KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT | Assalamualaikum... Hai selamat malam semua.
Menuju
gerbang terakhir tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)
mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang
keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.
Zakat
Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat
Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat
KWSP dan Zakat Saham. Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang
tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat.
Selaran
dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu ' memudahkan anda berzakat' terdapat beberapa
saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar
adalah melalui:
1. 11 KAUNTER PPZ-MAIWP
Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM
Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember: 8.15 pagi - 4.45 petang
Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung baru
3. Masjid Negara
4. KLSC Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong
11. Labuan Times Square
Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.
2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://WWW.ZAKAT.COM.MY
Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?
1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
3. Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan.
5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan.
7.
Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini
boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.
Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin.
Amar Baharin |
3. PERBANKAN INTERNET.
Dengan
kosep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi
memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi
kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan
zakat.
Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.
4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP
Pihak
PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayran
zakat RM5000.0o ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke
lokasi anda. Hubungi talian zkat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini.
Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri
Bell Ngasri |
5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP
memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik
kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi
tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakna.
PU Azman atara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan.
pu azman |
Selain
itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di
PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut
disediakan.
Kempen ' Jadi Kaya Dengan
Zakat' ini disempurnkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan
Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin,
Bell Ngasri dan PU Azman.
PPZ-MAIWP menyeru
agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan
menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang
terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh
pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak
menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya.
This post have 5 komentar
Bagusnya kemudahan sebegini disediakan untuk melaksanakan rukun Islam ke 4 ini
Replybagusnya program macamni, banyak manfaatnya :D
ReplyAlhamdulillah...
Replysemoga lebih ramai yang turut serta
Kempen yang bagus..
ReplySis JM byr dgn cara tolak terus dari payslip gaji
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon