Thursday, October 25, 2018

Sayangi Gusi, Selamatkan Gigi Anda Dengan Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance

Sayangi Gusi, Selamatkan Gigi Anda Dengan Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance 

Tahukah anda sekarang ini,penyakit gusi telah mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa? Penyakit gusi disebabkan plak yang berlanjutan terbentuk di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan dlam pakett gusi berpunca dari kurangnya amalan memberus gigi dan biasanya sukar untuk dikesan dalam tempoh lama. 

Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi (NOHSA 2010). Satu kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh Lion Corporation di Malaysia keatas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda genjala penyakit gusi yang ketara dan mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).

Punca utama gusi adalah plak, iaitu lapisan lembut, dan melekit serta mengandungi berbilion bakteria. Apabila plak terbentuk antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin daripada bakteria tersebut akan merosakkan tisu gusi.

Gingivitis merupakan penyakit gusi yang menyerang pada pada peringkat awal dimana gusi akan membengkak dan meradang akibat jangkitan bakteria. Sekiranya tidak dirawat, ia akan melarat dan menjadi penyakit gusi. Penyakit gusi tidak akan hanya menyebabkan kehilangan gigi, tetapi ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung. 

Lion Corporation Japan mula bertapak di dalam industri penjagaan mulut pada tahun 1896 dengan memperkenalkan serbuk gigi. Sejak itu penjagaan mulut telah terjadi perniagaan utama dan kepakaran Lion Corporation Japan yang dibuktikan melalui pengalaman lebih daripada 100 tahun berkerja bersama para profesional dalam bidang pergigian serta mempunyai pasukan pakar dan saintis mereka sendiri.

Bercakap pada pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE baharu, En Tatsuya Horiuchi,Pengarah Urusan Southern Lion menyatakan bahawa "Di Lion Corporation Japan,visi kami adalah untuk terus menjadi syarikat terulung dalam penjagaan kesihatan harian serta menjadi peneraju inovasi pembangunan kami. Matlamat kami penjagaan mulut adalah untuk memperkasa rakyat Malaysia mengekalkan sekurang-kurangkan 20 batang gigi sehingga menjangkau usia 80 tahun agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik;"

Sementara itu,Dr. Ahmad Sharifuddin bin Mohd Asari-Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia sambil menekankan tentang kepentingan kesihatan gusi,berkata "Penyakit gusi sangat berleluasa di Malaysia. Gusi yang sihat boleh dicapai melalui penyingkiran plak di kawasan berisiko tinggi seperti poket gusi dan garis gusi. Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan hadiri temujanji dengan doktor secara berkala. Jangan abaikan tanda-tanda awal penyakit gusi seperti gusi berdarah,gusi merah dan bengkak. Dapatkan bantuan professional jika anda mempunyai tanda-tanda masalah gusi dan dapatkan rawatan dengan segera kerana penyakit gusi boleh diatasi pada peringkat awal." 

SYSTEMA memahami isu penyakit gusi meluas. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan mulut dan penyelidikan yang menyeluruh, SYSTEMA kini melancarkan penemuan inovasi terbesar Lion Japan;SYSTEMA ADVANCE,ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria pertama yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan plak,dan membunuh 99.9% bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti dalam poket gusi,dan GK2 untuk melegakan gusi. 

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE memberi perlindungan 24jam daripada bakteria mulut dengan mengamalkan memberus gigi dua kali sehari serta 4x perlindungan lebih baik terhadap masalah gusi berbanding ubat gigi biasa. 


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE dengan teknologi Advance Plaque Buster bertindak dalam 3 cara : 

-TDS meleraikan plak untuk memudahkan penyinkiran
-IPMP menembus masuk ke dalam lapisan bio di poket gusi dan membunuh 99.9% bakteria
-GK2 untuk mengurangkan ketidakselesaan pada gusi.

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE hadir dalam 3 variasi iaitu SYSTEMA ADVANCE Extra Gum Protection dengan perisa peppermint dan spearmint yang menyegarkan, SYSTEMA ADVANCE Deep Clean Whitening yang mempunyai rasa pudina yang lebih tahan lama dengan partikel di dalam pes dan SYSTEMA ADVANCE Extreme Clean Breath yang menyediakan rasa pudina berganda dengan teknologi penyejukan yang tahan lama untuk kesegaran nafas yang lebih.

Kini SYSTEMA berupaya menyediakan Sistem Anti-Plak SYSTEMA yang menyeluruh agar gusi dan gigi sentiasa sihat. Sistem Anti-Plak SYSTEMA menggabungkan ubat gigi Anti-Plak Systema untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria di dalam poket gusi manakala berus gigi Systema 0.02mm dengan bulu berus hunjung tirus membantu menyingkirkan plak dari kawasan yang sukar dicapai terutama antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi bagi memastikan gusi dan gigi kekal sihat berpanjangan. 

