Thursday, November 22, 2018

Drama Seribu Rindu Di Slot Akasia

Drama Seribu Rindu Slot Akasia | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar,Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. TV3 sekarang ada drama hero dia  Zul Ariffin la, tak minat dia  tapi terlayan aduhaiii.. hihihihi.


Seribu Rindu

Drama bersiri Seribu Rindu dah seminggu dah ditayangkan di TV3 baru sempat Cik Ash nak kongsikan dengan peminat Zul Ariffin ni hihihihi macam Cik Ash sebab ada dia terlayan drama ni tu pun tengok online. 

Drama Seribu Rindu merupakan terbitan syarikat Orangetree Production Sdn Bhd dan arahan pengarah Zamri Zakaria. Telah pun ditayangkan pada 12 Disember 2018. 

Antara pelakon yang terlibat mejayakan drama ini adalah Zul Ariffin, Azira Shafinaz,Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil.


Sinopsis Drama Seribu Rindu

Drama ini mengisahkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (lrfan), Maisara (Azira Shafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel.

Cinta Maisara dan Ariel, yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak kepada rakan perniagaannya. Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Airiel muncul semula demi menagih cinta Maisara.

Apakah akan terjadi dalam konflik drama Seribu Rindu ni tak sabarnya nak tengok sampai episode 26 ni.. Untuk korang yang tak sempat tengok dekat tv tu korang juga boleh saksikan kesudahan drama Seribu Rindu di www.tonton.com.my dan youtube TV3Malaysia

👉 Baca Lagu OST Drama Seribu Rindu

14 comments:

  1. Bahaya kalau tertengok sekali sebab lps tu akan tertagih nak tgk lagi. Hehe. Tp mcm best je drama ni cik ash.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal memang bahaya Cik Ash bila start tengok gak melekat la hahaha

      Delete
  2. Yang ini siarannya malam ke masa maghrib tu cikash

    ReplyDelete
  3. Gee layan drama nih! cannot tahan lah abam zul dalam ni melting habis!!haha

    ReplyDelete
  4. Tengok ke Cik Ash? Saya tak tengok..macam kureng pulak lepas tengok watak utama rambut oren. Dalam Vila Ghazara manis je lagi, tu yang tengok..hahah

    ReplyDelete
  5. tengok runcit-runcit je.. tak dapat follow sangat...

    ReplyDelete
  6. ok terjebak dengan drama ni sebab ada zul ripin belakon ,,sweet sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sama la kita terjebak sbb zul ripin jah ni

      Delete

ash.rie8506@gmail.com