Tuesday, November 6, 2018

Kuih Gelembung Buaya Makanan Kelantan

Kuih Gelembung Buaya Makanan Kelantan | Assalamualaikum... Hai, harap semuanya sihat walafiat ya. Kali ini Cik Ash nak kongsikan satu makanan yang terkenal di Negeri Kelantan.


Kuih Gelembung Buaya
Pernah tak korang dengar Kuih Gelembung Buaya,Cik Ash baru taw kewujudan Kuih Gelembung Buaya ni itu mak mentua yang suruh beli masa balik kelantan aritu. hihihi.. Mak Mentua Cik Ash kata gelembung buaya ni diperbuat daripada kelapa muda dan tepung pulut la kut, Kalau tengok dekat pembalutnya bahan-bahannya kelapa muda,tepung pulut,gula, daun pandan dan bunga cengkih.
Kuih Gelembung Buaya
Cik Ash dah cuba makan Gelembung Buaya ini memang rasa seakan-akan macam dodol juga la, manis tu memang tak boleh tinggal tu makanan orang kelantan hihihi. Cik Ash makan sedikit saja sebab manis la. Apa yang Cik Ash baca la kawasan yang paling terkenal dengan Kuih Gelembung Buaya ini sekitar Kampung Laut, Palekbang dan Tumpat di Kelantan. So kalau korang suka makan dodol tu , rasa kuih gelembung buaya lebih kurang sama , tapi cuma perbezaannya cara membuatnya guna kelapa parut muda,gula dan tepung tu.  

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi hari pasal kuih gelembung buaya, So kalau korang travel ke kelantan lupa shopping dekat Pasar Siti Khatijah dekat sana macam-macam makanan ada. Hihihi..

13 comments:

  1. Dah lama x makan gelembo boya ni. meme x make byk pun sbb manih llettin!

    ReplyDelete
  2. walaupun kawen dgn org Kelantan.. tak tahu pulak ada ni

    ReplyDelete
  3. hihhi... baru pertama kali dengar nie... kena cuba rasanya....

    ReplyDelete
  4. Pernah beli.. Tapi xlalu nk mkan.. Xkena selera

    ReplyDelete
  5. Samalah ini first time LZ tahu kuih ni..

    ReplyDelete
  6. Nanti tanya mak mertua boleh tak pasal nama kuih tu kenapa kuih gelembung buaya. Unik sangat namanya

    ReplyDelete
  7. ore kelatte sendiri x pernah dengar lagi ni ekin.. tapi mcm pernah tengok

    ReplyDelete
  8. first time dengor!!bahan bahan dia tu macam sedap je!

    ReplyDelete
  9. Ni first time zumal dengar nama kuih ni...

    ReplyDelete
  10. boleh cari nie kalau balik klate.. kita pun tak pernah tgk lagi

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com