Lebih penting lagi melalui Pergigian Penegahan,Systema berhasrat untuk mendidik dan melengkapkan pengguna dengan pengetahuan tentang kesihatan mulut melalui kempen penjagaan mulut yang berterusan dan mampu beberikan anjakan perubatan ke arah kesihatan mulut yang lebih baik untuk semua.

Bersempena pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance,Systema turut melancarkan kempen kesedaran kesihatan gusi seluruh negara yang diadakan dengan kerjasama Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UITM). Bertemakan "SAVE YOUR GUMS,SAVE YOUR TEETH" ataupun "SAYANG GUSI,SELAMATKAN GIGI" kempen ini telah dirasmikan oleh Dr. Normah bt Taharim, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kempen kesihatan oral ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil langkah awal ke arah mendapatkan gusi yang lebih sihat melalui pemeriksaan gusi sebagai usaha untuk mencegah penyakit gusi. 

Sepanjang kempen berlangsung,Klinik Pergigian Bergerak yang disediakan MOH dan UITM akan mengadakan lawatan ke pelbagai lokasi di seluruh Malaysia bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian dan mendapatkan pemeriksaan gusi secara percuma. Kempen ini akan menjadi peneraju misi Lion Corporation Japan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik komuniti mengenai menyakit gusi serta penjagaan mulut yang baik.

Dengan semangat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki gusi dan gigi yang sihat,SYSTEMA menjanjikan 30,000 sampel Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE berserta risalah pendidikan kesihatan gusi bersempena KEMPEN "SAVE YOUR GUMS,SAVE YOUR TEETH". Ubat gigi Anti-Plak Sysytema Advance akan diedarkan kepada orang ramai melalui MSP dan UITM sewaktu aktiviti pemeriksaan gusi berlangsung bagi membolehkan pengguna mencapai gusi yang sihat berpanjangan. 
Systema Extreme Clean Breath
Systema Deep Clean Whitening

Systema Extra Gum Protection
Ubat  Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi terkemuka diseluruh negara pada harga RM12.55. Kini memiliki gusi yang sihat menjadi lebih mudah dengan SYSTEMA. Amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik bukan hanya sekadar melindungi gigi anda; ia adalah permulaan yang baik untuk gusi yang sihat yana akan membawa kepada kehidupan yang lebih sihat. 

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE atau bersama menyertai KEMPEN "SAVE YOUR GUMS,SAVE YOUR TEETH" sila layari www.southernlion.com.my dan laman facebook rasmi di www.facebook.com/KeepSmilingMY

17 comments:

  1. ubat gigi systema ni bagus jugak... untuk gusi kan

    ReplyDelete
  2. Sha tak pernah pakai ubat gigi dia.. Tapi berus gigi dia memang pilihan Sha sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. rasa macam susah nak jumpa ubat gigi ni dipasaran. boleh cuba klu jumpa nih.

    ReplyDelete
  4. penjagaan gigi secara asasnya memang kena pilih berus yang betul

    ReplyDelete
  5. Selalu pakai berus gigi je.. lpas ni nak try jg lah ubat gigi dia.

    ReplyDelete
  6. Ini mesti ada kemahiran menjaga gigi..atau anda jururawat gigi atau Doktor gigi..hebat perkongsian ini ,,banyak manfaat

    ReplyDelete
  7. Tak pernah guna systema ni. Dulu selalu ada iklan dalam tv kan... boleh la bertukar kpd systema plak nanti...

    ReplyDelete
  8. Wahh nak try lah systema ni..pernah dengar bagus jugak ubat gigi ni

    ReplyDelete
  9. Iklan selalu la tgk tp x pnh guna haha

    ReplyDelete
  10. owh, systema pon ada ubat gigi yea, hehe, ingatkan ada berus gigi je. Nanti boleh cuba yang ni pulak.

    ReplyDelete
  11. Loh comment diah hilang tak sempat tekan enter lagik..hahhah

    ReplyDelete
  12. Berus gigi systema memang pilihan kinah sebab berusnya lembut dan sesuai dengan keadaan mulut kinah. Ubat gigi systema ni boleh cuba nanti. Macam best je

    ReplyDelete
  13. gigi rabia ada karies gigi.baru2 ni pergi xray gigi..sebab gigi bongsu belakang tumbuh.nak makan sakit.sampaikan demam je..

    ReplyDelete
  14. Macam sesuai je ubat gigi systema ni dgn CCL , kadang tue time berus gigi berdarah juga .gusi kekadang tak sihat

    ReplyDelete
  15. Gigi bongsu sy tumbuh x teratur sampai gusi pun menempal gigi hujung tu sampai bengkak try bli systema ni ngn berus dis halus mmg ok sgt bengkak dh surut sikit pastu plak plk krg la sikit ...first time pkai ni mmg bgs sgt sy gna systema ubat gigi jenis systema deep clean whitening pas ni nk pkai extra gum jenama systema ni ....mmg terbaik sgt2 sy bg 5 stars....

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com