Saturday, October 13, 2018

Susu Fernleaf UHT : 100% Kebaikan Susu Dari New Zealand.

Susu Fernleaf UHT : 100% Kebaikan Susu Dari New Zealand | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar harap sihat walafiat ya. Hari ini Cik Ash nak kongsikan kebaikan Susu Dari New Zealand iaitu Fernleaf UHT.



Cik Ash salah seorang peminat susu hihihi, bila diperkenalkan dengan susu Fernleaf UHT ni memang la teruja sebab sekarang mudah dah tak susah dah nak minum susu fernleaf ni sebabnya ada dalam bentuk kotak UHT. Selalunya guna yang dalam plastik kita kena bancuhkan hihihi..


Susu terbaik daripada New Zealand iaitu Fernleaf , lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu dan para peladang menjaga mereka dengan penuh dedikasi.

Susu Fernleaf UHT


Susu Fernleaf Menjadi Pilihan 

Tahukah anda susu Fernleaf ni telah mengusahakan ladang mereka secara semulajadi,iaitu memberikan kebebesan kepada lembu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur.  Sebab itu la, susu yang dihasilkann mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Rumput


Lembu Tenusu Dan Rumput 

Adakah lembu tenusu diberi makan rumput? Mesti anda terfikir-fikir kan, Sebenarnya di New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.  Ianya adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang, yang mana rumput mereka adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.









Lembu tenusu mereka menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu mereka secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Oleh itu , lembu tenusu mereka menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang.


Suka minum susu


Lembu Tenusu Menghasilkan Susu  Secara Semula Jadi

Kenapa lembu tenusu menghasilkan susu secara semula jadi kerana rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu mereka menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. 


Pakar Tenusu

Fernleaf lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi mereka amat bangga dalam kerja mereka, memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.













Anda boleh dapatkan susu Fernleaf UHT untuk diri sendiri ataupunkeluarga anda dan jadikan kebaikkan tenusu dari New Zealand untuk merasai kebaikan susu 100% Susu Dari New Zealand. Susu ini boleh didapati di pasar raya dan kedai-kedai berdekatan anda di seluruh negara pada harga RM5.70 bagi setiap satu empat pek (200 ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.






Susu Fernleaf UHT boleh didapati di dalam tiga pilihan iaitu, penuh krim, rendah lemak dan coklat ,untuk memenuhi setiap cita rasa yang berbeza dalam keluarga. Untuk maklumat lanjut tentang Fernleaf anda boleh layari Fernleaf Facebook untuk kemas kini terbaru daripada mereka.





3 comments:

ash.rie8506@gmail.com