengandungi 27 Bab kesemuanya dengan jumlah mukasurat sebanyak 115 mukasurat. Ianya sangat padat dan lengkap.

Turut di tambah lagi dengan 3 bonus percuma iaitu :- 
  1. Bonus 1 : Template Dokumen Pengurusan Homestay 
  2. Bonus 2 : 5 Teknik Extra Income 
  3. 10 Rahsia Pelaris Homestay 
Ini adalah sebahagian rahsia yang terdapat dalam Ebook ini, Jikalau anda ingin mahukan rujukan penuh mengenai panduan tersebut. Cik Ash syorkan anda terus ke webiste beliau untuk mendapatkan satu Ebook Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan.




5 comments:

  1. Menarik !! Nanti kalau lapang sikit naklah baca ebook tu.

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya tengok muda-muda da berjaya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Wow menarik sangat ni, impian husniey jugak ni nak ada homestay sendiri satu hari nanti

    ReplyDelete
  4. bagus untuk yang nak tambah ilmu dan jana pendapatan dengan homestay

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com